Pelik tak? Time mama dok sesaja or tak buka laptop ni, mcm2 benda yg mama terfikir nak update dalam blog ni, mcm2 yang mama nak cerita pada kawan2..tp sebaik shj laptop ini on, terus sume idea tu terbang, tatau pegi mana... Pelik kan?
Hahaha...takde yg peliknya...mungkin mama yg dok berangan sendiri nak cerita mcm2...tp bila on komputer, terus tak jadi nak ceta, kadang2 sebab seronok lawat blog org lain, kdg2 sbb apa yg nak diceritakan tu mama bimbang membuka aib sendiri, atau takut orang kata tak best pun ceta u ni..ataupun takut cerita tu menghilangkan privacy dalam hidup mama sekeluarga, dan yang paling penting, kadang2 mama takut apa yang mama tulis ni menyentuh sensitiviti sesetengah kaum/orang... huhu..(banyaknya nak kena fikir bila wat blog ni kan?)
By the way....hari ni baby Qaid tido siang , (nanti mama ceritakan kisah Qaid yang taknak tido sepanjang hari)...so hari ni mama leh la update blog...tp Mr Papa marah..katanya baik rest..nanti bila anak bangun, takleh nak rest ...papa takut nanti mama tak rest...mama penat...papa gak yang nak kena picit-picit mama...hahaha...
Okeylah..rasanya mama betul2 kena rest ni, sbb malam ni tinggal mama sorang utk jaga Qaid dan kakak..Mr Papa keje... harap2 malam ni Qaid tak wat qiamullail...:)
1 comment:
bagus rr Qaid, rajin wat qiamullail.. wat la slalu.. ahakss
Post a Comment