Wednesday, March 14, 2012

Aku terima nikahnya....

14 Mac 2008 ...
Terima kasih kamu kerna menjadi suamiku...
Biar banyak rintangan, banyak onak dan duri...
Akhirnya jodoh itu tiba jua...

Ingat lagi tak ayat ini...."langkah mayat abg dulu kalau ada org nak ambil ayg dari abg"
Heheh...jgn termalu pulak dgn ayat ini ya sayang...
Kerana ayat ini ayat keramat tika itu..menggambarkan betapa cinta kamu kepadaku...
Ayat penawar dukaku tika itu...
Masih aku simpan semua ayat-ayat cinta kamu dari dulu hingga kini....
[Kerana itu telefon antik itu aku masih simpan hingga kini...]

Hari ini, hampir genap 10 tahun perkenalan kita
(tak sangka how time flies)
Dan hari ini genap 4 tahun perkahwinan kita
Masih ada banyak ranjau berliku perlu dilalui...
Namun aku ingin semua ranjau itu akan jadi sejuta kenangan manis buat kita nanti...
Biar perjalanan hidup ini dipenuhi warna warni cinta....
Biar semuanya terpahat di ingatan kita..
Agar bila kita tidak lagi cantik, tidak lagi hensem, tidak lagi gagah perkasa...semua kenangan itu akan jadi ubat untuk kita..
Dan kerana itu juga aku ingin mencipta seberapa banyak kenangan dalam hidup ini....

Ini..hadiah dariku....tak seberapa..tapi...biar bermakna, kan?



(sebenarnya diri sendiri yang teringin nak baca..hehe....belikan hadiah ini agar sama2 dapat manfaatnya..)


SAYANGKU..Happy ANNIVERSARY..moga jodoh kita kekal hingga ke syurga Ilahi...amin....



Tuesday, March 13, 2012

Berikan aku cinta...

Sayangku....

Berikan aku suatu barang, akan kuguna hingga ia menjadi 'antik'...
     **[walau kamu tak suka yang antik-antik itu ;) ]
Berikan aku suatu kenangan, akan kusimpan kenangan itu selagi masih dikurniakan memori sempurna...
Berikan aku cinta tulusmu, akan aku cinta kamu hingga akhir hayatku....

p/s : Esok anniversary kita, mau kamu bawa aku ke mana agaknya ya...
(atau mau aku ajak kamu ke mana agaknya).....

Saturday, March 10, 2012

Bila babysitter dipaksa menjadi nurse!

Bismillah..
Dah lama tak sempat update blog ....huehue..mcm ler ramai bebenor nak bace..hee...
Reason?
Adik Qaid diserang lagi.
Sabtu - Jalan2 at Jusco..sihat
Ahad- Bersin2 jer..
Ahad malam isnin - blocked nose...bila tido kuat bunyi hidung yang tersumbat tu...
Isnin-  Dah start selsema....Petang tu Mama Noma call mama di klinik inform adik mcm susah bernafas.
       - Bergegas mama balik , nasib baik dah kul 4 ptg. tengok adik mcm semput jer. dgn bunyi wheezing  
          (ala2 wisel gitu), tengok dah tachypnoiec( ala2 tercungap2 gitu), dengan subcostal dan intercostal
          recession. balik rumah mama bagi adik Nebulization.
          Yer, ada neb di rumah.. so 4 hourly neb.
          Malam tu adik terpaksa mama pangku agar dia boleh tido..itupun tak nyenyak. Mama letak kat bantal   jer  terus berguling2 menangis sebab susah bernafas.
 
Selasa- Mama berat hati sgt nak tinggal adik pegi keja, tp terpaksa...kesian adik.
Alhamdulillah adik punya Babysitter yang sangat baik, yg sanggup jaga adik walaupun ketika sakit. Mama bekalkan mesin Neb untuk adik sambung Neb kat umah BS. Alhamdulillah juga mama Noma sanggup belajar. Bukan semua orang sanggup buat  macam dia. syukur sangat kami ditemukan dengan insan sebaik dia. Walaupun tak pernah tengok pun mesin Neb tu macam mana, tp dia cepat dan sanggup belajar. 
Lunch hour mama balik jenguk adik di umah BS, pun masih tercungap2 dan bunyi wheezing yg kuat. Kesian sgt adik.

Rabu-masih wheezing. Hari ni mama bekalkan inhaler jer, malas nak bawak mesin Neb tu.. Balik malam jer bagi Neb. Dah 2 hari juga adik taknak makan.

Khamis-alhamdulillah adik makin baik, wheezing pun dah takde sgt. Tapi masih refuse utk makan. Mungkin sakit tekak.

Jumaat- alhamdulillah adik dah baik. Mama stopkan Neb dan inhaler adik. Cuma masih batuk2. Alhamdulillah adik dah start nak makan.


Home nebulization.....
Sekali lagi entry ini didekasikan utk Mama Norma, iaitu BS adik dan kakak. Terima kasih tak terhingga kerana sanggup jaga adik walaupun susah macam mana pun. Tak dapat mama balas budi dia, hanya doa mama pohon agar dia sentiasa sihat...amin...




Saturday, March 3, 2012

Thank You Mama Norma!

Assalam.
Entry kali ni mama nak dedikasikan buat babysitter 2Q, iaitu Puan Normah yang dipanggil MAMA NOMA oleh qaisara dan qaid.
Seperti yg mama pernah ceritakan dulu, Mama Noma menjadi pengganti kepada BS yang lama setelah BS lama iatu mama Lin bersalin.
Memang susah nak dapat BS yang baik dan sayangkan anak kita serta jaga anak kita seperti anaknya sendiri. tapi mama bersyukur sangat2, BS-BS yang mama jumpa adalah yang terbaik.
Dulu mamaLin pun baik, dan sayang sgt dengan kakak. Tapi bila adik datang , mamaLin cuma sempat jaga selama sebulan sebelum dia sendiri bersalinkan  anak ketiganya.
Makanya terpaksalah mama mencari BS yang lain.

Mula-mula memang la rasa ralat sangat sebab terpaksa tukar BS baru. Rasa sedih juga pisahkan qaisara dari mamaLin nya.
Benarlah, setiap sesuatu itu pastinya ada hikmah di sebaliknya.

Dengan mamaNoma, kakak mudah sekali menyesuaikan dirinya walaupun pada pertemuan pertama. Alhamdulillah sangat2  di situ...sebab mulanya mama sangkakan kakak akan menangis bila bertukar BS baru, tp dengan kebijaksanaan mamaNoma ini, dengan mudah hati kakak ditawannya.

Mama Noma bukan setakat menjaga anak-anak asuhannya, tapi dia juga mendidik. Alhamdulillah, di usia kakak genap 3 tahun , kakak sudah bisa menghafal semua bacaan di dalam solat.
Dari takbiratulihram, bacaan doa iftitah, alfatihah, 3 Qul, bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, alhamdulillah semuanya kakak dah hafal dengan fasih.
Dan yang terkini hari ini, mama dengar kakak baca ayat pertama dalam tahiyyat.ayat yang seterunsya masih di dalam proses. Dan yg terakhir akan diajar adalah doa qunut. Setelah itu maka lengkaplah semua bacaan dalam solat.
Syukur sangat2.
Moga dengan ini , anak-anak mama akan menjadi hamba Allah yang sentiasa menjaga solatnya. InsyaAllah.

Mama juga harap nanti kakak akan cepat pandai mebaca al-quran dengan fasih juga. Nak harapkan mama yang ajar semua tu, balik malam biasanya dah penat, dan mama pun cepat je mengantuk, makanya kesempatan utk mengajar itu terlalu sedikit. Bukan takde pengajaran di rumah, cuma kuantiti masa itu amat pendek.

Mama doakan Mama Noma akan terus sihat walafiat serta diberi kesempatan untuk terus menjaga kakak dan adik qaid tanpa perlu bertukar pengasuh lagi sampai diaorang besar, dan kalau boleh mungkin juga jaga adik2 diaorang lagi nanti (kalau ler ada adik lagi..hihi)...
Aminkan doa itu ya...:)

Oh yer..ahad ni insyaAllah nak gi umah MamaLin , BS lama tu lah..tetiba rindu pulak dengan dia...:)







Tuesday, February 28, 2012

Amazingly Fertile!

Saya selalu jumpa patient yang poor spacing.(means mengandung lagi sebelum umur baby sebelumnya cukup 2 tahun).
Tapi tak pernah jumpa very2 extremely poor spacing as this Indian lady.
Bersalin anak pertama 20/7/2011.
Mengalami lochia (nifas) selama 8 hari sahaja.
Pada 15/8/2011 iaitu 27 hari kemudian dia mendapat menses pertamanya, and that was her last menstrual period (LMP).
Dan selepas itu dia mengandung utk kali kedua, dikira dari LMP itu.
Sangat-sangat fertile kan?
Kalau orang Melayu mungkin ada juga yang subur sebegini rupa, tapi sebab ada "pantang" 44 hari atau 100 hari, maka takde yang termengandung hanya setelah 27 hari bersalin.

U all? Sanggup??  :)


Monday, February 27, 2012

Amboii, berdating tak kira tempat yer!

Mula-mula dia mengorat, try test power jer...
Pastu dia ajak dating.
Ajakan diterima.
Pastu terus cium!!
Tak senonoh betul!
Orang datang dok sebelah pun kau buat tak heran jer?
Memang nak kena la korang ni.


Mula-mula termenung..[dalam hati: Bilalah aku nak ada makwe ni?]

Ngorat yang ini dia tak dapat...tertunduk kesedihan tau

Try ngorat yang lain,tak sangka macam bagus plak respon nya


Tetiba pakwe sebenar gadis yg cuba diayat itu datang..huhu...
 
Di satu sudut yg lain, satu komuniti lain perhati jer gelagat mereka yang di bawah..

Ini merajuk kenapa ni, sorang pusing sana, sorang ke sini..




Haha..sara takut sgt tengok burung emu yang lagi besar dari dia, terpaksa lah tokwan dukung..

p/s : Papa, lain kali kita datang lagi tgk birds kat Taman Rama-rama ni yer..

Sunday, February 26, 2012

Damailah dikau di sana...

Salam..
Mama terlewat utk tahu cerita tentang adik Faris Nur Daniel....malam ni berlimpah2 air mata mama bila baca blog mazidulakmal sidik tentang adik Faris yang mengidap barah Hemophagocytic lymphohistiocytosis (HLH)..

picture source: Blog Mazidul

Tamatlah sudah penderitaan adik Faris dengan pemergiannya pada hari khamis lepas.....menatap wajahnya yang dihiasi air mata itu buatkan air mata mama turut sama gugur, bengkak mata mama malam ini dan serta merta wajah comel kakak dan adik qaid mama cium sepuas-puas hati....
Menyesal sebab asyik marah dengan kakak walaupun atas kesalahan kecil.
Sungguh mama sangat-sangat sayangkan kamu, tapi sungguh juga kesabaran itu agak tipis buat mama, apatah lagi bila waktu papa tiada bersama.

Maafkan mama yer kakak...

Ya Allah lindungi lah anak-anakku dari segala kesakitan dan marabahaya, berikanlah kesihatan berpanjangan buat mereka, dan jadikan lah mereka anak-anak soleh/solehah penyejuk mata, yang berjaya dunia akhirat...AMINN

Saturday, February 25, 2012

Tentang homestay kami....

Salam semua...
Haha..masih cerita tentang Melaka...
Ini last entry tentang Melaka yer..nanti bosan plak...
Kali ni cuma nak cerita tentang tempat penginapan yg saya rasa paling murah kot...
Ini untuk mereka yang percutian bajet mcm kami la yer....kalau yg banyak bajet tu sila menyewa di hotel mahkota melaka yer..sbb khabarnya di sana sangat best, tp harga pun best. Standard la tu kan..

Bagi kami yg cuma nak rehatkan badan sekejap, tak sampai beberapa jam ni, memadai lah dengan sebuah homestay sederhana yang agak murah. Harganya cuma RM80 semalam. Ok lah tu kan, lengkap dengan dapur dan pinggan mangkuk, katil kelamin 1, katil bujang 2, iron board (tp iron mama bawak sendiri sbb kalau minta dgn dia kena tambah rm5,), ada almari serta hanger, satu bilik air, satu toilet, Tv, kipas. Bagi saya kalau setakat nak bermalam 4-5 jam, ok lah rumah ni. Tapi kalau nak berbulan madu atau anak2 nak mandi kolam mungkin tak sesuai lah.

Nama homestay tu dwardah homestay...terletak si Semabok, Melaka. Dekat sangat dengan Banda Hilir yang jadi tumpuan pelancong tu.
Ownernya pun sangat-sangat peramah, dan very informative. Dia yang suggestkan kami tempat makan dan ceritakan cara2 nak ke sana dan ke sini.

Makan malam kami adalah di Muara Sungai Duyung. Terletak hanya 2.6 km dari tempat penginapan kami. Actually nak pergi Ikan Bakar Terapung Umbai pun dekat jer, cuma 5 km, tp sajer nak try tempat baru, sbb Umbai dulu dah pernah pegi.

Masa kami sampai Sg Duyung tu, baru pukul 6 petang, tp orang sudah ramai, ok... nasib baik masih ada tempat duduk utk kami, sbb yang datang selepas itu ada yang kena tunggu sambil berdiri, dan ada yang balik, mungkin tak sanggup menunggu lama.

Yang bestnya cara dia ambik pesanan tu....kami kena pegi pilih ikan kat depan, pastu dia timbang dan dengan satu nafas dia sebut pilihan resepi yang ada ...cthnya utk ketam dia tanya nak masak black pepper , nak masam manis , nak masak pedas dan apa lagi ntah...semua tu disebut dalam satu nafas....Dan kami pun tak sempat nak fikir lama, sebab dia terus nak jawapan on the spot sebaik saja dia habis sebut resepi tu, dan pada masa yg sama ada sorang tukang catit berat timbangan ikan dan resepi yg diminta pelanggan.....kelakar pun ada.

Ketam black pepper, kupang masak pedas, dan ????  masak apa ntah.Yang mama tulis ???? tu (pic bawah) mama tak sure apa nama benda alah tu...ada saper tau? Dia ada cengkerang panjang mcm buluh gitu, dan isinya panjang ...rasa? tak best pada mama, tp best pada papa...


Sara tak dapat makan sgt, pedas2 semuanya...adik plak tido sepanjang kami makan...

Pemandangan di muara Sg Duyung...

Di depan homestay kami...


Friday, February 24, 2012

Koleksi Ular Saya...

Nak tengok pelbagai jenis ular?  Saya ada banyak koleksi...
Maaf la saya tak sempat nak catit namanya, sbb ini bukan lawatan sambil belajar yer tuan puan, tapi lawatan sambil dokong baby....
Ada la beberapa ekor yang saya kenal...

Ini pun sama, diambil di Taman Rama-Rama Melaka hari tu...


Sawa batik

Gambar atas tu kapak, gambar bawah tu kaler hijau tak sure...hehe






Buaya tembaga

Fish:: Kalau tak silap ni nama dia Arowana...(terconfuse dgn Arapaima)..arapaima pun ada, besar2 lebih dari saya..hoho..

Giant Tortoise

gonggok gergasi

Maaf lah kepada yang penggeli , sila jangan lihat pictures ini, nanti ngigau pulak...tak jamin eh...eeheh



Wednesday, February 22, 2012

Tokek untuk dijual...

Salam.
Korang pernah dengar tentang tokek atau cicak tokek . Dengar2 khabar kalau dapat jual ni leh jadi jutawan ni...hahaha...
Mama tak tau lah betul ke tidak...tapi di kalangan pencari tokek, ia sangat glamer.
Taktau habitat sebenar binatang ini, mama malas nak google...tapi katanya susah nak dapat. Kalau dah dapat pun ada kriteria yang dicari orang...kepala besar lah, perut jangan buncit lah...mcm2....

Ni ha...saper2 ada nak beli tokek meh sini mama nak tunjukkan kat mana nak dapat.
Sebelum nak bagitau tempat rahsia ni, meh kita tengok pic dulu kay...

Tokek jenis bintik oren ini yang dicari orang....


Cicak bermata katak

2 ekor ni mama tak ingat nama dia



Heheh...minta maaf yer kawan-kawan sekalian....semua pic ni mama ambil di Taman Rama-Rama Melaka tempoh hari...sila jgn cari tokek untuk dibeli di sana yer...diaorang dah pagar elok-elok, tak jual punyer... kikiki...