Alhamdulillah..saya
diberi peluang utk menjalani proses bersalin sebanyak 3 kali setakat
ini.....kedua2 delivery saya yang normal (term) adalah secara
natural/alami/ fitrah. (Kita lupakan dulu cerita baby kedua yang
terbersalin secara tidak sengaja pada usia kandungan 24 minggu itu).
Saya katakan natural kerana saya bersalin di sebuah labour room yang
lengkap dengan segala peralatan yang mencukupi utk monitor keadaan saya
dan baby. Natural kerana sepanjang masa , iaitu dari awal sakit hingga
akhirnya bayi keluar, suami sentiasa menemani saya, suami yang urutkan
belakang dan badan saya ketika sakit kontraksi itu datang..suami yang
suapkan minuman ketika saya dahaga, suami yang tadahkan muntah saya
selepas saya mendapat suntikan pethidine penahan sakit..dan suami yang
videokan detik2 kelahiran anak kami. Sempat juga kami berselfie dan
bergambar sebelum bersalin itu dengan bantuan nurse yang ada di situ.
Maka suami saya is the best DOULA untuk saya. Saya tidak perlu berhabis
rm2100 untuk mengupah doula yang mungkin saja tidak ikhlas menemani saya
tetapi berbuat demikian kerana wang. Saya katakan natural kerana tidak
lama selepas cord di clamp, suami yang memotong tali pusat bayi kami
walaupun dia bukan doktor...dan suami yang azankan bayi kami.
Saya tidak
sempat mengambil penahan sakit jenis epidural kerana alhamdulillah
proses bersalin saya agak cepat, maka saya kira macam tidak berbaloi
saya gunakan epidural waktu itu. Tapi untuk mengurangkan kesakitan, saya
diberi pethidine dan juga gas entonox. Saya kira tidak ada yang tidak
natural di situ. Ketika bukaan mencapai 10cm, saya disuruh meneran,
malangnya ketidakpandaian saya menyebabkan baby agak lambat keluar, maka
doktor memutuskan utk menggunakan vakum bagi membantu mengeluarkan bayi
(bantu sedikit, tapi saya masih harus meneran). Saya fikir bantuan itu
masih natural, kerana bagi saya ketika itu bukan prosesnya bagaimana
bayi itu keluar, tapi hasilnya nanti...kerana waktu itu apa yg saya
takutkan bayi akan lemas (fetal distress) sehingga menyebabkan hypoxia
atau kekurangan oksigen pada otaknya dan boleh membawa consequence spt kecacatan kekal
yang tidak diingini. Nauzubillah. Maka demi anak saya, saya rela bersakit sakit
dahulu.
Saya katakan natural juga kerana sebaik saja bayi keluar,
bayi saya dibiarkan skin to skin dengan saya, dan terus diinitiate
breast feeding di minit2 pertama itu sementara doktor terus bekerja
mengeluarkan uri dan menjahit luka episiotomy saya.
Apa yang
penting bagi saya bukan tempatnya di mana, bukan caranya bagaimana, tapi
hasil akhirnya. Hasil akhir yang diingini oleh seluruh para ibubapa,
iaitu anak yang sihat, sempurna. Jika org berkata hospital itu bukan
tempat yang natural utk bersalin, maka saya lebih rela memilih tempat
itu.
Jika mereka berkata bantuan vakum itu bukan natural, maka saya
lebih rela memilih kaedah yang mereka kata tidak natural itu asalkan
bayi saya selamat
Saya tidak pentingkan diri saya..bukan keselesaan
yang saya inginkan pada waktu segenting itu. Saya berusaha dengan segala
kepakaran moden..dengan segala ilmu perubatan yang Allah ilhamkan
kepada ilmuwan terdahulu...tp kebergantungan dengan Allah juga tidak
saya lupakan. Alhamdulillah dengan izinNya juga anak-anak saya sihat
walafiat. Hanya dengan izinNYA...
ALHAMDULILLAH..
Saya tidak dapat pahala kah bila
bersalin di hospital? Pahala saya berkurangkah bila bantuan vakum dan
penahan sakit diberikan? Apakah hanya dengan bersalin di rumah sahaja
dikira natural dan mendapat sejuta pahala dan rahmat? Wallahua'lam.
#doulaohdoula #menentangkezalimandoula #hugsketatketat
P/s...dah lama tak menulis..just copy paste status fb sendiri...