Thursday, December 6, 2012

HRMIS oh HrMIS

Salam..lama tak berupdate blog ni...bukannya apa, minggu lepas mama dan qaid dua-dua tak sihat...Isnin lepas siap mc lagi mama....1st Mc untuk tahun ini...hope tak ada lagi.....nak sihat-sihat selalu...amin.
Sampai sekarang dah masuk minggu kedua mama masih selsema dan batuk2 tapi sedikit berkurangan sejak semalam, selepas antibiotik yang lebih kuat...Adik pun nampak semakin baik, tiada lagi selsema dan batuk,cuma bila tidur masih berbunyi seolah2 berdengkur, tp lebih kepada nasal block sebenarnya...

Alhamdulilah sangat kali ni selsema adik tak lama dan tak melarat hingga perlu regular nebulization. dua hari pertama perlukan inhaler...dan lepas tu alhamdulillah...mungkin supplement tu works for him....harap adik terusan sihat ya sayang.


Oh ya...kami telah berpindah balik ke rumah sejak minggu lepas, iaitu selepas bilik atas siap dipasang tiles. Tapi bahagian dapur belum siap lagi....Oh..banyak juga barang yang perlu dikemaskan semula...dah berhari2 pun masih berterabur lagi ...mama tgh tunggu mood nak mengemas betul2 ni.....buat masa ni mood memang ke laut....hati sudah di kampung.....tapi hati juga tak senang duduk selagi kerja mama belum siap...

BAgi penjawat awam taulah, sekarang ni sasaran kerja tahunan (SKT) dah gunakan sistem online...dah la banyak petunjuk prestasi yang nak diisi...itu takpe lagi....yang lebih bermasalah adalah sistem yang SANGAT LEMBAB!!

Just imagine malam ni mama bangun kul 3 pagi nak siapkan benda ni...sebab dari hari  tu lagi susah nau nak masuk ke dalam sistem....
So dengan gigihnya malam ni mama bangun...walaupun tau esok akan kepenatan....
Dah penat tulis panjang2, last2 nak save...dari tadi dok 'SILA TUNGGU"...tak save2 pun lagi...dah dekat 45 minit sila tunggu nih......
Tak ke hangin malam dibuatnya....aduhhhhh...nak nangis la!

Please la....wahai kementerian....kot ya nak buat sistem yang canggih manggih....jangan la menyusahkan orang macam ni.... mengakulah bahawa ini kelemahan sistem..bukannya sebab ramai orang tgh online....kalau sistem yang baik, ramai orang mcm mana pun tak akan jadi mcm ni....

Habih camne nak balik kampung ni...?


8 comments:

zoul dahan™ said...

Zaman saya dulu,
saya copy paste aje jawapan skema.
Tiap2 tahun sama sahaja.
Sebab gaji tetap naik.
Bonus pun main pukul rata.

Tahun terakhir di kerajaan.
Saya tak isi borang SKT.
Pengarah hospital suruh isi pun saya buat donno aje.
Bila dia cakap nak beri saya APC,
baru saya isi borang tu.
Itupun ikut skema yang tahun lepas punya.

Kerajaan masih tak berubah.
Cuma guna on line pulak sekarang?
Jangan salahkah sistem.
Salahkah mangkuk yang dpt projek buat sistem tersebut.

Najwa.H said...

Hrmis..dimana2 pun lembap. Memang bole buat nangis. Benci. Huhu

Mama3Q said...

Dr Zoul...sama juga skrg ni, guna paper or online pun tetaplah copy paste jawapan tahun2 lepas...buang masa, buang tenaga, benda tak berfaedah dan takde kesan langsung ke atas motivasi mahupun pencapaian sebenar....

Mama3Q said...

Najwa? Dah sampai tahap mana skrg? saya tahap [ertama pun lom siap lagi..huhu

wakgelas said...

balik je kampong makcik doc tuu.. ehHHHee

gadisBunga™ said...

saya pun nak balik kampung tapi keje sangat sangat sangat banyakkkk! tapi kene balik sebab esok ada sunrise date!!!

Mama3Q said...

@Wak Gelas.....nakikut round malaya lagi jomla...:)

Mama3Q said...

GB..mesti ddgn CPL dan Doc Singa ni kan... :)