Sunday, April 29, 2012

Home made flip card

As salam.
Sebelum mama tunjuk ni, jgn ada yang gelak tau.
Mama tau ini a bit old fashioned, di zaman orang semua dah pakai ipad untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Hari tu memang niat nak belikan kakak satu ipad atau galaxy tab, tp bila fikir balik, takut pulak kakak too attached to the ipad. That's why sampai sekarang tak beli.

Okey, berbalik kepada alat bantu mengajar mama kali ini...Home made flip card.
Sebenarnya dah lama nak buat flash card utk kakak, tapi asyik bertangguh2 sampai la kakak dah umur 3 tahun ni..

Mama ambil idea buat flash card ni dari blog Sayang disayang ni...thank you for the idea. Cuma mama tukarkan jadi flip card. Sebab taknak all the flash card tu hilang.

Step2 awalnya boleh tengok di sana ya...
Mula2 tulis huruf atau suku kata yang dikehendaki di microsoft word. Mama buat suku kata mudah yang mempunyai dua huruf saja sebagai permulaan.

Lepas print huruf atau ayat dikehendaki, boleh potong supaya saiznya muat dengan laminating paper.
Lepas tu boleh laminate.
Laminator ni mama beli cap tesco, RM49.90 .

Lepas laminate, potong dengan saiz border yang sesuai, lebihkan border bahagian atas untuk tujuan binding.






















Lepas tu boleh binding.
Mama letakkan gambar qaisara dan qaid sebagai muka buku/flip card ini.
Ada 2 tujuan letak gambar ini, satunya supaya boleh ditutup sebelah muka jika hanya sebelah flash card sahaja ingin dibaca..dan satu lagi sebagai pemangkin semangat budak QAI berdua ni untuk belajar.





So, inilah hasilnya...hanya dengan menyelak card2 ini, pelbagai perkataan boleh dibentuk.
Actually jika kad2 ini tidak dibinding, lebih banyak perkataan boleh dibentuk dengan menggabungkan suku kata yang banyak itu, tp mama sajer nak try konsep flip card dulu. Kalau rasa tak suka nanti boleh buka binding tu.

Alhamdulillah , mengajar budak yang makan diajar macam kakak qaisara, dalam sehari dua kakak dah boleh baca pelbagai kombinasi perkataan.
Untuk adik, mama perlu bersabar mengajar dengan interaksi satu hala, sehingga adik mampu bercakap nanti baru mama akan nampak hasilnya.
Harap2 adik juga akan bijak macam kakak, insyaAllah.

Kalau kakak dah mahir nanti, mama cadang nak buat perkataan dengan suku kata yang lebih panjang. InsyaAllah .







Sunday, April 22, 2012

Hujan Batu di Laman Kami...SUBHANALLAH!

As-salam..

Ini suatu sejarah yang mesti diabadikan dalam diari mama ini.
Pertama kali seumur hidup mama, hari ni mama tengok hujan batu..
22/4/2012 @ 510 petang, hujan batu turun mencurah2 di laman rumah kami.

Hujan lebat bermula lebih awal, diselangi guruh berdentam dentum dan kilat sabung menyabung.
Dalam ketakutan, kakak memeluk mama dengan erat.
Dan mama peluk kedua2 Qai dengan mulut tak henti berdoa.
Hinggalah tiba-tiba mama terdengar bunyi bising di atas bumbung porch.
Dan Owh!! Sungguh tak disangka mama akan berpeluang menyaksikan fenomena ini.

Sempat mama abadikan gambar hujan batu tersebut. Gambar-gambar awal diambil dari dalam rumah dengan kuasa kamera  berganda2, so kualiti tak berapa bagus (sebab hujan lebat dan kilat, mama tak berani keluar) , dan hanya selepas 7 minit kemudian, bila hujan mulai reda, mama keluar dan snap beberapa keping picture ais batu yang mulai hancur dan mengecil..

Hujan batu di laman kami...sesuatu yang tak pernah tersangka


Imagine if ketul2 ais hujan batu ini adalah emas, kan best!

Boleh percaya tak mama kutip ais ketul ni dan makan? hehehe




Saturday, April 21, 2012

Idaman mama

Salam..
Picture ni diupload khusus utk Mr Papa simpan sebagai wish list mama yang mesti Mr Papa tunaikan....
Papa cakap kalau dia dah jadi jutawan nak belikan mama kereta kan..?
So ini lah kereta yang mama nak tu...(ni contoh saja, takmo kereta ni, nak yang 1st hand tau papa!)


Picture ni mama snap masa traffic light merah semalam...
Cantik kan?
Tp kalau beli, mama jer boleh drive kereta ni, papa tak dibenarkan...
Nanti ada lagi anak2 dara terberkenan plak kat drivernya..huhu

Friday, April 20, 2012

Meeting dari Subuh hingga Maghrib!

Salam Jumaat.
Selalunya tak sabar nak tunggu jumaat, tp semalam (mlm tadi) rasa tak semangat nak pegi keje, sebab satu hari di hari jumaat yang septutnya ceria ini dipenuhi dgn sesi mesyuarat yang bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Entry ditulis dalam keadaan boring melayan meeting.

Pakar dan dokter2 bersungguh2

layan siling lagi besh...

Stillbirths, Macerated still births, Fresh Still Birth, Early Neonatal death, Under Five Death, semuanya kena discuss kenapa babies ini meninggal.

Kadang2 memang perlu postmortem, cari di mana silapnya hingga bayi meninggal, tapi kalau setiap meeting diakhiri dengan conclusion yang sama, rasanya macam tak perlu kot meeting ni.
Haha...nampak tak betapa bosannya mama di dalam meeting ini....


Thursday, April 19, 2012

RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU


RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

By: Excel Qhalif

(copy paste facebook)

Monday, April 16, 2012

Petua awet muda

Salam...
Semua ni dapat dari sekeliling rumah saja....

Mudah, tanpa kos, cepat dan berkhasiat....

Pegaga, daun cekur dan "taktahunama"... (yang taktahunama itu diberi oleh jiran sekembar rumah kami), ala2 kunyit, tp berwarna putih. Cicah dengan sambal belacan....yummy...!!


p/s: berangan nak ada taman herba sendiri samada di dalam atau luar rumah....
Mr papa, pls realisasikan impian ini....

Antara tanaman idaman: (wah idaman tau!):-
1) Pokok limau purut-senang nak masak tomyam
2) Pokok daun kesum-senang nak masak asam pedas atau laksa kedah
3) Pokok bunga kantan- sama seperti di atas.
4) Pokok thyme-kena cari kat jusco kot
5) Pokok daun sup/daun bawang/daun ketumbar-senang nak masak sup
6) Pokok limau nipis
7) Pokok daun basil/selasih
8) Ada lagi tapi tak ingat, nanti update lagi....


p/s lagi:: Walaupun sesekali jer makan ni...tp awet muda itu totap jadi cemburuan en suami yg berusia itu...kalau sampai sekarang org cakap i ni umo 25 jgn jeles yer laling.....hahaha

  ** Update -yang "taktahunama" itu rupanya namanya temupauh

Sunday, April 15, 2012

Hydrops Fetalis 2

Masih tentang hydrops fetalis...
Atau dalam bahasa mudahnya badan bayi yang dipenuhi air di semua tempat, perut, peparu,sekeliling kulit kepala.

Pesakit ini mengandung rapat-rapat, dan datang late booking, waktu datang sudah lebih dr 24 minggu. As fisrt time datang, routinely mama akan buat scan....letak jer scan, terus nampak ini:

Keseluruhan badan bayi dipenuhi air di sana sini: di perut (ascites), di kepala (scalp oedema), di peparu (pleural effusion).
Waktu ini bayi masih hidup. Refer ke pakar fetomaternal unit di HSA, confirm hydrops fetalis, dan ada cystic hygroma pada lehernya.
Selalng beberapa minggu, bayi meninggal di dalam perut.

(bayi hydrops biasanya memang tidak akan hidup, samada mati di dalam perut atau sejurus selepas dilahirkan)



Cystic Hygroma



Penyebab Hydrops:
A)  Immune Causes
1) ketidakserasian jenis darah ibu dan bayi cthnya ibu rhesus negative


B)Bukan Immune
The non-immune form of hydrops fetalis has many causes including:
Kes2 di atas jarang berlalu lagi sebenarnya. terutama kes darah tidak serasi kini telah dapat diatasi dengan adanya injection Rhogam.

Dalam kes pesakit mama di atas, hydrops fetalis disebabkan sistem limfatik /cecair badan yang tersumbat akibat cystic hygroma pada kepalanya.
 *
*
*
*
p/s: Amalkan doa-doa ketika mengandung, amalkan surah2 di dalam alquran, moga anak kita sempurna kejadian dan bentuknya, sempurna akalnya, sempurna wajahnya, sempurna akhlaknya insyaAllah.
 Boleh rujuk ke blog2 yang dah tulis tentang doa-doa ini, cthnya blog ini



Saturday, April 14, 2012

Hydrops Fetalis 1

Semalam mama ke Klinik Desa (KD).
Klinik ni nama je KD, tapi jumlah pesakit ramainya tak kalah dengan klinik kesihatan.
Seminggu sekali 2 doktor akan visit ke sana.
(dulu2 time doktor kekurangan, mama sorg2 jer ke sana....penat giler weh).

Ok ceritanya tentang pesakit ini.

Elderly Primid-maksudnya pertama kali mengandung di usia lebih dari 35 tahun (ibu ini berumur 39 tahun).
Sudah kahwin selama 12 tahun, dan inilah pertama kali dia mengandung secara spontan (tidak dibantu dengan sebarang ubat kesuburan).
Sekarang minggu ke 24.
Tiada sebarang komplen. Sihat-sihat saja.
Datang untuk direview BSP dan Hb sebab dia mengalami kencing manis sewaktu hamil dan juga masalah anemia.

Mama check denyut jantung baby menggunakan alat daptone...puas mencari tapi tidak mama jumpa.
--->bila fetal heart tiada maksudnya apa?  Hidup atau tidak bayi ini?
Ok, proceed with ultrasound.
First time letak jer probe scan tu terus nampak perut baby yang dipenuhi air.
Tengok sekeliling kepala nampak oedematous atau bengkak. 
Cari cari denyut jantung baby, sah memang  tiada !
Mama syak bayi ini mengalami hydrops fetalis.

Menangis si ibu dengan perkhabaran ini.
12 tahun menunggu, 6 bulan mengandung, dan akhirnya baby pergi begitu sahaja.
Bukan rezekinya kali ini.
Mama harap dia mengandung lagi tahun depan, sbb umurnya pun dah nak masuk 40 tahun, tak boleh tunggu lama2 lagi. Mungkin perlu sedikit bantuan pakar kesuburan selepas ini.
*
*
*
*
p/s: Lupa nak snap gambar sbb masa tu lebih concern dengan pesakit yang kesedihan.
p/s  2: cerita tentang sebab kenapa hydrops fetalis next entry ya, insyaallah.

Makcik kayo!

Salam.
Ni tentang LHDN.
U all dah bayar ker? Dah isi e-filing?
Mama suka e-filing, suka isi borang2 nih.
Dulu masa manual mama memang tak penah isi borang LHDN walaupun dah kerja beberapa tahun...
Sudahnya tahun lepas kena denda rm 900 lebih selepas diaudit dan didenda oleh LHDN utk tahun2 yang mama tak bayar itu.

Start 2008 mama dah buat e-filing.
Last yr dia hutang mama, tahun ni pun dia hutang juga sbb mama sudah terlebih bayar.
Hahaha...best.best..
Tak sabar nak tunggu kredit dari LHDN ni....
Jumlah semua rm3500 lebih kurang....
Harap2 masuk cepat2...jangan nanti time nak bayar LHDN liat plak yerr....

So sesape yang belum isi tuh, cepat2 yer....sementara masa masih panjang.....


Thursday, April 12, 2012

Teringin

Salam.
Saya tengok ramai kawan2 dah jadi peniaga.
Ada kawan resign dari government, buka klinik sendiri, jadi GP/General Practitioners.


Ada juga yang resign jadi doktor, buka kedai baju.
Ada yang resign terus daripada jadi doktor utk jadi peniaga makanan kesihatan.
Ini dah sah2 tak boleh panggil doktor lagi...
Ada juga yang buka kedai online, jual tudung, abaya dan baju di facebook.

Saya sebenarnya sangat teringin utk berniaga juga...
Kalau kena caranya boleh jadi kaya raya dengan berniaga.
Cuma satu masalahnya.....
Saya tak tau barang apa saya nak niagakan.....

Wednesday, April 11, 2012

I just need a break!

Kakak:
Demam start khamis, alhamdulillah hari ahad petang beransur baik.
Untuk beberapa malam itu kakak sentiasa merengek, "sakit,sakit, mama, sakit".
(Merujuk kepada tekaknya yang sakit).
Dan untuk beberapa hari itu, kakak refuse utk makan dan minum. Hanya breastfeeding boleh diterimanya.

Hari ahad, demam kakak berpindah kepada adik.
Simptom yang sama. Sakit tekak dan refuse makanan serta susu.
Pada malam kedua demam:
Malam itu adik bangun , menangis terus-terusan dari pukul 2pagi hingga 3 pagi lebih.
Tangisan adik bukan sekadar rengekan seperti kakak.
Adik menangis kesakitan, airmatanya tidak berhenti mengalir.
Adik menangis yang tidak boleh dipujuk dengan susu, tidak juga dengan breastfeeding.
Sampai mama akhirnya tidak tahu apa lagi yang mahu dibuat, terasa ingin saja membiarkan dia menangis sendiri dan mama menyambung tidur.
Tapi ini kan mama, mama manalah akan membiarkan anaknya menangis berterusan dan mama sedap2 tidur.
Tiada mama seperti itu kan.
(kalau papa mungkin ada yang seperti itu, kan)

Esoknya, mama ke tempat kerja seperti biasa walaupun sudah beberapa malam menjadi 'zombie'.
Dengan beban kerja yang berat, mama kepenatan yang teramat sangat.
Malamnya badan sudah terasa melayang2,terasa panas bagaikan mahu demam.
Terasa kepala sangat berat. Terasa tidak berpijak di bumi.
Mama gagahkan diri, memberi makan kakak, dan cuba juga menyuap adik makan walaupun seleranya tidak seberapa.
Pukul 1030 malam, akhirnya papa pulang, dan malam itu mama mohon agar papa mengambil alih menjaga anak2 ini.
Mama mahu tidur sepuasnya. Mama mahu berehat seketika. Badan mama sudah tidak mampu lagi.
Dan alhamdulillah malam itu mama akhirnya dapat tidur lena selenanya. 

Pukul 530 pagi mama terjaga, nampaknya papa juga lena dengan nyenyak di sisi anak-anak.
Mungkin saja adik tidak meragam seperti malam sebelumnya.
Alhamdulillah.
Mama bangun dengan rasa segar. Terasa hilang segala kepenatan. 
Really appreciate what papa did.
Thank you.
Harapnya ada keikhlasan di situ.










Monday, April 9, 2012

Selepas kakak, giliran adik.

Salam..
Short entry di tengah malam.....di ketika adik dan kakak akhirnya lena selepas puas merengek.

Yer...selepas kakak demam dari khamis itu, hari ni iaitu ahad, pagi2 lagi adik pula demam. Panas sampai 39-40 darjah celcius.
Dan mama dah takde spare antibiotik di rumah.
So cuma sekadar ubat demam utk adik, yang tiidak banyak memberi kesan.

Manakala kakak, sepanjang sabtu siang dan malamnya, dia cuma minum sikit sgt. Mahu saja minum atau makan, tapi selepas sesuap, cepat saja dia mengeluh 'sakit'  dan menangis merengek sepanjang malam. Kencing pun dah kurang sangat, tanda dehydrated dan kekurangan air. Sakit pada tekaknya, yg mama nampak sebagai tonsillitis.
Walaupun demam kakak dah baik selepas diberi antibiotik, tp sakit pada tekaknya menghalang dia utk makan dan minum. Kesian sgt kakak. Bayangkan dah 3 malam dia minta dengan mama nak 'nenen'. Hanya itu sajaa bekalan cecair utk kakak yang mampu diterimanya.

So siang tadi, since adik pun dah demam, dan mama syak mungkin juga tonsillitis, berdasarkan kelenjar pada bawah lehernya, maka kami bawa keduanya ke doktor swasta berdekatan rumah dan dimulakan dengan antibiotik. Manakala untuk kakak ada ubat penahan sakit yang akhirnya membuat kakak tidak takut utk makan lagi. Mungkin sakit pada tekaknya beransur baik. Alhamdulillah.

Adik: pagi tadi masih mahu makan dan minum, tp beransur kurang di petang dan malamnya. Diberi susu pantas dia menolak, mungkin juga mula merasa sakit tekak seperti kakak, cuma tidak dapat diekspresikan dengan kata2. Dan sama seperti kakak, adik juga hanya mahu breastfeeding bermula malam ini. Demam adik masih merisaukan mama, hangat betul kepalanya. Dan pastilah, merengek2 sepanjang masa.
Mama, sabarlah!!

Semua ini dugaan kan? Sakit itu ujian.  Dari Allah kita datang, dan Allah juga yang memberi ujian.
Mungkin ujian kecil ini mampu membuat kita sentiasa mengingati DIA.
Yang meyakini bahwa hanya DIAlah yang Maha Penyembuh.
Ubat-ubatan hanyalah medium dan perantara utk proses penyembuhan itu. Tapi kuasa menyembuhkan itu hanya DIA.
Tiada yang lain.

[[ Ya Allah, hilangkan kesakitan ini wahai Tuhan sekalian manusia, dan sembuhkan lah, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMU, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan dan kecacatan. ]]
 

Friday, April 6, 2012

Kakak pulak

Bismillah.

Khamis semalam kakak demam. BS call bagitau mama masa dah kul 3 pm lebih.
Malam, panas betul badan kakak walaupun diberi ubat demam. Mama jelumkan dengan air asam jawa. Sedap kepala kakak mama urut2.
Malam tu papa takde, keje malam.
Sepanjang malam kakak merengek2. Mama pun tido2 ayam jadinya. 
Kul 2am lebih dia bangun minta 'air straw' (air vitagen). malangnya takde stok vitagen atau yg seumpamanya di fridge ketika itu.
Last2 dia minta air sejuk dari peti ais..
Kul 4 lebih dia minta 'nenen'...padahal dia dah stop nenen beberapa bulan lepas.

Kul 550 pagi kakak bangun berdiri atas katil dengan terpinga2, cari  "papa , mana papa? "
Huhu kesian anak mama nih, papa mana ada sayang, papa kan gi keje.
Tu lah, bila sesekali anak papa demam.


Eh anak papa ke anak mama kakak ni?
Bila tanya kakak, kakak cakap kakak anak mama, adik anak papa.

Haha..kakak anak mama dan papa la sayang....macam yang kakak selalu cakap::
"mula2 papa sayang mama, pastu mama dapat kakak, pastu mama dapat adik"
Skrip ini kakak selalu ulang2 sekarang ni....

Moga kakak cepat sembuh yer sayang, dan moga2 demam kakak tak berjangkit kepada adik..


Thursday, April 5, 2012

Rabun Jauh

Salam.
Hari ini kita semua (mama/papa/kakak dan adik) sekali lagi ke Hospital Sultanah Aminah,JB.
Hari ini temujanji dengan Dr Hooi yang dulunya pernah menjalankan laser-treatment terhadap adik dan sekaligus hari ni jumpa optometrist untuk check power mata adik.
8 bulan yang lalu power kedua belah mata adik adalah 200 utk setiap mata.

Kali ni, selepas dicheck dengan teliti, hasil pemeriksaan mendapati power sebelah kanan menurun kepada 100.
Alhamdulillah.
Manakala mata kiri agak membimbangkan , telah meningkat powernya kepada 400 lebih.
Sudah ada indication untuk memakai cermin mata di situ. Tapi selepas perbincangan dengan Optpmetrist, mama minta ditangguhkan hingga next check up.

Masa tu nanti adik dah umur hampir 2 tahun insyaAllah. Dan harap2 nya selepas 6 bulan lagi power adik bisa berkurang, kalau pun tidak 100% mata normal, at least powernya mama harap akan menurun.
Sebenarnya mama tak boleh bayangkan macam mana adik yang sekecil itu terpaksa memikul 'beban' yang berat pada matanya.
(spek itu berat, ok!-bagi sesiapa yang tak pernah pakai spek mungkin tak tau ini ).
Ditambah lagi adik yang masih belum faham kepentingan spek itu untuk dia, mana mungkin dia akan bertahan membiarkan sesuatu yang luar biasa terletak pada hidungnya, di depan matanya.

Ya, mama tahu, rabun yang dialami pada sebelah mata itu mungkin saja akan menyebabkan mata kiri adik menjadi malas, atau 'lazy eye', yang lama-kelamaan boleh menyebabkan squint/juling.
Harap-harap tak sampai macam tu. Harap sangat powernya akan turun.

Manakala pemeriksaan pada retina (funduscopy) menunjukkan hasil yang bagus, tiada sebarang masalah pada retina, insyaAllah. Dan alhamdulillah.

Apapun , segalanya kita terima dengan redha, yer sayangku Qaid Mukhlis. Kalau fikirkan, ada ramai lagi orang yang lebih teruk penderitaannya. So sewajarnya kita bersyukur dengan segala rahmat dari Tuhan ini.

(bak kata papa, rabun-rabun pun adik tetap hensem--macam papa.........silap2 haribulan boleh kawen 2 lagi!!!)....Eheh......

Pejamkan mata terhadap background tu yer...

Monday, April 2, 2012

Masuk bakul tak boleh nak angkat sendiri


Salam...
Layan gambar budak dua orang ni...
Mama takde keje..layankan jer kerenah diaorang.....
Anak-anak...sentiasa menceriakan ..
Alhamdulillah....


"Hihi best la mama, jom la join qaid ni mama!"

Kalau ada lagi sorang tak muat dah bakul ni...hihi

Kaktusku berbunga!!!!!!!!!!!

Okey, ini sangat-sangat mengujakan, ok!
Kaktus itu mama beli pada tahun 2004, masa ke Cameron Highland bersama kawan-kawan.
Waktu tu saiznya cuma sebesar lebih kecil dari tapak tangan (sure korang boleh bayangkan kaktus dalam pasu kecil2 tu kan?)
Masa mama nak pindah ke Johor pada 2008, kaktus itu hampir setinggi mama, tapi dikerat oleh Mr Papa supaya tidak tumbang akibat terlalu tinggi.
Dan hari Jumaat lepas , waktu balik kerja, pertama kali mama nampak kaktus tu berbunga...
So excited! (hahaha..org tak penah tanam pokok bunga gitulah kekdahnya...kaktus berbunga pun kecoh!)..
Opss...sebenarnya tajuk atas tu salah, bukan berbunga, tp berputik....

Baru berputik, belum kembang lagi..

Nanti kalau jadi kembangnya mekar, mama upload lagi..harap2 tak layu sebelum berkembang la...


Sunday, April 1, 2012

Injection chicken pox pulak!

Semalam, Sabtu, bawa adik Qaid ke Hopsital Penawar untuk injection chicken pox (Varicella zoster)
Mama dah serik melambat2kan injection utk kakak sara dulu, last2 bila kena kesian sangat dengan kakak.
Mujur dan alhamdulillah masa kakak kena hari tu adik qaid tak kena pulak walaupun berguling di tilam yg sama, berpeluk2 dgn kakak mcm belangkas, padahal teorinya memang akan kena...(Kuasa ALLAH yang Maha Penyayang lagi Berkuasa menentukan apa saja).

Tak mau pisang berbuah 2 kali, cepat2 bawak adik amik jab ni...harap2nya takde la adik kena chicken pox yang teruk macam kakak.
Harga: Rm120 jer..
Kalau ambik waktu umur setahun tu boleh combine dgn injection MMR (di swasta MMRV--> iaitu MMR + Varicellla.) Kalau MMRV cuma rm125 saja.
(di government cuma ada MMR , dan adik dah amik masa umur setahun hari tu, so tinggal varicella jer at 18 bulan ini)

Tengok muka adik jumpa doktor....

Belum inject dia dah sedih.....

8Kg, at 18 months (corrected age 15 months)

Sakit la mama....itu yg dibebelkan agaknya...Ok sayang , mama janji ini injection last, insyaAllah

Petang, balik umah terus melepek, demam!


Sedikit tentang milestone adik ketika ini, agar mama tidak lupa:
Boleh berjalan sudah agak jauh, walaupun masih ada jatuhnya
Bercakap masih papa dan kakak. Tapi waktu lain, bahasa brazil dan korea banyak sekali keluar dari mulutnya.
Boleh sebut teteh (tatih), dah (sudah)., ...ok itu je mama ingat setakat ni....
Dan oh yer... ada sebut mamamama hari nii! (excited mama tau, walaupun itu cuma 'non specific mama'.

Moga adik (dan kakak juga) terus sihat2 jer pasni....amin...