Hari ni mama dapat call dari hospital yang Qaid akan dibawa ke bilik bedah untuk laser treatment for his eye as we agreed before. He was kept nil by mouth/fasted since 6am this morning. Waktu mama sampai di ward pukul 2.30pm, Qaid masih belum dipanggil ke OT (operation theatre). Sempat mama bacakan Yasin di sisi Qaid agar dia selamat menempuh operation ini dengan jaya dan tanpa sebarang komplikasi. Tak lama kemudian papa plak sampai dari tempat kerjanya. Tunggu punya tunggu, sampai maghrib Qaid masih tidak juga dipanggil ke OT. Kesian sangat mama tengok Qaid, sampai kering bibirnya mungkin kehausan. Qaid perlu dipuasakan kerana dia akan menjalani laser treatment ini dalam keadaan dibius sepenuh badan (general anaesthesia), dan mungkin memerlukan ventilator post-operatively.
Akhirnya lepas solat maghrib, confirm kami diberitahu operation untuk Qaid dikansel utk hari ini. Ini bermakna esok sekali lagi Qaid akan dipuasakan..Aduh kesian anak mama ni..Hari ni beratnya turun sebyk 5 gm, menjadi 1.390kg. Moga2 hari esok, jumaat, Qaid akan menjalani rawatan laser yang telah dirancang. Lagi cepat rawatan ni dijalankan, lagi bagus. Mama nak sangat Qaid cepat sihat dan membesar. Dan mama harap dengan rawatan ni, problem mata Qaid tak akan progress menjadi lebih teruk..
Hari ni kakak Qaisara mama tinggalkan di rumah bersama2 makciknya. Kesian kakak, menangis2 bila mama tinggalkan. Dan mama sendiri, kerana tidak dapat mengepam susu sepanjang hari ni, susu mama membengkak dan sakit.. Selalunya bila kakak qaisara ikut ke hospital, dia yang akan menyusu dengan mama, so that tak bengkak sebegitu.
Kesian kakak, plan mama utk mengajar kakak membaca dengan lancar sebelum umur 2 tahun asyik tertangguh..namun mama quite happy bila kakak qaisara dapat membaca flash card yang mama sediakan utk dia. Walaupun secara dasarnya qaisara menghafal, seperti dia menghafal semua nama binatang dan buah2 dalam buku kecilnya.. Cerita kakak membaca ini akan mama updatekan dalam tajuk ABM (Alat Bantu Mengajar).
Untuk Qaid, mama hanya mampu berserah dan berdoa pada Ilahi agar dia sembuh, sihat dan cepat membesar, serta menjadi sebijak kakaknya Qaisara, insyaAllah. Aminnn....
No comments:
Post a Comment