Sunday, December 30, 2012

My little sweetheart -janji kakak bila mama dah tua

As-salam....
Tadi dalam kereta waktu mama memandu,  terjadi perbualan kami ni....kalau boleh mama nak rakam setiap patah kata yang keluar dr mulut kakak tu, tp situasi tak mengizinkan....

Ini dialog kakak sara :
" { Nanti kan kalau kakak dah besar, mama dah tua, kan mama dah tak larat jalan, nanti kakak nak tolong mama..
Kakak tolong pegang tgn mama masa jalan, kakak basuh kencing mama, basuh beak mama, pakaikan mama pampers....
Pastu kakak masakkan untuk mama, kakak kasi mama air, pastu kakak bancuh kat mama anmum materna...}"

Mama yang mendengar ni rasa terharu sangat....
Oh sayang, U are such a sweet daughter!

I love u..

Doa mama kakak menjadi anak solehah yang benar2 berbuat bakti kepada orang tuanya.... dan doa mama kakak akan berjaya dunia akhirat.....
Ameen...


** InsyaAllah 30/1 ni genap kakak 4 tahun.... :)








Saturday, December 29, 2012

Pasal tadika pun mama nak kerek??

As-salam....

Dalam entry lepas mama ada tersebut harga registration unutk tadika kakak...
Betul, memang agak mahal...
Sebenarnya harga tersebut termasuk registration fee untuk bulan January sekaligus...dan total harga tersebut sebenarnya taklah jauh berbeza dengan 2 lagi tadika yang mama survey hari tu....pendek kata utk segala kelebihan yang dia ada, harga tersebut agak berpatutan pada mama.

Kalau ikut hati mama, actually tadika Kemas pun dah cukup bagus, murah pun murah...
Mama dulu pun tadika Kemas saja, pedalaman lak tu, tapi alhamdulillah berjaya jugak.... setakat nak ajar anak membaca dan mengira, mana2 tadika pun ok kot....
Tapi itulah masalahnya ......tadika Kemas nan hado kat area sini....(ke mama yang tak tau kat mana?)

Dan seperti mama cakap dulu, perkara paling penting dalam consideration mama dalam pemilihan tadika ini adalah kerana mudah  bagi mama ...mudah nak hantar, mudah nak ambik....since tadika ni ada menyediakan day care juga selepas habis kelas. So takde lah mama terkocoh-kocoh nak jemput kakak pukul 11 pagi selepas habis kelas. Mana la ada masa nak keluar pun...nak minum air masak seteguk atau nak gi toilet pun selalu terlupa bila dah ramai2 patient tu....huhu....

Untuk menggunakan transportation seperti van dan bas sekolah memang tidak terfikir sama sekali...Dalam zaman yang ramai org tak boleh dipercayai ni, kalau terpaksa menggunakan transport sekalipun, mama akan cari pemandu wanita...tapi bukan mudah juga nak cari tu...Tapi selagi boleh, memang mama taknak guna transport...biarlah mama bersusah payah sedikit. Bab keselamatan seperti ini, yes, memang mama fussy...keselamatan anak itu paling utama....

Nak harapkan papa yang mengambil dan menghantar pun susah juga disebabkan kerja shift papa tu, nanti sape nak antar kalau kul 830 pagi pun papa lum sampai balik dr tempat keje...?

Ada satu lagi tadika lain yang mama survey hari tu pun ada menyediakan daycare juga, tp condition tempat tu nampak seperti tidak meyakinkan, ditambah dengan jalan yang jammed untuk menuju ke situ...dan mama taknak stress di pagi hari mengharungi jalan yang jam....

Dan...itu lah ceritanya...mengapa tadika ini menjadi pilihan mama....nama tadika terpaksa dirahsiakan...disebabkan itu satu-satunya cawangan tadika tu kat Johor ni...nanti senang lak org nak trace...huhu.......


Kenapa mama jelaskan semua ni? 
Supaya takde orang ingat mama kerek atau berlagak sombong menghantar anak ke tadika yang mahal, maklum lah yang membaca blog ni boleh jadi sesiapa sahaja...
Kadang-kadang apa kita tulis dengan niat lain, mudah sekali diputarbelitkan dan dijadikan modal untuk mencaci maki....
Mama bukan lah orang yang perfect, dan bukan semua juga boleh menyayangi mama atau menyukai mama....especially yang kenal dari jauh atau secara luaran.
Takpe lah...bak kata Prof Dr Muhaya...bukan apa orang kata yang penting, tp apa yang Tuhan kata...:)


Friday, December 28, 2012

Debaran bakal murid tadika

As-salam...

Heheh....
Sebenarnya lebih kepada debaran mama kepada bakal murid tadika itu....
Haha..hover tak...baru nak masuk tadika pun mama dah berdebar2......

Alhamdulillah siang tadi mama dan papa dah berjaya mendaftarkan kakak Qaisara ke sebuah tadika...
Tadika yang mama pilih setelah sessi survey 2 bulan lepas....

Antara beberapa buah tadika tersebut, tentulah pilihan mama :-
1) Bersih
2) Tadika berkonsepkan English Islamic
3) Ada kelas Quran, solat.
4) Gurunya mesra dan baik,dan berpendidikan, (walaupun mungkin tiada early childhood certificate, tp guru di sini ada at least diploma di tadika ni).-(mama tak kata yg takde diploma tu tak bagus ya---)
5) Kaedah membaca - mengikut konsep phonetic seperti yang mama telah ajar di rumah, so Qaisara dan Qaid tak confuse nanti
6) Dan paling penting, mudah untuk mama hantar dan ambil sendiri, tidak memerlukan transport....

So pepagi mama akan hantar kakak ke sekolah, dan habis kelas, cikgu akan hantar murid2 ni ke sebuah rumah yang dijadikan transit hingga ke petang....Tapi transit ni bukan sekadar tempat rehat, tp diajar juga solat di sana, serta membaca juga, bukan buang masa saja katanya...

So alhamdulillah apa yang mama nak, ada pada tadika yang mama pilih ni....walaupun belanjanya paling mahal antara semua tadika yang mama survey (jumlah semua mama bayar tadi RM 1408), tp insyaAllah mama berdoa moga ini pilihan terbaik...
(Wah...macam dilemma nak pilih Universiti mana lak kan)...

So minggu ni dan minggu depan adalah hari-hari terakhir kakak berada di rumah baby sitter...InsyaAllah 4 January nanti kelas akan bermula, maka bermulalah hidup kakak sebagai pelajar....

Motto tadika tersebut adalah "Alhamdulillah I can read and solat by 4"....which is mama rasa alhamdulillah even before going to school pun kakak dah berjaya read simple suku kata and can perform solat with alll the rukun Qauli (means boleh membaca all bacaan di dalam solat) ....

Membaca mama ajar sikit2 dan kadang-kadang di rumah, tidak istiqamah...huhu....(so harap bila pergi sekolah nanti kakak akan lebih lancar membaca dan pandai menulis, yang mana menulis mama jarang sgt ajar kakak...)....
Dan bacaan solat pula kakak hafal seawal usia 3 tahun hasil bimbingan baby sitter yang baik hati....thanks Allah kerana mempertemukan kakak dengan BS sebaik Puan Normah.

Harapan mama juga bila ke sekolah nanti kakak akan berjaya belajar berdikari, belajar bermasyarakat serta berkawan...itu yang lebih penting untuk permulaan ini....
So takde la lagi kawan-kawan anganan/kawan bayangan yang selalu disebut kakak---kononnya kawan dia namanya Resti, Nira dan Yuna....hahaha.....


Macam mana dengan adik???

Adik akan terus tinggal dengan baby sitter, sebab tadika ni tak ambik kanak-kanak bawah 4 tahun....
InsyaAllah tahun depan giliran adik ya sayang! Sabar ye, sebab Adik sekarang baru 2 tahun 3 bulan, corrected age patutnya baru 2 tahun....Tapi adik sendiri pun tak kalah dengan kakak, setakat ni alhamdulillah boleh membaca juga suku kata, (even sebenarnya lebih banyak dari kakak).

Lain kali mama update detail tentang adik ya!

Ada lebih dari 30 suku kata seperti ni yang mama buat dalam bentuk flash card termasuk bunyi lain, Alhamdulillah kakak dan adik dah boleh baca wp kadang2 ada confuse gak sikit-sikit, cthnya adik suka sebut ZA itu sebagai Zebra... hahaha....confuse la tu...pastu kakak selalu tertukar antara DO dan BO, CE dan DE




 

Tuesday, December 25, 2012

Nasi kerabu basi

As salam.
Hari ni mama 'lepak' sangat di rumah. Lepak bg org johor bukan bersenang2 di shoping kompleks mcm mama faham sblm ni,tp bermaksud keletihan yg bersangatan.

Apa taknya,dah 12x ulang alik ke toilet,gara2 diarrhoea yg menyerang. Semuanya akibat nasi kerabu pasar mlm yg mama beli mlm td. Rasanya bkn nasinya yg basi,tp lauk hati lembu tu. Masa mula makan dah rasa lain mcm,lembut dan lembik semcm,tidak kenyal spt biasa, tp x sure. Mama makan 2,3 suap je,terus mama buang nasi tu sbb x sedap hati dan x sedap di tekak.

Hasilnya hari ni,melepak lah mama keletihan.

Erm,buat semua peniaga makanan out there, tak kira restoran atau pasar malam,meniagalah dgn penuh ikhlas,dan kebersihan paling utama. Kalau lauk 2,3 hari lepas pun masih dijual tanpa rasa bersalah,mana nak dtg keberkatan dr rezeki yg anda peroleh? Dah tu berani plak jual lauk basi tu mahal-mahal!

-sekadar ingatan. Kalau mama nak g report pjbt kesihatan,senang sgt.

posted from Bloggeroid

Sunday, December 23, 2012

Dunia Bawah Air

As-salam.
Just nak letak few pictures yang sempat mama snap masa kat Under water World, Langkawi...

Rugi sangat sebab tak bole nak snap semua, sbb time ni la baru perasan yang memori card kamera mama dah penuh, so time tu jugak lah terpaksa delete old pictures satu persatu....dah la tak bawak lappy pegi Langkawi (apa ke heinya nak bawak lappy, pergi 24 jam pun tak sampai kan)....makanya terpaksa lah delete by manual. Nasib baik old pictures tu separuhnya dah ditransfer ker lappy sebelum ni, so  boleh la didelete...

Sebenarnya masa tu memang teringin nak snap semua,, tapi apa kan daya....huhu

Ikan berkaki empat

Ketam pelangi

Ikan bertanduk dua

Kuda laut menggatal :)

Obor-obor, mcm jelly sumi kata sara

Anjing Laut

Penguin

Ikan apa namanya ni, tak ingat mama, tp terpacak kepala ke bawah

Scarlet Skunk Cleaner Shrimp (Lysmata amboinensis)-cantik sangat udang berbelang merah ni....

Ni mama tak ingat nama sebab tak snap nama




Papa with his beloved children

Saturday, December 22, 2012

Unplanned Vacation 2- Langkawi Pulau Lagenda

As-salam.
Sambungan dari cerita unplanned vacation kami.
Sehari berfoya-foya di Cameron Highland pada hari Sabtu, akhirnya petang ahad kami selamat sampai di kampung.

Isnin 10/12/12 -relax di rumah satu hari...

Malam tu entah kenapa tetiba datang lagi idea untuk bercuti.....
So memula tanya Mr Papa (sori kejutkan papa tgh malam)...
pastu kul 11 mlm kejutkan mak (hahaha...sian mak), tanya nak pegi Langkawi ke idak..off course la mak nak. Tanya lak ayah mama..ayah ok ikut jer...

So esoknya Selasa pepagi buta bangun, siapkan 2Qs, dan akhirnya kul 7 bertolak ke Kuala Kedah.(plan asal nak bertolak kul 6)....

Kul 8.30 gitu sampai di Kuala Kedah...
(Oh ya..perlu diingat sekarang adalah musim cuti sekolah, maka adalah dijangkakan tempat penginapan adalah full ataupun mahal, dan transport juga adalah mahal)....tapi sekali lagi kami gamble....tanpa sebarang perancangan, kami tawakal jer menuju ke kaunter tiket ferry...

Sesuatu yang baru di sini adalah semua penumpang feri perlu menulis nama  pada borang yang disediakan..(zaman dulu2 tak payah tulis nama)....dan proses membeli tiket pula adalah sangat pantas dengan adanya sistem berkomputer... tp sayangnya belum ada sistem online utk booking tiket....so kiranya sampai jeti baru leh konfirm kita akan dapat feri atau tidak.....Tapi jangan bimbang, feri sekarang ni besar2, muatannya pun mencapai 300-400 orang kalau tak silap.
Tapi bagi mama, rasanya lagi best kalau boleh booking tiket awal2, mcm kita naik bas ekspress atau flight tu, so rasa selamat dan konfident sikit ....(tengah imagine kalau org yg datang jauh2 ke jeti tu tapi tak dapat tiket)

Feri terawal bermula pukul 9.30 pagi, dan terakhir adalah pukul 700 petang.
Kereta boleh diparking berdekatan jeti, di mana banyak tempat parking berbayar disediakan....tapi kena pandai lah cari tempat supaya kereta anda selamat....

Kami sendiri, masa sampai di suatu simpang dan berhenti di traffic light, tetiba ada sebuah motor datang ke sebelah kereta kami entah dari mana munculnya, dengan confident dia bertanya  kat tengah jalan depan traffic light merah tu, "Encik nak ke Langkawi ka?" Kami iyerkan la....Dia cakap, encik ikut saya, nanti saya tunjuk tempat parking.
Masa tu kami pun follow brader tu nak tgk tpt parking kepunyaan dia (berbayar, tp tak sure berapa bayaran dia)...sekali dibawaknya kami ke satu lorong belakang kedai yang suspicious dan nampak tak selamat untuk meletak kereta dan ditinggalkan di situ, dah la agak jauh dari jeti, mana nak larat mengangkut beberapa biji beg nih......

Apa lagi kami pun berundur semula ke belakang untuk cari tempat lain....brader tu kejar kami dengan motornya, nak suruh parking kat tempat dia jugak...kami cakap no, tak payah....so dia pun pergi dengan frustnya....

Kebetulan masa tu mama nampak satu signboard dekat satu masjid india, ada tempat parking juga, so kami menuju ke situ...
Alhamdulilah urusan dipermudahkan, tinggal satu lagi tempat parking di dalam kawasan masjid tu, dengan harga RM10 untuk 24 jam. Dan secara tetiba imam masjid tu keluar untuk entertain kami dan mengambil bayaran tempat letak kereta...sekali dioffernya kami tempat untuk tinggal di langkawi nanti, dan dioffer juga kereta untuk disewa...apa lagi, dalam keadaan gamble tak tau mana nak tido tu, kami terima pelawaan imam masjid tu, dengan harga yang sangat berpatutan. Rupanya memang imam tu ejen di seberang sini, mewakili chalet dan syarikat kereta sewa di langkawi.
So selesai masalah, dah tak perlu fikir lagi di langkawi nanti, boleh terus check in jer....Alhamdulillah di situ....

Sampai Langkawi, dah pukul 12 lebih (feri hanya bergerak pukul 10 pagi wp tiket 9.30 am), terus dapat kereta, pergi lunch dan check in chalet. Chalet kami berdekatan pantai Chenang, dari bilik tu melangkah beberapa tapak saja untuk ke pantai...best! ( Tak sempat mandi pun tapi!!))

Haha..panjang tul cerita mama sebelum nak sampai ke Langkawi ni kan....
Enjoy the picca la plak...Kami tak pergi banyak tempat pun sebab kesuntukan masa...nak duduk lama2 kat sana tak boleh sbb parents mama sibuk nak balik ke rumah wat preparation untuk kenduri akikah cucu-cucunya....

Yang sempat pergi cuma Underwater World, dan Cable Car Langkawi ...cable car ni adalah tempat idaman mama sejak dulu nak naik, tp malangnya kali ni pun mama frust, sbb by the time kami sampai, cable car dalam proses maintainance, sedangkan masa utk kami balik semakin hampir....so terbatal niat nak naik cable car....InsyaAllah tahun depan datang lagi lah....kalau ada umur dan rezeki ya anak-anak....

Dan tempat paling wajib pergi kalau sampai ke Langkawi haruslah Haji Ismail Group(HIG) kan...macam tak sah datang Langkawi kalau tak dtg ke HIG ni...dolu2 masa lum kawen, dan bekerja di Kuala Kangsar, mama pernah dtg sini 2 ke 3 kali sebab berkursus....(tak termasuk time kecik2), tp masa dtg dulu tak teringin nak beli apa2 pun, masa tu tak kenal lagi corelle la, luminarc la, vision la, ....Dan kali ni, itulah tujuan utama mama nak gi Langkawi pun....hehehe...alhamdulillah puas dapat beli idaman hati dengan harga yang murah.....

Ni pics nya......

Dalam Underwater World...peace....

Qaid Mukhlis dalam Ferry

Cable Car

Tunggu sekejap, mama..

Sara dan Tokwan di banjaran Alps....:)


Gambar wajib ada kalau gi Langkawi...

Pantai Chenang


Monday, December 17, 2012

Unplanned vacation 1- Cameron Highland

As-salam....

Ni cerita minggu lepas...masa on the way balik kedah...Takde sebarang plan, dah sampai kat Tapah area...tetiba jer dapat idea...why not kita ke cameron dulu sebelum ke kampung....

On the spot juga terus google hotel dan contact, rupanya banyak hotel yg dah full over that weekend....last sekali dapat la satu hotel bajet yg sudi terima kami,dah booking bilik barulah berani teruskan perjalanan ke Cameron....tp diaorang reserve room tu hingga kul 4 pm jer...
Apa lagi, bertungkus lumus juga nak lepasi jammed kat Simpang Pulai tu, last2 sampai kul 4.30 pm kat sana....
( sebaik saja keluar exit Simpang Pulai, ada 2 traffic light yang menyebabkan jammed yang teruk di plaza tol tersebut, di sebabkan traffic light yang sangat berdekatan dgn tol....)

Ok, dah sampai atas...(which is not so cold), nak cari parking pulak satu hal.....puas berpusing2 di sekeliling hotel yang kami book tu, nampaknya terpaksa buat plan kedua......kena cari hotel lain, kansel hotel yang dah dibooking tadi.....

Cameron adalah tempat yang sangat jammed, disebabkan jalan yang sempit disebabkan banyak kedai yang dibuka di pinggir jalan, dan tak banyak tempat parking, kira nasib baik jer kalau leh dapat parking...

Pusing punya pusing dan setelah bertanya beberapa hotel, akhirnya dapat juga satu hotel yang agak jauh, tapi selesa....tapi harga dia....huhu.....disebabkan plan kami adalah last minit dan tiada booking awal, makanya terpaksalah terima harga tersebut......mana ada bilik yang murah lagi.....

Kesimpulannya kalau nak datang Cameron, booking awal sangat penting, dan kalau boleh jgn datang over the weekend lebih2 lagi time cuti sekolah gini.....

Apapun, enjoy the vacation.......
Mama upload sikit jer la gambar, sebab takde apa yang menarik sangat kat cameron tu....nak bergambar kat celah pokok teh pun tak boleh....huhu...
(kalau nak gambar cantik kat ladang teh, jgn pergi Bharat tea, tapi pergi Boh tea Plantation sbb lebih landai dan senang nak masuk celah pokok teh....Bharat Tea sangat curam, kalau bawak anak kecik susah sikit)



Al-Masyhoor Strawberry park...


Homemade ice cream...sedap gak


Saturday, December 8, 2012

Bila masa pulak mama berhutang kat UNIFI nih?

Salam semua.
Semalam,tetiba dapat satu call dari nombor 0301.
Nombor pelik tu,mama angkat...dengar suara sorang pom cina yang telah direkodkan.
Bunyinya lebih kurang gini:

'PESANAN DARI TELEKOM MALAYSIA, ANDA MEMPUNYAI BILTERTUNGGAK UNIFI SEBANYAK RM3800. SILA  menJELASKAN SEBELUM...?.HARIBULAN SEBELUM  PERKHIDMATAN TERJEJAS..."

Bahasanya macam cina pasar cuba cakap melayu,penuh dgn salah nahu dan tatabahasa....mcm suspicious sgt , takkan la telekom hantar mesej berekod mcm tu...Biasa kan guna BI atau kalau BM pun  bukan macam bahasa pasar.

Dah la tu,mama ni tak pernah ada akaun UNIFI.....
Ntah apa2 la , malas nak layan....malas nak fikir....

BTW,kami nak balik kampung sekejap lagi nanti,insyaAllah...doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ya...amin....

p/s- Malam ni sekali lagi kaktus mama berbunga...kembangnya cuma satu malam....macam bunga bakawali la pulak kan

Thursday, December 6, 2012

HRMIS oh HrMIS

Salam..lama tak berupdate blog ni...bukannya apa, minggu lepas mama dan qaid dua-dua tak sihat...Isnin lepas siap mc lagi mama....1st Mc untuk tahun ini...hope tak ada lagi.....nak sihat-sihat selalu...amin.
Sampai sekarang dah masuk minggu kedua mama masih selsema dan batuk2 tapi sedikit berkurangan sejak semalam, selepas antibiotik yang lebih kuat...Adik pun nampak semakin baik, tiada lagi selsema dan batuk,cuma bila tidur masih berbunyi seolah2 berdengkur, tp lebih kepada nasal block sebenarnya...

Alhamdulilah sangat kali ni selsema adik tak lama dan tak melarat hingga perlu regular nebulization. dua hari pertama perlukan inhaler...dan lepas tu alhamdulillah...mungkin supplement tu works for him....harap adik terusan sihat ya sayang.


Oh ya...kami telah berpindah balik ke rumah sejak minggu lepas, iaitu selepas bilik atas siap dipasang tiles. Tapi bahagian dapur belum siap lagi....Oh..banyak juga barang yang perlu dikemaskan semula...dah berhari2 pun masih berterabur lagi ...mama tgh tunggu mood nak mengemas betul2 ni.....buat masa ni mood memang ke laut....hati sudah di kampung.....tapi hati juga tak senang duduk selagi kerja mama belum siap...

BAgi penjawat awam taulah, sekarang ni sasaran kerja tahunan (SKT) dah gunakan sistem online...dah la banyak petunjuk prestasi yang nak diisi...itu takpe lagi....yang lebih bermasalah adalah sistem yang SANGAT LEMBAB!!

Just imagine malam ni mama bangun kul 3 pagi nak siapkan benda ni...sebab dari hari  tu lagi susah nau nak masuk ke dalam sistem....
So dengan gigihnya malam ni mama bangun...walaupun tau esok akan kepenatan....
Dah penat tulis panjang2, last2 nak save...dari tadi dok 'SILA TUNGGU"...tak save2 pun lagi...dah dekat 45 minit sila tunggu nih......
Tak ke hangin malam dibuatnya....aduhhhhh...nak nangis la!

Please la....wahai kementerian....kot ya nak buat sistem yang canggih manggih....jangan la menyusahkan orang macam ni.... mengakulah bahawa ini kelemahan sistem..bukannya sebab ramai orang tgh online....kalau sistem yang baik, ramai orang mcm mana pun tak akan jadi mcm ni....

Habih camne nak balik kampung ni...?


Friday, November 23, 2012

Kalau mama mati macam mana?

Kakak Qaisara marah adik pukul mama. (adik pukul gurau masa main guling2 dgn mama dan kakak)

Katanya:-
Adik,jgn pukul mama sayang.
Kalau mama mati macam mana?
Sape nak wat susu. Sape nak masak nasi. Sape nak suap makan?
Kalau mama mati,mama masuk kubur,ha,mcm mana?
Nanti kalau mama takde,sape nak jaga?

Mama-- dgr ajer,tp sedih kalau betul berlaku,mama x sempat nak ajar dan didik kalian berdua. Kalian akan membesar di tgn org lain,dgn didikan yg lain. Dan akhirnya kalian akan lupakan mama. Tambah2 adik,mungkin bila besar dia tak akan ingat siapa mama dia yg sebenar.

Mode-tetiba emosi. Sob sob :((





posted from Bloggeroid

Tuesday, November 20, 2012

Kitchen.. In the making







Lantai atas dah hampir siap di-tile.
Dapur dan bilik solat-Tak sabo nak tunggu siap. Nak wat come lote cam Dr Najwa.

Tp bajet tak cukup,camne nih. Haih.

posted from Bloggeroid

Monday, November 19, 2012

PALESTINE- berdiam dirikah kita?

As-salam
Just to share apa yang mama dapaat dari facebook.....tentang beberapa perkara berkenaan Palestine...
Di saat kita enak menyambung mimpi, makan Mcdonald hari2, mereka di sana bagai diratah2 oleh kekejaman Israel....

Kalau tengok semua gambar2 di sana, tak sanggup mama nak tengok...dan selalunya air mata akan menitis sayu, apatah lagi kanak-kanak seusia Qaid dan Qaisara dibunuh dengan kejam, dengan kepala serta tengkorak yang berlubang dibedil., dengan perut yang terburai...subhanallah...syurgalah tempat kalian wahai anak-anak syuhada'....

Dan kita??
Apa yang mampu kita buat? Selain berdoa..ada lagi sebenarnya.

Mama postkan semula apa yang mama baca di facebook.. untuk sama-sama berfikir dan hayati serta berdiri bersama palestinian di sana...






[REPOST]

TAK MAU BOIKOT??

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.
"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.
"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

WALLAHUA"LAM

Saturday, November 17, 2012

Sehari yang Meresahkan...

As-salam..
Semalam adalah hari yang buat mama sangat berdebar2, sedeh, dan rasa down sangat...
Apa taknya, tetiba handphone mama bagi notis yang akaun google/gmail mama telah berubah atau salah password...
Macam mustahil pun ada, sebab mama takde pun enter password kat mana2 sebelum tu...
bila jadi camtu, automatik blog mama pun tiada.
TIADA!! Ader ke dia cakap your blog has been removed/deleted!!!
Sedih sangat....

Dalam hati dah fikir macam2....
Paling sedih adalah segala tarikh2 perkembangan budak 2Q ni mama hanya catat dalam diari mama ni saja, tiada di tempat lain.
Begitu juga tarikh adik Qaid sakit, masuk ward dsb, semuanya ada di sini...dan mama baru dok cadang nak copy ke tempat lain, tup-tup tengok blog mama dah takde....

Dalam pada dok sedih2 tu, mama whatsapp cik Gadis Bunga, tanya pendapat,dia suruh mama cool, dengan harapan encik gugel tgh crazy or mengong2....

Hari ni, bila try enter pw kat hp, still tak boleh, sampai la last sekali petang tadi kul 6, mama try online dengan laptop ( sebelum tu laptop sakit masuk hospital, baru discharged)...
Alhamdulilah bila ol dengan lappy, dia minta fon number untuk dia hantar verification number, dan ALHAMDULILLAH, masalah mama selesai akhirnya...
Phewww...

Syukur sangat.....
Pasni kena print kot mana2 entry yang rasa mcm berharga tu, so kalau jadi lagi accidental deletion camtu, mama ada back up ...
Huhu...
(itu idea ccik GB sebenarnya, Thanks GB!)





Thursday, November 15, 2012

Pindah rumah

Salam semua.
Dah lama x kongsi cerita di diari mama ni.
Laptop mama dah kena antar servis. Budak komputer tu ckp laptop ni mahal ni,nape bg anak wat main.
Bukan takat main,dilanyak2nya lappy mama tuh.
Takpe pasni mama belikan satu yg murah utk 2Q wat lanyak tgk cd dan boboiboy.

Berbalik pd cerita pindah rumah,masuk hari ni dah 4 hari kami berkampung,menumpang di rumah org.
Rumah 2Q sedang dlm proses renovasi.
Bkn renovate byk pun-mana ada duit byk cek oii..cuma tambah dapur dan satu blk di tingkat bwh,dan tukar lantai di tingkat atas kpd tiles.
Bkn nak besar2 sgt umah ni actually. Yg ada skrg pun tak larat mama nak maintain.tp sbb terpaksa maka lantai atas tpaksa ditukar,gara2 anai-anai yg merosakkan lantai kayu pake sblm ni.

Harap2 cepat la siap rumah kita. Bkn apa..susah dok umah org ni,takde fridge,susah mama nak masak. Kalau nak masak mama kena blk umah amik bhan mentah.nasib baik dkt je umah tumpangan kami ni dgn umah sendiri. Alah,mcm la kalau dok umah sendiri rajin sgt masak kan.

Nasib baik papa dgn baik hatinya dah angkut tv dan washing machine.tak sanggup mama nak gosok dgn tgn-terfikir mcm mana lah mak kita dolu2 basuh berbesen2 kan?

Dan nasib baik juga rumah ni ada dapur,wp gas kena bwk. Dan ada water heater juga. Tak sanggup mama nak mandi sejuk2,tambahan musim hujan gni. Qaid lagi la tak tahan mandi sejuk.

So many thanks to tuan rumah merangkap kawan baik papa,wak jaiman yg sudi meminjamkan rumahnya pd kami. Kebetulan wak man pun br pindah ke rumah baru,so memang right time for us la kiranya.

Dah pjg cerita mama. Penat woo type dgn jari telunjuk je.
Ok lah.daaa
posted from Bloggeroid

Wednesday, November 7, 2012

Di sini lagi kita




Salam.
Harap mata adik x progress lebih teruk,atau,jika ada keajaiban,powernya bertambah baik.
Amin


posted from Bloggeroid

Saturday, November 3, 2012

Twin



This pic was taken few months back,waktu mama nak wat kek blended orange.

Agak2 leh dpt baby kembar tak ek?
Ehehe

posted from Bloggeroid

Friday, November 2, 2012

G dan H yang hilang..

As salam.
Rindunya nak update blog.
Apakan daya,bila G dan H menghilang,makanya kita update ringkas dgn telefon saja.

Kalau nak menaip dgn lappy juga,jadinya nanti nak tulis GOOGLE,jadi OOLE, HAHAHA jadi AAA ..
Kan susah. Nak g komen blog kawan kawan pun susah. Huhu. Cian mama kan.

Kaylah. Penat nak taip pjg2 dgn tepon. Baii..


Pic ni sara yg wat..huhu
posted from Bloggeroid

Saturday, October 27, 2012

Aidil Adha 2Q



As salam.
Ni lah natijahnya org x blk kg .
Org beraya,kita g shoping kat tesco.
Dah penat2,singgah sekejap di tpt yg namanya Tutty Fruity tuh.
Mama pun first time merasa nak oi!

Dah lama berhajat nak banjer papa makan frozen yogert ni, akhirnya semlm termakbul.




Adik lak-org shopping dia tido.
Org sedap makan pun dia tido.
Haha sori sayang, tu la sape suruh x tido kat umah td.
Lain kali mama belanja lg ya dik,insyaAllah.




posted from Bloggeroid

Friday, October 26, 2012

Baitullah,jemputlah daku jua

AsSalam

Salam eidul adha buat semua. !
Moga pengorbanan kita diterima sbg amal makruf-walaupun mama x korbankan lembu kambing, tp utk hati dan perasaan byk yg terkorban ini,moga ada ganjarannya :)

Buat sedara mara yg sedang bahagia menjadi tetamu Allah,mama doakan pekerjaan kalian di sana dipermudahkan,diberi kesihatan yg baik,dan moga mendapat haji mabrur idaman kita,insyaAllah.
Moga lambaian Baitullah itu akan memanggil mama pula slps ini.Amin.

Buat ibu bapa serta adik beradik di kg,maaf ya x dpt hadir kali ini,insyaAllah lg sebulan kami pulang!

posted from Bloggeroid

Friday, October 19, 2012

My Lovely 2Qs



Cinta hati mama.
Sayang sepenuh jiwa.
Sayang sampai mati.
Sayang tanpa syarat.
Moga jadi anak soleh!
posted from Bloggeroid

Saturday, October 13, 2012

Qaid's New Look

As-salam....
Banyak sungguh entry mama tertunggak...gara2 penat di malam hari, tak sempat nak update blog.... nak BW ke blog faveret mama pun tak sempat...nak jenguk Tembok Besar China Drsinga pun lum sempat...huhu...nanti ya kawan2....

Untuk entry ringkas kali ni....mama nak tepek pic terbaru Qaid Mukhlis......
As mention in previous entry, mata Qaid memang disahkan rabun oleh ophthalmologist...
So nak tak nak terpaksa buatkan glasses.....
Kalau tak, takut lagi teruk rabun jauhnya....
Right eye 150, left eye 400...

So inilah dia......
At the age of 2 yr+1 mo, corrected age 22mon...here is my new look.....

Saya maintain encem tak aunties? ada rupa harry potter tak...(bak kata auntie Syafa..hahaha.)

Phewwwit...lenguh idung saya tau!
*************************************************************************************
*************************************************************************************


Dan, yang paling tak boleh tahan, kakak sara yang verangan nak pakai spec juga....tp ni pic kakak time bulan Ogos hari tu , bergaya dgn spec mama...



Ada gaya professor serba tau tak...ekeke



Thursday, October 4, 2012

Mahkota Hotel Melaka...review sikit!

As-salam...
Nak cerita banyak2 pasal Melaka pun takde banyak cerita, sbb actually bukanlah sebenar2 bercuti.
So kita cerita bab hotel yang kami inap jer lah...Mahkota Hotel Melaka..
Mana lah tau ada org jauh dari Kedah nak datang Melaka nak stay sini kan...

Overall, penginapan sini okey2 la...4 bintang katanya, tp mama bagi 3 bintang, buleh? hahaha....sowii En manager hotel

Mahkota Hotel ni ada bilik hotel, dan ada apartment yg lebih murah harganya. 
Kami pilih apartment jer, (1 room apartment) berharga RM200 per night.(Yg paling murah...ekeke)
Kalau hotel room lagi mahal...(sila gugel utk harga sbnr)

Tapi apartment dan hotel ni actually dalam satu compund yang sama, cuma apartment dia kat wing lain....
Ada lebih kurang 8 wing kot. Dan all the apartments boleh guna semua kemudahan hotel  yang ada, ie swimming pool, spa, gym or whatsoever.
Service kira ok la, cuma mama sangat tak puas hati sbb bilik air dia sempit dan ada bau najis....
(hahaha..ada ker toilet bau perfume?)...tp sepatutnya tak de bau apa2 kan...So diaorang fail kat situ..mungkin toilet bilik tu jer ker..not sure ...


Ada ruang tamu dan balcony

budak perasan comel sempat posing cute atas katil

1 room apartment (kalau nak privacy tiada gangguan anak2, sila amik 2 rooms apartment yer)

Ada  mini bar, ada frigde, ada dapo tapi takleh masak (hiasan semata2 kot, huhu)

Adik pun tak kurang excited!


Hotel / our apartment view from swimming pool, each block tu adalah different wings

view from our  balcony

kakak terjerit2 nampak dolphin....hahaha...


Tak pasti nama masjid yang bercahaya tu


Hotel ni terletak di Banda Hilir, area town dan berdekatan Dataran Pahlawan yang jadi tumpuan pelancong tuh....so senag kalau nak gi jalan2....

Dan kami pilih hotel ni sebab dia dekat dengan hotel tempat mama berkonference...iaitu Equatorial Melaka. Tapi dekat2 pun kena naik keta la...
So pepagi after breakfast kat cafe Mahkota, 2Q akan hantar mama ke Equatorial.,,then diaorang balik lepak jer kat bilik sampai petang.

Petang hari Isnin tu baru kami berkesempatan keluar, itupun cuma ke A Famosa jer...Nak meround tpt lain lagi dah petang, dah tak sempat.
Balik hotel petang tu sempat berendam kejap (Qaisara and papa jer...) while mama pegang adik Qaid yang ketakutan tengok air.....haha

Detik2 sebelum qaisara tersembam ke dalam air, gara2 tak perasankan tangga biru tu

Adik awal2 lagi menjauhkan diri, escapisme?

Meraung2 bila kaki menjejak air.....last2 tak rendam pun....takut selsema makin teruk....celup badan sikit jer sesaat....

Qaisara's happy face

kelas renang bersama papa

 Balik bilik malam tu terus qaisara demam! mungkin tertelan air kolam banyak sangat...Cian anak mama....Takper...we have a great moment together, wp mama cuma di tepi kolam, memeluk adik yang kesejukan terendam sesaat.


Ada masa kita datang lagi,insyaallah!