Friday, December 31, 2010

New Hope



Peristiwa penting dalam hidup mama
2008- Kawin
2009- Anak Pertama Qaisara Nur Damia
2010- Anak Kedua Qaid Mukhlis
2011- Anak Ketiga???? Owhh!!!! Patutkah??   :P                            


Moga tahun baru yang menjelma ini akan memberi seribu lagi kenangan manis buat kita semua..insyaAllah..aminn.....

Alahai...keciknya...

Situasi 1:
^^Dah berapa bulan baby?
** Dah dekat 4 bulan
^^Eh 4 bulan? Keciknya ?
** Erm..Masa lahir dulu lagi kecik, 720gram jer..:)
^^Keciknya? Tak cukup bulan yer ..berapa bulan ?
**6 bulan dia dah lahir, sbb tu kecik
^^ 6 bulan dah lahir ? Eh boleh hidup ker kalau lahir 6 bulan ?
** Kuasa Allah kak..  Alhamdulillah Allah panjangkan usianya...


Situasi 2:
^^ Ala baby tomey2...baru lahir yer ?
**Taklah, dah dekat 4 bulan
^^Oooo..patut la nampak maknya dah sihat, tak macam org dalam pantang. Tapi apsal baby 4 bulan kecik jer, macam baru lahir ?
 &&&&& situasi 1 berulang ......

Situasi-situasi serta pertanyaan yg kerap mama alami...especially waktu bawa Qaid Mukhlis ke klinik pakar tempoh hari.

Dan ramainya orang yg tak percaya Qaid Mukhlis lahir sewaktu 6 bulan dalam kandungan. Kuasa Allah dan rahmatnya , Qaid Mukhlis kini membesar dengan baik dan sihat.

Allahuakbar!


Nyenyak di dalam baby cot baru...

Kaki di jari...

Masa lahir, seluruh tapak tangan Qaid hanya sebesar ibu jari mama, skrg dah besar!
Waktu lahir Qaid jauh lebih kecik dr anak patung ni....

ala la tomey tomey anak mama tu...beshnya tido...





Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara! Esok Cuti Umum, yeay!

Esok cuti umum

 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi. — Bernama
 _________________________________________________________________________________

Wah! Wah! Tahniah MALAYSIA !
Proud to be Malaysian!
Harap prestasi pasukan kita berkekalan yer...

Mama pun tengok gak sikit2 malam tadi, tapi takde la bersorak2, takde geng...papa night shift. Tapi kalau papa ada pun sure tak tengok , sbb dia tak minat pun bola-bola nih... (kaki bangku kot, heheh! syyy)

eh ! esok cuti umum? pesal mama lak yg beriya happy..kan mama memang cuti tiap-tiap hari....fulltime housewife la katakan...ihik..lupa la plak!....





Monday, December 27, 2010

Anak Dara Mama dah besar!!

Pejam celik, pejam celik, dah besar anak dara mama ni...Bulan depan Qaisara will turn 2 insyaAllah.
jom tengok picture Qaisara...

rembat tudung mama tau...
Dah ada handbag tau.....dah ada "baby"
Rembat handbag mama la tu...seb baik bag dah buruk...hahaha....

Handbag pun rembat mama punya,..anak atung kak amni punyer..;)

Dah pandai semayang.......

rukuk...ala nampak lutut la plak...

sujud...mane telekung ni sara
Dah pandai ngaji ....:)

Baca A Ba Ta dulu sblm kita ngaji yer...alamak tersexy la pulop


hi sume...nak kenalan leh...

Saturday, December 25, 2010

Cara mengelakkan stretch mark ketika hamil

Salam
Entry ini ditulis khusus untuk adik mama yg tengah preggy sekarang, dan juga utk pengetahuan pembaca lain, jika ada :)

Tengok picture la senang ceta:

ni bukan perut mama tau, credit to google.
Okey cik adik, ini adalah stretch mark atau dalam bahasa medicnya di sebut sbg Striae Gravidarum .
Striae ni berwarna sedikit kemerahan, yg biasanya muncul di trimester akhir kehamilan (mungkin lebih awal bagi sesetengah org) .
        Benda ni terjadi sebab regangan pada perut bila perut semakin membesar, ditambah pula dengan kesan2 hormon seperti glucocorticoid  yang menyebabkan fiber-fiber elastic pada kulit pecah dan mendedahkan tisu di bawah kulit (subkutaneous) yang penuh dengan salur darah.(sbb tu warnanya sedikit kemerahan)

Selepas bersalin, tanda regangan ini akan berubah menjadi putih dan kekal -dipanggil striae albicans (bila nampak ni, tau la yg wanita tu pernah bersalin, walaupun ada wanita yg tak ngaku pernah bersalin atas sebab2 tertentu)

Ingat, tanda ni kekal biasanya, so prevention is better!!.

Okey, yang penting sekarang ni nak cerita macam mana nak buat supaya kesan stretch mark ni tidak terjadi dan menghodohkan perut anda.
(bila mak bidan tengok perut dia cakap cantik la perut, mcm org tak pernah bersalin, padahal dah anak dua (hehe jangan jeles)....;)  )

Caranya: hehe senang jer, bukan mcm resepi bagai...

Sapukan minyak ke perut anda setiap hari 2x sehari, sejak dari awal mengandung-yakni sebelum perut meregang lagi, bukan sewaktu perut dah beso yer...!

Minyak apa nak guna ? haha...gunalah minyak apa2 yang anda suka...aiman tak kesah....:).....minyak masak buleh ker ?

Lagi satu, jangan sesekali menggaru perut anda, walaupun kegatalan melanda ketika akhir kehamilan ni..

Actually mama dulu guna minyak ni, dan alhamdulillah berkesan menghalang kemunculan stretch mark ni....

mcm promote la pulak, actually just nak kongsi kebaikan, tak dpt komisen pun...


















Mungkin ada juga org lain guna ni, tp tak berkesan. sebenarnya faktor kulit dan genetik turut mempengaruhi...so kalau jadi jugak, tak dapek la den nak nolong...

Kerana kita tidak punya siapa-siapa di sini....

Daerah ini...
Memangnya sangat asing buat mama...
Adanya mama di sini..
Hanya berbekalkan segumpal cinta dan sepotong janji seorang lelaki...
Lelaki yang bernama papamu..
Cerca dan nista pernah mama lalui..
Demi cinta itu..

Mama bahagia bertemankan dia..
Mama bahagia dengan kedatangan kalian...
Namun, pesan mama cuma satu...
Jika suatu hari mama tiada lagi..
Pulanglah ke daerah mama..
Kerana di sana mama sangat pasti..
Ada banyak cinta dan kasih buat kalian berdua...
Pulanglah ...
Kerana di sini kita tidak punya siapa-siapa....

Thursday, December 23, 2010

Kisah Kelahiran Saya :: by Qaid Mukhlis

Salam semua...
Hari ni Qaid nak cerita tentang kelahiran saya (seperti yg diceritakan oleh mama saya)

22 Ramadhan = 1 September 2010
 Hari ni saya telah berada dalam perut mama selama lebih kurang 24 minggu+
Entah kenapa, suddenly mama got PV staining. Tapi sebab sedikit, mama just ignore it and go to work as usual.

23 Ramadhan=2 Sept 2010
Mama still got PV staining. Still mama ignorekan jer dan work as usual. In fact today mama kena ke mesyuarat and presenting cases in front of the boss. Ada org tegur mama kelihatan pucat dan nampak penat tapi mama senyum jer..

24 Ramadhan =3 Sept 2010
PV staining mama dah jadi PV bleeding..bertambah banyak. Mama on leave today, tp still buat kerja macam biasa, mengemas dapur, dan bercadang mengemas bahagian atas rumah. Yer lah...kan next week nak raya! Tp nampaknya PV bleeding semakin banyak and mama start to worry.

25 Ramadhan = 4 Sept 2010
Hari ni PV bleeding mama semakin banyak, ditambah dengan perut mama start sakit, just like a mild contraction pain.
Saya kat dalam perut mama, masih aktif bergerak dan menendang perut mama. Hari ni, disebabkan adanya contraction pain, papa bawa mama ke hospital (HSIJB).
Kat sana mama dilihat oleh seorang doktor pelatih (HO) dan sorang doktor (MO). Diaorang just wat scan and informed that mama's placenta is low lying, causing the PV bleeding. And frustrating thing is they didn't do the CTG (cardiotogograph) to detect any contraction. So mama was allowed home and adviced for bed rest.

26 Ramadhan=5 Sept 2010
Hari ni perut mama semakin sakit, contraction even more frequent, and it makes mama worry so much, that brought mama to Hospital Penawar. There mama was seen by the O&G Specialist (Dr Suhaimi) and he gave mama medication to stop the contraction and pain. Mama was admitted for bed rest in the hospital.  For the very first time mama tinggalkan kakak Qaisara, and misses her so much.

27 Ramadhan=6 Sept 2010
Contraction semakin kurang, however the bleeding still continues. Mama just have a good rest in the hospital. Mama cakap saya kat dalam perut masih bergerak aktif ketika ini.

28 Ramadhan= 7 Sept 2010
Hari ni sakit perut mama dah hilang, dan PV bleeding pun dah berkurang walaupun tak hilang terus. Since lagi 2 hari adalah hari raya, the doctor allowed mama to be discharged around 2pm. Alhamdulillah. However around 6pm, the contraction pain felt again. Mama tahankan lagi, dan papa ke tempat kerja seperti biasa. Malam: sakit mama bertambah2 dan papa terpaksa dipanggil pulang. Papa sekali lagi menghantar mama ke Hospital Penawar dan sekali lagi mama ditahan di ward. Kakak Qaisara papa tinggalkan di rumah baby sitternya, mamaLin.
Di ward, sekali lagi doctor cuba memberi ubat penahan sakit serta penghilang kontraksi. Namun, sepanjang malam itulah mama terus-terusan kesakitan.


29 Ramadhan = 8 Sept 2010
         Pagi, lebih kurang jam 6am, sakit mama tidak tertahan lagi. Dan darah membuak-buak keluar hinggakan mama fikir saat untuk mama di dunia ini tinggal sekejap cuma lagi. Sempat mama panggil papa dari tempat kerjanya dan sempat mama hantarkan pesanan ringkas agar  mak dan ayah mama mengampunkan dosa mama, serta menitipkan pesanan agar menjaga anak-anak mama jika mama yang pergi dulu.
        Sebab mama sangat tahu tentang komplikasi bila low lying placenta seperti mama mengalami pendarahan serius, kadang-kadang memang mengundang maut. Doktor yang kebetulan baru saja pulang ke rumahnya setelah selesai kesnya di hospital ini segera bergegas kembali lagi untuk melihat keadaan mama.
Melihatkan keadaan mama yang agak serius ketika itu, the doctor decided to refer mama to government hopsital.  ** ini amalan biasa yer, bilamana hospital swasta seperti melihat pesakit tidak punya harapan lagi, akan segera dihantar ke hospital kerajaan, kerana servis dan kepakaran di hospital kerajaan memang tiada tandingan.**

Ketika ini, kata mama,denyut nadi serta jantung saya di dalam perut mama tidak lagi dapat dikesan. Dan ketika mama akan diangkat ke stretcher ambulan itulah, mama dapat merasakan kehadiran saya di pintu rahimnya yang sudah segera ingin keluar. Ketika itu, kata mama. mama tinggal pasrah pada apa jua keadaan anak mama ini, kerana mama memang sangat tahu semua komplikasi bagi bayi premature seperti saya.

Dan seperti yang tertulis di daun masa, tepat jam 6.25 pagi 29 Ramadhan itu, lahirlah saya, Qaid Mukhlis bin Zaidi.

Segera saya dipindahkan ke hospital kerajaan kerana kelengkapan yg lebih baik serta kepakaran yang ada di sana dalam menguruskan bayi pramatang seperti saya. Namun doktor pakar kanak2 yg bertugas di Penawar itu juga sesungguhnya telah berusaha agar saya dapat diselamatkan. Beliau sendiri yg mengiringi saya hingga sampai ke hospital HSAJB.

Sesungguhnya, kelahiran saya memang tidak mama jangka, namun takdir yg tertulis buat saya adalah begini. Takdir seterusnya sepanjang perjalanan hidup ini masih dalam rahsia  Ilahi. 
Kata papa, birthday saya cantik nombornya, 080910.
**oh yer, papa kenalah keluarkan satu lagi zakat fitrah untuk saya! Lagi 2 hari kan hari raya. !!***

Kata mama lagi, syukur sesungguhnya pada Allah kerana terus mengizinkan saya bernafas hingga saat ini, dengan sedikit komplikasi yang saya alami. Mengikut rekod (kalau tak silap mama, bayi pramatang yang direkodkan hidup di Malaysia adalah dari umur 24 minggu , dan saya adalah salah seorang dari mereka) (means belum ada bayi yang lahir sebelum 24 minggu yang survive).


Istilah perubatan yang mama dan saya guna di dalam entri ini ::

1) PV Bleeding - Per vaginal bleeding = orang biasa selalu cakap "turun darah".
2) Contraction pain - sakit berirama yang datang ketika akan bersalin
3) Placenta -uri
4) CTG -Cardiotocography -sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kehadiran jantung bayi dan juga contraction.
5) O&G Specialist - Obstetric and Gynaecology  Specialist- Pakar sakit puan dan perbidanan.
6) 24 minggu kehamilan = 6 bulan
7) HO- House Officer  = doktor pelatih (1st year bekerja dipanggil HO, menjalani training sambil bekerja yang dipanggil housemanship)
8) MO- Medical Officer = pegawai perubatan (after completed the 1st year housemanship)

 **********************************************************************************

Oh yer...kenapa saya cerita semua ini hari ini? Sebab hari ni, 23.12.2010 adalah hari due date saya.  Kata mama, hari inilah tarikh jangka kelahiran saya yang sebenar!!

For the rest of my life....

Semalam, sewaktu menunggu papa mendapatkan kereta selepas selesai pemeriksaan Qaid Mukhlis, mama terpandangkan satu insiden yang buatkan air mata mama bergenang  . ** tahan kuat-kuat agar tak jatuh depan org, ok!**

Mama nampak satu couple, pakcik (50s-60s) dan sorang makcik (50s) kat depan tempat menunggu tu. That makcik was on wheel chair, dan pakcik itu, dengan kudrat yang tidak seberapa, terkial-kial mengangkat makcik yang tidak berdaya bergerak untuk masuk ke dalam kereta.( makcik agak berisi sikit). Namun walaupun terpaksa begitu, mama nampak keikhlasan dan kasih sayang terpancar di wajah pakcik tua terhadap isterinya.

So touching... so loving....
Penuh kasih sayang..
Dengan cintanya....
Meski dimamah usia, cinta dan kasihnya tetap sama...
Meski makcik kini tidak lagi bertenaga hingga terpaksa dibantu menguruskan diri, cinta suami tetap utuh buat sang isteri..

Suddenly mama become so emo, jika suatu hari mama tak berdaya lagi,  will papa's love remain forever?? Will he be with me for the rest of my life? 

Tetiba teringat lagu yg papa nyanyikan utk mama  : Maher Zain ::::For the rest of my life:::::
***haha...walaupun papa tak ckp yg papa dedicatekan utk mama, tp sbb papa nyanyikan depan mama, kira utk mama la kan!***

I praise Allah for sending me you my love   You found me home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart  I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I I`ll be there for you I know that deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You`re my wife and my friend and my strength And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I I`ll be there for you I know that deep in my heart now that you`re here Infront of me I strongly feel love And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you eternally For the rest of my life  I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you.loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart


******Mama hope that papa's love will be forever and ever till the end of my life****

p/s ::: mood emosional...hehe

Wednesday, December 22, 2010

Specialist Appointment

Hari ni, mama and papa brought Qaid to hospital for 3 appointments. First he need to see ophthalmologist, 2nd ENT specialist and 3rd is for hearing assessment.
        We arrived there around 930am eventhough the appt is at 8am. Nak buat camne, papa just arrived home at 730am after his night duty. Sampai kat klinik mata, mama terus gi amik nombor. Waduh2...sungguh ramai makhluk Tuhan di situ...mama dapat nombor 215, sedangkan current nombor baru lah 134. Imagine or not how many hours we need to wait. Itu baru nombor kaunter. Pas nombor kaunter, kena tunggu ambil nombor utk bilik Dr lak.
     Sementara tunggu dapat nombor kat klinik mata, kami ke level atas, ke klinik ENT /ORL plak. Kat sini tak seramai kat klinik mata. Dapat nombor 3. Sementara tunggu dipanggil, mama bawa Qaid ke bilik Hearing Test. Kesian papa, sampai tertido-tido kat waiting chair tu, punya la lamanya menunggu.

Owh..tujuan why Qaid perlu jumpa all the specialist?

1) Jumpa Ophthalmologist/ Pakar Mata - utk review balik keadaan matanya selepas operation that day. Alhamdulillah, doc cakap ok.

2) Jumpa ENT/ ORL - Sbb lepas operation hari tu kan Qaid develop stridor, berbunyi bila bernafas.  So ni pun dah ok, Alhamdulillah.

3) Hearing test - nak test pendengaran Qaid - alhamdulillah pass for both ears.

Habis semua pemeriksaan at 1pm..Fuhh lapo sehh... makan roti dulu ahh sblm sampai umah.
Sblm balik singgah kat ward A3, ambil discharge summary note Qaid yang doc baru siapkan.

Notes:
* Ophthalmologist-Pakar Mata
* ENT-Ear, Nose and Throat atau nama lain ORL (Otorhinolaryngology)


sedap tido di pangkuan mama, on d way gi spital..tgk tangan takmaunyer masuk dalam bedung

Monday, December 20, 2010

Mari Belajar Bahasa Jepun Bersama Qaisara san

Hari ini cikgu nak ajar bahasa jepun yer murid-murid..

Dukkatey (katey=bunyi mcm satey)
Makkatey
Pakkatey
Tokkatey
Shikkatey
Lokkatey
Dikkatey



Erm...(pikir  sambil mata jeling ke siling )
Apa lagi ekk... achikkatey
Lagi...hahaha....apa2 word pun boleh jadi bahasa jepun, sambungkan jer dengan word katey kat belakang tuh)....

Word word ni semua sampai sekarang mama tatau apa maknanya...(dicreate oleh Qaisara )

Ni picture terbaru qaisara with her lil bro

Adik tido..(.muncung mulut =doo)

Yeah..papa tak tengok, leh la kaco adik...heheh

Saturday, December 18, 2010

Doa/petua agar sentiasa dara..jom pakat2 amalkan...:)

Salam semua...

Ni petua dan doa yang mama ambil kat facebook (sorry dah tak ingat sape yang post), berkenaan doa untuk diamalkan oleh kaum isteri untuk kebahagiaan rumahtangga...
Petua ni diturunkan oleh Dr Fatimah az-Zahra .

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abkaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
-Lepas solat isya', ambil air segelas.
-Bacakan Al-Fatihah 1x,
-Ayat kursi 1x
-Surah Al Waqiah ayat 35-38 (7x)
-Tiup dalam air dan minum, niat dalam hati utk menjaga kecantikan diri dan utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:



إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءًۭ ﴿٥٣

فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٦٣

عُرُبًا أَتْرَابًۭا ﴿٧٣

لِّأَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٨٣

 (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
 (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
 (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
 (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
 
Sekian, moga ada manfaatnya...insyaAllah

Friday, December 17, 2010

Finally,the handsome boy is back to his home!

Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan bermastautin di HSAJB, finally Qaid was allowed discharge today. Kakak was so happy and excited, at the same time the jealousy is there. When mama breastfeed adik, she keep holding to mama and say "nenen".. Kesian kakak, that's why mama still continue her breastfeeding also at the moment.

 Actually semalam mama plan to stay in the hospital to take care of him, however since he can be discharged earlier than expected, alhamdulillah, Mama pun tak perlu lah stay kat sana.
Kalau ikutkan premie lain hanya boleh discharged after gaining weight more than 1.8kg. tp since Qaid is mama's son ( -:) why ha...), the doctor allowed mama to take him home earlier than 1.8kg. Thank you to the doc.

  
Have a look at the pictures of my handsome little boyfriend...

sedapnya leh balik umah, best kiter tido tau...my weight today 1.720kg

My name is Qaid Mukhlis Zaidi, I'm 3 months old of age, however my corrected age is 39 weeks.

Me in my first suit.  Look at my "muncung", sebijik cam kakak qaisara time dia umur gini gak kan? Muka kiter pun sama cam kakak la...





Thursday, December 16, 2010

Qaisara's activity

Ni cerita tentang qaisara plak... tengok la pictures dia...

Khusyuk tau, bina kiub block

bila la nak siap nih, penat dah ni

wat muka cute di sisi kiub yang dah siap disusun

ni takde keroje....masuk kotak







hehe..pandai tak qaisara berlakon...kalau saper ader belajar pasal baby's milestone, sure tau kiub tu bukan qaisara yang susun..it's not her level yet... kalau dia leh susun kiub tu camtu at the age of 1 yr +, memang genius la...heheh...



cakkk!!!ni kat spital, pas nangis2 sbb mama tak bawa naik ke atas ward

main buih sabun..

jom jogging...

panas pun jadi gak....

Wednesday, December 15, 2010

After 99 days of life

Hari ni genap 99 hari kelahiran Qaid Mukhlis.Hari inilah pertama kali Qaid dapat direct breastfeeding dengan mama. Alhamdulillah. 
          Mula2 sampai ke HSA, mama dan papa seperti biasa ke A4, tapi rupanya Qaid dah dipindahkan ke A3 (tingkat bawah). Nak masuk ke A3 ni susah sikit, tak sama macam A4 yang leh masuk anytime. Kat A3 ni kena ambik pass bernombor, pastu yang terbaru kena tinggalkan IC atau lesen memandu. Yang paling tak tahan tu, ada ke guard kat situ kasi masuk 10 minit jer. Dia ingat 10 minit cukup ke nak kasi minum baby. 
 Takperlah,tinggalkan ketidakpuasan hati mama di situ.

                          Yang penting dah leh masuk dalam tu, mula-mula tercari2 juga kat mana Qaid ditempatkan. Tengok nurse tengah bedungkan dia. Kebetulan dia belum diberi minum, so nurse tu offer mama utk breastfeedingkan dia. Mama bawa dia ke bilik penyusuan, dan try to stimulate dia utk minum. Tapi nampaknya mula2 tu dia macam nak tak nak jer, macam still kenyang lagi. Selalunya kalau lapar tu dia akan melalak sekuat hati, tapi hari ni dia tidur jer. Tapi nampak dia dah pandai menghisap, cuma as a first timer, mungkin dia belum biasa lagi. InsyaAllah esok mama cuba lagi. 

                       Cerita pasal bilik penyusuan, actually bilik tu cuma untuk all mommies jer, kaum papa are not allowed, tapi since takde mama lain kat situ, mama ajak papa masuk sekali. We all sempat bergambar lagi kat dalam tu. Gambar first time breastfeeding (pictures takleh la upload kat sini kan...sowi). 
       Keadaan Qaid hari ni nampaknya bertambah baik, alhamdulillah. Beratnya semakin meningkat, iaitu 1.695kg. Mama hope sangat2 berat dia cepat naik, dan takde masalah lain. Mama dah tak sabar nak bawak Qaid balik rumah.
InsyaAllah juga hari jumaat ni mama nak start stay in the hospital, mama nak jaga Qaid sendiri. Harap2 mama tak perlu stay lama kat hospital, harap2 cepatlah Qaid balik..Tak best tau dok lama2 kat spital...
Blog ni pun takleh update la nampaknya. (ke nak bawak lappy ni?)( Leh ker bawak ek?)

Nampaknya juga kakaknya, Qaisara dah kena stop breasfeeding la, kasi chance kat adik lak yer kakak. Kakak kan dah besar, dah leh makan macam2. Tapi mama still sedih sebenarnya nak stopkan kakak from breastfeeding. Kalau time mama buat2 macam taknak kasi breasfeeding kat dia, kakak punya tangisan tu cukup meruntun hati mama. Kakak dah pandai memujuk mama, dah pandai memilih sebelah mana yang dia suka. Ah, kakak memang pandai..  Dia selalu cakap nak nenen masyam...
Haha..actually dia dapat istilah ni sebab masa awal2 Qaid dilahirkan dulu, mama try to stop her from breastfeeding. Mama letakkan asam jawa, sbb tu jadinya nenen asyem/masyam. Tapi asyam2 pun itulah yang dia suka. Kalau tak silap mama ni dah berapa minggu dia langsung tak sentuh susu botolnya. Selalunya susunya hanya akan terbuang jika dibancuh. Dia sanggup berlapar tunggu mama balik jika mama ke mana2 tanpa dia. Kalau bawa dia lak, tengah mama driving pun dia boleh melompat ke riba mama kalau dah datang angin nak menyusunya tu. Macam mana lah agaknya dia nanti bila mama tinggalkan dia utk ke hospital.
Huhu..mama yang sedih....


Monday, December 13, 2010

Rumah Baru....jiranku

Salam..heheh...ini bukan cerita kami berpindah rumah yer kawan2 sekalian...sbbnya rumah kami ni dah hampir 2 tahun didiami.. Ini sebenarnya cerita tentang jiran kami yang baru berpindah ke rumah baru... (ke sebelah rumah kami la tu).

        Perumahan ni actually agak sunyi (nak kata elite sangat tu idak ler jugak, tp mungkin sbb gated area so orang luar cam segan nak masuk, katanyalah...).. so bila ada jiran baru yang berpindah ke rumah yang berkembar dengan kami ni, rasa syukur jugaklah..at least at last kami dah ada jiran..dan lagi best sbb seagama juga. .
            
              Harap2 jiran kami ni nanti adalah jiran yang baik dan bertimbangrasa...Last week diaorang buat housewarming, sedap2 jugak ler makanannya, tp nak pulun semua cam segan la pulak, abih jiran baru laa katakan...kalau dah bertahun dok sebelah rumah mungkin leh minta bawak balik..ahaks...

Okey..habis cerita pasal jiran baru, ni nak ceta pasal jiran lama.

Sebut pasal jiran yang baik dan bertimbangrasa ni, ada ker jiran yang tak bertimbangrasa?
Ala..mana2 pun ada..kalau IQ dan EQ nya dah tahap itu jer, nak wat camner kan....malas nak ceta...
tapi nak gak ceta...ni ceta tentang jiran depan rumah lak...bukan betul2 depan la...sbb yg depan rumah kami  ni dua-dua rumah cha ya nun alip... dan salah satunya kosong tidak didiami. Ni cerita tentang jiran  rumah sebelah yg kosong tu la...{(yang suka hon2 bila balik rumah, malasnya nak buka pintu pagar sendiri...nak gak suruh org dalam rumah keluar bukakan..Nak senang wat jer la pintu gate auto kakchik oii..(btw nama dia bukan kakchik yer ..) }

Masalahnya hon tu time org nak tido la, baby nak tido la..tengah2 malam buta pun nak hon, ada sekali tu nampak dia honkan supaya maidnya keluar sama2 diaorg...adui dui...kan boleh jer ajak dari dalam rumah tadi..dah dalam keta baru nak honkan maid tu susuh bersiap ...huhu...

The story yang mula2 jadi kes begins when diaorang wat kenduri (sbb tuan rumahnya berkahwin baru)... biasa la bila wat kenduri kahwin mesti la ada karaoke yer tak...yang bestnya diaorang start menyanyi tu tepat2 jam kul 1 pagi. diulangi..kul 1 pagi, ok!..Masa ni my Qaisara was just few months old..dan masa ni dia sangat suka tidur lewat. So at that night, masa Qaisara baru nak melelapkan mata selepas mendera mama hingga larut pagi, masa itulah mereka start berkaraoke...
Apa lagi...Mr Papa yang berani itu bingkas bangun dan menegur perbuatan tidak beretika itu...(bahasa baku yer)..dan sejak itulah mereka2 tidak lagi mahu menegur kami, senyum dengan kami, atau menerima jemputan kami ketika open house raya. Hurm..nak wat camner kan?..


Haha..cerita ini terpaksa digelapkan kerana tidak mahu mengeruhkan suasana.....harap2 takde org leh baca..Apapun kami berdoa agar satu hari kami akan hidup rukun dan damai bersama jiran2 ini..

************************Jiran sepakat membawa berkat *******************************

Nak tengok rumah kami. eh rumah jiran kami ? jeng jeng jeng.....

Ni jiran sebelah. Tanah yg kosong tu lot yg dikosongkan oleh pemaju.

Ni lak jiran depan rumah....





Doa Membanyakkan Susu Ibu...

Mama just nak share ilmu yg mama dapat dari blog sorang lagi mama ni (  http://ernizz-ernizz.blogspot.com/p/breast-feeding.html) , tentang doa2 untuk membanyakkan susu ibu.. ilmu yang amat berguna for those breastfeeding mommies... thank u for the sharing..


Doa
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku peroleh hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu
Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. Amin.


                                                                            tq--->http://akuyangria.blogspot.com 

 

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
 
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....


credit to: http://susu-terbaik.blogspot.com


***********************************************************************************
Sebagai tambahan untuk mama sendiri, mama doa supaya susu mama cukup utk kedua-dua anak mama...Qaisara dan Qaid...Amiinn...

Sunday, December 12, 2010

Kenapa Saya Berblogging?

Mama sebenarnya tak pandai pun wat blog ni, segala setting dan proses memulakan blog ini kebanyakannya dibantu oleh my sis (which qaisara call achik).
Kalau orang lain berblog mungkin punya pelbagai tujuan,....bagi mama pula :

1) meng-update cerita tentang Qaisara dan Qaid khusus buat tatapan adik beradik mama yg jauh di mata. 

2) mengumpulkan segala kenangan indah mama bersama anak2 mama yang tersayang. At least, if one day mama dah takde, Qaisara and Qaid are able to read all the memories..their memories with their one and only mama....

3) untuk kawan2 mama yang bertanya tentang perkembangan diri mama terutama anak mama Qaid yang premature itu..

4) Kalau ada idea terlebih dan masa, mama juga akan share apa2 ilmu yg mama tau..( tp selalunya takde idea nak tulis walaupun tau)


Apa yang mama tidak niatkan dengan blog ini:

1)  Mama tidak berblog untuk mencari keuntungan, duit atau ads ( kalau glamer leh la kot, masalahnya skrg ni tak glamer)
2) Mama tidak berblog utk melihat traffic jammed (walaupun mama letakkan trafic feed dekat situ, hehe)
3) Mama tidak berblog utk mengumpul pengikut yg ramai ( terima kasih bebanyak sape yg sudi follow), walaupun blog ni tak  sebest mana..

*****Yang sebenarnya mama malu kalau org baca blog ni , (sebab ini diari mama seorang ) , apatah lagi kalau ader org follow, lagi lah malu rasanya...**** sbbnya byk benda lagi mama lum pandai buat kat blog ni, nak jemput org bertandang pun rasa segan...***

Walaubagaimanapun kalau dah terfollow tu silalah teruskan yer :).... jangan malu2 lak, wat cam umah sendiri...ihik...." mama hargai kehadiran kalian..."  (ayat berwarna biru itu ayat serius)

Sekian lah sahaja yer tuan2 dan puan...cerita kenapa saya berblogging....

Friday, December 10, 2010

Doa mudah dapat parking :)

Salam..
Sebenarnya doa ni doa utk dipermudahkan segala urusan....bacalah bila2 masa yang perlu..
Mama selalu amalkan doa ni, dan alhamdulillah urusan mama dipermudahkan oleh Allah...

Contoh urusannya ialah bila nak gi mana2 tempat yg memerlukan parking, biasanya awal2 lagi mama dah baca doa ni, dan alhamdulillah setakat ni memang mudah, tak perlu mama tunggu lama2, atau kalau kena tunggu pun, biasanya jap lagi kereta yang betul2 di hadapan mama akan keluar..best kan...:)
So apa lagi, renung2kan dan selamat beramal....


اللهمَّ يَسِّرْ لنا أُمُورَنَا معَ الرّاحةِ لقلوبِنَا وأَبدانِنَا ، والسلامةِ والعافيةِ
في دِينِنا ودُنْيانا  

Allahumma yassirlana umuurana ma'arrahati li qulubina wa abdanina wassalamati wal a'fiati fi diinina wa dun-ya na

Maknanya: 
Ya Allah permudahkanlah semua urusan kami bersama kerehatan pada hati2 kami dan badan kami dan keselamatan serta kesejahteraan dalam urusan agama kami dan dunia kami.




Thursday, December 9, 2010

Qaisara dan cinta....

Hari ni cerita pasal my 1st daughter..qaisara.. currently at 1 yr and 10 months dia mmg sedang belajar bercakap. Semua benda yang didengar cepat saja menangkap masuk di mindanya..umumnya kita pun tau pada umur 6 bulan hingga 3 tahun otak dan minda anak2 sedang berkembang pesat.
                Berbalik pada cerita qaisara, sampai sekarang mama masih heran, kat mana dia dengar perkataan cinta.. yg jelas, masa cerita 'Chenta' sedang ditayang di TV, bila tiba je pukul 6.30pm, dia akan cakap "ta" (cinta).. masa mula2 dengar, mama terkejut dan tak sangka dia nak sebut, sbb rasa2nya mama tak pernah sebut sgt pasal perkataan cinta tu depan dia...tp mungkin dari iklan dia terdengar?
              Lagi satu perkataan yg mama macam pelik sbb mama jarang sebut dan bagitau dia, tp dia boleh tau adalah KFC. Bila jalan2, dia ternampak lambang restoran KFC or McD, dia akan ckp "FC". Sama gak bila dia tgk iklan dalam paper, ada hidangan set ayam, dia akan ckp "FC".. Hurm...anak mama memang observant agaknya....Iklan kat Tv suka ditirunya..cthnya dia akan goyangkan jarinya waktu iklan "tak mau dah syampoo lain"..
Ataupun iklan "Lat ta li lat tam pom old town!" tetiba je dia gerakkan tgn wat cam 'lat tali lat' tuh..

At this age juga semakin banyak perbendaharaan kata yang dikuasainya...dia punya ayat pertama yg lebih dari satu perkataan adalah "mama susu adik Ed" (dia nak cakap yg mama tgh susukan adik qaid sbb tgk picture mama pegang adik qaid macam gaya menyusukan)..

Setakat ni itu jer ayat panjang yg disebutnya..selebihnya dia belum lagi minta air atau nasi dgn ayat spt "mama, nak air"..kalau nak something dia cuma cakap nak atau kdg2 nik..dan ditunjuknya benda yang dia nak tu.

Qaisara cuma belajar bercakap perkataan selain mama dan papa pada usia setahun 6 bulan...agak lambat sikit, tp bila dia dah start, dia semakin laju...(say mama dan papa pada usia 11 bulan)

Pada usia setahun 7 bulan yg lepas ie start bulan Ogos 2010, qaisara juga mula punyai satu fobia, iaitu takut kepada anak2 kecil yg sebayanya atau yang baru belajar berjalan/merangkak.. Ini disebabkan dia pernah mcm nak ditumbuk oleh seorang sepupu angkatnya yg sebaya dgnnya...sejak tu dia takut sgt dgn budak2 kecik..Tp kalau budak 4 tahun ke atas dia suka plak sbb kakak dan abangnya (anak2 babysitter) berumur 6thn dan 8 thn amat dia sayang.. sejak dok umah selama 3 bulan ni dia jarang2 dapat jumpa kakak dan abang tu...selalu jugaknya disebut2 nama kakak dan abang (kakak syasya dan abang ami/syahmi). Kesian juga mama tengok dia , mungkin rindukan anak2 babysitter tu...

Qaisara juga dah pandai nak minta ditukarkan pampers time nak tido malam, disuruh mama tukarkan pampers dia dgn alasan 'basah" ..(haha...mama tgk tak la basah pun, tp mmg agak penuh la)..

Satu yg mama suka adalah qaisara suka sgt dgn buku, and she loves reading very much..pantang nampak sebarang tulisan kat mana2, dia akan sebut huruf yg dia nampak. Semalam mama buatkan flash card baru utk dia, sgt excited anak mama nih.. Harap2 anak mama ni akan membaca cepat..

Buat masa ni juga dia dah boleh sebut dan recognise the body parts in both language...rambut-hair...hidung=nose, eye=mata, gigi=teeth, lidah=tongue, telinga =ear.

Macam2 cerita pasal qaisara kalau nak diceritakan..mama very sure all moms kat luar sana yang punya anak yg tgh membesar mcm qaisara mmg seronok melayan kerenah anak masing2 kan.
Doa mama agar anak2 kita akan mebesar menjadi insan soleh dan solehah serta berguna buat agama dan dunia akhirat,..amin..

Thank you for the love, sayang



TENTANG QAID HARI INi


Alhamdulillah, selepas seminggu menggunakan bantuan oksigen CPAP, hari ni Qaid berjaya diletakkan dgn comfortable di bawah room air. Mama bersyukur sgt2. Stridor pun dah takde,begitu juga costal recession.
Qaid juga semakin besar sekarang, geram mama tgk pipinya yang semakin montel. Alhamdulillah syukur sgt2...Moga lepas ni tiada lagi masalah kesihatan yg lain pada diri Qaid...moga dia cepat membesar dan boleh mama bawa pulang...

Saturday, December 4, 2010

Qaid's progress

 Dah beberapa hari mama tak update cerita tentang qaid mukhlis. Hari tu selepas operation on 26/11/10, qaid ditempatkan di A4 semula, since he was intubated/ventilated.

27/11/2010
Qaid still intubated, kata doktor agak susah utk dia diextubate, since dia punya condition not that good.

28/11/2010
Still intubated.. kesian mama tengok qaid dalam keadaan ni...

29/11/2010
Alhamdulillah Qaid akhirnya diextubate hari ini..(tube ETT yang menyambungkan peparunya kepada mesin ventilator berjaya dibuka hari ni.)...... Qaid juga kelihatan comfortable dengan bantuan sedikit oksigen, dan diberi minum seperti biasa, tetapi sedikit. Qaid hari ni dipindahkan ke A3 semula, di ward premature babies yang menunggu kenaikan berat badan.

Hari ni doktor pakar yang menjaga Qaid offer mama untuk meriba Qaid...alhamdulillah, kali kedua mama berpeluang mendakap qaid selepas hampir 3 bulan kelahirannya.
Hari ni juga mama  minta nurse yang menjaga qaid tolong cukurkan qaid botak, sbb sedikit rambut qaid dah dibotakkan terlebih awal waktu doktor nak buat IV line pada kulit kepalanya.


30/11/2010
Qaid mama riba dan dukung lagi hari ni..dioffer oleh nurse yang menjaganya, sbb qaid dah tak perlukan oksigen hari ni... Waktu inilah mama terdengar bunyi stridor pada pernafasannya, dan qaid juga semakin pandai menangis...menangis sekuat hati akibat kelaparan hingga denyut jantungnya menjadi terlalu laju, kadang2 hingga mencapai 220/min. Bila diletakkan jari pada mulutnya, dia menghisap dan berhenti menangis..means dia dah ready utk direct breastfeeding dengan mama. Tapi mama belum dibenarkan berbuat demikian, since condition qaid not so good to breastfeed from mama.


1/12/2010
Staff yang menjaga Qaid menelefon mama untuk memberi kebenaran agar qaid menjalani pemindahan darah sekali lagi. Hemoglobinnya cuma 8.7gm% dan qaid kelihatan susah bernafas dan memerlukan oksigen semula.Aduh kesian anak mama, satu lagi IV line baru dibuat di kulit kepalanya, sbb IV line yang lama dah bengkak.

2/12/2010
Qaid dipindahkan ke ward A4 semula since conditionnya worsening compared to yesterday. Hari ni Qaid memerlukan oksigen 30% (CPAP).
Xray dadanya menunjukkan sedikit lung collapse at upper lobe.
Doktor juga menjalankan ultrasound kepala Qaid untuk memastikan tiada sebarang keabnormalan, dan alhamdulillah kepalanya tidak menunjukkan tanda pendarahan atau berlebihan air (hydrocephalus), dan sebagainya.  Namun pernafasan Qaid kelihatan agak stress dgn bunyi stridor yang jelas.
Separuh hari ni Qaid melalak menangis sekuat hati akibat dipuasakan..kesiannya anak mama ni, kelaparan.. sampai doktor minta mama belikan puting kosong utk qaid nyonyot.
(Bab ni mama kurang setuju sikit, sbb prinsip mama nak qaid breastfeeding dgn mama bila dia dah sihat dan besar sikit nanti, dan penggunaan puting kosong akan menyebabkan breastfeeding fail nanti..)
Petang, alhamdulillah qaid diberi minum semula, tp sikit, hanya 15 cc shj.Namun alhamdulillah, bila diberi minum, dia diam dan tidur semula..

3/12/2010
Qaid masih memerlukan CPAP, stridor masih kedengaran, dengan costal recession turut kelihatan pada dadanya.
ENT review today suspected that there is crusting or stricture (? post ETT/ iatrogenic).
Ya Allah, janganlah sampai Qaid memerlukan tracheostomy ...sembuhkanlah qaid ya Allah...
Hari ni feeding qaid dinaikkan semula menjadi 20ml.


4/12/2010
Hari ni mama tak berkesempatan melawat Qaid since kakaknya qaisara demam panas dan asyik merengek, minum air pun menangis, sakit tekak agaknya...mungkin tonsillitis lagi..kesian anak mama ni..
Mama call ke hospital, kata nurse Qaid masih seperti semalam, memerlukan CPAP. Beratnya pula turun lagi sebyk  5gm menjadi 1530gm..

Istilah mama gunakan dalam entry ini (bagi mereka yang bukan dari bidang perubatan):

1) IV Line - Intravenous line/ cannula iaitu jarum yang dicucuk pada salur darah pesakit utk membekalkan cecair/air/darah/ubat/antibiotik

2) CPAP- Continuous positive airway pressure, sejenis terapi membantu dalam pernafasan


Beginilah keadaan qaid memakai CPAP (ni pic from google, bukan qaid)
3) Stridor -sejenis bunyi bila bayi bernafas
Stridor is an abnormal, high-pitched sound produced by turbulent airflow through a partially obstructed airway at the level of the supraglottis, glottis, subglottis, and/or trachea.

4) Costal recession- lekukan yang kelihatan pada tulang rusuk bila menarik nafas , selalunya menandakan pesakit mengalami masalah pernafasan..

5) Tracheostomy -tebukan yang dibuat pada salur pernafasan atau trakea untuk membantu pesakit bernafas dalam kes2 tertentu seperti :
  • A large object blocking the airway
  • An inherited abnormality of the larynx or trachea
  • Breathed in harmful material such as smoke, steam, or other toxic gases
  • Cancer of the neck, which can affect breathing
  • Breathed in harmful material such as smoke or steam
  • Paralysis of the muscles that affect swallowing
  • Severe neck or mouth injuries
  • When you can't breathe on your own



Tracheostomy pada seorang lelaki dewasa, harap2 qaid tak memerlukan ini..