Saturday, December 4, 2010

Qaid's progress

 Dah beberapa hari mama tak update cerita tentang qaid mukhlis. Hari tu selepas operation on 26/11/10, qaid ditempatkan di A4 semula, since he was intubated/ventilated.

27/11/2010
Qaid still intubated, kata doktor agak susah utk dia diextubate, since dia punya condition not that good.

28/11/2010
Still intubated.. kesian mama tengok qaid dalam keadaan ni...

29/11/2010
Alhamdulillah Qaid akhirnya diextubate hari ini..(tube ETT yang menyambungkan peparunya kepada mesin ventilator berjaya dibuka hari ni.)...... Qaid juga kelihatan comfortable dengan bantuan sedikit oksigen, dan diberi minum seperti biasa, tetapi sedikit. Qaid hari ni dipindahkan ke A3 semula, di ward premature babies yang menunggu kenaikan berat badan.

Hari ni doktor pakar yang menjaga Qaid offer mama untuk meriba Qaid...alhamdulillah, kali kedua mama berpeluang mendakap qaid selepas hampir 3 bulan kelahirannya.
Hari ni juga mama  minta nurse yang menjaga qaid tolong cukurkan qaid botak, sbb sedikit rambut qaid dah dibotakkan terlebih awal waktu doktor nak buat IV line pada kulit kepalanya.


30/11/2010
Qaid mama riba dan dukung lagi hari ni..dioffer oleh nurse yang menjaganya, sbb qaid dah tak perlukan oksigen hari ni... Waktu inilah mama terdengar bunyi stridor pada pernafasannya, dan qaid juga semakin pandai menangis...menangis sekuat hati akibat kelaparan hingga denyut jantungnya menjadi terlalu laju, kadang2 hingga mencapai 220/min. Bila diletakkan jari pada mulutnya, dia menghisap dan berhenti menangis..means dia dah ready utk direct breastfeeding dengan mama. Tapi mama belum dibenarkan berbuat demikian, since condition qaid not so good to breastfeed from mama.


1/12/2010
Staff yang menjaga Qaid menelefon mama untuk memberi kebenaran agar qaid menjalani pemindahan darah sekali lagi. Hemoglobinnya cuma 8.7gm% dan qaid kelihatan susah bernafas dan memerlukan oksigen semula.Aduh kesian anak mama, satu lagi IV line baru dibuat di kulit kepalanya, sbb IV line yang lama dah bengkak.

2/12/2010
Qaid dipindahkan ke ward A4 semula since conditionnya worsening compared to yesterday. Hari ni Qaid memerlukan oksigen 30% (CPAP).
Xray dadanya menunjukkan sedikit lung collapse at upper lobe.
Doktor juga menjalankan ultrasound kepala Qaid untuk memastikan tiada sebarang keabnormalan, dan alhamdulillah kepalanya tidak menunjukkan tanda pendarahan atau berlebihan air (hydrocephalus), dan sebagainya.  Namun pernafasan Qaid kelihatan agak stress dgn bunyi stridor yang jelas.
Separuh hari ni Qaid melalak menangis sekuat hati akibat dipuasakan..kesiannya anak mama ni, kelaparan.. sampai doktor minta mama belikan puting kosong utk qaid nyonyot.
(Bab ni mama kurang setuju sikit, sbb prinsip mama nak qaid breastfeeding dgn mama bila dia dah sihat dan besar sikit nanti, dan penggunaan puting kosong akan menyebabkan breastfeeding fail nanti..)
Petang, alhamdulillah qaid diberi minum semula, tp sikit, hanya 15 cc shj.Namun alhamdulillah, bila diberi minum, dia diam dan tidur semula..

3/12/2010
Qaid masih memerlukan CPAP, stridor masih kedengaran, dengan costal recession turut kelihatan pada dadanya.
ENT review today suspected that there is crusting or stricture (? post ETT/ iatrogenic).
Ya Allah, janganlah sampai Qaid memerlukan tracheostomy ...sembuhkanlah qaid ya Allah...
Hari ni feeding qaid dinaikkan semula menjadi 20ml.


4/12/2010
Hari ni mama tak berkesempatan melawat Qaid since kakaknya qaisara demam panas dan asyik merengek, minum air pun menangis, sakit tekak agaknya...mungkin tonsillitis lagi..kesian anak mama ni..
Mama call ke hospital, kata nurse Qaid masih seperti semalam, memerlukan CPAP. Beratnya pula turun lagi sebyk  5gm menjadi 1530gm..

Istilah mama gunakan dalam entry ini (bagi mereka yang bukan dari bidang perubatan):

1) IV Line - Intravenous line/ cannula iaitu jarum yang dicucuk pada salur darah pesakit utk membekalkan cecair/air/darah/ubat/antibiotik

2) CPAP- Continuous positive airway pressure, sejenis terapi membantu dalam pernafasan


Beginilah keadaan qaid memakai CPAP (ni pic from google, bukan qaid)
3) Stridor -sejenis bunyi bila bayi bernafas
Stridor is an abnormal, high-pitched sound produced by turbulent airflow through a partially obstructed airway at the level of the supraglottis, glottis, subglottis, and/or trachea.

4) Costal recession- lekukan yang kelihatan pada tulang rusuk bila menarik nafas , selalunya menandakan pesakit mengalami masalah pernafasan..

5) Tracheostomy -tebukan yang dibuat pada salur pernafasan atau trakea untuk membantu pesakit bernafas dalam kes2 tertentu seperti :
  • A large object blocking the airway
  • An inherited abnormality of the larynx or trachea
  • Breathed in harmful material such as smoke, steam, or other toxic gases
  • Cancer of the neck, which can affect breathing
  • Breathed in harmful material such as smoke or steam
  • Paralysis of the muscles that affect swallowing
  • Severe neck or mouth injuries
  • When you can't breathe on your own



Tracheostomy pada seorang lelaki dewasa, harap2 qaid tak memerlukan ini..













No comments: