Hari ni pepagi tetiba rasa berdebar2, jantung terasa laju, pening dan tangan mama menggeletar....why? why.? Puas difikir2, baru teringat, pagi tadi mama bancuhkan nescafe time breakfast. Nescafe ni bukanlah peberet mama, dan jarang2 sangat diminum. Ntah nape pagi tadi rasa nak minum plak nescafe yg dibeli berbulan2 lepas.., sbb takut expired plak.
Dah minum lebih kurang sejam barulah terasa semua effect tu. mungkin bagi orang yang biasa minum nescafe, tak terasa semua kesan ni...tp bagi mama yang jarang2 pekena nescafe, huh...sampai ke malam effectnya masih terasa...serik rasanya nak minum lagi. Nak drive pun mcm tak confident jer tadi, Alhamdulillah selamat pergi dan balik dari hospital, melawat Qaid Mukhlis.
Bila tanya papa, pun sama terasa berdebar2, tanya adik mama..lagi teruk, pening, loya, sakit angin dan mcm2 rasa lagi...haha..apa dah jadi ni..salah mama ke buat pekat sangat...
By the way, belows are some effects of caffein on our health:
Caffein: yang kita tahu sebagai stimulant atau bahan perangsang/ "wake up" effect, kebanyakannya ditemui di dalam kopi atau teh. Juga boleh ditemui di dalam minuman cola, koko dan coklat.
Ikut kata pakar, if ambik 300miligram caffein = 3 gelas kopi dalam sehari tidak meberi kesan terhadap kesihatan secara menyeluruh.(moderate la tu )
Caffein bila diambil, diserap terus ke dalam darah dan mencapai peak levelnya sejam selepas diminum. Ia akan dikumuhkan melalui urine selepas ditukarkan di liver/hati (sbb tu air kencing ada bau nescafe...haha)...
Kesan serta merta:
- Caffein akan meningkatkan kadar nadi/ heart rate --sbb tu jantung rasa berdebar2..
- Ia juga beri kesan pada otak- mood terangsang (elevated mood), rasa tak letih, rasa tak mengantuk, dan lebih rajin (ni bagi sesetgh org kot) .
- Ia juga meningkatkan kadar aliran darah, kadar pernafasan dan kadar metabolisme (leh kurus minum caffein, that's why diguna dalam sesetgh program kawalan berat badan)
Pengambilan caffein yang berlebihan dalam jangka masa panjang: (iaitu lebih dari 600mg= 6 cawan kopi atau lebih ):
- ia akan menyebabkan nervous, tense, berpeluh2, upset stomach/sakit perut, kebimbangan dan insomnia, juga menyebabkan tidak dapat berfikir dengan terang, dan boleh menyebabkan gangguan bagi sesetgh ubatan (meningkatkan side effects ubat tersebut).
- kesan ketagihan cthnya sakit kepala, keletihan, mudah marah, depression dan kurang tumpuan. Kesan ketagihan ini biasanya berlaku terutamanya dalam masa 24 hingga 48 jam selepas berhenti mengambil caffein. so bagi org yang ketagih ni dinasihatkan jangan terus berhenti mendadak, sebaliknya secara beransur2.
1 comment:
dalam hadis ,coffee atau cafein adalah minuman kegemaran Rasulullah. Rasulullah tegah umatnya banyak meminum minuman drpd kacang soya kerana menambahkan horman perangsang kepada peminumnya. ikut sains byk dipengaruhi drpd kaum yahudi.yahudi byk xnk bg mknn yg baik kpd umat Islam untuk makan.contoh,rokokkan kita tahu mereka yg cipta rokok,tp depa sendiri x hisap. lagi satu,dalam teori makanan sihat, sains suruh kita makan nasik dulu selepas itu baru pencuci mulut mcm buah. tp org yahudi sendiri makan buah dulu baru makan mknn berat.sebabnya diorg hanya nak yang baik untuk kaum diorg,dan bagi org islam terus mundur..so jgn percaya sgt dgn teori kafe pe semua tu ok... :)
Post a Comment