Tuesday, November 30, 2010

ABM for Qaisara (Alat Bantu Mengajar)


Hari ni nak tunjuk benda2 yang mama gunakan sejak qaisara masih baby sebagai alat pengajaran..mungkin tak canggih sgt, tp mama rasa mcm berkesan., alhamdulillah ..qaisara sekarang umurnya 1 tahun 9 bulan, dan dia boleh membaca semua 8 flash card yg mama buat utk dia ( sempat buat 8 jer...lum sempat tambah lagi). qaisara juga seorang penghafal yang bagus...alhamdulillah..Kalau satu hari nanti qaisara dapat menghafal al quran mama syukur sangat2..



dah boleh hafal semua benda dalam buku ni..pejam mata pun leh sebut ikut susunan..hehe.dibacakan sejak masih berusia lebih kurang 6 bulan..













Buku buah-buahan tu pun dah hafal..Buku binatang pun sama, siap ada bunyi lagi aummm (harimau), yooo (cat ngiau), bohhh (lembu), bekk (kambing dan biri2), kokoko (ayam)...


kesemua 8 flash card yg 'canggeh' ni dah berjaya qaisara baca pada tarikh: 28/11/2010

nombor pun qaisara dah kenal...cuma kdg2 terconfuse sikit2 lagi...number kosong dia ckp huruf O..haha






Ada lagi...

Set Grolier berharga lebih 2K..lum sempat baca lagi....huhu...dvd dia pun lum buka sbb takde player...

Boleh baca A, Ba, Ta...sampai habis..tp lum berapa kenal huruf (hafal bunyi jer dulu)

















Tu la..minum lagi!!


Hari ni pepagi tetiba rasa berdebar2, jantung terasa laju, pening dan tangan mama menggeletar....why? why.? Puas difikir2, baru teringat, pagi tadi mama bancuhkan nescafe time breakfast. Nescafe ni bukanlah peberet mama, dan jarang2 sangat diminum. Ntah nape pagi tadi rasa nak minum plak nescafe yg dibeli berbulan2 lepas.., sbb takut expired plak.
Dah minum lebih kurang sejam barulah terasa semua effect tu. mungkin bagi orang yang biasa minum nescafe, tak terasa semua kesan ni...tp bagi mama yang jarang2 pekena nescafe, huh...sampai ke malam effectnya masih terasa...serik rasanya nak minum lagi. Nak drive pun mcm tak confident jer tadi, Alhamdulillah selamat pergi dan balik dari hospital, melawat Qaid Mukhlis.
Bila tanya papa, pun sama terasa berdebar2, tanya adik mama..lagi teruk, pening, loya, sakit angin dan mcm2 rasa lagi...haha..apa dah jadi ni..salah mama ke buat pekat sangat...

By the way, belows are some effects of caffein on our health:

Caffein: yang kita tahu sebagai stimulant atau bahan perangsang/ "wake up" effect, kebanyakannya ditemui di dalam kopi atau teh. Juga boleh ditemui di dalam minuman cola, koko dan coklat.
Ikut kata pakar, if ambik 300miligram caffein = 3 gelas kopi dalam sehari tidak meberi kesan terhadap kesihatan secara menyeluruh.(moderate la tu )
Caffein bila diambil, diserap terus ke dalam darah dan mencapai peak levelnya sejam selepas diminum. Ia akan dikumuhkan melalui urine selepas ditukarkan di liver/hati (sbb tu air kencing ada bau nescafe...haha)...

Kesan serta merta:
  • Caffein akan meningkatkan kadar nadi/ heart rate --sbb tu jantung rasa berdebar2..
  • Ia juga beri kesan pada otak- mood terangsang (elevated mood), rasa tak letih, rasa tak mengantuk, dan lebih rajin (ni bagi sesetgh org kot) .
  • Ia juga meningkatkan kadar aliran darah, kadar pernafasan dan kadar metabolisme (leh kurus minum caffein, that's why diguna dalam sesetgh program kawalan berat badan)
Pengambilan caffein yang berlebihan dalam jangka masa panjang: (iaitu lebih dari 600mg= 6 cawan kopi atau lebih ):

- ia akan menyebabkan nervous, tense, berpeluh2, upset stomach/sakit perut, kebimbangan dan insomnia, juga menyebabkan tidak dapat berfikir dengan terang, dan boleh menyebabkan gangguan bagi sesetgh ubatan (meningkatkan side effects ubat tersebut).

- kesan ketagihan cthnya sakit kepala, keletihan, mudah marah, depression dan kurang tumpuan. Kesan ketagihan ini biasanya berlaku terutamanya dalam masa 24 hingga 48 jam selepas berhenti mengambil caffein. so bagi org yang ketagih ni dinasihatkan jangan terus berhenti mendadak, sebaliknya secara beransur2.

- caffein menyebabkan penyingkiran kalsium dari tulang, so senang dapat osteoporosis
- lebih dari 500mg sehari, boleh menyebabkan kurang kesuburan , dan pengambilan berlebihan ketika hamil boleh menyebabkan keguguran dan bayi dilahirkan kurang berat badan.
- Bagi kanak2 yang sedang membesar, pembentukan sistem saraf sedang berlaku, so perlu dikawal pengambilan caffein mereka, cthnya caffein dari coklat dan air berkarbonat.
- Caffein adalah diuretic dan akan menyebabkan kehilangan air dari badan (means asyik nak kena gi buang air kecil la) , boleh dehydrated ni...so if nak jogging or buat aktiviti kecergasan, jangan minum caffein.
 
Kesimpulannya minum berlebihan itu no good, ha! Tapi kalau nak minum gak, take it moderately (less than 3 cups of coffee per day)
 
As for mama, rasa cam taknak dah minum nescafe...penat rasanya berdebar2 sepanjang hari...huhu....





Friday, November 26, 2010

Laser Treatment Part 2

Salam semua..akhirnya hari ni, hari jumaat, Qaid menjalani laser treatment yang dibatalkan semalam. Pukul 11am Qaid dibawa ke Operation Theatre (OT). Lebih kurang pukul 1, mama sampai di hospital, solat dulu, then ke ward utk tau di mana dia. Mama diberitahu OT just called the ward nurses to fetch Qaid from OT. Mama turut sama mengiringi Qaid dari OT balik semula ke ward A4 (sebelum ni Qaid di ward A3, tp oleh kerana dia diintubate dan memerlukan ventilator support temporarily, dia perlu ke A4 semula).

Sepanjang perjalanan dari Ot ke ward tu Qaid diambubag oleh seorang doktor sehingga sampai ke ward dan disambungkan ke ventilator. Kesian sangat mama tengok Qaid hari ni, dengan matanya ditutup dengan plaster after the operation, dengan tiub intubation  (ETT tube) pada mulutnya, buat mama sedih.. Moga2 Qaid cepat sedar dari biusnya dan dapat segera dibuka tiub yang menyambungkan paru-parunya dengan mesin ventilator tersebut. (dapat diextubate segera).

Mama bacakan Yasin di sisi Qaid, dengan harapan dia mendengar dan menguatkan semangatnya utk pulih dengan cepat.
Pada Ilahi mama pohonkan agar Qaid pulih dengan sempurna, sempurna penglihatannya, pendengarannya, akal fikirannya serta semua anggota tubuhnya. Mama pohon agar dia dihindarkan daripada segala kecacatan dan kekurangan... Aminn...

Istilah
Endotracheal intubation - di mana satu tiub (ETT tube) diletakkan di trakea melalui hidung atau mulut, bertujuan membuka jalan pernafasan (airway) untuk memberikan oksigen, ubatan atau ubat bius dan membantu pernafasan. Kadang2 dilakukan utk mengeluarkan bendasing di dalam saluran pernafasan.
Tiub ini biasanya akan disambung ke mesin ventilator (mesin bantuan pernafasan). 
--dalam kes Qaid, dia perlu diberi bantuan pernafasan ini kerana tidak mampu bernafas sendiri selepas dibius seluruh badan.

***Extubate- tiub dicabut bila pesakit mampu bernafas sendiri..


Alhamdulillah, selepas 2 jam, Qaid sudah memberikan respons bila mama menyentuh tangan dan kakinya. Qaid menggenggam jari mama, dan melarikan kakinya bila digeletek mama. Qaid juga sudah menggeliat, lenguh agaknya selepas beberapa jam ditidurkan dalam satu posisi. Harap2 malam ni Qaid dapat di extubate, dan dapat memulakan semula feedingnya selepas berpuasa sejak pukul 2 pagi tadi. Mama nak dia cepat besar dan balik rumah. Harap2 lepas ni tiada lagi sebarang masalah kesihatan pada diri Qaid, insyaAllah.

Thursday, November 25, 2010

Laser Treatment

Hari ni mama dapat call dari hospital yang Qaid akan dibawa ke bilik bedah untuk laser treatment for his eye as we agreed before. He was kept nil by mouth/fasted since 6am this morning. Waktu mama sampai di ward pukul 2.30pm, Qaid masih belum dipanggil ke OT (operation theatre). Sempat mama bacakan Yasin di sisi Qaid agar dia selamat menempuh operation ini dengan jaya dan tanpa sebarang komplikasi. Tak lama kemudian papa plak sampai dari tempat kerjanya. Tunggu punya tunggu, sampai maghrib Qaid masih tidak juga dipanggil ke OT. Kesian sangat mama tengok Qaid, sampai kering bibirnya mungkin kehausan. Qaid perlu dipuasakan kerana dia akan menjalani laser treatment ini dalam keadaan dibius sepenuh badan (general anaesthesia), dan mungkin memerlukan ventilator post-operatively.
          Akhirnya lepas solat maghrib, confirm kami diberitahu operation untuk Qaid dikansel utk hari ini. Ini bermakna esok sekali lagi Qaid akan dipuasakan..Aduh kesian anak mama ni..Hari ni beratnya turun sebyk 5 gm, menjadi 1.390kg. Moga2 hari esok, jumaat, Qaid akan menjalani rawatan laser yang telah dirancang. Lagi cepat rawatan ni dijalankan, lagi bagus. Mama nak sangat Qaid cepat sihat dan membesar. Dan mama harap dengan rawatan ni, problem mata Qaid tak akan progress menjadi lebih teruk..

Hari ni kakak Qaisara mama tinggalkan di rumah bersama2 makciknya. Kesian kakak, menangis2 bila mama tinggalkan. Dan mama sendiri, kerana tidak dapat mengepam susu sepanjang hari ni, susu mama membengkak dan sakit.. Selalunya bila kakak qaisara ikut ke hospital, dia yang akan menyusu dengan mama, so that tak bengkak sebegitu.
Kesian kakak, plan mama utk mengajar kakak membaca dengan lancar sebelum umur 2 tahun asyik tertangguh..namun mama quite happy bila kakak qaisara dapat membaca flash card yang mama sediakan utk dia. Walaupun secara dasarnya qaisara menghafal, seperti dia menghafal semua nama binatang dan buah2 dalam buku kecilnya.. Cerita kakak membaca ini akan mama updatekan dalam tajuk ABM (Alat Bantu Mengajar).

Untuk Qaid, mama hanya mampu berserah dan berdoa pada Ilahi agar dia sembuh, sihat dan cepat membesar, serta menjadi sebijak kakaknya Qaisara, insyaAllah. Aminnn....

Wednesday, November 24, 2010

Anaemia, ROP

Anaemia.

Cerita tentang Qaid Mukhlis lagi...semalam berderau darah mama bila nampak ada call dari hospital. Rupa2nya the doctor want to get my consent to transfuse blood for Qaid as his hemoglobin was only 7.9gm%. Kesian anak mama, masuk kali ni, dah 3x dia memerlukan pemindahan darah..moga tiada sebarang komplikasi dari blood transfusion ni...

 
ROP
Hari ni, (24/11/2010), pagi2 lagi mama, papa, qaisara and achik (adik mama) bertolak ke hospital. Today he will be seen by ophthalmologist (pakar mata)..sedih juga mama dengar berita mata Qaid memerlukan rawatan laser to prevent the retinopathy of prematurity (ROP) progress further... sekarang ni dia di stage 3 of the disease, with plus disease. Pembedahan akan dijalankan sebaik sahaja ventilator available, sebab lepas pembedahan nanti mungkin dia memerlukan ventilator support sekejap..kerana pembedahan laser ni akan dijalankan under general anaesthesia ( bius penuh).
Doa mama sekeluarga, laser treatment ni akan stop the disease progression, dan menghindarkan komplikasi2 yang tidak diingini, terutamanya blindness... Ya Allah, padaMu kami serahkan jiwa dan raganya, hanya Engkaulah Penyembuh....

Hari ni, for the first time ever, mama berpeluang mendukung sendiri qaid mukhlis, selepas 78 hari kelahirannya, dan mama berpeluang mencium pipinya yang semakin mungel itu... Alhamdulillah...syahdunya rasa hati...kesian anak mama ni, selama ni mama cuma berpeluang pegang dia dari tingkap inkubator..

Peluang ni mama dapat bila qaid mukhlis dibawa ke klinik mata utk pemeriksaan oleh doktor pakar...pertama kali dia dibawa keluar dari ward icu yg didiaminya...pada mulanya mama terlewat sampai ke ward, tengok inkubatornya dah kosong, rupanya ada nurse yg ditugaskan bawa dia ke klinik dah sampai ke sana lebih awal...bergegas mama ke klinik, menempuh lautan manusia (ramainya masyaAllah!!...)...kat sana mama lihat nurse tersebut sedang mendukung qaid di celah ribuan manusia...Ya Allah...takutnya mama lihat bila qaid ter-expose sebegitu rupa.., dicelah2 manusia yang ramai, ada yang terbatuk2 (tanpa mengikut etiket yang sepatutnya iaitu menutup mulut bila batuk)...mama takut sistem imunnya belum kuat..Ya Allah, hindarkan qaid daripada sebarang jangkitan kuman...terutamanya bila dia perlu dioptimisekan sebaik mungkin sebelum laser treatment nanti...

DOA KESEMBUHAN

DOA untuk Kesembuhan dari sakit... (mama petik dari blog UZAR)

رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas.  (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
Sekian

(Zaharuddin Abd Rahman)

Saturday, November 20, 2010

Qaid updates, ROP

      Alhamdulillah qaid is gaining weight and doing well... kalau sebelum ni dia kat A4 (tingkat paling atas), 3 hari lepas iaitu on aidiladha he was transferred to A3 (tingkat 2)...the ward for those prem awaiting weight gain...
          First time mama masuk kat A3 tu, tgk ramainya lah prem babies and other problematic babies kat situ...riuh rendah dan meriah dengan suara babies..sblm ni kat A4 sunyi sikit, dan lebih tenang...dan nurses pun mungkin punya lebih byk masa for every babies.. Harap2 kat A3 yang ramai babies ni, my qaid will be fed according to time la.. (tadi pergi dan tgk dia, rasanya masa minum yg sepatutnya pukul 11 dah jadi 12.30pm..kesian dia kelaparan...tp nak salahkan nurse tu pun tak boleh, sbb mmg ramai baby kat cubical tu..ada 7 more babies there), and she was alone entertaining all of them.. cubical lain nampaknya lebih ramai nurses, maybe sbb lbh byk problemnya...
   Oh qaid, mama tak sabar tunggu qaid 1.4kg, so that mama can stay in the hospital and feed u on my own..(breastfeed, insyaAllah)..so cepatlah besar sayang...(Hari ni berat Qaid 1.335kg).
Tadi first time jugak qaid dipakaikan baju (baju hospital), kaler pink la pulak..tp baju alone dah cukup utk cover all his body, no need to wear pants, and this baju actually supaya he can maintain his body temperature dan cepat membesar..Cian anak mama ni, mama lum beli baju utk qaid lagi, cadangnya nak ke jusco this monday, insyaAllah...
Kalau ikutkan qaid is suppossed to be 35 weeks skrg ni, (kalau masih dalam perut mama)..masa kakak qaisara dulu pun mama tunggu 36 week baru gi beli baju dan semua barang keperluan...

Tadi jugak mama diberitahu Qaid need to be assessed by senior ophthalmologist because of his ROP getting worse..ya Allah sedihnya mama dengar..harap2 problem mata qaid tak progress lebih teruk.. Rabu ni is his appointment to see the eye doctor..
 Walaupun mama memang tahu this is the complication of prematurity since he was born at 24 weeks, of course mama masih berharap there will be a miracle later..May Allah kabulkan doa mama agar qaid terselamat dari segala komplikasi..insyaAllah
...









Retinopathy of prematurity (ROP), previously known as retrolental fibroplasia (RLF), is an eyeretinal blood vessels which may result in scarring and retinal detachment. ROP can be mild and may resolve spontaneously, but may lead to blindness in serious cases. As such, all preterm babies are at risk for ROP, and very low birth weight is an additional risk factor. Both oxygen toxicity and relative hypoxia can contribute to the development of ROP. disease that affects prematurely born babies. It is thought to be caused by disorganized growth of

Pathophysiology

Normally, maturation of the retina proceeds in-utero and at term, the mature infant has fully vascularized retina. However, in preterm infants, the retina is often not fully vascularized. ROP occurs when the development of the retinal vasculature is arrested and then proceeds abnormally. The key disease element is fibrovascular proliferation. This is growth of abnormal new vessels that may regress, but frequently progresses. Associated with the growth of these new vessels is fibrous tissue (scar tissue) that may contract to cause retinal detachment. Multiple factors can determine whether the disease progresses, including overall health, birth weight, the stage of ROP at initial diagnosis, and the presence or absence of "plus disease". Supplemental oxygen exposure, while a risk factor, is nothypoxia-related systemic complications. the main risk factor for development of this disease. Restricting supplemental oxygen use does not necessarily reduce the rate of ROP, and may raise the risk of other
Patients with ROP are at greater risk for strabismus, glaucoma, cataracts and myopia later in life, and should be examined yearly to help prevent and treat these conditions.

International classification of retinopathy of prematurity (ICROP)

The system used for describing the findings of active ROP is entitled The International Classification of Retinopathy of Prematurity (ICROP).[1] ICROP uses a number of parameters to describe the disease. They are location of the disease into zones (1, 2, and 3), the circumferential extent of the disease based on the clock hours (1-12), the severity of the disease (stage 1-5) and the presence or absence of "Plus Disease". Each aspect of the classification has a technical definition. This classification was used for the major clinical trials. It has been revised in 2005[2]

Zones of the retina in ROP
The zones are centered on the optic nerve. Zone 1 is the posterior zone of the retina, defined as the circle with a radius extending from the optic nerve to double the distance to the macula. Zone 2 is an annulus with the inner border defined by zone 1 and the outer border defined by the radius defined as the distance from the optic nerve to the nasal ora serrata. Zone 3 is the residual temporal crescent of the retina.
The circumferential extent of the disease is described in segments as if the top of the eye were 12 on the face of a clock. For example one might report that there is stage 1 disease for 3 clock hours from 4 to 7 o'clock. (The extent is a bit less important since the treatment indications from the Early Treatment for ROP[3])
The Stages describe the ophthalmoscopic findings at the junction between the vascularized and avascular retina.
  • Stage 1 is a faint demarcation line.
  • Stage 2 is an elevated ridge.
  • Stage 3 is extraretinal fibrovascular tissue.
  • Stage 4 is sub-total retinal detachment.
  • Stage 5 is total retinal detachment.
In addition, Plus disease may be present at any stage. It describes a significant level of vascular dilation and tortuosity observed at the posterior retinal vessels. This reflects the increase of blood flow through the retina.

Prognosis
Stages 1 and 2 do not lead to blindness. However, they can progress to the more severe stages. Threshold disease is defined as disease that has a 50% likelihood of progressing to retinal detachment. Threshold disease is considered to be present when stage 3 ROP is present in either zone I or zone II, with at least 5 continuous or 8 total clock hours of disease, and the presence of plus[4] Progression to stage 4 (partial retinal detachment), or to stage 5 (total retinal detachment), will result in substantial or total loss of vision for the infant. disease.

Treatment
  • Peripheral retinal ablation is the mainstay of ROP treatment. The destruction of the avascular retina is performed with a solid state laser photocoagulation device, as these are easily portable to the operating room or neonatal ICU. Cryotherapy, an earlier technique in which regional retinal destruction was done using a probe to freeze the desired areas, has also been evaluated in multi-center clinical trials as an effective modality for prevention and treatment of ROP. However, cryotherapy is no longer preferred for routine avascular retinal ablation in premature babies, due to the side effects of inflammation and lid swelling.
  • Scleral buckling and/or vitrectomy surgery may be considered for severe ROP (stage 4 and 5) for eyes that progress to retinal detachment. Few centers in the world specialize in this surgery, because of its attendant surgical risks and generally poor outcomes.
  • Intravitreal injection of bevacizumab (Avastin) has been reported as a supportive measure in aggressive posterior retinopathy of prematurity

Mama masih berharap sgt the disease will not progress further...Ya Allah...help..pleasee..


Thanks to encik wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Retinopathy_of_prematurity

Friday, November 19, 2010

Kisah Kek Sponge dan microwave steamer..

Huhu....cerita sedih lagi tak berapa cerdik ni berlaku 2 hari lepas...konon2 mama dan achik nak wat kek span... Ok murid2...ini dia resepinya kek span ituh...: (mama ingat2 lupa resepinya )

Tepung naik sendiri
5 biji telur
Air 80ml
Butter 80 gm

Cara membuatnya:
Telur dimasukkan ke dalam tepung sebutir2, kacau biar sebati (dengan mesin la)
Masukkan air dan lastly mentega/butter tu...
dah sebati dan kembang elok semua tu, masukkan dalam bekas utk membakar...

And the story begins again.......

Lupa la plak mama takde bekas nak bakar kek dalam microwave convection ni...Cari punya cari, mama teringat ada bekas microwave steamer yg mama dapat waktu kawin (dah lama ie 14hb Mac 2008), tp lum pernah mama gunakan lagi bekas ni...

Tgk pada buku panduan utk bekas tu, leh pakai wat kek dan puding, so mama agak2 boleh la bakar kek dalam tu...

Tgk picture pada kotak yer...ada set plastik di luar, manakala dalamnya bekas seramik gitu...so, dengan confident mama dan achik pun memulakan sesi pembakaran di dalam microwave convection itu...(for info ini first time mama wat kek yer..) dan 1st time gak microwave ni nak digunakan fungsi convectionnya...(sblm ni guna utk panaskan lauk jer..heheh)...

dan...jeng jeng...selepas hampir 10 minit....achik menjerit :: kek melimpah!!! mama dengan pantasnya menutup suis microwave tersebut dan memeriksa apa yg achik katakan sebagai kek melimpah itu (kelihatan dari luar sebagai limpahan berwarna putih pada sisi steamer tersebut)
...And guess what ?? the steamer has melted!!!!!!!!!!!!!

Aduh duh....keknya ke mana, steamer nya ke mana...sedih...steamer tu hadiah dari seorang ibu saudara yang sudah berusia (of course anak cucunya yg gi beli)...sedih sedih........



 Mungkin steamer ini hanya boleh digunakan utk fungsi microwave biasa, bukan utk convection....mama yg tak check betul2...

 Pengajaran..lain kali beli bekas bakar kek dulu sblm beli bahan2 wat kek....huhu

Thursday, November 18, 2010

Kereta Mama..ohh!!!

Kisah sedih ni berlaku pada 2hb nov yang lalu,iaitu selepas mama, qaisara and achik melawat qaid kat hospital, kami singgah Jusco Permas Jaya, saje jalan2, nak cari kasut utk achik...and the story begin...

Masuk jer area jusco tu, biasalah, nak cari parking, mama berhenti sambil meninjau2 parking..kat depan mama ada sorang chinese lady yang masuk menyongsang arus (tak nampak anak panah ke sengaja masuk buta tuli jer sbb nak rebut parking?)..so kereta mama berhadapan dengan kereta chinese tu, dan di belakang mama adalah deretan kereta yang juga nak masuk ke laluan tu...Tiba2 sebuah avanza yang betul2 berada di parking lot depan mama ni nak keluar...sempat mama nampak dia punya lampu reverse...the thing is::::: mama tak boleh nak ke depan, sbb kat depan ada kereta chinese yang salah arus tu... dan mama juga tak boleh ke blkg, sbb byk kereta beratur belakang mama...Sekuat hati mama bunyikan hon, bertalu2....namun...................si pemilik avanza ini terus mengundurkan keretanya tanpa menghiraukan mama punya hon.....dan....DUMMM.....dihentamnya kereta mama.....arghhhhhh....geramnya......pastu baru sibuk nak turun tgk (tgk kereta avanza dia calar kat mana...huhu..)... boleh dia cakap dia ingatkan hon org lain yang berebutkan parking yg dia nak tinggalkan tu, dan boleh dia ckp dia tak nampak kereta mama kat belakang dia (mmg la tak nampak kalau tak pandang cermin belakang cik kak ).....nampak gaya orangnya bergaya, mcm cikgu jer cik kak ni..mama plak malas nak bertekak lama2..dia sendiri pun terus nak blah gitu jer lepas tu...sambil berjalan kaki mama kejar kereta dia yang dah mula nak gerak pergi, minta no fon, in case nak claim ...
Balik rumah, cerita dengan papa qaisara, dia ckp takyah betulkan lah...huhu.... (nak kasi hadiah volvo S40 baru kat mama ke papa?)...selamat lah cik kak tu mama tak claim dengan dia sampai skrg....
Moga ada rezeki mama murah pasni, leh beli keta yang lebih cantik....tp apapun,,sedey tetap sedey..itu kereta mama since 7 years ago...begitu byk jasanya pada mama...
Dan pada cik kak bernama norliza yang memandu avanza JKN 7575 tu, lain kali hati2 lah memandu, dan bila dah langgar kete org, jangan nak blah gitu jer....
Apapun..mungkin ada salah silap mama sendiri hingga mama diuji begini...redhakan jer lah...







Sadisnya..........owh......sabar...sabar.......

Sunday, November 14, 2010

Kenapa Susu Ibu??

Mama adalah seorang yang sangat2 menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya..(exclusive breasfeeding)..dan alhamdulillah anak2 mama mendapat papa  yang juga menyokong penyusuan susu ibu ......(Jangan tak tau yer, ada kaum bapa yang tak suka isterinya menyusukan anak dengan alasan takut breast jadi kendur dan tak cantik dan sebagainya.. Kalau tanya pendapat mama, kaum bapa yang punya pendapat sedemikian adalah bapa/suami yang pentingkan diri sendiri)..Why mama kata begitu? Sebab nampak sangat yang suami tu suami yang tidak berpengetahuan, that's why dia tak tau kebaikan susu ibu...

Kalaulah bapa tu tau tentang khasiat susu ibu seperti di bawah ni, sure dia akan menyokong penyusuan susu ibu.
1) Kolostrum (susu pertama keluar) adalah bahan terbaik sebagai pelindung kepada anaknya dari pelbagai jangkitan kuman, seperti selsema, cirit birit, radang paru2, sakit perut dan sebagainya kerana kolostrum mengandungi antibodi semulajadi yang sangat diperlukan bayi terutama di awal kelahirannya.

2) Susu ibu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan untuk bayi membesar, so ia adalah makanan terbaik bayi anda.

3) Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak...(so kalau nak anak bijak, susukan lah dengan susu ibu, bukan susu lembu!!)

4) Mengeratkan kasih sayang dan hubungan antara anak dan ibu... (juga dengan bapa)

5) Mengurangkan risiko ibu mendapat barah payudara dan membantu mengecutkan rahim selepas proses kelahiran.

6) Bertindak sebagai satu cara untuk merancang keluarga (hanya dengan syarat jika bayi disusukan sepenuhnya dan berumur 6 bulan ke bawah) (means after 6 bulan, ibu2 perlu menggunakan kaedah lain utk merancang, tidak bergantung kepada kaedah ini, walaupun masih tiada period)


Ada ibu2 cakap susu takde, susu tak cukup dan sebagainya..WHY ini berlaku??

Sebenarnya takde istilah susu tak cukup dan sebagainya jika ibu2 berpengetahuan..
Tips untuk menghasilkan susu ibu yang cukup:

a) Sewaktu hamil lagi, niatkan dalam hati dan berazam bersungguh2 untuk menyusukan bayi anda..
b) Susukan anak secepat mungkin selepas bersalin (jika boleh dalam jam pertama selepas bersalin)
c) Jangan hadkan sesi penyusuan (susukan anak sekerap mungkin yang ia mahu, termasuk di waktu malam)
d) Jangan beri anak apa2 makanan atau minuman lain selain susu ibu..(cthnya glukos, air masak, susu formula)
e) Ambil makanan seimbang dan minum air secukupnya)
f) Bersikap positif dan yakin dengan diri sendiri bahawa anda boleh menyusukan bayi dengan jayanya. 
g) Ingat, bersedia dari segi fizikal dan mental adalah perlu!

Ada setengah ibu2 tersalah anggap bahawa susu ibu hanya akan keluar selepas diurut...and this concept is actually wrong...susu sebenarnya akan keluar apabila dirangsang oleh bayi dengan cara bayi menghisap dengan betul dan kerap. So susukan anak anda seawal mungkin dan sekerap mungkin, walaupun pada hari2  awal selepas bersalin mungkin ibu2 akan beranggapan susu belum ada, dan ibu2 menyangka susu tak cukup utk bayi (Dan anggapan yang salah ini membuatkan kebanyakan ibubapa membeli susu formula kepada bayi mereka)..Oh NO!!!).....,actually kolostrum yang pekat dan sedikit itu sebenarnya sangat mencukupi utk bayi anda, kerana baby sendiri tidak perlukan susu yang banyak pada hari2 terawal hidupnya, dan kuantiti susu yang diperlukan akan meningkat dari hari ke hari.

Macam mana ibu tahu susu cukup utk babynya atau tidak??
Perhatikan bayi anda, sekiranya dia membuang air kecil 6x dalam 24 jam, ada membuang air besar, lena dan melepaskan payudara selepas menyusu, ini bermakna susu ibu cukup!

Kadang2 muncul beberapa masalah apabila menyusukan bayi, contohnya payudara bengkak dan sakit atau puting merekah dan sakit..aduh...apa nak buat??

Payudara bengkak dan sakit bermaksud anda tidak memberi bayi menghisap dengan kerap dan cara yang betul..jika masih bengkak selepas menyusu, perahkan baki susunya perlahan2.
Then tuamkan dengan kain suam utk melegakan kesakitan . Dan jangan lupa, susukan pada kedua2 belah payudara...

Jika puting merekah, luka dan sakit: Ini bermakna bayi hanya menghisap puting susu bukannya areola (kawasan hitam payudara)...Oleh itu, pastikan AREOLA dimasukkan ke dalam mulut bayi, teruskan penyusuan susu ibu, (jgn berhenti kerana sakit itu), dan selepas menyusu, jangan tarik keluar puting, sebaliknya masukkan hujung jari ke penjuru mulut bayi, dan alihkan mulut bayi dari payudara.
Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu, dan dedahkan puting ke udara hingga kering.
Elakkan membasuh payudara dengan sabun, krim atau losyen, memadai dengan air sahaja. Perah susu dan teruskan penyusuan supaya pengaliran susu tidak terjejas.

Dilema ibu::: Saya bekerja..how nak exclusive breastfeeding? Actually ibu yang bekerja boleh terus menyusukan bayinya secara exclusive dengan keazaman yang tinggi serta kemahuan  ibu itu sendiri...
Bagaimana?? See next post ( Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja)


Quote of the day:::: SUSU IBU Anugerah Yang Berharga Untuk Anak Anda, jangan sia-siakannya::::::::::


***********************************************************************************

Sunday, November 7, 2010

Day 60 of life..

Hari semlm (6/11/2010)=Sabtu adalah genap usia Qaid Mukhlis 60 hari..means already 2 months Qaid Mukhlis dijaga di wad 4A HSAJB...Thanks to all doctors and nurses yang sentiasa menjaga Qaid dengan baik..
Selepas 60 hari, berat Qaid kini meningkat kepada 1.145kg...Alhamdulillah..Syukur dengan limpah kurnia Ilahi serta peliharaanNYA, Qaid membesar dengan baik.Moga Qaid akan terus sihat dan berat badannya meningkat dengan cepat agar cepat juga Qaid boleh pulang dan dijaga pula oleh mama sendiri...


Here are the photos of Qaid Mukhlis yang mama snap 'chori-chori'...hehe...sowi yer nurses....jgn marah yer..

QAID ..cepatlah besar sayang...mama rindu sgt dengan Qaid...

Muah..muah..muah...