Hari ni genap usia Qaid Mukhlis 40 hari...My second child which was delivered prematurely at 24 weeks.. Dia yang sepatutnya lahir pada 23.12.10 menjengah ke dunia 4 bulan lebih awal iaitu pada 080910. Tak sabar Qaid nak lihat dunia yang penuh warna ni. Hanya sempat mama bawa di dalam rahim ini selama 6 bulan. Kalau diikutkan banyak yang mama terkilan. Banyak yang mama belum sempat buat untuk Qaid seperti mama buat untuk kakakmu Qaisara Nur Damia dulu. Mama belum habiskan khatam Al-Quran. Mama jarang2 minum susu. Mama jarang2 makan vitamin. Maafkan mama sayang. Kalau boleh mama nak sangat Qaid membesar dengan sihat di dalam rahim mama..Namun apa daya mama untuk melawan takdir yang ditentukanNYA. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk Qaid dan untuk mama serta keluarga kita.
Qaid was only 720 gram when he was delivered. After 40 days of life, he is currently 860gram..Ya Allah...moga Qaid Mukhlis membesar dengan sihat tanpa sebarang komplikasi pramatang. Sihatkanlah akalnya agar dia mampu menjadi hambaMu yang mukallaf... sihatkanlah pendengarannya agar mampu dia mendengar kalimat2 suciMu, sejahterakanlah penglihatannya agar dia mampu menatap keindahan ciptaanMu dan keindahan kalimat Qalam-Mu...sempurnakanlah tubuh badan dan segala organnya ya Allah....amin ya Rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment