Saturday, October 30, 2010

EBM stock for Qaid Mukhlis....



Today mama nak tunjuk stok perahan susu ibu (SIP) atau expressed breast milk (EBM) yang mama simpan utk Qaid.. alhamdulillah, so far susu mama masih ada, dan buat masa sekarang cukup untuk Qaid (dan actually untuk  kakak juga, sbb kakak qaisara pun masih menyusu badan)..
Ada setengah pendapat tak berapa gemar dgn konsep kakak minum susu adik ni, tp mama nak buat mcm mana, takkan nak biar kakak nangis, menitik juga air mata mama kalau tgk kakak nangis2 minta 'nenen'...
lagipun , pada pendapat mama, actually bila kakak hisap, secara tak langsung kakak membantu menstimulasikan agar susu mama tu terus bertahan dan tidak kering..kalau nak harap mama perah every 2-3 hours, mmg tak terbuat...



Masa qaisara dulu mama guna pureen (battery operated)- harga asal rm100 lebih, offer dapat rm 90..
Untuk kali ni,mama terpaksa beli pam baru, sbb pureen tu buat mama sakit...lagipun tak larat nak beli bateri..
Kali ni mama beli Medela mini electric...RM422.10..senang sikit, tak payah fikir bateri abis dan sebagainya..skrg guna letric jer, cukup bulan papa bayar..hehe..
Actually dulu masa kakak qaisara pun mama teringin nak beli medela ni tp terpaksa beli pureen sbb taktau nak cari medela kat mana, lagipun beli dalam keadaan tergesa2...so rembat jer la pureen tu..tp alhamdulillah wp guna pam murah jer, tp kakak qaisara masih breast feeding till today..mungkin sbb dulu masa pregnantkan kakak, mama dah niat nak susukan anak mama tu till 2 years of age..
InsyaAllah untuk qaid pun mama harap dapat breastfeedkan qaid sampai at least 2 thn juga...

Mungkin u all perasan picture di atas, mama cuma gunakan bekas agar2 utk isi stok EBM for qaid..Actually mama tak gunakan botol susu sbb bekas ni pakai buang, hanya digunakan sekali, pastu nurses akan buang, so rasanya bekas plastik ni insyaAllah selamat lah..kalau utk guna berulang kali, rasanya bekas ni kurang sesuai, sbb pemanasan/pensterilan  mungkin membebaskan bahan kimia BPA tuh..


  
 


(ni tunjuk gambar bukan promosi okey)...just untuk pengetahuan buat all moms di luar sana yg sedang mencari breastpump juga...kalau medela ni actually dia bising sikit, (sama gak pureen pun bising) tp sbb ia ringan , senang nak dibawa ke mana2, kalau time nak guna outdoor, boleh guna bateri juga..senang kan...
Hari tu mama survey gak spectra, senyap , langsung tak berbunyi, tp berat la plak, dan mesinnya besar gedabak (utk mama la).. terpulang kepada mom's choices ya..nak beli yg mana, yang penting selesa, tidak menyakitkan, mudah, dan affordable...dan yg lebih penting, anak2 kita breastfeed..exclusive breastfeed lagi bagus...

Untuk anakku Qaid Mukhlis, moga2 dengan susu mama ini, Qaid akan membesar dengan cepat, sihat dan bijak..aminn..



Saturday, October 23, 2010

Plastisin Qaisara

Hari ni masa qaisara tido mama masakkan something untuk qaisara...PLASTISIN!!!!...lebih selamat wat sendiri dari beli kan?

Resepi untuk memasak plastisin:

2 cawan tepung
1 cawan garam
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh pewarna
2 cawan air

Campurkan semua bahan-bahan tu dalam bekas, then letak atas api yang perlahan, kacau hingga doh tadi tidak melekat di dinding kuali...then keluarkan dari kuali dan sejukkan..pastu leh la qaisara main. Senangkan?..best..wat bentuk karipap, wat sosej, wat bentuk bulat, apa saja yang qaisara nak wat..
Mula2 pegang doh tu qaisara mcm geli sbb tak pernah main benda lembik gitu...nanti esok2 sure suka main...

Oh yer...sure kalian tatau mana nak cari cream of tartar tu kan..susah nak jumpa rasanya, lagipun itu by-product of wine, so mama takde la susah2 nak cari cream tu...mama gantikan dengan air limau kasturi ( boleh juga ganti dengan cuka atau jus lemon)..

Boleh juga diwarnakan plastisin ini ikut kesukaan masing2, tapi hari mama masak ni, takde pewarna kat umah, so mama guna jus sunquick untuk kasi kaler kuning..heheh..

Lagi satu, jangan risau sbb anak2 sure tak makan plastisin ni, sbb sekali dia makan, dia akan rasa doh ni tersangatlah masinnya ..pastu sure tak masukkan ke mulut lagi...hehe

Plan mama nak wat flash card utk sara belum jadi kenyataan lagi ni...bila la nak wat ni..

Monday, October 18, 2010

QAID MUKHLIS sayangku..

Hari ni genap usia Qaid Mukhlis 40 hari...My second child which was delivered prematurely at 24 weeks.. Dia yang sepatutnya lahir pada 23.12.10 menjengah ke dunia 4 bulan lebih awal iaitu pada 080910. Tak sabar Qaid nak lihat dunia yang penuh warna ni. Hanya sempat mama bawa di dalam rahim ini selama 6 bulan. Kalau diikutkan banyak yang mama terkilan. Banyak yang mama belum sempat buat untuk Qaid seperti mama buat untuk kakakmu Qaisara Nur Damia dulu. Mama belum habiskan khatam Al-Quran. Mama jarang2 minum susu. Mama jarang2 makan vitamin. Maafkan mama sayang. Kalau boleh mama nak sangat Qaid membesar dengan sihat di dalam rahim mama..Namun apa daya mama untuk melawan takdir yang ditentukanNYA. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk Qaid dan untuk mama serta keluarga kita.
Qaid was only 720 gram when he was delivered. After 40 days of life, he is currently 860gram..Ya Allah...moga Qaid Mukhlis membesar dengan sihat tanpa sebarang komplikasi pramatang. Sihatkanlah akalnya agar dia mampu menjadi hambaMu yang mukallaf... sihatkanlah pendengarannya agar mampu dia mendengar kalimat2 suciMu, sejahterakanlah penglihatannya agar dia mampu menatap keindahan ciptaanMu dan keindahan kalimat Qalam-Mu...sempurnakanlah tubuh badan dan segala organnya ya Allah....amin ya Rabbal alamin.

Thursday, October 7, 2010

SALAM PERKENALAN

Welcome to my diary. 
This is a personal blog, diwujudkan untuk mama menyimpan segala kenangan manis bersama anak-anak mama....:
QAISARA NUR DAMIA BT ZAIDI
QAID MUKHLIS BIN ZAIDI



Life is short so make it sweet.