Friday, June 21, 2013

Lawatan Sambil Buat Pizza

As-salam
Sebenarnya ini ceta last week yang mama tak sempat publish....nak juga tulis kat sini utk catat memori buat kakak sara.

Hari khamis, 13/6/2013, pertama kali  qaisara ikut rombongan yang dianjurkan tadikanya. Rombongan sambil belajar ke Johor Bahru, termasuk ke Pizza hut, ke ladang kuda UTM dan ladang rusa.

First time nak keluar sendiri tanpa mama, mama siap bekalkan roti, biskut, air sebotol, tuala, baju sukan as requested by teachers, dan mama bekalkan juga botol susu yang siap diisi air masak, dan susu tepung dalam bekas kecil. Lupa nak snap picturenya....

Pesanan paling penting untuk kakak adalah 1) minum banyak air 2) jangan segan2 bagitau teacher if nak PU or BO. 3) Minta susu dengan teacher if dahaga.

Pukul 5 petang, mama sampai kat school, nampak sunyi sepi, nampaknya bas rombongan kakak belum sampai lagi. Jumpa sorang lagi ibu murid, katanya berkali2 dia call teacher, tapi seorang pun tak jawab. Dah naik cuak juga mama, tapi think posisitf and doa banyak2. Yang mama nak call, time tu jugaklah bateri kong...huhu...

Alhamdulillah 5.45 petang, lebih kurang, barulah nampak Unser teacher sampai, tp tak nampak sesiapa turun...Dan tak lama kemudian bas rombongan pun sampai....
Teacher turun seorang demi soerang, tp semua murid diam kat dalam bas...rupa-rupanya semua terlelap dek keletihan.
Mama jadi orang kedua naik cari anak...tapi cari punya cari baru teacher cakap,eh qaisara dalam kereta Unser la....

Turun cari kakak di celah kereta parents yang ramai tu, akhirnya nampak kakak di sebelah teacher, dengan muka yang sangatlah serabai dan keletihan. Masuk jer dalam kereta, cepat2 diambil air yang dibawa pagi tadi (masih ada setengah, means cuma minum sikit air dari pagi tadi), ditogoknya air tu macam 3 hari tak jumpa air....
Dan botol susu yang mama bekalkan pagi tadi rupanya tak digunakan pun, means sehari suntuk ni kakak tak minum susu langsung. Huhu...kesian anak mama...cepat2 mama masukkan susu dalam air yang dah sejuk tu, dan amazingly, susu tu kakak minum sampai habis di situ juga dalam masa beberapa minit saja....Nampak sangat betapa dehydratednya dia....

Tau apa yang kakak bawak balik?
Ini dia....hasil yang dibuat sendiri....


Balik tu dia cerita dengan penuh bergaya, kakak dah pandai buat pizza, nanti kakak ajar mama buat pizza...hahahha

Reason lain mama lambat publish cerita ni sbb tunggu teacher upload pic diaorang kat facebook tadikanya, tp sampai minggu ni, nampaknya teacher tak berkesempatan mengupload.

Apapun, nampaknya kakak berjaya dengan trip pertamanya ni....pas ni sure semua rombongan sekolah kakak nak ikut....mcm mama masa time sekolah dulu.....dapat pergi rombongan sambil belajar adalah satu heaven bagi budak kampung yang tak pernah dibawa berjalan ke mana2....huhu.....



2 comments:

ANAK MAMA SAYANG said...

Budak2 dpt p rombongan mmg suka sgt la kan...terutama dpt naik bas..hehe

Mama2Q said...

tu la ruginya, sbb qaisara naik unser, so takde peluang juga nak naik nas, padahal pagi tu dah berangan nak naik bas for the first time in her life!