Showing posts with label Medical Info. Show all posts
Showing posts with label Medical Info. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Basic Life Support

Assalam.
Siapa pernah attend kursus Basic Life Support?
A very good course ( a must attend course,  indeed. )
Especially parents, teachers, or anybody who want to be a good citizen.
Untuk health care worker  off course la kena tau kan.
Mama sendiri, dah lama sangat tak attend kursus ni.
Masa first year medical student jer buat sekali.
Huhu...sangat lama kan.

For those yang tak biasa, BLS ni dia ajar cara2 buat CPR.
At least if ada basic ni, in case tetiba ada orang jatuh pengsan or tak sedar diri depan mata kita,kita tau nak buat apa , or in case u selamatkan orang lemas, the next step mungkin kena buat CPR.
So for teachers out there, or parents out there, try cari peluang ikuti kursus ni.

Kalau kat JB ni mungkin ada beberapa society yang anjurkan BLS, cthnya JETS (Johor Emergency & Trauma Society), atau St John Ambulance pun biasa anjurkan ini.

Kata instructor from JETS tu, kalau swasta biasanya dia amik rm100 per head, kalau corporate biasanya Rm150. 

Last week alhamdulillah mama berpeluang ke kursus ini, perbaharui 'lesen' buat CPR...hikhik.
Yer lar, dah lama sangat first year medical student tu, ilmu pun dah berkarat, lagipun guidelines for CPR ni biasanya dia review every 5 years so memang kena sentiasa update.

haha...gigih tau....1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 ......-> 30 chest compression : 2 rescue breaths. Nape pulak la tangan instructor tu kat muka mannequin tu...


Wednesday, January 16, 2013

Anda tak boleh tidur malam = insomnia??



Nota mama:

Ada hikmahnya kenapa Allah bagi ibu-ibu hamil alami sukar tidur malam--supaya bangun beribadah, moga2 dipermudahkan urusan kelahirannya, dan moga bayi dalam kandungannya juga soleh/solehah....

Ada hikmahnya kenapa ibu-ibu yang menyusukan anak, dikejutkan oleh anaknya untuk menyusu--rupanya dengan beribadah di tengah malam, susunya menjadi makin banyak...terbukti oleh kajian saintifik...

Dan ada hikmahnya apa bila makin usia meningkat tua, makin kita sukar tidur malam....rupanya Allah nak kita bangun, bersolat, bertahajud dan bermunajat kepadanya....sementara masa masih ada...before the time runs out......mempersiapkan diri sebelum kita dipanggil mengadap DIA.....

Jadi ibu-ibu hamil, syukurlah, dan berhentilah mengeluh di hadapan doktormu bila bayi dalam kandungan mu menendang dengan kuat sekali, takut-takut bayimu berhenti menendang, maka kamu akan menangis semahunya.... ibu-ibu yang menyusu janganlah mengeluh keletihan dan mengantuk bila bayimu merengek di tengah malam,..dan ibu bapa yang semakin meningkat usia, janganlah mengeluh bila malaikat mengejutkan mu di tengah malam...

** Rupanya insomnia itu jika dipandang dari sudut rohani, ia bukanlah satu penyakit yang memerlukan kamu meminta ubat tidur dari doktormu..... :)





Friday, July 27, 2012

Mak janda mengaku dara..akhirnya pecah tembelang di depan doktor itu

Ada seorang wanita Indon, umur 38 tahun,
Berkahwin juga dengan lelaki Indon yang bujang trang tang tang juga......
Datang untuk check, untuk kali pertama mengandung....
Pertama kali tengok perut jer dah tahu....ini bukan kandungan pertama...
Bila ditanya, akhirnya mengaku sebenarnya sudah punya 2 orang anak dan pernah sekali keguguran...
Tapi itu dengan suami terdahulu...
Anak-anak sekarang dengan suami lama di Indon..
Suami sekarang tak tahu kisah lama, mati2 ingat dia kawen dengan anak dara.....
Malu2 alah selepas tembelangnya pecah...
Tapi katanya lepas ni dia nak bagitahu suaminya rahsia sebenar...
Taknak lagi menipu seumur hidup..

Nak tahu macam mana doktor boleh tangkap dia menipu?
Sebab Striae Albicans
Dulu dah pernah ceta kat SINI....

Tapi kan..rasa-rasa kan, apa benda dia buat atau makan sampai husband baru dia tak perasan yang dia bukan anak dara eh?? 
Jamu kah? ehem...nak kena pegi cari jugak kot...ngee....

Sunday, April 15, 2012

Hydrops Fetalis 2

Masih tentang hydrops fetalis...
Atau dalam bahasa mudahnya badan bayi yang dipenuhi air di semua tempat, perut, peparu,sekeliling kulit kepala.

Pesakit ini mengandung rapat-rapat, dan datang late booking, waktu datang sudah lebih dr 24 minggu. As fisrt time datang, routinely mama akan buat scan....letak jer scan, terus nampak ini:

Keseluruhan badan bayi dipenuhi air di sana sini: di perut (ascites), di kepala (scalp oedema), di peparu (pleural effusion).
Waktu ini bayi masih hidup. Refer ke pakar fetomaternal unit di HSA, confirm hydrops fetalis, dan ada cystic hygroma pada lehernya.
Selalng beberapa minggu, bayi meninggal di dalam perut.

(bayi hydrops biasanya memang tidak akan hidup, samada mati di dalam perut atau sejurus selepas dilahirkan)



Cystic Hygroma



Penyebab Hydrops:
A)  Immune Causes
1) ketidakserasian jenis darah ibu dan bayi cthnya ibu rhesus negative


B)Bukan Immune
The non-immune form of hydrops fetalis has many causes including:
Kes2 di atas jarang berlalu lagi sebenarnya. terutama kes darah tidak serasi kini telah dapat diatasi dengan adanya injection Rhogam.

Dalam kes pesakit mama di atas, hydrops fetalis disebabkan sistem limfatik /cecair badan yang tersumbat akibat cystic hygroma pada kepalanya.
 *
*
*
*
p/s: Amalkan doa-doa ketika mengandung, amalkan surah2 di dalam alquran, moga anak kita sempurna kejadian dan bentuknya, sempurna akalnya, sempurna wajahnya, sempurna akhlaknya insyaAllah.
 Boleh rujuk ke blog2 yang dah tulis tentang doa-doa ini, cthnya blog ini



Saturday, April 14, 2012

Hydrops Fetalis 1

Semalam mama ke Klinik Desa (KD).
Klinik ni nama je KD, tapi jumlah pesakit ramainya tak kalah dengan klinik kesihatan.
Seminggu sekali 2 doktor akan visit ke sana.
(dulu2 time doktor kekurangan, mama sorg2 jer ke sana....penat giler weh).

Ok ceritanya tentang pesakit ini.

Elderly Primid-maksudnya pertama kali mengandung di usia lebih dari 35 tahun (ibu ini berumur 39 tahun).
Sudah kahwin selama 12 tahun, dan inilah pertama kali dia mengandung secara spontan (tidak dibantu dengan sebarang ubat kesuburan).
Sekarang minggu ke 24.
Tiada sebarang komplen. Sihat-sihat saja.
Datang untuk direview BSP dan Hb sebab dia mengalami kencing manis sewaktu hamil dan juga masalah anemia.

Mama check denyut jantung baby menggunakan alat daptone...puas mencari tapi tidak mama jumpa.
--->bila fetal heart tiada maksudnya apa?  Hidup atau tidak bayi ini?
Ok, proceed with ultrasound.
First time letak jer probe scan tu terus nampak perut baby yang dipenuhi air.
Tengok sekeliling kepala nampak oedematous atau bengkak. 
Cari cari denyut jantung baby, sah memang  tiada !
Mama syak bayi ini mengalami hydrops fetalis.

Menangis si ibu dengan perkhabaran ini.
12 tahun menunggu, 6 bulan mengandung, dan akhirnya baby pergi begitu sahaja.
Bukan rezekinya kali ini.
Mama harap dia mengandung lagi tahun depan, sbb umurnya pun dah nak masuk 40 tahun, tak boleh tunggu lama2 lagi. Mungkin perlu sedikit bantuan pakar kesuburan selepas ini.
*
*
*
*
p/s: Lupa nak snap gambar sbb masa tu lebih concern dengan pesakit yang kesedihan.
p/s  2: cerita tentang sebab kenapa hydrops fetalis next entry ya, insyaallah.

Friday, December 9, 2011

Jangan cuba nak tipu dokter eh!

Kisah 1. 
Semalam, mama jumpa seorang pesakit, muda remaja, 20 tahun. Baru berkahwin, dan kini hamil. Baru buka kad merah. Di kadnya tertulis Gravida 1, Para 0 ---> (psttt ....bagi yg bukan medical, Gravida 1 , Para 0 ini maksudnya dia hamil anak pertama dan belum pernah bersalin, ok.  )
Okey, mama suruh baring, nak check perut....tengok-tengok perutnya penuh dengan striae albicans.

Striae Gravidarum ----> These are reddish, slightly depressed streaks appear in the later months of pregnancy in the abdomen and sometimes breasts and thighs. It may be due to mechanical stretching or increased glucocorticoids which results in rupture of the elastic fibres in the dermis and exposure of the vascular subcutaneous tissues. After delivery, they become white in colour but do not disappear and called "striae albicans".

So maknanya stretch mark kat perut yang warna merah/coklat time U all pregnant tu akan jadi warna putih dan perut sedikit berkedut selepas bersalin...dan ini kekal dan sbg tanda bahawa korang pernah mengandung, tak bole tipu punye!

Dan perlu diriakkan di sini bahawa kulit perut mama sungguh bertuah sbb takde tanda itu, masih macam org belum pernah beranak...haaha best kan,  jgn jeles!!!
---> ( Nak riak tapi malu2 )

Ini pic striae gravidarum....mama google striae albicans tak jumpa pulak....tp imagine jer, yang tanda ini akan jadi warna putih selepas bersalin nanti::::


ini striae gravidarum, tanda hamil anak pertama, dan akan jadi putih selepas bersalin, dan biasanya kekal.



So tengok jer perut dia, terus mama tanya ini mengandung anak ke berapa...anak ke3 katanya... Huhu....habis nape tipu masa nurse tulis pada kad merah ni?...."Nurse cuma tanya pernah keguguran ke tak, tp dia tak tanya pernah beranak ke tak, so saya ckplah tak pernah keguguran".....
Haha...betul la pulak alasan dia....Si nurse pun satu, tak ambik history betul2...dah tu masa check tak check betul2...sekali pandang jer sepatutnya dah tau....
Mungkin nurse tu tak perasan dan tak sangka sbb budak ni baru kawen...tak sangka dah mengandung anak ke 3... Anak pertama masa umurnya 15 tahun, anak kedua masa umur 18 tahun (off course tanpa bapa yang sah, that's why kisah itu disembunyikan).


Kisah 2.
Wanita Indon, datang check hamil, tertulis pada buku : Gravida 1, Para 0.
Mama check perut, tengok2 ada caesarian scar....huhu..logik ker anak pertama tp dah ada caesarian scar....Sama juga kesnya, pernah mengandung di luar perkahwinan, dan suami sekarang tak tau kisah tersebut...tp mama terrpaksa juga tulis dalam bukunya salah satu  list of problem  adalah "1 previous scar"...


Ni Caesarian scar-tanda pernah melahirkan anak secara pembedahan (pic source: google)







Kisah 3: 
Baru kawen juga, Gravida 1, Para 0 juga
Kisah berkait dengan LMP (Last Menstrual Period : iaitu 1st day of your last period)
Dia bagitau LMP nya adalah sekian tarikh, dan dari tarikh itu dokter akan kira berapa minggukah pregnancy itu sudah berlaku, )
Bila dicheck perut, tengok perut is larger than the date, dan bila dibuat scan memang confirm baby sudah besar, contohnya dia bagi tarikh tu selalunya selepas nikah, tp bila dicheck sah2 pregnancy itu berlaku lama sebelum nikah.
Tipu lagi! Dia tak tau ke yang dokter akan check dan tak akan tertipu dengan helah2 tu semua...


Kisah 4
Ni kisah dah lama, masa mama masih di Perak dulu...
Ada sorang aci ni, kerje estate, selalu sangat datang minta mc, alasannya cirit birit.
Mula2 mama tak kenal dia, mama bagi la jugak...bila dah selalu sangat sampai dah naik kenal, mama dah malas nak bagi mc. Ada sekali tu dia cakap dia cirit birit, mama suruh dia pergi hantar itu sampel najis, (konon2 nak check apa kuman yang ada sebab asyik cirit jer memanjang)...Bila sampel diberi...huh!! Bukan kata cirit....ketul2 keras yang keluar, pastu dicampur air untuk nampakkan itu cirit....( uwekkkk ..apasal la mama ceta pasal najis plak nih..huhu)......Pastu confirm la mama tak kasi mc lagi....padan muka....tipu lagi!


Kesimpulannya, dalam sesetengah perkara korang jangan ler cuba2 nak tipu dokter eh...sebab ada certain benda yang memang obvious dan dokter tetap akan detect walau macam mana cuba nak tipu sekalipun.



Wednesday, September 28, 2011

WANITA, Suami, dan HEPATITIS B

Seorang wanita, terpelajar, baru berkawen dan kini hamil anak pertama....
Datang klinik untuk first check up...
Susah hati sebab sang suami yang baru dikahwini menghidap Hepatitis B..

Wanita terpelajar ini pun tahu...Hepatitis B hanya ada beberapa cara saja untuk menjangkiti seseorang; iaitu:

1) Dari ibu kepada anak yang dikandungnya...
2) Melalui cecair badan seperti darah, air mani, dan ini boleh berlaku jika seseorang itu :---
  • berkongsi jarum suntikan dengan mereka yg telah dijangkiti Hepatitis (cth macam penagih dadah )
  • terkena jarum atau menggunakan alatan yang telah digunakan pada pesakit Hepatitis seperti berus gigi, pencukur, gunting, alat tatto dsb
  • Menjalani pemindahan darah (bukan menderma darah, tp terima darah org yang tercemar dengan Hepatitis)
Dan cara lain ialah
3) Melakukan hubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti Hepatitis B

HEPATITIS B TIDAK merebak dengan
  • bersalam dengan mereka yang dijangkiti
  • berpeluk dengan mereka yang dijangkiti
  • duduk bersebelahan dengan mereka yang dijangkiti
Kata wanita ini,
  • Suaminya bukan penagih dadah dan tidak pernah terkena suntikan dari jarum yang tercemar serta tidak pernah mendapat pemindahan darah...
  • Seluruh ahli keluarga sang suami termasuk ibu serta adik beradiknya adalah bebas dari Hepatitis...
So...cuma tinggal cara ketiga..iaitu melalui SEKS....masalahnya sang isteri juga bebas dari Hepatitis...makanya dari siapakah sang suami mendapatkan Hepatitisnya??

Kata wanita ini lagi...dia mendapat tahu penyakit suaminya sejurus sebelum mereka berkahwin...kad jemputan sudah diedar...manakan lagi mahu dibatalkan....lagi pula cinta hati punya pasal.....cuma sekarang lepas kawen baru susah hati, takut diri sendiri pula terkena jangkitan, dan takut pula anak dikandung juga terkena....dan lepas kawen baru terfikir, dengan siapakah suaminya pernah ehem2 sebelum mereka berkahwen....

Cumanya wanita terpelajar ini bijak...cepat2 pula dia mendapatkan vaksinasi agar diri terpelihara ...

Pesanan bagi mereka yang nak kahwen...tak cukup setakat check status HIV pasangan anda, tapi check juga dia punya:
  1. VDRL (utk siflis)
  2. Hepatitis C
  3. Hepatitis B
  4. Gonorhea 
  5. Penyakit lain seperti thalassemia, asthma, mental, dan macam2 lagi lah....
(Sebelum kawen dulu mama check status bakal suami....Mr Papa dah lulus check ni semua baru leh kawen dgn mama)...harap2nya terus negative la ye...


p/s  Hepatitis A tak risau sangat sebab ia bukan kronik dan cara jangkitannya boleh melalui makanan cthnya kerang tercemar...tp utk hepatitis B dan C...status dan cara jangkitannya macam HIV juga...so pesanan buat mereka yang punya pasangan terjangkit dgn Hepatitis B/C ni sila pakai kondom....protect yourself....!