Monday, November 21, 2011

Pokok Serai Berbunga Yang Mistik??

Sewaktu kami mula2 mendiami rumah ini, my mom (nenek qaisara) dari kampung datang, sambil2 tu dibawaknya benih serai dari kampung, untuk ditanam supaya mudah mama nak ambik bila nak guna... My mom tanam 2 perdu kat blkg rumah.....cepat pulak besarnya tu..

Feb 2010-kami belum perasan kewujudan bunga pada pokok serai ni, lum tumbuh lagi kot.

27/7/2010- nampak tak bunga serai tumbuh melangit tinggi..pada perdu pertama ada 7 batang  serai yang tinggi dan  berbunga, pada perdu kedua ada 5 batang




Tak nampak dengan jelas kita close up sikit yer....




Close up lagi....


Bunganya mcm bunga padi gitu...(eh! you all kenal ke bunga padi)...heheh

Kata orang, serai berbunga ni simpan harta karun....hihi...tul ker....tak caya cuba try google tajuk serai berbunga atau mistik serai mesti jumpa mcm2 cerita....

Satu dari rumpun serai ini telah ditebang dalam usaha mencari kemistikannya.....namun tak ketemu....(itu harta karun bukan engko yang punya, tp ahmad albab yang punya...kata jin..hahaha..)

So tinggallah bunganya yang dah kering menjadi penghias ruang tamu rumah kami... (ada sesapa nak beli wat tangkal ker?....hahaha...tak bley tau...syirik main tangkal2 nih)

Ni la bunga serai kering penghias dinding....

Namun begitu, kemistikannya pokok serai ini tidak terhenti di situ....
Baru-baru ni waktu Mr Papa tengah bersihkan rumpun serai yang satu lagi tu, dia ternampak ini......


Perasan tak 2 btg serai di sblh kiri tu tumbuh di atas batangnya, bukan di dalam tanah seperti kebiasaannya

Tak nampak? Kita close up ckit....:





Serai 2 batang yang tumbuh di batang ni memang mama lum pernah jumpa jugak, sama mcm serai berbunga dulu...tapi nak tau apa jadi dengan si serai 2 batang ini?
Hari tu ibu mertuaku datang, dan dia teringin nak tanam serai jugak di rumahnya,kot2 boleh berbunga, dicantasnya serai 2 batang itu tanpa mama sedari,nak wat benih katanya......haha.....Maka tamatlah cerita mistik itu di situ agaknya.....


Korang ada cerita mistik? jom share jom.....






7 comments:

Lady Windsor said...

Pn Mama, I pernah dengar citer harta karun kat perdu serai ni...memang wujud dan ada batu permata di perdunya tapi kalau nak cangkul ambik kena ada baca2 macam minta izin sebab konon ceritanya batu itu disimpan oleh tuan empunyanya di situ...memang kalau dia nak bagi muncul je batu tu kat perdu serai...ntah I x le percaya sangat tapi syok gak layan bila ada org citer... Errr cantik gak ye bunga serai tu...

Mama2Q said...

Lady Windsor..hehe..bestkan kalau betul2 ada harta karun kat situ....

Cik Sibuk said...

bila baca dialog 'harta' tu..teringat kisah anak saya.

anak saya masa kecik2 dulu ada 'kawan misteri'..so bila bawak berubat, orang tu kata anak saya ni 'special'. Katanya semua harta karun dalam dunia ni anak saya yang punya. Lawak ke apa..

Mama2Q said...

hehe..mcm2 kan org2 mistik ni....

moses said...

Bro Kalau pokok serai tu berbunga lagi tolong email saya moses2612@gmail.com. saya nak tanah dia tu.

Ahmad Sayuti Isa said...

Bro klu pokok serai tu berbunga lagi tolong ambik harta karun tu untuk saya yea .... htr kat bt caves

HUSSAQM84 said...

Hmm.. pokok serai sy pn Ada bunga.thun lps da brbunga br 2 hr ni da jd isu..