Medical INFO

KELAHIRAN PRAMATANG

Bagi sesuatu kehamilan yang biasa, kandungan dikira matang dari minggu ke 37 hingga minggu ke 40. Sebelum genap 37 minggu, ia dikatakan kelahiran pramatang (premature delivery) dan jika melebihi tempoh 40 minggu pula, ia dikira sebagai terlebih tarikh matang (post date/post term). 40 minggu ini dikira sejak dari hari pertama haid  yang terakhir. 
Di sini selalu berlaku kekeliruan apabila wanita seringkali memberi tarikh hari terakhir haid mereka (hari suci), sedangkan yang diperlukan adalah hari pertama haid tersebut. 
Begitu juga apabila ditanya tentang samada adakah kitaran haid mereka adalah tetap/regular, kebanyakan wanita memberi maklumat yang kurang tepat. Ramai yang beranggapan kitaran haid yang tetap adalah apabila haid mereka berlaku pada tarikh yang sama setiap bulan , sedangkan itu tidak mungkin berlaku!! Ini kerana setiap bulan dalam kalendar masihi tidak sama jumlah harinya. Ada 28 hari, 30 dan 31 hari dalam sistem kalendar kita. Kitar haid yang normal biasanya berlaku dalam selang 28-32 hari selepas haid yang sebelumnya. Ini bermakna sekiranya wanita tersebut mengalami haid pada 1.1.2010, haid yang seterusnya akan berlaku pada 29.01.2010 (sekiranya kitaran beliau adalah 28 hari). Apabila ini berlaku, wanita tersebut mungkin menganggap haid beliau tidak tetap kerana berbeza tarikh dan beranggapan haidnya berlaku 2x dalam sebulan, sedangkan sebenarnya itu kitaran tetap baginya. manakala bagi kitaran 32 hari, jika haidnya berlaku pada 1.1.2010, maka seharusnya haid seterusnya berlaku pada 2.2.2010.

Berbalik kepada premature delivery, banyak sebab mengapa terjadinya kelahiran pramatang ini, namun kebanyakannya adalah tidak diketahui sebabnya..


1) contoh  sebab-sebab kelahiran pramatang adalah :

more info will be updated later..