Thursday, October 4, 2012

Mahkota Hotel Melaka...review sikit!

As-salam...
Nak cerita banyak2 pasal Melaka pun takde banyak cerita, sbb actually bukanlah sebenar2 bercuti.
So kita cerita bab hotel yang kami inap jer lah...Mahkota Hotel Melaka..
Mana lah tau ada org jauh dari Kedah nak datang Melaka nak stay sini kan...

Overall, penginapan sini okey2 la...4 bintang katanya, tp mama bagi 3 bintang, buleh? hahaha....sowii En manager hotel

Mahkota Hotel ni ada bilik hotel, dan ada apartment yg lebih murah harganya. 
Kami pilih apartment jer, (1 room apartment) berharga RM200 per night.(Yg paling murah...ekeke)
Kalau hotel room lagi mahal...(sila gugel utk harga sbnr)

Tapi apartment dan hotel ni actually dalam satu compund yang sama, cuma apartment dia kat wing lain....
Ada lebih kurang 8 wing kot. Dan all the apartments boleh guna semua kemudahan hotel  yang ada, ie swimming pool, spa, gym or whatsoever.
Service kira ok la, cuma mama sangat tak puas hati sbb bilik air dia sempit dan ada bau najis....
(hahaha..ada ker toilet bau perfume?)...tp sepatutnya tak de bau apa2 kan...So diaorang fail kat situ..mungkin toilet bilik tu jer ker..not sure ...


Ada ruang tamu dan balcony

budak perasan comel sempat posing cute atas katil

1 room apartment (kalau nak privacy tiada gangguan anak2, sila amik 2 rooms apartment yer)

Ada  mini bar, ada frigde, ada dapo tapi takleh masak (hiasan semata2 kot, huhu)

Adik pun tak kurang excited!


Hotel / our apartment view from swimming pool, each block tu adalah different wings

view from our  balcony

kakak terjerit2 nampak dolphin....hahaha...


Tak pasti nama masjid yang bercahaya tu


Hotel ni terletak di Banda Hilir, area town dan berdekatan Dataran Pahlawan yang jadi tumpuan pelancong tuh....so senag kalau nak gi jalan2....

Dan kami pilih hotel ni sebab dia dekat dengan hotel tempat mama berkonference...iaitu Equatorial Melaka. Tapi dekat2 pun kena naik keta la...
So pepagi after breakfast kat cafe Mahkota, 2Q akan hantar mama ke Equatorial.,,then diaorang balik lepak jer kat bilik sampai petang.

Petang hari Isnin tu baru kami berkesempatan keluar, itupun cuma ke A Famosa jer...Nak meround tpt lain lagi dah petang, dah tak sempat.
Balik hotel petang tu sempat berendam kejap (Qaisara and papa jer...) while mama pegang adik Qaid yang ketakutan tengok air.....haha

Detik2 sebelum qaisara tersembam ke dalam air, gara2 tak perasankan tangga biru tu

Adik awal2 lagi menjauhkan diri, escapisme?

Meraung2 bila kaki menjejak air.....last2 tak rendam pun....takut selsema makin teruk....celup badan sikit jer sesaat....

Qaisara's happy face

kelas renang bersama papa

 Balik bilik malam tu terus qaisara demam! mungkin tertelan air kolam banyak sangat...Cian anak mama....Takper...we have a great moment together, wp mama cuma di tepi kolam, memeluk adik yang kesejukan terendam sesaat.


Ada masa kita datang lagi,insyaallah!

5 comments:

Dr Singa said...

tu Masjid Selat
sunset sangat walllahhhhhhhh kat situ

psst..
awak cari tembok besar saya..?
awak skrol ke bawaaah.. kat kategori..
klik kat 'China' atau ' Beijing ' kat situ

Mama2Q said...

oh tak sempat sy nak menyunset kan rugi..
oh,nanti sy scrol bwh blog akak!

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum mama..

Wahhh..kakak dah besarlah.. Suka main dalam pool yer.. Senyum2 lagi sambil buat aksi baring....Cute!

Anonymous said...

bestnyerrrrr.... nak tgk dol jugerr.. dolpin... hiihii

mama ila said...

wahh..best jugak hotel nie yer..nanti kalau gi sana..boleh try =)