Tuesday, July 3, 2012

Qaid Mukhlis:: Self Nebulization

As-salam.
Kalau 2 minggu lepas Qaid dah diserang selsema dan memerlukan neb, alhamdulillah cuma utk 3/4 hari saja.
Hari Jumaat 29 June, sekali lagi ternampak tanda2 selsema pada Qaid setelah kakak mulanya diserang. Untuk kakak, mama tak kisah sangat, tak bagi ubat pun , tapi bila adik diserang, mama start susah hati.
Dan seperti telahan awal, ternyata selsemanya kali ini sekali lagi berlanjutan hingga ke peparunya.
Hasilnya, Sabtu dan Ahad, Qaid memerlukan 4 hourly nebulization.
Hari Sabtu, ke klinik dan dibekalkan antibiotik, serta diberi satu neb di sana, then  doc suruh pegi setiap 4 jam ke klinik utk proses neb tersebut.
Nasib baik ada mesinnya kat rumah....takdelah kena berulang alik ke klinik jer...

Hari Isnin, mama amik EL untuk memantau keadaannya di rumah.
Alhamdulillah nampaknya keadaan bertambah baik, harap2 esok lebih baik dan sembuh, insyaallah.

Jom tengok pic Qaid melayan neb...
(Oh yer...Qaid sekarang sangat suka bila mesin neb dipasang, sebab dia dah tau hasilnya selepas itu adalah pernafasananya lebih baik dan clear))

Mula2 elok jer dia duduk sendiri pegang sendiri face mask. Kadang2 dia cakap 'sedap", mungkin maksudnya selesa kot

Pastu dia start berdiri, dan panjat katil, tanpa melepaskan facemasknya..oh rupanya lagi selesa berbaring yer...

Lama2 dia dah boring, dia bagi mama face mask tu....last2 dah pusing ke belakang, taknak neb lagi, mungkin masa ni dah rasa clear dah peparunya..

Moga2 lepas ni adik makin kuat yer sayang.....

p/s: Ujian kesakitan adalah tanda Tuhan itu sayangkan kamu, dan tanda DIA sayangkan mama dan papa juga...
So alhamdulillah...:)

8 comments:

hajiMete said...

chomeyy tuu..

Mixed-family in da house.... said...

salam mama,

pandai qaid....

insyaAllah ....cepat sihat ya qaid...utk kakak qaid juga....

~najwa~ said...

Alahai,comelnya...bijak.

Mama2Q said...

Hajimete,
Najwa,
dan Dini Mixed family..

Chomeyy??hahaha...terima kasih...
mcm mak dia selalu jugak comey, sampai skrg baru2 ni jer dah comot sikit...kikiki

gadisBunga™ said...

he understands his body well enuff kan? bijak... :)

Cheq Sue said...

nanti qaid pun leh jd doktor cam mama

Mama2Q said...

Gb...dah besar umurnya, body jer kecik, tu la psal kdg2 underestimate dia, dok rasa cam dia budak kecik lagi..

Mama2Q said...

Cheq Sue..insyaAllah...amin....
apapun yg dia jadi, moga soleh itu sentiasa ada...