Monday, December 26, 2011

Al Fatihah

Semalam di entry ini mama ada cerita tentang suami sahabat mama  yang sedang bertarung nyawa di HUSM..
Hari ni seorang teman menelefon, memberi khabar bahawa beliau telah pergi menemui Ilahi...pergi meninggalkan segala kesakitan...
Pergi meninggalkan orang2 yang dikasihi....pergi meninggalkan anak dan isteri tercinta, pergi meninggalkan keluarga yg disayangi...
Tiada apa yang tinggal bila anak adam meninggalkan dunia ini...hanya 3 pekara yang telah termaktub......Anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.....
Sesungguhnya dari ALLAH  kita datang dan kepada DIA kita semua kan kembali....Al fatihah utk arwah Syukiman Md Daud...moga rohnya tenang di sana...dan moga isterinya, iaitu sahabat mama Dr Azira tabah dan kuat hadapi semua ini...

Hilang suami, bermakna hilang separuh dari diri...bagaikan hilang separuh dari nyawa....
Apa yang selalu mama doakan agar Mr Papa selalu dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dalam ketaaatan....moga kami sama2 menjadi tua di villa kecil kami ini, membesarkan putera puteri kesayangan kami.......
Mama sesungguhnya amat takut akan suatu kehilangan seperti ini.....biar mama yg tinggalkan papa, jgn sebaliknya....sekurang2nya  kalau mama yang mati dulu, papa ada peluang kawen lagi....tp jika sebaliknya, di mana kan ku cari ganti...? huhu......