Tuesday, February 21, 2012

Terbanglah....bawa cinta padaku....

Wah tajuk tak boleh belah kan.....
Hahaha...saje jer mama nak tunjuk few pictures yang ambik kat Taman Rama-rama hari tu....
Bukan rama2 jer ada kat sini rupanya, tp reptilia juga....tapi hari ni nak tunjuk rama-rama saja....
Tapi kualiti gambar minta maaf la yer..ini bukan DSLR..kamera cikai saja....tgh tunggu hadiah DSLR dari Mr Papa lum dapat2 lagi ni...huhu.....








Oh yer...Taman Rama rama ni kalau nak masuk adult fee- RM8 dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM 5. Umur 3 tahun ke bawah free of charge.
Dalamnya ada reptilia mcm pelbagai jenis ular, scorpion, cicak, iguana, buaya, dan ada few types of birds juga seperti burung emu, merak, parrot dan beberapa jenis yang mama tak kenal.

Lain kali boleh datang lagi, tapi kena tunggu adik pandai bercakap dulu baru best. Macam kakak sekarang dah boleh appreciate apa yg dia nampak dan ekspresikan. InsyaAllah tahun depan leh datang lagi ya papa.....:)

Monday, February 20, 2012

From Malacca with love.. :)

Salam..
Sempena kedatangan makayah mama ke Johor, kami ambik kesempatan berjalan2 ke Melaka.
Takde la banyak sangat tempat yang sempat kami pergi sebab cuma 24 jam jer kami ke sana, cuma sempat ber-RIVER CRUISE, naik TAMING SARI TOWER, dan ke TAMAN RAMA-RAMA.
Cadangnya nak ke Zoo Melaka juga, tapi ke Taman Rama-rama saja sudah buat kakak qaisara mengeluh keletihan , makanya rancangan ke zoo terpaksa dibatalkan dan balik.

Enjoy beberapa pictures kat sana dulu, detailnya mama akan hapdet lagi nanti....

Kami kat atas river cruise...hampir 45 minit juga

My beloved parents...

Qaisara and her tokwan in front of our homestay

Kami di Taman Rama-rama

Taman Rama-rama....happy together
Qaisara:: Cakk!!


Saturday, February 18, 2012

Gigi ketujuh

Semalam 17hb Feb mama nampak gigi ketujuh adik, so jumlah gigi bawah qaid sekarang dah ada 3, dan atas ada 4...patut la semalam dia mcm dedar jer....
Hehe saja nak masuk blog juga supaya mama tak lupa tarikhnya. dulu masa kakak mama lupa nak catat tarikh, so sampai skrg mama dah tak ingat bilakah masanya gigi kakak penuh. Rasanya 2 tahun dah penuh kot.

Sekian entry pendek untuk hari ni. Hari ni kami nak gi jalan2. Doakan perjalanan kami selamat, insyaAllah...
Nanti kita update cerita yer...
Salam semua.

Friday, February 17, 2012

Mudanya dia

Salam.....

Wah..hari ni ada sorang patient mama, umurnya 30 tahun. 
Dah siap2 mama check dia, dia plak interview kita...huhu terbalik kott..
"Dokter ada anak?"
"Ada, 2 orang"
"Ha..?! Laaa..saya ingatkan dokter lum kawen, masa saya masuk tadi dalam hati saya ckp mudanya dokter ni"
*
*
*
Muahaha...motip cerita ini::::::: Riak sekejap sbb disangka lebih muda dari 30 tahun......waweeeee !!!!!!

[Dear patient: you really make my day.....]


p/s: Kalau cerita ini dekat En Suami mesti dia cakap mama perasan muda...hahaha...dia jeles la tu sebenarnya...haha

Tuesday, February 14, 2012

Kakak yang baik, guru yang rajin

mari kita baca buku dikk....
jom kita nyanyi ikut lagu ni...

jom kita buat rumah


Mama nak ucapkan terima kasih buat kakak sebab selalu tolong mama jaga adik.
Terutama time mama nak mandi dan solat.
Kakak akan buka laptop dan tunjukkan adik video2 diaorang sejak kecil utk tarik perhatian adik, supaya adik tak cari mama dan nangis bila tengok mama takde.
Kadang2 kakak akan bacakan adik buku2 binatang dan buah-buahan.
Kadang2 sama2 sepahkan mainan...
Lekalah adik sekejap, dan bolehlah mama lari buat kerja.
Ini pengurusan anak2 ketika suami tiada di rumah yer puan2..:))





Sunday, February 12, 2012

Sunset at Sebana Cove

Salam...

Sabtu petang, entah apa mimpinya, Mr Papa ajak jalan2...minum petang di Sebana Cove yang terletak di daerah Pengerang, Johor, dekat2 nak sampai ke Desaru. ...
Pada siapa yang tinggal di Kota Tinggi atau sekitar Johor mungkin pernah sampai, dan mungkin juga tak pernah...
Sebab tempatnya agak terpencil....dan jauh ke dalam..tapi bila sampai di sana satu pemandangan indah dapat dinikmati...panoramanya memukau kalbu...(fuhh ayat mama)...tapi harga makanannya ya ampunnn....
Tempat ni sesuai untuk berbulan madu sebenarnya, sebab sangat sunyi, dan agak romantis di kala petang hari.....
Banyak kapal2 dan bot berlabuh di sini...
Jalan masuk ke Sebana ini siap ada signboard suruh kita hati2 sebab ada :-
1) Wild boar melintas
2) Elephant melintas
3) Monkey berkeliaran

Hehe...nasib baik kami tak jumpa apa2...

Resortnya cantik tapi kelihatan sedikit seram, sbb sunyi sangat kot...lupa pulak mama nak amik pic..jom kita tengok pic lain yang sempat mama snap..banyak sebenarnya, tp tak teredit...






Ada kolam untuk mandi manda
Cer teka harga foods ni:( sepinggan mee goreng mamak, kuew teau, segelas teh tarik dan segelas cafe latte.)- 52 hengget ko! nasib baik keluarga kami kecik jer...kalau anak beranak ramai tak makan kot kat sini...(bujet kedekut..hehe)

Enlarge pic kasi nampak harga: nothing is less than RM10




2Q sempat naik buggy
Different views of sunset

Mama paling suka picture ini:-


Indah kan ciptaan Allah? Subhanallah.....

p/s: Papa, minggu depan kita jalan2 lagi tau...mmmuahhh sayang papa!




Wednesday, February 8, 2012

Bayi ketiga terkecil di dunia sama dengan Qaid

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - 22 Januari 2011- Seorang bayi antara terkecil di dunia dibenarkan keluar dari sebuah hospital yang menjadi tempat tinggalnya selama hampir lima bulan.

Memakai topi merah jambu dan dibaluti selimut yang juga berwarna merah jambu, Melinda Star Guido menjadi tumpuan lensa kamera televisyen dan jurugambar akhbar di luar Pusat Rawatan USC di sini kelmarin.

“Saya gembira kerana anak saya sihat,” kata ibunya yang berusia 22 tahun, Haydee Ibarra.

“Saya juga gembira kerana akhirnya saya dapat membawanya pulang,” tambah Ibarra.

Melinda dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu dengan berat cuma 269 gram atau lebih ringan daripada setin air minuman berkarbonat.

Bayi itu amat kecil sehinggakan dia muat dalam tapak tangan doktor yang merawatnya.

Melinda dipercayai bayi terselamat ketiga terkecil di dunia dan kedua terkecil di AS.

Kini seberat 2.04 kilogram dan masih bernafas melalui tiub oksigen sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa doktor memberitahu bahawa Melinda cukup sihat untuk pulang selepas hampir lima bulan berada dalam inkubator hospital berkenaan.

Ibunya melahirkan Melinda melalui pembedahan caesarean pada minggu ke-24 selepas dia didapati mengalami penyakit darah tinggi semasa hamil. – Agensi

Berita asal mama petik di sini

Sebenarnya cerita ni dah agak basi, tapi mama nak letak cerita ini di sini untuk adik qaid baca bila besar nanti. 
Yang menariknya adalah bayi ketiga terkecil ini dilahirkan pada umur yang sama dengan baby Qaid Mukhlis, iaitu pada usia 24 minggu (awal 16 minggu dari tarikh sebenar). 

Yang membezakan adalah berat mereka, iaitu Qaid 725 gram, manakala bayi Melinda itu hanya seberat 269 gram.
Ini kerana ibu Melinda menghidap penyakit darah tinggi sewaktu hamil dan salah satu komplikasi darah tinggi semasa mengandung adalah bayi yang kecil dari sepatutnya (small for gestational age= SGA), atau sewaktu dalam uterus disebut juga IUGR= IntraUterine Growth Restriction. 

Kalau ikut berat bayi normal pada usia 24 minggu adalah lebih kurang Qaid iaitu sekitar 550-780 gram.

Disebabkan sangat kecil itu, Melinda terpaksa tinggal di hospital selama hampir 5 bulan, manakala Qaid tinggal selama 3 bulan lebih (101 hari).

Kalau dulu2, bayi sebesar itu dibiarkan tanpa diberi sebarang bantuan, sebab consider macam kes keguguran sahaja, tapi dengan perkembangan sains dan teknologi perubatan, alhamdulillah bayi sekecil itu juga mampu hidup, termasuklah Qaid.

Mama tak tau kalau baby Melinda ini punya komplikasi lain atau tidak sebab tidak diceritakan di mana2, tapi Qaid, komplikasinya adalah pada matanya yang mengalami ROP (Retinopathy of Prematurity) seperti pernah mama ceritakan dulu. 
Selain itu, alhamdulillah Qaid tiada sebarang masalah lain. Syukur. 

Bayi Melinda boleh diletakkan di tapak tangan doktornya. Betapa kecilnya dia.
Qaid pula badannya sebesar tapak tangan papa, kepalanya lebih kecil dari genggaman tangan mama, panjang badannya kurang dari sehasta, dan seluruh tapak tangannya hanya sebesar ibu jari mama. 
Pampers newborn yang paling kecil terpaksa nurse lipatkan , kerana jika tidak, pampers itu akan membalut sampai ke dada.

Sekarang Qaid-1 tahun 4 bulan lebih.(corrected age 1 thn 1 bulan)
Sudah pandai menadah tangan membaca doa, lantas diaminkannya saat sebelum makan, sudah pandai merasa bekas nasinya masih panas atau tidak, sudah pandai 'give me 5', sudah pandai menunjukkan mana satu hidung dan mata, sudah tau membilang jarinya dan menunjuk bilangan 1, sudah pandai mengusik kakak, menggigit papa, mama dan kakak lantas diketawakannya kami bila kami terjerit2.., dan sudah pandai meminta susu dengan menunjukkan botol yang kosong atau menyelak baju mama mencari nenennya. 
ALHAMDULILLAH.
Moga anak mama akan terus jadi anak yang bijak dan soleh serta selamat dunia akhirat..Amin..

sejuk hati melihat wajah tenang ini tido...

Masih dengan gaya tido yang sama...tengok pampers dia..


Tuesday, February 7, 2012

Kami di Muzium Nelayan Tanjung Balau

Hari Ahad kami balik kampung Mr Papa...Menziarah orang tua..
Petang, on the way balik singgah di Pantai Tanjung Balau, Qaisara dari pagi lagi asyik menyanyi nak tengok laut..nak tengok pantai....(kekdahnya budak tak pernah mandi laut,kolam atau apa2 yang seiras dengannya)..
Sampai sana tengok2 ada pameran oleh Muzium Nelayan...dari 15 Jan hingga 15 April....
So sape nak pergi silakan yer...ada pameran ikan duyung, peralatan perikanan dan sbgnya.
Ada juga macam pesta di sana..pesta layang2. Ramai betul orang....
Orang jual layang2 pun banyak...Mr Papa macam nak beli, tp last2 tak jadi..nak main kat mano?

Angin pun kuat giler...Bendera merah dinaikkan di sepanjang pantai, tanda bahaya untuk mandi. Tapi nampak ramai jer orang bermandi manda...baby pakai pampers pun mandi!
Kesian Qaisara, dia jer yang tak pernah rasa semua tu...

sebahagian pengunjung pantai..

Ada banyak lagi layang-layang..

Ini budak tido sepanjang petang tu..rugi-rugi...

Kakak takut-takut nak bergambar tepi pantai, padahal jauh lagi dari air...

On the way balik baru dia jaga...huhu

Nanti kami ke sini lagi insyaAllah..nak tunaikan hasrat tertangguh...
(actually belum masuk lagi dalam muzium tu, sebab by the time kami sampai, ia ditutup...)...huhu....

Monday, February 6, 2012

Tentang bertatih, tentang semput dan tentang 1st word

As-salam.
Ini juga entry tertunggak, tp penting utk mama catatkan cerita cacamerba di sini sebagai reference di masa depan..


Hari Sabtu, malam 28hb Jan, malam sambut birthday kakak sara (sambutan in advance sbb tarikh sebenar 30hb tu mama keje)- pada tarikh tu adik menapak 3 langkah ke depan...satu lagi progress yang menggembirakan..Alhamdulillah....(Adik now is 1 yr + 4 months, corrected age 1 yr + 1month).
Minggu sebelum tu, tak ingat baper hb, adik berjaya sebut 'PAPA' !! Wah sukanya papa..bila nak sebut mama ni dik?

Tup- tup hari isnin lepas tu (30hb Jan) adik start selsema.
Hari selasa (31hb) masih selsema. Mama hantar juga ke  BS dengan bekalan ubat. Petang tu waktu ambik dari BS tengok mcm dah semput dah.
Malam , makin semput, wheezing, bila mama check peparu, memang bunyi rhonchi dan prolonged expiratory phase.
Siap ada subcostal dan suprastenal  recession--yang menandakan betapa sukarnya dia bernafas...

Nak bawak ke klinik, kakak tengah tido, macam mana mama nak angkut dua-dua budak kecik ni...Bertahan lah dik....
Malam tu dia langsung tak boleh minum...tercungap2 bila nak minum susu, last2 dia stop, sanggup berlapar...
Juga langsung tak boleh tido, meronta2, berguling2 sebab tak boleh bernafas.
Mama pangku atas riba dan tinggikan kepala, dia lena sekejap.
Last2 kul 4 pagi, call papa, papa balik, terus kami ke klinik 24 jam.
Doctor bagi nebulization, tanpa ada sebarang explanation. Siap marah lagi doctor tu, terukla, ini jam baru mau datang!!

Mama nak juga tanya doctor tu, U ni nak marah sebab concern with my baby's condition sebab parents dia bawak lambat, atau marah sebab ganggu tido U? (memang nampak dia terpisat2 bangun tido selepas dikejutkan oleh penjaga kaunter) tapi malas nak bertekak, so mama wat macam org bodoh yang bersalah dan duduk diam2 jer....
(Off course mama tak bagitau dia that i'm a doctor  as well, sbb suka nak tengok how they treat their patients.)

Hari Rabu the next morningnya, mama bawak adik ambil nebulization sekali lagi-->kali ini di klinik sendiri...lebih mudah.
Khamis-condition masih tak memberangsangkan, menyebabkan mama masih EL lagi.
Alhamdulillah jumaat, nampak adik better...
Sabtu dan ahad, alhamdulillah adik tak perlukan nebulization lagi.
Ahad, dah boleh jalan-jalan...nanti kita update cerita tentang jalan2 itu...

Neb kat klinik mama









Qaisara In Utero

Salam.
Ini entry tertunggak sejak minggu lepas. Tapi mama nak letak juga supaya diari mama ini tidak kosong.
Masih tentang Qaisara. Sewaktu masih di dalam perut mama.
Mama buat ini supaya bila pic sebenar pudar ditelan masa, mama masih ada back up copy of the precious pictures....Gambar yang suatu hari nanti akan dilihat oleh Qaisara...dan diappreciate olehnya..
Betapa dari dalam sana lagi mama sangat mencintai kamu wahai anak.....

7-12 minggu
















Qaisara @ 3 year old-- 91cm . ...Adik pun nak tumpang photoshoot sekaki...