Assalamualaikum..
Sekali lagi entry ini adalah catatan buat diri sendiri, so mama minta maaf jika ianya teralu panjang untuk dibaca....
Just nak catatkan perkembangan Qaweem Muaz Al Fateh sebelum mama lupa...
Lahir --> 1st month
Date: 06032014 @ 7.42am @ Khamis @ Hijrah
Weight: 3.43kg
Length: 55 cm
Head circumference: 35.5 m
Breastfeeding: YES
Development: Ini part yang mama mahu catatkan.
Anak yang polos, suci, baik, tiada sebarang ragam, dan pasti mama akan rindukan saat-saat menyusukan kamu dalam keadaaan kamu langsung tidak menyedari apa-apa tentang dunia ini. Matamu belum terbuka, telingamu masih kurang peka, tangismu hanya ketika lapar dan basah.
Dicuit2 abangmu, kamu masih begitu, senyap, diam. Kamu seolah-olah dalam duniamu sendiri, mungkin masih terasa seperti di dalam perut mama agaknya
1st Month
Weight: 4 kg
Length: 56 cm
Head: 36 cm
Development:
Waktu ini kita berkampung di rumah tok dan tokwan.
Qaweem masih tiada banyak ragam. Ditidurkanlah walau di mana pun, kamu boleh lelap. Di bilik, di depan tv, di bilik. Ada 8 bilik di rumah tokwan, dan hampir semua bilik pernah kamu huni. Sebabnya mama mahu larikan kamu dari abang Qaid yang sentiasa ingin mencuit. Abang terlalu sayangkan kamu, in his own way...mahu dicium adik, mahu dikacau adik....aduh...lalu pilihan yang ada adalah sembunyikan kamu dari abang, (tapi abang pun pandai, cepat je dia dapat tahu bilik mana mama sembunyikan adik dengan mendengar tangisan Qaweem sendiri),
Masih belum pandai senyum...menangis hanya bila lapar dan basah. Sangat-sangat senang dan mudah menjaga kamu wahai Qaweem Muaz. Kata tok, Qaweem anak yang sangat-sangat baik... Alhamdulillah.
Sebenarnya ketika ini, mama sama2 berpantang dengan adik bongsu mama yang bersalin anak pertama 10 hari selepas Qaweem lahir.
And surprisingly namanya hampir sama dengan Qaweem Muaz Al Fateh. Nama sepupu kamu yang sebaya ini adalah Muhammad Uwais Al Fateh. 2 Al Fateh di rumah atuk, dengan 2 perangai yang berbeza off course. Dan tok dan tokwan tak perlu berebut cucu kali ni, sebab ada 2 orang cucu untuk diriba, so amik sorang satu, then tukar2 ..Kelakar bila ingat tok dan tokwan (makayah mama)
|
2 Al Fateh di rumah tokwan |
2 Month
Weight: 5.1 kg
Length: 58 cm
Head: -
Development:
Penghujung April itu papa datang menjemput kita untuk pulang ke Johor. Sehari dua sebelum itu Qaweem mula pandai senyum, dan senyuman kamu memang sangat manis dengan 2 lesung pipit di kiri kanan. Mula lebih alert, membuka mata dan mula memandang ke sana sini. Balik ke Johor, mama terpaksa selalu mengunci kamu di dalam bilik, supaya tidak diganggu abang. Maaf ya sayang.
3 Month
Weight: 5.6 kg
Length: 61 cm
Head: 40 cm
Development:
Qaweem mula pandai mengagah, mengekek ketawa kamu bila diusik. Oh memang manis saatnya.
Yang paling ketara, mula pandai menangis, merajuk dan lebih alert serta sangat-sangat alert. Telinga kamu seperti telinga lintah, terdetik sedikit bunyi, kamu sudah terjaga dari tidur. Senang hati jika dipegang sentiasa,amat manja, kalau diletak pun tidak boleh lama. Sudah bijak anak mama ini.
Makanya kalau kamu tidak tidur, dan mama perlu memasak, terpaksa mama letakkan kamu di dapur. Waktu ini kamu tidak lagi mahu berseorangan di dalam bilik. padahal pada baby cot kamu, macam-macam mainan mama belikan. Ada yang berbunyi bila dipusing, ada yang berbunyi bila ditekan....dengan harapan kamu mahu tinggal di dalam bilik bila mama ada kerja. Tapi nampaknya hanya kadang-kadang mainan itu dapat melekakan kamu, itupun cuma seketika.
Selalunya apa yang mama buat, pusing supaya mainan tu berbunyi, dan kunci pintu bilik supaya abang tidak mengganggu Qaweem. Mama nak letakkan di depan tv, supaya kamu tidak rasa keseorangan di dalam bilik, dan supaya kakak boleh temankan kamu, tapi abang Qaid masih belum faham sepenuhnya. Kadang-kadang pernah nak dikuisnya kepala atau perut adik dengan kakinya, atau dicucuk mata dan mulut adik dengan jarinya, atau yang terbaru, ditolak adik supaya meniarap.
So dillema mama: Nak letak kat luar abang kacau. Nak kunci lama-lama dalam bilik waktu mama bekerja di dapur, Qaweem pulak menangis taknak ditinggal seorang dalam bilik. Last-last bawak ke dapur....atau lebih worst , mama tak masak!! Hahaha....
Kalau papa ada, papa tolong tengokkan Qaweem so lebih senang kerja mama.
Oh ya, 12 Jun yang lalu, mama tinggalkan kamu sebentar, tengok-tengok Qaweem dalam keadaan meniarap...Alhamdulillah hingga penghujung June ini, walaupun kamu belum pandai meniarap sepenuhnya, tapi badan sudah pandai disenget2 especially bila waktu nak tidur.
Dan sesuatu yang mama lupa nak catatkan di atas, Qaweem tidak sama seperti kakak dulu yang bangun menyusu setiap 2 jam pada waktu malam. Qaweem menyusu sebelum tidur dan hanya akan bangun keesokan paginya, lebih kurang jam 5 @ 6am atau kadang-kadang pukul 4 pagi.
|
Tengok muka abang yang nakal and cheeky, tengah fikir apa nak buat dengan budak kecik tu, dak kecik dah gabra. |
|
Picit hidung dan cucuk mata adik |
|
Tarik telinga adik..pasrah je nak.... |
|
Cucuk kepala adik, hilang manis senyuman adik |
|
Tolak muka adik supaya pandang abang |
4 month
Weight: 5.7 kg (naik tak byk, pakar paed dah tegur semalam)
Height and head tak ukur
Development:
Sudah pandai mengiring mahu meniarap. (Ya, sedikit lambat berbanding kakak yang belum 3 bulan dah meniarap) tapi ok jer, kamu on the right track, sayang!
Pernah berjaya meniarap sendiri, tapi belum master sepenuhnya.
Peel lebih kurang 3 bulan...
Semalam Qaweem kena inject Pneumoccal injection. Alhamdulillah tak demam atau meragam..
Alhamdulillah kamu anak yang kuat Qaweem!
Oh ya...dah pernah kena demam ujung minggu lepas, waktu kakak dan abang Qaid sama2 demam. Tapi Qaweem sekejap aje..2 x mama bagi ubat, alhamdulillah dah bak. Mungkin sebab susu ibu....insyaAllah ....