Dah lama mama tak update perkembangan serta milestone anak premature mama ni kan...
Sori sangat2 sayang, mama actualy banyak simpan cerita tentang kamu di dalam kotak fikiran mama. Banyak yang tak terupdate di sini....cthnya kebolehan adik membaca flash card seawal usia 2 thn dulu (corrected age setahun 9 bulan)....
Adik, mama catat ni untuk adik. Tapi kali ni mama malas nak tulis lagi sekalii, just copy paste dari facebook group JEWEL mama about 2 weeks ago.
Ketika
Qaid Mukhlis dilahirkan 2 tahun yang lalu dengan seberat 725 gram,
‘seseorang’ pernah berkata mungkin 50-50 jer tu…(hati saya tersiat
ketika itu kerana walaupun saya tahu kata-katanya itu tak salah, kerana
secara teorinya bayi yang lahir ketika usia kandungan 24 minggu dan ke
bawah cuma memiliki kurang dari 10 % peluang untuk hidup), namun
alhamdulillah Qaid termasuk dalam kategori yang 10 % itu, kerana itu
biar pun hati saya pilu mendengar kata-kata itu, sesungguhnya saya
bersyukur kerana Allah memanjangkan usia Qaid dan memberinya peluang
bernafas di bumiNYA ini.
Setelah sekian lama, ketika Qaid
akhirnya berjaya mengharungi detik2 mencemaskan di NICU selama 101 hari,
‘seseorang’ yang sama itu berkata, anak-anak premature ni biasanya
hyperaktif, di mana di situ dia berjaya membuatkan hati sang ibu ini
kerisauan teramat tentang perkembangan anak prematurenya.
Dan selama menunggu perkembangan anak itu, hati mana tidak risau dan tidak gundah. Kerisauan itu akhirnya hilang apabila dia berjaya mengenal huruf ketika usianya setahun lebih, dan mula bercakap.
Dan ketika dia berumur hampir 2 tahun dia sudah bisa mengira one-
twenty, dan mula mengenal serta membaca suku kata yang mudah. Dan ketika
ini umurnya 2 tahun 5 bulan (CA 2 thn 1 bulan), dia boleh membaca buku
“Bacalah Anakku” siri 1 , dan paling membahagiakan dia sudah boleh
menghafal Al Fatihah, An-Nas, Al-Falaq dan Al Ikhlas, serta zikir2 ustaz
Dzulkarnain di Astro Oasis, biarpun masih dengan pelat tapi
sekurang-kurangnya dengan perkembangan ini saya tahu anak saya normal
seperti bayi matang lain, dan sekurang-kurangnya saya tahu dia bukannya
autisme atau hyperactive seperti dijangka oleh ‘seseorang” itu.
Sesungguhnya segala keperitan suatu ketika dulu seakan lenyap bila
melihat dia hari ini, dan semakin saya mengerti hikmahnya kelahiran dia
dahulu. Semakin saya melihat keistimewaan anak premature ini, semakin
saya tahu, bahawa perjalanan untuknya masih jauh, dan masih banyak lagi
yang perlu saya lakukan dalam mendidik dia menjadi khalifah di bumi ini…
Just sharing-moga menjadi inspirasi buat ibu dan bapa anak2 premature, agar
kita tidak sesekali menyesali takdir kelahiran anak2 JEWEL kita, dan
tidak sesekali bertanya kenapa dan untuk dosa apa dia dilahirkan
premature dan perlu menanggung segala kesakitan itu. Yakin lah, takdir
ALLAH itu punya sejuta rahasia….:)
Just sebagai reminder mama, tentang development kakak.
Bulan Januari 2013, kakak genap 4 tahun.
Bulan Januari 2013 kakak start masuk sekolah.
Oleh kerana kakak sudah punya sedikit basic di rumah, maka mudahlah bagi gurunya mengajar.
Sekolah kakak menggunakan buku2 mengikut silibus "Khalifah Kecil" (in English is LC), mama saja taknak tulis nama penuh LC, takut ada orang google tadika tersebut dan jumpa blog ni...hehe).
Selepas habis buku Pre-reading LC, sesi pembelajaran akan diteruskan dengan buku Bacalah Anakku.
Alhamdulillah kakak habiskan buku Pre reading tu dalam sebulan, dan selepas itu giat dengan buku Bacalah Anakku.
Dan alhamdulillah sehingga hari ini,tadi petang masa mama ke rumah daycare untuk jemput kakak, tengok teachernya tengah buat reading lagi, dan alhamdulillah rupanya kakak sudah sampai ke buku Bacalah Anakku 4.....Mama ketinggalan sikit dengan perkembangan kakak, sbb papa yang banyak hantar kakak, so mama tak berkesempatan jumpa teachernya di sekolah. Sori ya sayang....hehe...
Untuk Iqra, di sekolah Qaisara at the moment dah sampai muka surat 20 kalau tak silap mama iaitu hurf Tho, kot..(kata teacher tadi)..
Dah lama juga mama tak ajarkan iqra untuk kakak, sori lagi sayang! Takper, cikgu2 dah ada skrg ni, leh ambil alih tempat mama menjadi guru qaisara..heheh....
Untuk hafazan quran(di rumah) pula, currently kakak tengah menghafal surah al-Maaauun... (Ara ai tallazi....). Hafazan di sekolah mama tak sure pulak, lum sempat nak jumpa teacher kan..tp kata qaisara, dia tgh baca surah al ikhlas di sekolah.
Alhamduillah...moga jadi anak soleh dan solehah ya sayang!
Ni mama just nak share apa yang didengar dalam rancangan Semanis Kurma malam jumaat baru2 ni.
Panelnya malam tu adalah Ustaz Fauzi Mustafa (pengacara rancangan Al Kuliyyah) yang juga merupakan pengamal perubatan Islam.
Sihir cinta yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah apabila sesuatu pihak mengenakan sihir dengan tujuan yang pelbagai, contohnya samada untuk menundukkan suami, atau supaya seseorang jatuh cinta kepadanya.
Bagi mereka yang mengamalkan ilmu guna-guna ada pelbagai kaedah contohnya menggunakan nasi kangkang, (lagi kotor jika diguna pula darah haid...uwekkk)....dan ada yang gunakan tangkal atau azimat...tujuannya supaya suami semakin sayang atau digunakan untuk menundukkan suami supaya suami takut dan gerun dengan si isteri so that suami tak kawin lagi contohnya....
{atau ada juga kot yang baca jampi serapah waktu tengah nak ..ehem ehem..--ni ustaz tak sebut semalam tapi pernah dengar kat tempat lain, dan ini kelakar, ok!)}
Berbalik kepada amalan-amalan yang boleh digunakan untuk menawarkan bisa sihir ini:- 1) Ayat pendinding dari ilmu sihir - Surah an-Nisa', ayat 84 dan surah Yusuf ayat 64 - digunakan sebagai pendinding -bagi yang belum kena sihir 2) Ayat penunduk sihir- Surah Al- A'raf ayat 118-122, dan surah Toha ayat 69. - dibaca jika kita rasa kemungkinan kita akan disihir contohnya telah diugut akan disihir dsb. 3) Ayat pembatal sihir- Surah Yunus ayat 81 dan 82 - jika kita telah disihir
Tertarik juga dengan satu soalan samada manusia dapat melihat jin dan syaitan...
Kata Ustaz Fauzi, dalam Quran dah disebut bahawa manusia tidak dapat melihat jin atau syaitan tetapi sebaliknya jin dan syaitan dapat melihat manusia.
So jika ada orang yang mengaku dapat melihat jin atau syaitan, kemungkinan besar dia berdusta ataupun diri dia sendiri didampingi oleh jin atau syaitan yang membisikkan di telinganya tentang jin dan syaitan lain yang dilihatnya.
Ini kerana hanya nabi-nabi sahaja diberikan keistimewaan melihat jin.
Mama korek dan gali lagi maklumat tentang ini...dan terjumpa ini:
Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana
Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapa JIN( ketika mula
diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat.
(JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari
cahaya di mana lebih hebat dari JIN).
Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut- pengikutnya
melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” -
(Surah Al-A’raaf: 27). Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam
keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang
seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat
(merupakan bukti kenabian).
Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum
alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”
Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan
itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak
diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma
diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami
seorang wanita dan haiwan. http://muallij-syifa.blogspot.com/2011/04/bolehkah-manusia-melihat-jin.html
************************************************************************************
Dan juga ini :
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga,
sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk
memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu
tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan
syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan
dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat
melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam
bentuknya yang asal.
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar
Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy
Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak
pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu
dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya
yang asli.
"Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke
mari, membawanya ke padang Arafah, menerbangkannya ke suatu tempat atau
sebagainya. Kesemuanya ini adalah suatu tipu daya jin belaka dan hajinya
itu tidak dikira haji Syarie." -
dipetik dari artikel di atas (Hukum Berkhadam kepada Jin)
************************************************************************************
Ingatlah, mereka yang mengamalkan sihir atau guna-guna ini, hukumnya adalah HARAM.
Fatwa Kebangsaan :
Tarikh Keputusan:
5 Jul, 2011
Keputusan:
(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga
merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau
dusta;
(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat
atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai
kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila
dijampi atau dipuja;
(c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak.
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada
sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas
menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam;
(d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja
seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau
individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang
bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah
tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri;
(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah
atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu
dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir,
atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi
benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa;
(f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri
seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin,
penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk
musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga
diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan
sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;
(g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak
difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan
dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan
sehingga si pesakit menjadi sembuh;
(h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau
khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah
yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera
bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
Salam...
Mama malas nak tulis panjang2...so copy paste dari status facebook mama saja ya....
4
days in hospital, he seems to 'lost' his voice, no words except
rengekan dan gelengan kepala, becomes fretful off course, mahu dipeluk
24 jam terutama ketika tidurnya, dan semalam alhamdulillah finally he
was discharged well....dan sebaik sahaja di dalam kereta, terus dia
melaungkan azan seperti yang selalu dilakukannya di rumah...mungkin dia
bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah kembalikan
kepadanya...Sungguhlah nikmat sihat itu, hanya orang yang pernah melalui
kesakitan akan lebih menghargainya....kan Qaid Mukhlis?
Jalan-jalan kat keliling ward sebelum discharge
"Sesungguhnya mereka yang diuji Tuhan adalah mereka yang disayangiNYA....kerna itu bersabarlah dan bersyukurlah tika Tuhan mengujimu..."
Skip dulu cerita adik di hospital....kita tulis tentang kakak pula, sebelum mama lupa...
Ahad lepas, (time adik demam dan mama tinggalkan adik dgn papa tu), mama dan kakak sara ke UTM Skudai.
Sebenarnya ada program utk parents bebudak tadika ni...parenting course dan teknik membaca course.
Course ni diberi oleh founder of LC sendiri, all the way from Shah Alam she came.
Strictly no children allowed.
Tapi Qaisara dapat special request dari cikgu dia, suruh mama bawa qaisara.
sebabnya nak suruh sara tunjuk demo membaca.
Cikgu dia happy sebab sara dah berjaya habiskan buku pre reading LC yang pertama.
Disebabkan cikgu dah anticipate perangai qaisara yang sangat pemalu tu, awal2 lagi (Hari Jumaat), cikgu dah buat recording video qaisara tgh membaca di sekolah. Just in case dia tak nak naik atas pentas on Sunday tu.
Kat sana ada lagi 2 children tapi yang dah lama belajar, yang dah age 5 dan 6 years pun dijemput utk demo juga. Sara satunya2 budak yang 4 yrs dan freshie yang baru sebulan belajar di situ yang dijemput.
So pada hari tu, bila sampai time membaca tu pulak lah dia ngantuk giler, boleh lak tido atas kerusi tu ...Once dia dah bangun cikgu pun panggil ke depan semua parents, tp disebabkan mamai lagi, ditambah malu2 dia tu, makanya cikgu pun decide tunjukkan jer video yang dirakam 2 hari sebelum tu...
Dan video tu memang membuat parents kat situ impress, termasuk Founder herself.
Semuanya tanya memang mama ada ajar kat umah ker...
Yess, off course. Dan mama sejak dulu memang gunakan kaedah phonetic ni, walaupun tak pernah belajar secara formal, just tengok2 sikit dalam internet, itulah yang mama ajarkan pada Qaisara dan Qaid. Alhamdulillah mudah pula diaorang terima.
Ni kalau diaorang tgk Qaid membaca buku Bacalah Anakku ni sure lagi impress kan...heheh...diaorang tak tau Qaid dah 2 years kalau tgk pada badannya yang kecik comel tu.....mesti org ingat umo dia baru 9-10 bulan kot. (Latest berat adik qaid 9.2kg, kakak lak 17.7kg masa sebelum masuk sek hari tu-Dis 2012)
Yes, Qaid juga boleh mengenal dan membaca suku kata mudah sejak umur 1 thn lebih hari tu...cuma mama tak sempat2 nak update kisah adik...so terlewat lah jadinya perkembangan adik dicatat di sini...huhu...
Sabor yer dik...
Pic di bawah mama cilok dari fb sekolahnya....sempena sambutan hari jadi diaorang yang lahir pada Jan dan Feb, termasuk sara juga...
Tengok, besar angry bird Qaisara, merah lak tu..hehe
After 2 days being treated with Antibiotics (Unasyn and Zythromax), finally his fever comes down.
Still coughing on and off, still on 6 hourly nebulization.
Last night he vomit..vomitted out the phlegm and feels better after that.
Well done qaid!
And today morning, he finally had his bowel opening (BO), after 5 days tak berak!
Camne nak BO kalau takde makan satu habuk pun. Till today morning, he only took milk, and still refuse his normal diet.
Mama dah 3 hari bercuti....rasa mcm dok hotel pun adoo...hahaha...relaax jer dok cni....dok ngadap laptop konon nak buat HRMIS yang tak siap2 ni, tp line kat sini tak bagus la pulak. Ada lagi 40 orang yang belum diberi markah...Hadoiii...camne ni?
Tentang Regency, yang bagusnya kat sini lebih privacy berbanding Hosp Penawar sebelum ni. Kat sini satu room ada 2 orang jer, itupun pesakit sebelah qaid ni datang pagi, balik petang, esok pagi datang lagi....so malam2 tinggal mama dan qaid jer kat sini....boleh la buat macam ini tempat ana yang empunya...hahaha...Siap ada tv sorang satu, ada locker berkunci mcm kat hotel2 tu...tp mama malas nak guna, takde bawak valuables sangat pun....
Actually kalau nak lebih privacy, boleh duduk 1 patient/room, tp tak sure company papa kasi tak guna bilik tu...Tp bagi mama ini pun dah cukup ok... :)
Actually mula2 kami ke Penawar, tp memandangkan tiada lagi Paediatrician di sana (Paed yang jaga Qaid dulu dah berpindah tak tau ke mana, so lastly kami ke sini. Mana2pun ok, asalkan anak mama sihat...insyaAllah...
Hari khamis 31/1/13 adik turut demam setelah kakak demam pada hari sebelumnya. Temperature 38-39 degree celcius.Syrup PCM. Inhaler at night 3x!
Jumaat- demam makin tinggi, syrup PCM , started on Augmentin. Temperature not resolved even given PCM. Inhaler given twice.
Sabtu- temperature still spiking 39.5-40...Day 2 on Augmentin. Mama still bagi masa, kononnya.
Ahad- mama dan kakak sara ke UTM SKUDAI (ini nanti mama cerita lain kali kenapa) while adik dijaga oleh papa di rumah. Langsung taknak makan sehari suntuk. Maghrib satu sudu nasi sahaja. Susu siangnya kata papa 2 botol.
Malamnya-temperature still not settled, tapi lebih rendah, maintain 37-38 degree.Susu langsung taknak, makan memang tak ada langsung.
Pagi Isnin-mama bersiap seperti biasa untuk ke tempat kerja.
Angkat beg, dah siap bukak pintu, dokong adik, baru mama perasan betapa cengkungnya mama adik,betapa keringnya bibir adik dan betapa lemahnya adik. He is so DEHYDRATED!
Terus mama kanselkan rancangan ke tempat kerja, tukar plan. Adik mesti dibawa ke hospital hari ini!
So here we are today....REGENCY Hospital, adik finally admitted juga setelah berhari2 mama bertahan di rumah... Dan Xray mengesahkan Bronchopneumonia. Poor my dear son..mama lambat ke hospital, kononnya nak treat sendiri di rumah seperti selalu.
Patutlah temperaturenya spiking taknak turun2... Oh my apology to you my dear.
Hari ni Paediatrician started him on 2 antibiotics dan bg rehydration. Hopefully adik will recover soon, insyaAllah.
Kakak sara yang cuba tepuk2 utk console adik.
Lihat betapa tak bermayanya dia...kesian adik...moga cepat sihat sayang,mama rindu keletahmu yang comel!
As salam
Kakak dilahirkan pada 30.01.2008 pukul 2.30 pagi.
Dan malam 30.01.2013 yang lalu, lebih kurang pukul 2.30-3-00 papa kejutkan mama kerana tetiba kakak diserang demam setelah mengalami batuk pada siangnya.
Mama bangun, bagi PCM, dan Alhamdulillah demam kakak berkurangan pada siangnya.
Oleh kerana mama memang bercuti pada 30/1/13 tu disebabkan babysitter adik qaid yang memohon cuti, so kakak pun mama cutikan sekali dari tadikanya.
Menjelang siang, melihatkan kakak dah semakin sihat, kita keluar ke taman , saje ajak kakak potong kek kat luar. Biar dia happy sikit walaupun takde sambutan besar besaran. Plan asal mama nak bawak kakak dan adik swimming dan lepak2 satu hari ni, tp memandangkan kesihatan yang kurang mengizinkan, terpaksalah plan asal kita kansel.
Takperlah, bawak jalan2 kat taman sambil potong kek ni pun dah cukup buat kakak happy. Bagi makbapaknya mungkin rasa benda ni biasa jer, tp bagi seorang budak, ianya satu experience baru, dan it makes them so happy. Bukankah Rasul sendiri menganjurkan kita agar membahagiakan anak perempuan? Eh tazkirah plak...
Jangan tak tau, nenek pun pandai amik picture tau!
Dan sebelah petangnya, mama ajak papa belikan kakak something....it's not a big thing, tp sekali lagi, saja nak bagi kakak happy, lagipun benda ni kakak perlukan semenjak dua menjak dah masuk sekolah ni, dah ada homework kena buat... Daripada asyik meniarap sana sini buat homework...so mama belikan kakak ini:
{Mode: Tengah tunggu Papa hadiahkan segenggam emas ni, bila nak dapat nih...:)}
Semakin bersemangat kakak buat homework, dan semakin bersemangat ke sekolah!