Friday, November 23, 2012

Kalau mama mati macam mana?

Kakak Qaisara marah adik pukul mama. (adik pukul gurau masa main guling2 dgn mama dan kakak)

Katanya:-
Adik,jgn pukul mama sayang.
Kalau mama mati macam mana?
Sape nak wat susu. Sape nak masak nasi. Sape nak suap makan?
Kalau mama mati,mama masuk kubur,ha,mcm mana?
Nanti kalau mama takde,sape nak jaga?

Mama-- dgr ajer,tp sedih kalau betul berlaku,mama x sempat nak ajar dan didik kalian berdua. Kalian akan membesar di tgn org lain,dgn didikan yg lain. Dan akhirnya kalian akan lupakan mama. Tambah2 adik,mungkin bila besar dia tak akan ingat siapa mama dia yg sebenar.

Mode-tetiba emosi. Sob sob :((





posted from Bloggeroid

Tuesday, November 20, 2012

Kitchen.. In the making







Lantai atas dah hampir siap di-tile.
Dapur dan bilik solat-Tak sabo nak tunggu siap. Nak wat come lote cam Dr Najwa.

Tp bajet tak cukup,camne nih. Haih.

posted from Bloggeroid

Monday, November 19, 2012

PALESTINE- berdiam dirikah kita?

As-salam
Just to share apa yang mama dapaat dari facebook.....tentang beberapa perkara berkenaan Palestine...
Di saat kita enak menyambung mimpi, makan Mcdonald hari2, mereka di sana bagai diratah2 oleh kekejaman Israel....

Kalau tengok semua gambar2 di sana, tak sanggup mama nak tengok...dan selalunya air mata akan menitis sayu, apatah lagi kanak-kanak seusia Qaid dan Qaisara dibunuh dengan kejam, dengan kepala serta tengkorak yang berlubang dibedil., dengan perut yang terburai...subhanallah...syurgalah tempat kalian wahai anak-anak syuhada'....

Dan kita??
Apa yang mampu kita buat? Selain berdoa..ada lagi sebenarnya.

Mama postkan semula apa yang mama baca di facebook.. untuk sama-sama berfikir dan hayati serta berdiri bersama palestinian di sana...






[REPOST]

TAK MAU BOIKOT??

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.
"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.
"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

WALLAHUA"LAM

Saturday, November 17, 2012

Sehari yang Meresahkan...

As-salam..
Semalam adalah hari yang buat mama sangat berdebar2, sedeh, dan rasa down sangat...
Apa taknya, tetiba handphone mama bagi notis yang akaun google/gmail mama telah berubah atau salah password...
Macam mustahil pun ada, sebab mama takde pun enter password kat mana2 sebelum tu...
bila jadi camtu, automatik blog mama pun tiada.
TIADA!! Ader ke dia cakap your blog has been removed/deleted!!!
Sedih sangat....

Dalam hati dah fikir macam2....
Paling sedih adalah segala tarikh2 perkembangan budak 2Q ni mama hanya catat dalam diari mama ni saja, tiada di tempat lain.
Begitu juga tarikh adik Qaid sakit, masuk ward dsb, semuanya ada di sini...dan mama baru dok cadang nak copy ke tempat lain, tup-tup tengok blog mama dah takde....

Dalam pada dok sedih2 tu, mama whatsapp cik Gadis Bunga, tanya pendapat,dia suruh mama cool, dengan harapan encik gugel tgh crazy or mengong2....

Hari ni, bila try enter pw kat hp, still tak boleh, sampai la last sekali petang tadi kul 6, mama try online dengan laptop ( sebelum tu laptop sakit masuk hospital, baru discharged)...
Alhamdulilah bila ol dengan lappy, dia minta fon number untuk dia hantar verification number, dan ALHAMDULILLAH, masalah mama selesai akhirnya...
Phewww...

Syukur sangat.....
Pasni kena print kot mana2 entry yang rasa mcm berharga tu, so kalau jadi lagi accidental deletion camtu, mama ada back up ...
Huhu...
(itu idea ccik GB sebenarnya, Thanks GB!)





Thursday, November 15, 2012

Pindah rumah

Salam semua.
Dah lama x kongsi cerita di diari mama ni.
Laptop mama dah kena antar servis. Budak komputer tu ckp laptop ni mahal ni,nape bg anak wat main.
Bukan takat main,dilanyak2nya lappy mama tuh.
Takpe pasni mama belikan satu yg murah utk 2Q wat lanyak tgk cd dan boboiboy.

Berbalik pd cerita pindah rumah,masuk hari ni dah 4 hari kami berkampung,menumpang di rumah org.
Rumah 2Q sedang dlm proses renovasi.
Bkn renovate byk pun-mana ada duit byk cek oii..cuma tambah dapur dan satu blk di tingkat bwh,dan tukar lantai di tingkat atas kpd tiles.
Bkn nak besar2 sgt umah ni actually. Yg ada skrg pun tak larat mama nak maintain.tp sbb terpaksa maka lantai atas tpaksa ditukar,gara2 anai-anai yg merosakkan lantai kayu pake sblm ni.

Harap2 cepat la siap rumah kita. Bkn apa..susah dok umah org ni,takde fridge,susah mama nak masak. Kalau nak masak mama kena blk umah amik bhan mentah.nasib baik dkt je umah tumpangan kami ni dgn umah sendiri. Alah,mcm la kalau dok umah sendiri rajin sgt masak kan.

Nasib baik papa dgn baik hatinya dah angkut tv dan washing machine.tak sanggup mama nak gosok dgn tgn-terfikir mcm mana lah mak kita dolu2 basuh berbesen2 kan?

Dan nasib baik juga rumah ni ada dapur,wp gas kena bwk. Dan ada water heater juga. Tak sanggup mama nak mandi sejuk2,tambahan musim hujan gni. Qaid lagi la tak tahan mandi sejuk.

So many thanks to tuan rumah merangkap kawan baik papa,wak jaiman yg sudi meminjamkan rumahnya pd kami. Kebetulan wak man pun br pindah ke rumah baru,so memang right time for us la kiranya.

Dah pjg cerita mama. Penat woo type dgn jari telunjuk je.
Ok lah.daaa
posted from Bloggeroid

Wednesday, November 7, 2012

Di sini lagi kita




Salam.
Harap mata adik x progress lebih teruk,atau,jika ada keajaiban,powernya bertambah baik.
Amin


posted from Bloggeroid

Saturday, November 3, 2012

Twin



This pic was taken few months back,waktu mama nak wat kek blended orange.

Agak2 leh dpt baby kembar tak ek?
Ehehe

posted from Bloggeroid

Friday, November 2, 2012

G dan H yang hilang..

As salam.
Rindunya nak update blog.
Apakan daya,bila G dan H menghilang,makanya kita update ringkas dgn telefon saja.

Kalau nak menaip dgn lappy juga,jadinya nanti nak tulis GOOGLE,jadi OOLE, HAHAHA jadi AAA ..
Kan susah. Nak g komen blog kawan kawan pun susah. Huhu. Cian mama kan.

Kaylah. Penat nak taip pjg2 dgn tepon. Baii..


Pic ni sara yg wat..huhu
posted from Bloggeroid