Saturday, October 27, 2012

Aidil Adha 2Q



As salam.
Ni lah natijahnya org x blk kg .
Org beraya,kita g shoping kat tesco.
Dah penat2,singgah sekejap di tpt yg namanya Tutty Fruity tuh.
Mama pun first time merasa nak oi!

Dah lama berhajat nak banjer papa makan frozen yogert ni, akhirnya semlm termakbul.




Adik lak-org shopping dia tido.
Org sedap makan pun dia tido.
Haha sori sayang, tu la sape suruh x tido kat umah td.
Lain kali mama belanja lg ya dik,insyaAllah.




posted from Bloggeroid

Friday, October 26, 2012

Baitullah,jemputlah daku jua

AsSalam

Salam eidul adha buat semua. !
Moga pengorbanan kita diterima sbg amal makruf-walaupun mama x korbankan lembu kambing, tp utk hati dan perasaan byk yg terkorban ini,moga ada ganjarannya :)

Buat sedara mara yg sedang bahagia menjadi tetamu Allah,mama doakan pekerjaan kalian di sana dipermudahkan,diberi kesihatan yg baik,dan moga mendapat haji mabrur idaman kita,insyaAllah.
Moga lambaian Baitullah itu akan memanggil mama pula slps ini.Amin.

Buat ibu bapa serta adik beradik di kg,maaf ya x dpt hadir kali ini,insyaAllah lg sebulan kami pulang!

posted from Bloggeroid

Friday, October 19, 2012

My Lovely 2Qs



Cinta hati mama.
Sayang sepenuh jiwa.
Sayang sampai mati.
Sayang tanpa syarat.
Moga jadi anak soleh!
posted from Bloggeroid

Saturday, October 13, 2012

Qaid's New Look

As-salam....
Banyak sungguh entry mama tertunggak...gara2 penat di malam hari, tak sempat nak update blog.... nak BW ke blog faveret mama pun tak sempat...nak jenguk Tembok Besar China Drsinga pun lum sempat...huhu...nanti ya kawan2....

Untuk entry ringkas kali ni....mama nak tepek pic terbaru Qaid Mukhlis......
As mention in previous entry, mata Qaid memang disahkan rabun oleh ophthalmologist...
So nak tak nak terpaksa buatkan glasses.....
Kalau tak, takut lagi teruk rabun jauhnya....
Right eye 150, left eye 400...

So inilah dia......
At the age of 2 yr+1 mo, corrected age 22mon...here is my new look.....

Saya maintain encem tak aunties? ada rupa harry potter tak...(bak kata auntie Syafa..hahaha.)

Phewwwit...lenguh idung saya tau!
*************************************************************************************
*************************************************************************************


Dan, yang paling tak boleh tahan, kakak sara yang verangan nak pakai spec juga....tp ni pic kakak time bulan Ogos hari tu , bergaya dgn spec mama...



Ada gaya professor serba tau tak...ekeke



Thursday, October 4, 2012

Mahkota Hotel Melaka...review sikit!

As-salam...
Nak cerita banyak2 pasal Melaka pun takde banyak cerita, sbb actually bukanlah sebenar2 bercuti.
So kita cerita bab hotel yang kami inap jer lah...Mahkota Hotel Melaka..
Mana lah tau ada org jauh dari Kedah nak datang Melaka nak stay sini kan...

Overall, penginapan sini okey2 la...4 bintang katanya, tp mama bagi 3 bintang, buleh? hahaha....sowii En manager hotel

Mahkota Hotel ni ada bilik hotel, dan ada apartment yg lebih murah harganya. 
Kami pilih apartment jer, (1 room apartment) berharga RM200 per night.(Yg paling murah...ekeke)
Kalau hotel room lagi mahal...(sila gugel utk harga sbnr)

Tapi apartment dan hotel ni actually dalam satu compund yang sama, cuma apartment dia kat wing lain....
Ada lebih kurang 8 wing kot. Dan all the apartments boleh guna semua kemudahan hotel  yang ada, ie swimming pool, spa, gym or whatsoever.
Service kira ok la, cuma mama sangat tak puas hati sbb bilik air dia sempit dan ada bau najis....
(hahaha..ada ker toilet bau perfume?)...tp sepatutnya tak de bau apa2 kan...So diaorang fail kat situ..mungkin toilet bilik tu jer ker..not sure ...


Ada ruang tamu dan balcony

budak perasan comel sempat posing cute atas katil

1 room apartment (kalau nak privacy tiada gangguan anak2, sila amik 2 rooms apartment yer)

Ada  mini bar, ada frigde, ada dapo tapi takleh masak (hiasan semata2 kot, huhu)

Adik pun tak kurang excited!


Hotel / our apartment view from swimming pool, each block tu adalah different wings

view from our  balcony

kakak terjerit2 nampak dolphin....hahaha...


Tak pasti nama masjid yang bercahaya tu


Hotel ni terletak di Banda Hilir, area town dan berdekatan Dataran Pahlawan yang jadi tumpuan pelancong tuh....so senag kalau nak gi jalan2....

Dan kami pilih hotel ni sebab dia dekat dengan hotel tempat mama berkonference...iaitu Equatorial Melaka. Tapi dekat2 pun kena naik keta la...
So pepagi after breakfast kat cafe Mahkota, 2Q akan hantar mama ke Equatorial.,,then diaorang balik lepak jer kat bilik sampai petang.

Petang hari Isnin tu baru kami berkesempatan keluar, itupun cuma ke A Famosa jer...Nak meround tpt lain lagi dah petang, dah tak sempat.
Balik hotel petang tu sempat berendam kejap (Qaisara and papa jer...) while mama pegang adik Qaid yang ketakutan tengok air.....haha

Detik2 sebelum qaisara tersembam ke dalam air, gara2 tak perasankan tangga biru tu

Adik awal2 lagi menjauhkan diri, escapisme?

Meraung2 bila kaki menjejak air.....last2 tak rendam pun....takut selsema makin teruk....celup badan sikit jer sesaat....

Qaisara's happy face

kelas renang bersama papa

 Balik bilik malam tu terus qaisara demam! mungkin tertelan air kolam banyak sangat...Cian anak mama....Takper...we have a great moment together, wp mama cuma di tepi kolam, memeluk adik yang kesejukan terendam sesaat.


Ada masa kita datang lagi,insyaallah!

Tuesday, October 2, 2012

Retak Seribu...

Retak Seperti hatiku...




Wah..jiwang lak kan.
Ini mama nampak sebaik sj balik dr Melaka ptg td.
Kenapa,Bagaimana...Masih menjadi misteri nusantara.


Ape?
Oh. kalau ada yg x nampak pic tu,ia adalah pintu microwave mama.
Huhu..

posted from Bloggeroid