Friday, August 31, 2012

LELAKI MANA KE NERAKA?

Sharing daripada facebook (maaf lupa nak copy urlnya...)


 

Ya ALLAH,
Kau selamatkanlah ayahku, suamiku, abang-abangku dan anak-anakku daripada api neraka.....mereka lelaki yang sangat aku cintai, aku mohon mereka terhindar dari api neraka...maka lindungilah kami semua dari siksaanMu ya Allah...

Ya ALLAH
Semoga aku tidak menjadi perempuan yang menarik suaminya ke neraka kerana dosa-dosaku.....kerana aku ingin menjadi bidadarinya di syurgaMU......

Amin ya Rabb....

Thursday, August 30, 2012

Daun bawang kakak

As-salam..
Ini tentang kakak  qaisara pulak.
Kakak dengan daun bawangnya.
Ini adalah projek yang mama cadang nak buat sebelum bulan puasa hari tu, tp bertangguh hinggalah ahad lepas.

Projek tanam daun bawang...

Tak susah sangat rupanya tanam pokok bawang ni....
Cari jer mana2 bawang yang nampak macam nak tumbuh tu....masukkan jer dalam tanah....
dalam 2 hari dah nampak tunas makin membesar...
Kakak qaisara pun excited nak tolong mama tanamkan bawang tu dalam tanah...something yang dia tak penah buat sebelum ni, so rasa sangat gembira dapat tolong mama tanam bawang yang hanya 4 ketul tu.....ekeke

Ni pic projek mama dan kakak selepas 2 hari ditanam...
Hehe..belum boleh dituai....tapi rasa excited sangat nampak tunas2 daun bawang tu semakin membiak...

So hari ni layan  jer kakak posing di samping tanaman pertama beliau....



Mama guna bawang kecil dan bawang besar...


Hurm...tak sabar nak tunggu untuk menuai...:)

Nak Boboiboy jugak!

As-salam
Ini tentang baby Qaid Mukhlis yang sudah tak berapa baby lagi....
Dia bakal menjelang 2 tahun pada 8hb Sept ini insyaAllah..

Sehari dua ni Qaid sangat2 obses dengan boboiboy...

Ini pic dua hari lepas....beria2 menangis nakkan baju boboiboy kakak punya..bagai nak rak dia mencari dalam gobok kakak, nasib baik kakak rela hati jer kasi adik pakai....


Dan ini pic malam ni...beria2 menangis bagai nak rak minta baju boboiboy kakak lagi sekali. Nasib baik mama dah basuh! Terpaksa lah cari dalam timbunan baju yang belum sempat berlipat tu...huhu....

sedih no mukanya tu, macam mama tak kasi makan lagaknya..padahal minta baju jer...

Cool down dik, ni ha mama bagi baju kakak...

Dan ini wajah ceria dia lepas dah dapat pakai....aduhai anak....

Weekend ni mama pegi tesco lah, cari baju boboiboy utk adik barang sehelai dua, insyaAllah!



Sunday, August 26, 2012

Antara Hidup dan Mati

Suasana di tanah perkuburan di kampung mama pada pagi hari raya....usai solat sunat hari raya











Saturday, August 25, 2012

18 jam!

As-salam...
Saje nak tulis gak walaupun cerita raya dah habis...
Ini tentang perjalanan kami dari Pasir Gudang ke Kedah pada hari Jumaat yang lalu.
Kebiasaannya perjalanan kami akan mengambil masa selama  lebih kurang 12 jam, bergantung kepada keadaan serta tahap kemengantukan pemandu....dan tahap berak kencing anak2....Hehe...

Jumaat lepas kami bertolak pada pukul 11 malam, iaitu selepas pemandu mendapatkan sedikit rehat selepas seharian bekerja di siangnya....
Dan kami hanya sampai  di rumah pada pukul 5 petang keesokkannya!!!
What a long journey....
Penatnya Ya rabbi (terutama pemandu itulah)...
Kesian kan..
(dan oh...sampai sekarang mama masih berhutang janji nak tolong urut kan badannya...masih belum berkesempatan...)

Perjalanan mulanya smooth jer..sampailah kami di area slim river/sungkai...jalan mulai sesak dan sangat perlahan...Itu berlaku sekitar jam 7 pagi....
Memandangkan  kesesakan di highway, kami mengambil keptusan utk menggunakan jalan biasa...exit tol Sungkai kalau tak silap.....
Stop seketika di masjid, mandikan anak, basuh muka driver, dan mula bergerak semula...

Perjalanan diteruskan dengan rasa gembira memandangkan keadaan jalan yang lengang....hinggalah di suatu tempat di hadapan kami, jalan semakin perlahan  dan semakin sesak, rupanya lebih teruk dari highway....
Maka terpaksalah kami berpatah balik semula ke highway dan terpaksalah mengikut saja arus kenderaan yang perlahan itu.....
Huhu....

Sebenarnya highway yang jammed tu disebabkan ramai pemandu yang me-marking kereta di bahu jalan di hentian sebelah berhampiran Bidor...itu jer puncanya....arghhh....4 jam hanya utk melepas Bidor...padahal jaraknya taklah jauh mana dari Sungkai tu...
So sampai Bidor barulah jammed tadi menjadi clear dan perjalanan ke Ipoh menjadi lancar.


Dari Ipoh, sekali lagi kenderaan perlahan menghampiri terowong Menora..disebabkan 3 lane menjadi 2....
Dan selepas terowong menora, perjalanan ke kuala kangsar kenderaan lancar...
(hehe...macam buletin trafik la pulak)..saje nak tulis, so next time balik ingat benda ni...

Selepas Ipoh, menuju Kuala Kangsar.

Menghampiri Terowong Menora


Selepas Terowong Menora, menuju Kuala Kangsar

Sepanjang perjalanan tu, kami pasang2 telinga pada info trafic by Sinar...
Katanya ada lagi jammed di depan, iaitu di area Juru dan Sg Dua..
Mendengar itu, kami ambil keputusaan menggunakan laluan biasa iaitu Kuala Kangsar-Gerik-Baling-Sik- Nami- Naka.

Alhamdulillah perjalanan kami sangat lancar selepas itu, kami hanya perlu berhenti solat di masjid sambil merefreshkan diri...pun suasana lengang tanpa perlu berebut2 seperti di R&R yang juga sesak dengan lautan manusia....

Yang penting pemandu pun happy dengan keadaan jalan yang nyaman..hehe...
Cumanya jalan yang kami lalui ini berbukit bukau, berbengkang bengkok, dan agak sunyi...kalau malam tak lalu kot jalan ni...


Melalui Jalan Gerik-Baling




Bandar Gerik


Bagai ular dipalu, lengang dan sunyi
Berhenti seketika di sini





Qaisara sempat posing sementara adik tido dengan nyenyak di dalam kereta


Apapun alhamdulillah kami selamat sampai di rumah tepat jam 5 petang, disambut pula berita kehadiran ahli keluarga baru kami, iaitu anak kakak mama, a new baby girl..yang tak sabar2 nak keluar sambut raya juga...


Mencabar betul perjalanan kami kali ni....18 jam tu!
Yang penting selamat, alhamdulillah



Friday, August 24, 2012

Malang memang tidak berbau



Kejadian ini berlaku di depan mata kami.
Tengah sedap2 makan kuih raya di rumah keluarga mertua abang mama, kami terdengar satu bunyi heretan brek yang kuat diikuti satu dentuman....
Apa lagi, berlari kami ke luar rumah untuk memeriksa apa yang terjadi....


Berbaju hitam adalah abang mama yang pertama sampai dan terjun ke dalam parit utk membantu menarik keluar mangsa....Alhamdulillah tiada nyawa yang melayang, cuma sedikit luka2 di dahi....Yang berbaju oren adalah pemandu yang cuma terlelap sesaat.....




*
*
*
*
*

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.....
 
Sesaat yang membawa duka....

Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia.....

Tak kira kereta besar atau kecil, tak kira kukuh atau ringan kereta itu....

Tak kira di darat, di laut mahupun di udara...

Bila kematian akan menjemput, bila musibah akan melanda.....semuanya di dalam genggamanNYA

Sesungguhnya kita tiada daya melainkan dengan pertolonganNYA jua....

Thursday, August 23, 2012

Raya kami...2012...

As-salam....
Selamat Hari Raya semua....masih ada yang beraya lagi kan...
Kami dah selamat sampai semula ke Johor pada hari raya ke4 semalam...
Alhamdulillah tiada jem teruk yang ditempuh, sekadar kenderaan perlahan akibat banyaknya kereta di jalanan....itupun hanya bermula dari R&R Sg Perak hingga ke terowong Menora, Ipoh. Selepas Kl jalan lagi lengang....alhamdulillah....

Bercerita tentang raya...just nak upload pictures la....
Malas nak tulis panjang2....
Caption pun malas....kata pictures speak thousand words....hahaha...




Sara: semua orang pun cium...tp pic cium mama and papa takde ...:(




Our new family member, born 1 day before raya....Doc Najwa, ini ler baby yang awak jaga masa dalam perut dulu....Muuahh dari dia utk Dr Najwa....



p/s : ada lagi pic raya.....nanti sambung upload lagi.......



Saturday, August 18, 2012

Congested

Salam semua.
Dah 8 jam perjalanan kami.
Kami baru saja melepasi area Slim River.
Traffic mulai byk bermula dari sini.
(dah mcm laporan berita ye.eheh)
Jauh lagi nak sampai Kedah ni.
Doakan kami dipermudahkan dan selamat sampai ye!




posted from Bloggeroid

Friday, August 17, 2012

AMALAN MENJELANG EIDULFITRI

As-salam
Sedikit tazkirah di petang jumaat.....
Mama cuma sampaikan apa yg mama dengar tadi di rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 oleh Ustazah Asni tentang amalan2 sunat menjelang raya.

MALAM RAYA
  • Banyak amalan sunat yang digalakkan kita buat di malam raya ni...
  • Kata ustazah, di samping menunaikan kewajipan menyediakan persiapan untuk hari raya, seperti memasak dan sebagainya, ibu-ibu jangan lupa terus-terusan bertakbir (ALLAHUAKBAR), bertahmid (ALHAMDULILLAH), bertasbih (SUBHANALLAH) 
  • Dan muliakan lah juga malam 1 syawal itu dengan tahlil...(LAILA HA ILLALLAH).
  • Begitu juga ibadat serta solat2 sunat yang lain.
PAGI RAYA
  • Bangun pagi, terus solat sunat hari raya , jangan lambat2...
  • Pakai pakaian yang terbaik yang kita ada, jika tiada yang baru, yang paling baik , jika tiada yang terbaik, pakailah yang terbersih (bukan baju semalam punya yang belum dibasuh).
  • Dan pakailah wangian (tp awas wanita jangan sampai menimbulkan fitnah,sampai orang terkenang2 bau wangi kita, tapi pakailah haruman di badan sekadar supaya orang tak terkenang2 bau badan kita yang busuk :) )
  • Makan sedikit kurma dalam bilangan ganjil, diikuti makanan lain , makan itu sebagai syiar atau tanda bahawa hari tersebut diharamkan berpuasa.
  • Solat hari raya- semua orang termasuk wanita yang haid juga disunatkan ke masjid pada hari tersebut...(yang haid itu tunggu di luar masjid dan dengarlah khutbah hari raya).
  • Ziarah menziarahi sesama muslim. dan saling bermaafan...serta merapatkan silaturrahim...
  • TAPI AWAS!! JANGAN KERANA KONONNYA NAK BERMAAFAN ITU KITA SALING BERSALAMAN DENGAN YANG BUKAN MUHRIM, CONTOHNYA SESAMA IPAR DUAI ATAU ANAK2 BUAH SUAMI YANG LELAKI, ATAU BAGI LELAKI, ANAK BUAH ISTERINYA YANG PEREMPUAN...atau dengan sesiapa saja yang bukan mahram, cthnya jiran ker, kawan berlainan jantina ker....
  • Bila berjumpa saling mengucapkan "TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM" yang bermaksud moga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu

Itu jer yang sempat mama digestkan....moga2 perkongsian ini ada manfaatnya....
Amin...


SALAM EIDUL FITRI BUAT SEMUA!!
MAAFKAN DIRI INI JIKA ADA SEBARANG TULISAN YANG MENYENTUH HATI , MENYINGGUNG PERASAAN, SAMADA DISENGAJAKAN ATAU DISALAHMENGERTIKAN....





Thursday, August 16, 2012

Qaid 2 tahun qamariah

As-salam.
Entry auto publish utk hari ke 28 ramadhan. 
Sempena kelahiran qaid mukhlis 2 tahun yang lalu 2 hari menjelang aidilfitri pada 2010.
Dah lama sangat mama tak catat perkembangan anak premature ini...
Maaf yer sayang....

Sepatutnya mama tulis ni few months back, tp asyik lupa jer, nak wat camne.....
Oklah dik....Catatan ini untuk kamu...

Berjalan
The most important milestone yang mama tunggu2.
Start berdiri pada 1/1/2012 .
At the age of 1yr +3mo, (tp corrected age,CA 1 yr.)
Lepas tu adik amik masa lama sikit untuk bertatih....
Start bertatih in March- 1 yr + 6months (corrected age 1yr+3mo)
April...jalan adik semakin laju.


Gigi.
Start tumbuh in Oktober 2011.
Masa tu adik 1yr+
Tumbuh 4 batang sekaligus.
At the moment sudah ada 8 batang , dan tgh tumbuh lagi 3 iaitu 2 taring atas, dan 1 geraham kiri.
So jumlah skrg 11 batang.


Speech
The other important milestone atau development yang sangat mama tunggu.
Start to speak few words since the past few months, tp mama lupa nak catit sayang..sory ya...
Start with papa, mama, kakak.
At the moment  ( Julai-Ogos) adik dah cakap macam2...tp semuanya satu word jer lagi. Antaranya:::->
Allahuakbar, amin, adik , atuk, ayah, abang, adam, auni, raudhah, gol, yea, babai, sampai, muntah, tumpah, dog, hot, gigi, lidah, tinge, adung(hidung), kaki, angan(tangan), amboi, peput (perut), atock (buttock),baby, wangi, soso (susu), suk (busuk), air, gatal,bivi (tv), 


Mama tak ingat nak catat semua la sayang....kalau ingat mama update lagi...

Apapun, alhamdulillah atas kurniaan Ilahi....adik membesar dengan sihat dan insyaAllah jadi orang bijak, cerdik, soleh dan berjaya dunia akhirat...
Amin....


Qaid 2 yrs ago....at day 10 of life.....

Qaid 2 years of age


Moga anak ini akan menjadi seorang pemimpin hebat lagi ikhlas seseuai namanya QAID MUKHLIS....
Amin....



Saturday, August 11, 2012

Friday, August 10, 2012

Kosong.



*********************************************************************************
ALLAH
DEMI ALLAH YANG NYAWAKU DI TANGANMU, SELAGI AKU DI BAWAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU...CACIAN SERTA MAKIAN MANUSIA TIDAK AKAN MEMBUNUHKU.

TERIMA KASIH TUHANKU...

DAN TERIMA KASIH KERANA MENGURNIAKAN BAHU YANG KUAT BUAT KUBERSANDAR.

*********************************************************************************
Suami.
Terima kasih sayangku.
Selagi ada kamu di sisiku, selagi ada kamu menyapu air mataku, selagi itu aku kuat.
Biar pun seluruh dunia membenci, selagi kamu berpegang pada janji mempertahankan aku, selagi itu aku selamat di bawah lindunganmu dan lindunganNYA.

*********************************************************************************

TIDAK MENJADI HINA SEORANG  MANUSIA ITU DENGAN SEDIKIT CACIAN, DAN TIDAK MENJADI MULIA MANUSIA DI MATA TUHANMU DENGAN SEDIKIT PUJIAN.

**********************************************************************************




Thursday, August 9, 2012

Kenapa nama sebenar tidak didedahkan dan tentang pendapat dokter cabuk yang tidak diindahkan. (or endah?)

Bismillah
As-salam

Pernah tak kawan2 jumpa kat facebook beberapa peringatan tentang jangan mendedahkan identiti diri yang sebenar di 'alam maya' ni.

Bukan setakat nama, alamat, tempat kerja, dan sebagainya.

Itu sebagai protection diri sendiri, sbb dalam dunia maya ni ramai sangat org yang kita tak tahu niat dia, kita tak tahu tujuan dia friend dengan kita, kita tak tahu tujuan dia follow kita dan kita tak tahu tujuan dia baca blog kita.
(Blog peribadi picisan macam ni nasib baik tak ramai sgt pembaca nya....huhu)

Dan untuk mama sendiri, nama2 pesakit mama yang pernah mama ceritakan dalam blog ni haruslah dirahsiakan atas sebab2 privacy dan confidential.
Kalau cerita tu berkait dengan kaum keluarga sendiri,kadang2 nama sebenar atau panggilan sebenar terpaksa diubah agar tidak memalukan sesiapa atau anak2 sesiapa termasuk diri sendiri.

Takkan nak cerita tentang adik beradik sendiri mama nak tulis itu kakak saya, kan? Atau mama nak tulis itu ayah saya, kalau cerita itu berkait dengan bapa sendiri. ?

Dan lagi pula blog ini adalah diari perjalanan hidup mama dan anak2 ,yang mama nak suatu hari nanti anak mama baca. Ia sebenarnya suatu catatan perjalanan hidup mereka dan  peristiwa2 yang pernah berlaku di sekitar mereka.

Ahh....tak guna explain panjang2, kalau orang tak nak dengar.....
Orang ni  (atau orang-orang), kalau dah benci tu dia akan benci juga, no matter apa kita buat baik....kadang2 boleh salah tafsir pulak dengan apa yang kita tulis, atau sebaliknya diputarbelitkan.

Kenapa cerita macam2 di pagi hari ni?

Mr Papa pernah tanya soalan kenapa  'lelaki tua' dalam kisah lelaki tua dan matanya itu tidak ditulis nama sebenar?

Jawapan mama adalah seperti di atas.P&C.  

Untuk pengetahuan , lelaki tua dalam cerita itu sangat berkait rapat dalam hidup mama dan seseorang yang mama sangat hormati dan sayangi.

Tapi kenapa mama tak pernah beri pendapat tentang matanya?
Mama soal balik, ada ke sesiapa pernah tanya pendapat mama.... maklumlah kita ni siapa jer kan...Nama jer dokter, tapi dokter cabuk jer pun...
Kalau mama ni dokter pakar sekalipun, mama tak pernah berhak memberi sebarang pendapat.
Dan kalau ada pun pendapat itu, ia tidak akan diendahkan.
Mama bukan sesiapa, dan tidak akan jadi sesiapa dalam famili itu.
Bukan orangnya untuk diminta pendapat apatah lagi pakar rujuk.
Dan kalau berlaku benda2 yang tak diingini, mama taknak bertanggungjawab untuk sebarang pendapat yang dari awalnya memang tidak diingini mahupun dihargai.

Actually mama nak sangat buat apa tau?
Mama nak gi claim balik duit pembedahan  utk 'lelaki tua' itu, samada pergi tribunal pengguna atau saman jer dokter mata yang buat pembedahan tu. Tapi prosedurnya macam2 la pulak...First kena pegi balik hospital government tu minta medical report untuk diagnosis sebenar matanya. . Dan jika terbukti benar matanya bukan rabun disebabkan cataract, bolehlah further next step.
Tapi tu lah, panjang lak ceritanya nanti.

Tapi itu semua tidak penting lagi.
Yang lebih penting sekarang adalah menenangkan hati lelaki ini agar jiwanya tidak tertekan dengan keadaan dirinya...biar dia redha, biar dia tenang dan biar dia hidup bahagia walaupun hanya dengan sedikit jalur cahaya pada matanya....

Oklah.
Dah panjang membebel di subuh hari....dah banyak hari tak sempat nak buka blog dan facebook....
Asyik tido jer kejenya .

Dan oh yer....
Peringatan untuk qaisara dan qaid....
Jangan jadi kacang lupakan kulit....
Masa kita susah, orang tolong, tapi masa dah senang jangan nak buat jahat kepada org yang pernah tolong kita....walaupun pertolongan itu tidak seberapa.
Nanti Tuhan tarik balik kesenangan tu.
Sekian.  Wassalam.

Noktah.



Tuesday, August 7, 2012

Preoccupied

As salam.
Mama- preoccupied dgn projek photobook.
Tq to en me dan lanabusybee atas info.
Dah siap nanti mama tnjuk ye.

Kakak Sara plak - is currently preoccupied dgn Oh My English.
Mama memang tak boleh tgk ceta lain langsung.
Sungguh bosan ok.!
posted from Bloggeroid

Friday, August 3, 2012

Pergi Mereka di Bulan Ramadhan....

As-salam.
14 Ramadhan 1433 H.

Mula2 malam tadi , malam jumaat- pakngah Karim bin Mat Ali, iaitu abang sulung ayah mama meninggal selepas beberapa hari sakit.

Siang tadi, lebih kurang jam 130pm, nenek mama (sblh mak) , Hajjah Minah bt Ali pula pergi buat selamanya....

Rezeki mereka meninggal di hari Jumaat, di bulan Ramadhan yang mulia ini....
Moga arwah mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan mereka yang dikasihi Ilahi...
Amin...

Maaf mama tak dapat balik menziarah....
Hanya doa dikirim dari jauh....Al-fatihah...

berusia lebih dari 80 tahun, nenek mula nyanyuk sejak beberapa bulan lepas...kesihatannya terjejas sejak arwak tokwan (suaminya) meninggal 6 tahun lepas

Thursday, August 2, 2012

Sebeban Tuntutan Duniawi...

As-salam...
Ececeh...tajuk tak boleh belah....
Tapi betul what, ni semua claim duit...OT claim staff mama.......
Hurm....Hujung bulan...
Pen sebatang tak cukup rasanya nak sign ni semua...
Kalaulah setiap satu claim ni mama boleh amik upah RM10 utk satu claim., dah dapat beratus ringgit agaknya...hehe

Pastu tak pasal kena panggil dengan SPRM....kuikui.....