Monday, June 25, 2012

Bagaikan Pokok Tidak Berbuah.....

Al Ilmu Bila Amalin Kassyajari Bila Samarin.....
Maksudnya :-
Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tiada berbuah....


Ini je mampu terhasil di tangan jurukamera amatur nih
Selepas hampir 2 minggu dok mark pokok berhampiran rumah ni, akhirnya hari ni berjaya
Exercise di pagi hari

Mama paling suka this pic!
Meh kita interprem banyak2 :P

Nasib baik mama bawak model cilik ni...

Add caption
Semua pic di atas adalah Lumix GX1W.. takken at730am....mode AI la....lum pandai nak setting sendirik lagi...kena tunggu si Gadis Bunga pindah Jb dulu baru leh pandai kot..

INi PULA PICTUREs with digitalCanon
Taken at 530pm.



Saturday, June 23, 2012

Berapa mahal beg purple?

Malam tadi kakak sara nangis, sbb mama simpan beg purple yang mama baru beli...actually sebuah beg kecil warna purple mama nak simpan semua kad klinik adik dan kakak...so mama malas nak kasi dia main...apa lagi menanges bagai nak rak...sbb dia excited nak main benda tu....

Dah hampir tengah malam, masa dia dah ok, dah tak ngamuk lagi, and dah dekat2 nak tido tu, dia cakap,
" mama , kakak buka komputer eh? Boleh? Kakak nak tgk facebook kejap, nak tengok berapa mahal beg purple tu..."

Oh..kesian sungguh mama dengar dia cakap camtu...tapi bantai gelakkan dia dulu...nampak cam merajuk  pun ada, konon2 nak beli sendiri kat online la tu...abis mama tak bagi main beg mama tu....

Kikiki,,,,kelakar la kakak....yang bestnya tu nak tgk kat facebook tu, kot2 ada org jual.....padahal beg cikai camtu mama beli kat kedai biasa je pun....
Dan oh yer kakak..harganya RM8 ye....




Thursday, June 21, 2012

Umur 3 tahun dah berangan nak kawen?

As-salam.

 Ini tentang kakak qaisara. Umur sekarang 3 tahun 5 bulan.
Time dia baik dia ckp dia dah tak boleh nenen sebab dah besar, dah ada milo (ie susu coklat), dan sebab nenen tu adik yang punya.
Tiba time dia ngamuk kadang2 ngada2 nak nenen, dia dah lupa dah cakap2 dia sebelum tu yg dia dah besar...so mama ckp balik, kan kakak dah besar.
Dia ckp balik umur kakak kan 5 bulan, 5 bulan boleh la nenen....pulak dah....hahaha....

Kakak memang pandai bercakap. Alhamdulillah tak pelat langsung.
Bangun pagi2 ckp good morning mama, ni dah siang ke belom? ni dah ada sun ke belum?

Satu benda yang mama tak boleh tahan nak gelak bila suatu petang, kakak main2 dengan tudung mama, letak buat mcm veil atas kepala, meleret2 sampai ke lantai....then kakak cakap:" Mama, tengok ni, kakak berangan nak kawen."
-sebab ada word berangan tu yang mama gelakkan dia. Hahaha..ada-ada je la kakak.

 Hei kakak ni, tau ke kawen tu mcm mana. Bila mama tanya kawen tu macam mana, kakak cakap kawen tu yang si lelaki pakai crown macam king, dan perempuan mcm queen, duduk atas pelamin, itula org kawen.

kain tu konon2 mcm veil la tu...
Oh, alang2 dah tulis tentang kakak, just to remind mama sendiri nanti, sedikit update tentang development kakak.
  • Baca nombor - sampai 100. Selalunya kalau kakak bilang 1-19 dlm bahasa melayu, sampai kat 20 automatik tukar jadi twenty dan seterusnya twenty one ...hahaha..taktau kenapa...and then kat twenty tu pelatnya dah jadi mcm omputeh celup...kikiki....

  • Dah boleh kira berapa barang yang ada dan matchkan dengan nombor .
  • Mama ajar konsep tambah- baru belajar dan boleh jawab sampai 1+1=2, 2+1=3, 3+1=4, dan seterusnya sampai 8+1=9

  • Baca quran- hafal sampai surah al-Lahab(Tabbat yadaa....)..Ni pun dah lama tak baca. Mama lupa/malas nak ajar? Huhu apa la mama ni.... 
Kakak agak garang jugak skrg ni, cepat jer nak dicepuknya adik Qaid ataupun Raudah di rumah babysitter. Dengan si Auni ok plak takde nak gaduh2. Kadang2 dgn kuku dikekaunya adik qaid.
Kuat merajuk, esp kalau kena marah dgn papa.

Time kakak good mood, dicium2 dan diusap2 pipi adik atau mama.
Oh ya..kakak juga dah pandai expresskan caringnya itu...
Cth..mama buat2 pengsan...dia dtg tepuk2 pipi mama, dan dengan susah hatinya tanya, mama kenapa ni ma?
Ataupun mama duduk diam termenung dengan muka yang sedih, kakak datang ke riba dan tanya, mama, kenapa ni ma? Oh so sweet of you, kakak!


Ni masa kat kampung hari tu.....ceria mengejar buih.
 Semua catatan mama ni mesti kakak baca suatu hari nanti insyaAllah...semoga jadi kenangan manis....anakku....I love u!










Monday, June 18, 2012

Bila adik selsema

As-salam..Hajat di hati nak publish pictures sepanjang di kampung terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Nampaknya broadband mama mengalami proses kelambatan bila meng-upload pic. Mungkin mama dah banyak guna untuk download kat Netpad, that's why dia slow kejap.
InsyaAllah kalau rajin dan dah laju nanti mama upload pic manyak2 yer...

Oh yer...cerita pasal adik..
Adik Qaid dah 2 kali dalam percubaan nak demam tapi tak jadi....itu last month kalau tak silap mama.
Seminggu yg lepas pula adik cuba2 untuk selsema, tp tak menjadi.
Sampailah hari jumaat lepas, adik mula berhingus.
Alhamdulillah tiada demam di situ.
Sabtu, adik masih selsema sikit2...dan malamnya muntah selepas batuk yang teruk.

Sepanjang sabtu itu, mama tidur2 ayam, (sementara papa di tempat keje)
Pagi ahad esoknya batuk adik makin menjadi, dan nyata setelah mama dengar peparunya, dia memang perlu dirawat dengan nebulization.

So pagi tu adik dapat satu kali Neb..dan alhamdulillah tiada kedengaran batuknya sepanjang hari itu.
Hinggalah malam, sekitar 8.30 malam, adik terbatuk2 semula disertai keadaaan yang agak susah bernafas.
So sekali lagi Neb, dan alhamdulilllah adik baik hingga tiada lagi batuk2 selepas Neb itu.

Harap2 adik ok2 saja esok, dan tidak memerlukan neb...
Nampaknya kena lah mama prepare alat2 utk neb esok.  Atau paling tidak , gunakan saja inhaler adik tu.

Hurm...setelah sekian lama adik ok, nampaknya pertambahan kanak2 di rumah pengasuh hingga total 5 orag ternyata kurang mama senangi...
Iyer....mula2 tambah sorang, pastu tetiba ada lagi sorang....
Harap2  wujudnya diorang di rumah pengasuh hanyalah sementara...
Lagi ramai kanak2 di situ, lagi mudah adik dijangkiti virus selsema...
Dan itu menakutkan mama.
Sebab kerapnya sebelum ini selsema adik bukan selsema biasa....
Lagipun...., takut pengasuh tak terlayan kerenah adik bila memerlukan Neb atau inhaler bagai ni....kesian adik if dibiarkan tercungap2 akibat ke-busy-an  pengasuh.
Harap2 ittu tidak berlaku....


Adik tenang di ribaan papa mengambil nebulization....


Sunday, June 17, 2012

Entry tertunggak 2 minggu

As salam semua....
waa.....rindunya kat semua kawan2.....
dah lama benar rasanya blog ini terbiar...
dan dah lama rasanya tak dapat menjenguk blog kengkawan....
bukan sengaja nak biar , ok!
minggu sebelum itu 2-6hb kami balik kampung...dan di kampung, lie internet tak berapa cantik, lagipun bizi kat kg tu...so blog ni memang terbiar sepi....
minggu selepas itu broadband mama tetiba buat hal.....
sementara nak dapat pegi cari pengganti tu memakan masa seminggu la jugak....
dan finally semalam Mr Papa berjaya menyelesaikan masalah..Tq Laling!

Okey...disebabkan dah terlalu lama sgt tak berupdate kita wat ringkas2 jer la ye....
pictures ada beribu2 keping, tp malas nak pulish byk2..hehe..

Hari sabtu tu kul 10.30 am kami bertolak dari Johor..(bertolak lewat sebab papa baru balik kerja malam, balik tido sekejap dalam sejam baru start gerak)...
On the way singgah di Air hitam , papa betulkan alignment kereta sebab tak sedap dibawa...so kat situ lebih kurang 1 jam lebih...
Kul 12 malam alhamdulillah selamat sampai ke kampung.
Esok paginya ke rumah ibu saudara mama, sempena perkahwinan sepupu mama...
Dan 2 hari selepas itu bertolak ke Pulau Pinang...
Ke bukit Bendera, ke taman bunga...
Hari Rabu, berjalan2 ke pekan Alor Setar....Balik tu singgah rumah nenek mama atau moyang qaisara...yang sudah sangat tua....nanti mama letak pic dia ya.... 
Hari khamis  10.30 pagi bertolak balik ke Johor...
Seperti biasa, kalau on the way balik Johor mesti singgah makan Sate Hj Samuri di Sg Buluh...
Dan finally alhamdulillah kul 10.30 malam selamat tiba semula ke bumi Johor.....
Jom layan pictures......
*
*
*
*
*
*
*
Argghhh...tension lagi!
 *
*
*
Berjam2 nak upload photo sekeping pun payah ni kenapa ?
Ok lah..nak tido dulu, len kali sambung cerita lagi...
Lain kali kita upload picca ja ya.....insyaAllah....
*
*






Saturday, June 2, 2012

Entry dengan mata terpejam

As-salam.
Mama ngantuk sgt2 ni...
Baru habis mempacking.
esok kami bertolak ke kedah insyaAllah.
doakan perjalananan kami ya, moga dipermudahkan...
dan selamat sampai.(ke destinasi)
amin.