Tuesday, May 29, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Mama share dari facebook mama yer...sumber ada kat bawah..

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

Happy Birthday Dear Me

As-salam.

Hari ini, puluhan tahun yang lalu, mama diputerikan di sebuah pondok buruk di tengah sawah.
Yeay, mama juara! ketika itu kerana berjaya mengeluarkan diri dari perut ibu mama dengan jayanya.
Alhamdulillah.
Perjuangan meniti hidup kadang kala senang bagaikan air mengalir, namun kadang kala tidak mudah dan bersulam air mata.
Itu adat hidup.
Hari ini, segalanya telah mama miliki.
Thank you Allah.

Cinta terbesar dalam hati mama:

QAISARA dan QAID....memiliki kalian adalah sesuatu yang terbaik dalam hidup mama!



2905. Ini nombor plate kereta mama.
Nombor ini nampak biasa, tp bermakna dalam hidup mama.
Kata papa, digelakkan JPJ jer beli nombor ni, sbb takde harga.
Bukan macam WWW1 atau WWW5 yang dimiliki Sultan Johor dan Sultan Kedah masing-masingnya.





Sunday, May 27, 2012

Perabih duit sempena birthday?

As-salam.

Logik tak logik, bulan ni mama dah habiskan beberapa ribu demi memenuhi kehendak hati.
Kebetulan bulan ini bulan Mei, dan beberapa hari lagi birthday mama.
Tapi sebenarnya apa yang mama beli tu keinginan hati sejak dulu....cuma baru tertunai bulan ini..Kkira2 Macam hadiah untuk diri sendiri la ni...tak de orang nak kasi hadiah kan...huhu...

Tapi Alhamdulillah. Puas rasa hati , berbaloi2 beli, berbaloi2 pula memakainya nanti..harap2 gitu lah...

First...mama beli ini:
Ini nasib baik dengan papa so dapat lebih murah daripada harga asal.
INI MEMANG IDAMAN MAMA SEJAK DULU2. (sbnarnya nak DSLR tapi besau sgt so sambar yg ini).....ALHAMDULILLAH TERCAPAI HAJAT.


Pastu pada hari yang sama mama habiskan beberapa ratus untuk pakaian ehem-ehem...
Sambil tu belek2 handbag tapi tak jadi beli...sabar...sabar dulu...

Selang beberapa hari mama sambar apa yg dibelek2 sejak beberapa hari sebelum itu. Iaitu ini :::



 Juga pada hari yang sama sambar sepasang Crocodile shoes utk  hadiah utk my sis di kampung. Utk mama sendiri sepasang Sembonia yang murah harganya sebab sale.

Oh...bila dikira2 balik belanja mama bulan ini sudah terlebey sudah....masa beli tak hengat....ingat seronok jer tau!..Ni bajet nak balik kampung lagi next week ni...camne nih...hohoh...

Tolon...tolon.....sape nak tolong ni.....

I should'nt left to shop alone !!

Oh yer...tapi ada benda sedih jugak ni.....hari ni masa mama nak charge bateri kamera mama yang lama tu, tetiba ia tidak berfungsi...oh apekah si dia merajuk kerana kehadiran si Lumix di sisi mama???

Jgn lah merajuk sayang....
Dikau lah pertama  bertakhta di hati mama....tanpa mu segala memori dan kenangan kami tidak tercipta...dan sesungguhnya dikau masih kuperlukan...kerana sesungguhnya itu LUMIX BELUM MAMA PANDAI GUNA!!!!

Oh my canon....hukhuk
Harap2 cuma charger yang rosak bukan kameranya...


Oh yer....ada juga hadiah dari papa, for birthday mama in advance katanya...
Ini dia...:

Sebuah Netpad...hadiah mama, tapi lebih kepada untuk anak2 wat main sebenarnya....

Thank you very much My Laling.....tgh fening plak nak cari hadiah apa utk En Suami yang hanya berselang 9 hari dari mama...Any idea wahai frens out there??

***Semua pic hari ini adalah ihsan encik google..



Saturday, May 26, 2012

Moga selamat kembali ke sisi kami

Entry ini untuk Mr Papa yang sedang bermusafir ke luar daerah saat ini.

Pesan mama:
Sentiasa ingat Allah di dalam hatimu.
Memandulah dengan hati-hati.
Moga dikau selamat pergi dan selamat pulang ke sisi kami.
Ingatlah kami, orang2 yang tersangat dikau sayang....
Jangan lupa ole2 oke :)
Nanti papa pulang kita bermusafir ke kampung mama pula ya, insyaAllah.

**mode rindu**biarpun baru beberapa jam papa bertolak.







Wednesday, May 23, 2012

Kota Cinta Dia



Ini kakak Sara.
Berangan nak jadi perancang bandar/arkitek agaknya.
Nak bina kota sendiri.
Moga jadi realiti.



Tetiba teringat lagu Ibu Kota Cinta.
Huhu....takde kaitan.


Kadang-kadang berangan nak jadi doktor.
Moga jadi realiti juga, jika itu yg terbaik buat kakak atau adik.
InsyaAllah.


***Cuma pesan mama, kalau nak jadi doktor, jadilah doktor pakar, bukan doktor cabuk cam mama....
Bila teringat pasal further study jadi pakar  ni, mama selalu salahkan papa sbb tak kasi mama peluang masa bercinta dulu.......tu la, lambat sgt masuk minang!
(tapi itu alasan jer sebenarnya, kekeke)***




Tuesday, May 22, 2012

Oh Bangau!

Peristiwa: semalam sewaktu mengambil angin malam di laman, mencerap bintang dan awan ....
Ternampak seekor kucing sedang mencari2 sesuatu di celahan rumput.

Kakak: Mama, kucing tu nak wat apa tu
Mama: Ntah, dia nak B.O (poo poo) agaknya.
Kakak: Oooo..kenape dia nak B.O ma?
Mama: Dia sakit perut la tu agaknya
Kakak: Ooo...kenape dia sakit perut ma?
Mama: Dia makan nasi mentah kot...
Kakak: Oooo..kenape dia makan nasi mentah ma?
Mama: Kayu api basah
Kakak: Kenape kayu api basah ma?
Mama: Basah kena hujan
Kakak: Oooo ....kenape kena hujan ma?
Mama: Katak panggil hujan
Kakak: Kenape  katak panggil hujan ma?
Mama: Habis tu ular nak makan dia
Kakak: Kenape ular nak makan dia ma?
Mama: Memang makanan dia la.
Kakak: kenape memang makanan dia ma?

Mama: (Alah kakak ni...mama dah tak tahu la...lagu tu ajar sampai situ jer!) Apa nak jawab lagi nih?
Last2 : Jom kita masuk rumah la sayang!






2Q CINTA HATI MAMA

Sunday, May 20, 2012

Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI


Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

SHARE - Sham Kamikaze , Jkkk Fan Club , syahirul.com , Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

By: Najmie Kuantan II


(Sumber dari Facebook..)

Saturday, May 19, 2012

Angin malam Johor Bahru

Ini berlaku pada 2 malam yang lepas iaitu malam Jumaat. Dengan tidak semena-mena (wah semena-mena tau!) Mr Papa ajak kami jalan2 di tengah malam.

So selepas dah kenyang dinner, kami ke Johor Bahru. Tak kemana-mana pun, cuma ke Danga Bay, saja nak tunjukkan pada Qaisara suasana malam di JB.

Enjoy pictures jer la yer...malas nak tulis panjang2. Bukan ramai yang nak baca pun...huhu....


Ini jer yg kami berani naik, sbb tak laju...kakak lom penah naik Eye on Malaysia, so naik yg ni jer la kakak



Beberapa permainan yang sempat mama snap...tapi tak berani naik....


"Kuda perang"

Train

Traffic light for walkers

Teringin nak naik cruise ni berduaan..boleh ?

Buaian ini laju..ngeri nak naik....



Qaisara on still train..


Qaid Mukhlis tido sepanjang rekreasi kami itu...huhu

p/s: Lain kali kita gi ambik angin la ya papa..Thank you...Mmuah!!!

Thursday, May 17, 2012

Mentari Jingga di Ufuk Timur

Wahaha...tajuk macam novel ke tajuk lagu ntah....

Cer teka bilakah waktunya picture di bawah diambil?
Yer, betul...mentari, jika berada di ufuk timur mestilah di waktu pagi kan....

Pagi ni, on the way ke rumah babysitter, kakak cakap:: mama, look at the sun! Sun tu follow keta kita la mama!
Bila mama tengok, haha... betul la, matahari tu tgh follow kami...(takjub kan cmana matahari tu boleh bergerak seiring dengan kereta kita)
Dan pagi ini, cahayanya sungguh ...ahh menakjubkan...jingga sejingga2 nya.

Kerana kamera mama ini cuma kamera cikai tanpa lensa...maka hanya inilah gambar yang mampu terhasil.
Apapun, ia tetap cantik.Subhanallah!



p/s: Motip gambar dipublish::: mode tak sabar nak grab satu DSLR/Lumix macam GB punyer!

**********************************************************************************

Oh yer!
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik...
Anda semua bagai mentari jingga di ufuk timur!! 

~~ tanpamu apa jadinya aku
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal 
GURUku terima kasihku... ~~

**Teringin nak jumpa semula guru2 sekolah rendah : Cikgu kelas pertama (cikgu Salbiah), cikgu lelaki pertama saya jatuh cinta (Cikgu Zubir Ali), cikgu Soud yang tak kurang hensemnya, guru muzik yang paling sayang saya Cikgu Shamsudin dan wifenya teacher Razna, Teacher Linda, cikgu tadika saya cikgu Habsah dan maklang Heja, dan banyak lagi...**









Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulillah, yang ditunggu akhirnya tiba....

As-salam semua...
Mesej ini untuk En Suami tercinta yang bekerja malam ni...tadi balik kerja, sempat jumpa dalam setengah jam, tak sempat nak cerita2 mcm biasa....dan mama tahu papa akan baca blog mama malam ni , tul tak..

Apa yang mama tunggu selama beberapa bulan akhirnya datang hari ini....
Hah? Apa?
Ala....yang itu lah sayang....

Bukan..bukan ...bukan baby baru.. itu belum lagi...heheh...

Alhamdulillah ...rezeki Allah....
Walaupun hasilnya dan perubahan ketara hanya mama akan lihat pada bulan Julai nanti.
Buat masa ni, makan macam biasa, belanja macam biasa dulu yer...
Bulan 8 nanti baru boleh belanja besar2....insyaAllah.

Tapi  kelebihan datang bersama tanggungjawab....bersama beban kerja yang semakin berat, bersama expectation yang semakin meningkat.

UD52.
Agak2 ada harapan nak naik jadi JUSA tak eh?







Monday, May 14, 2012

Rindu kamu semua!

As salam....
Akhirnya setelah 4 hari hidup tanpa laptop yg demam dan terpaksa ke klinik, hari ni akhirnya mama dapat semula laptop mama....itupun setelah diberi antibiotik mahal punya! Huhh...

Rindu sangat nak jenguk blog kawan2...Dan rindu nak mengepos di blog mama ini.....
Kejap lagi bila anak2 dah tido mama nak jalan2 blog u all lah....

Harap2 lappy mama tak sakit lagi....
Stress wei hidup tanpa dunia internet ni...



Tuesday, May 8, 2012

Rembulan Kesiangan

As-salam.
Mama tgk ramai yg tayang picture bulan masing2,macam Ila chekgu cheqsue, , gadisbunga
Mama pun kebetulan ternampak bulan pagi ni, nak tayang jugak lah.(tak sedar diri kamera cap itik nak ambik picture bulan, hahah).

Yang sebenarnya picture ni diambil sekitar 7.30am ni, waktu hantar 2Q ke rumah babysitter, kakak cakap, "Mama lukedemun!"...Bila mama pandang ke langit betul la ada bulan. Kakak tanya lagi, "mama, siang2 pun ada bulan yer?"

Since bulan siang ini jarang dapat qaisara nikmati, mama stopkan kereta dan snap pictures2 ni untuk dia dan qaid......

"Duhai bulan kesiangan, biarpun dirimu tak secantik bulan purnama, tapi  selagi namamu bulan, selagi itu dikau unik dalam gayamu tersendiri, kerana tiada dua bulan yang sama buat kami di bumi !"







p/s: Papa bila nak bawa mama ke bulan? Masa bercinta berjanji bulan dan bintang akan dikau gapaikan, hah sekarang buktikan!! -Kekeke.....



Sunday, May 6, 2012

Qaid's 1st Exploration

Jom tengok gambar2 Qaid -pertama kali dapat keluar berjalan sendiri di luar rumah, excited sgt, semua benda nak diteroka....


Sekadar utk catatan mama sediri...supaya bila doktor tanya development adik nanti, mama tak lupa. 


1/1/2012- Adik mula bediri pada (Umur sebenar 1yr+3mo plus), Corrected age,CA=1yr)
28/1/2012- Mula melangkah ke hadapan (3 langkah)
Mid of Mac 2012- Mula lebih banyak melangkah .(masa tok & tokwan datang)
Berjalan dengan lebih berani in April 2012. (Umur 1yr+7mo, CA 1yr+ 3mo)


1st explore dunia luar 3/5/12 with papa at night-tp mama sibuk so takde pic.
Actual explorer- 5/5/2012 ( 1yr + 7mo + 4 wk), (CA 1yr+4mo + 2wk)



 
"Kakak, buah keriang ni boleh makan ker"

Oh, luas rupanya dunia ni-if only i knew it before

lepas ni dah ada org tolong mama siram pokok

Kakak pun nak tumpang posing sekaki

Nangis sebab tak boleh keluar pagar...



Alhamdulillah, adik akhirnya boleh berjalan kini, the biggest milestone yang mama nantikan....(dah boleh buat adik baru, kata papa-hihi)

Adik juga dah boleh bercakap few words like mama/papa/kakak (tp non specific lagi), tetek,nenen, dah, nak, bye. So far BYE jer yg specific. Bila org nak bergerak keluar cepat2 dia ckp bye...

ALHAMDULILLAH....
Terima kasih Ya Allah. Anak yang dulunya hanya sebesar telapak tangan, kini membesar dengan sihat...Terima kasih ALLAH.



Friday, May 4, 2012

Help Me!--Scam emel

Beberapa bulan yang lepas  mama terima emel ini.....kononnya emel ni dihantar oleh Noreza Jemain (kawan mama). Sekali baca jer dah tau ini scam/penipuan internet. Mana taknye..Cik Noreza tu hari2 mama jumpa kat klinik,  bila masa pulak dia tersangkut kat Spain....nak nipu pun agak2 la...huh....



How you doing I am writing this letter for you to know the situation of things right now am in Spain, and i have a little problem at hand and you are the only one that can help me, i promise i will pay back as soon as i get back home.Please i want you to lend me 1,500 Euros i really need it to sort out things here. Please i want you to send me the money through western union money transfer.Here is the details to send me the money.
Receivers Name: Noreza Jemain
Address: Paseo de la Castellana, 220
Zip Code: 28046
City: Madrid
Country: Spain
Please as soon as you are done with the transfer please email me the Money Transfer Control Number (MTCN) or please just scan the receipt give to you by western union.Please i will be waiting for your help.

   Fr, Noreza.
 

 P/s: kena hati2 byk dengan internet ni...moga kita dijauhkan dari segala bahayanya....

Tuesday, May 1, 2012

Petua Untuk Mengambil Hati ISTERI


Petua Untuk Mengambil Hati ISTERI

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

By: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

(mama copy paste dari facebook, TQ to the writer ya!) 




p/s : agak2 hujung bulan ni apa Mr Papa nak kasi hadiah kat mama eh?