Sunday, October 30, 2011

Ke Pesta Buku Karangkraf

Semalam kami curi masa tido papa, ajak dia pegi Plaza Angsana JB (patutnya papa tido sebab balik dari keje malam dan malam tu nak keje lagi)..thanx Mr Papa...
Ada pesta buku karangkraf...sesapa yg minat magazine, buku2, dan novel boleh lah pegi..sampai hari ni, Ahad pun ada lagi.
Rupanya pada masa yang sama ada Festival Filem, ada banyak booth dan gerai serta artis yang datang, ada rumah hantu dan roda pusing2 tu...Tapi kami tak pegi situ....kami pegi tempat buku...nampak ilmiah sikit dari filem tu..ekeke...
Mama dok bayangkan nak beli majalah lama yang murah seringgit dua ringgit...tp kebanyakan majalah masih agak baru, so harga dia pun tak lah menjunam sangat...
Cuma beli 2 majalah PA & MA yang mama terlepas beli 2 bulan sudah...dari harga RM6.90 dia jual RM5.00 dan RM5.50.
Lain2 ada banyak majalah budak2, novel pun novel budak2...
Mama cari novel Alaf 21 especially karya Norhayati Berahim takde pulak :(

Tapi takper lah...selamat tak beli banyak..kalau tak Mr Papa mesti bising....majalah lama mama yang berlonggok dalam lemari kat atas tu sibuk je dia nak buang atau suruh letak kat klinik....No way ok!
Semua novel2 tu adalah harta kesayangan...dan semua majalah tu ada la orang nak baca suatu hari nanti....Tak caye tunggu kakak masuk darjah 1 nanti, atau bila dia pandai baca nanti...

Ramai gak orang...


Mr Papa dengan 2 QAI duduk luar jer, tgk orang berkaraoke
Masa lunch...adik makan nasi...

Oh yer...masa jalan2 tu sempat pulak Mr Papa rembat sebiji handphone ...ganti hp dia yg dah nazak tu..nasib baik mama ajak gi Angsana, kalau tak belum berganti lagi hp buruk yg berusia 10 tahun tu....hahaha....




p/s : sedikit update adik...gigi adik dah keluar lagi sebatang, gigi taring atas...pelik pulak susunan gigi adik yang kuar ni....


Wednesday, October 26, 2011

Weird Tandem Nursing

 Pic from fb..weird huh?
Tp tersimpan nilai kasih sayang yg tinggi.....


Sunday, October 23, 2011

Aksi berbahaya Qaid Mukhlis

Ini bukanlah aksi racing (harap2 adik tak terlibat benda2 camtu, nauzubillah)--
Ini tentang seorang budak kecik, yang kecil-kecil cili padi... (ke cili api?)
>
>
Jangan dipandang aku kecik aku tak berani buat apa org besar buat !
Jangan dek kerana aku lahir severely premature aku disangka lemah!
Jangan ingat aku cuma sebesar 725gm ketika lahir aku akan terus kecik!
--hohoho...itu agaknya kata dia dalam hati...




Mama and papa memang tak sediakan play yard proper utk si kecik ini....
Even masa kakak dulu pun takde....
Disebabkan budak kecik ini dah boleh berdiri pada sofa, takut2 dia terjatuh terlentang ke belakang
Maka kami ubahsuai susunatur perabot...
Macam ni->>>>


Letak tilam paling tebal, dikelilingi sofa, so if jatuh ke belakang pun tak sakit  ...                        

Kiranya bentuk segiempat la "play yard" diaorang nih...nak ambik gambar penuh time tgh semak pula...
Kat sinilah tempat bermain, tempat tido, dan tempat lepak tgk tv, tgk laptop..Makan jer is forbidden in this area....muahaha......
Harapan mama dan papa, takdelah penat kami kena jaga dia 24 jam, dan dia pun bolehlah meneroka segenap alam di play yard ini tanpa mama bimbang akan terlentang ke belakang sebab berdirinya dia dan duduknya dia adalah sangat belum stabil lagi......



Alih-alih 2 hari lepas dia buat ini:



sempat snap pic ni tadi...dah nak terjun dari sofa rupanya itu budak kecik....huhu....

Rupanya masih tak selamat nak tinggalkan dia di tilam empuk ini.....dalam dia punya katil/babycot yang berpagar tinggi itu pun pun sama, dah nak terjun juge....huhu....

Apa kaedah selamat mama nak tinggalkan dia pegi mandi/toilet/solat dsb??
Buat masa ni masih ada walker sebagai alternatif..tapi nampak2 gaya macam dah nak cuba terjun dan keluar dari walker juge....







Wednesday, October 19, 2011

Tentang Bronchiolitis dan My First Tooth!!

Adik demam lagi...2-3 hari dlm minggu lepas...Dan serentak dengan kakak kena chicken pox pada hari jumaat adik kena runny nose...tapi demam dah baik...
Hari isnin, keadaan adik tiba menjadi teruk, dengan tachypnoeic, subcostal recession dan sternal recession, along with whhezing dan shortness of breath...Mama start bagi inhaler adik...

Esoknya selasa pagi, ke klinik untuk nebulization...Dokktor pakar (FMS)  yg tengok adik suruh admit ward...Mama bawak adik ke hospital swasta terdekat sbb tak sanggup kalau admit hosp government...bukan sbb tak bagus, tapi sebab jauh..

So lepas jumpa Paediatrian yang biasa merawat adik, doc tu cuma suruh amik nebulization lagi sekali, continue inhaler 4 hourly at home, maintain hydration and feeding,  dan dia bagi mucolator utk cairkan kahak dan hingus...Tak start antibiotik pun sbb bronchiolitis adalah viral, bukan bakteria. Hanya akan start antiotik  jika demam adik persistently high...
Alhamdulillah tak admit...Kalau tak, sape nak jaga kakak kat umah, dah la kakak kena chicken pox...takkan nak bagi penagsuh juga jaga, anak pengasuh pun kena chicken pox...

Malam lepas dinner adik merengek tak henti2... rupanya dia tak sedap perut...2 x muntah pastu.
Dan masa mama tengah bersihkan muntah adik dlm mulut dia terasa sesuatu yang tajam....oh apekah itu? Check..check....Adik dah tumbuh GIGI!!! Yeay!!! Hahaha..mama yang terlebih excited...Umur adik sethun sebulan baru tumbuh gigi pertamanya(kacip bawah)...Alhamdulillah...

Oh yer..tentang milestone....adik dah belajar duduk, tapi belum sepenuhnya stabil...dan adik juga dah merangkak 2 hari lepas!! Alhamdulillah sekali lagi... 

Moga hari ni adik akan terus ok, sbb hari ni mama dah terpaksa bekerja...dah tak boleh nak cuti...moga adik terpelihara oleh ALLAh di bawah jagaan babysitter hari ini....amin...

Okey lah.....nak gi keje dulu.....


Monday, October 17, 2011

Down With Chicken Pox

Salam...

Last 2 weeks Auni kena chicken pox. (Auni adalah salah seorang anak jagaan BabySitter)
Mama dah agak, after about 2-3 weeks, Qaisara dan mungkin Adik Qaid juga akan kena....sebab chicken pox is highly contagious...sangat2 mudah berjangkit, kerana ia adalah airborne disease...means melalui batuk, bersin, dan juga melalui direct contact dengan cecair dari chicken pox tersebut....contohnya bila bersentuhan.
Manakala incubation period is about 10-21 days.....means waktu dari kita terdedah kepada virus tersebut hingga waktu keluarnya chicken pox pada badan kita adalah selepas 10-21 hari...

Dan seseorang yang dijangkiti chicken pox pula sebenarnya boleh menjangkiti orang lain 2-3 hari sebelum mula naiknya vesicles di badannya, means sebelum kita tau kita akan terkena chiicken pox pun dah boleh jangkitkan pada org lain....dan keadaan ini (boleh menjangkiti org lain) sehingga 4-5 hari selepas vesicle timbul atau sehingga semua lesion dah berkuping(crusted).

So seperti expected, hari khamis malam jumaat yang lalu, mama mula nampak few vesicles and pustules pada belakang badan kakak....Oh anak mama dah kena chicken pox rupanya...

Mama punyalah plan nak gi ambik vaksin utk both adik dan kakak to prevent chicken pox, tapi sebab asyik delay, rupanya natural vaksin akhirnya kakak dapat...sebab chicken pox ni adalah penyakit sekali seumur hidup, insyaAllah...
Takperlah...rezeki kakak la dapat chicken pox awal2 ni..ada org tu hari bersanding naik chicken pox...tak ke haru tu...

Cuma mama kena jaga supaya kakak tak menggaru , takut berparut...
Pantang ? Mama tak tau nak pantangkan apa, semua bagi jer kakak makan...
Orang kata kicap tak boleh makan, takut jadi hitam parutnya..mama tak percaya itu.....
Tapi kakak bukan hantu kicap..so takde hal...takde la nak minta kicap...
Orang kata tak boleh mandi...mama mandikan dan sabun kakak macam biasa....
Sebab itu org yang kata....memang takde logik sains kan...

Nak bagi minum air kelapa, kakak tolak mentah2...
Adik jer boleh dipaksa minum, sebagai early prevention (prophylaxis barangkali?)....
Tengah dok tunggu bilakah adik pulak nak meletus vesicles dan pustules nya....
Harap2 adik tak kena teruk sgt la kalau naik pun......




Hari ni hari ke4 kakak kena...dan dah 2 hari juga kakak tak nak makan nasi...atau sebarang benda lain..cuma nak susu dia jer...bila mama check rupanya dalam mulut kakak pun ada ulcer 2 biji...kesian sangat anak mama ni....
Selalu juga dia mengadu penat, dan letih...
Malam2 merengek2 gatal dan sakit  especially dekat buttock...kesian sangat kakak...

Mama harap sangat jika adik pun naik nanti, keadaannya tak teruk sgt...mungkin untuk adik mama kena gi amik antiviral kat hospital besar...

Mama dah tanya semua GPs dan private hospital area sini semua takde sirap antivirus tu...
Kebetulan kakak kena waktu cuti, so tak boleh nak gi hospital besar amik antivirus...


Bila time ok, boleh lagi main masak2....time tak ok terjelepuk jer...


Monday, October 10, 2011

Berakhirnya exclusive breastfeeding ......hukhuk..... :(

{{ Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menyatakan bahawa " Semua Ibu Digalakkan Menyusukan Anaknya Dengan Susu Ibu SAHAJA Sehingga Berumur 6 bulan Dan Diteruskan Sehingga 2 tahun. Makanan Pelengkap Perlu Dimulakan Semasa Anak Berusia 6 Bulan..}}

Alhamdulillah , Qaid  Mukhlis berjaya disusukan secara exclusive sehingga umurnya 1 tahun 1 bulan....Dan akhirnya pada hari Rabu lepas (5/10/2011), Qaid Mukhlis dah start minum formula....
Pagi tu masih minum EBM mama, then utk last feeding babysitter bagi formula for the very first time....dlm kul 5 ptg, adik langsung tak nak... First time la katakan...
Mama dah start susah hati bila BS bagitau adik taknak minum, just main2 puting botol tu jer...
So petang tu berlapar lah adik sampai mama balik keje.....
Balik rumah ptg tu pun adik taknak minum...last2 kul 8, waktu tu mungkin dah sangat lapar, akhirnya telan jugak dia susu formula tu...

Actually susu mama masih ada, dan EBM masih berbaki dalam 10 bekas...cuma mama dah start ajar dia formula, supaya nanti bila EBM langsung dah takde, takde la mama gelabah sangat nak kasi susu apa kat dia...

Cuma mama masih berharap agar penggunaan formula nanti akan cuma dihadkan di rumah  BS sahaja. itupun hanya utk top up jika susu mama tak cukup utk adik...maklumlah perahan makin kurang,dan kuantiti adik minum juga telah meningkat...

Oh yer..last week (AHAD , 2/10/2011), mama bawak adik ke klinik mama utk ambil injection bagi umur setahun.
Sambil2 tu timbang berat adik, alhamdulillah dah naik 6.2kg.
Moga adik terus sihat, berselera makan serta cepat naik beratnya...dan cepat pula jalannya..
Sekarang ni pun adik dah boleh berpaut pada sofa utk berdiri dan berjalan di sepanjang sofa tersebut ( Pull to stand dan cruising).....Duduk belum boleh tapi!

Oh yer...start Ahad lepas juga adik dah boleh wave BYEBYE....pantang org sebut bye bye dia akan goyang tgn dia, esp tangan kiri...


ok..takat tu dulu update adik kali ni....byebye...:)




Sunday, October 9, 2011

Kakak dan Membaca....

Update tentang kakak's milestone ini patutnya mama buat beberapa bulan lepas, ada sesetghnya sebelum  kakak berusia 2 tahun, tapi sbb tak sempat, makanya terdelay ckit sampai la kakak dah 2 tahun 8 bulan ni...
Bila kakak dah boleh baca betul2 nanti, kakak mesti suka bila tau yg kakak sebenarnya sudah membaca sejak berumur setahun 7 bulan lagi....
Perkataan pertama yang kakak baca sendiri....ADABI...
(Yang sebenarnya kakak belum boleh membaca , tp seorang penghafal yang bagus...)
Disebabkan itu, byk perkataan yang beserta dengan trademark akan cepat kakak  kenali..
Berikut mama senaraikan trademark2 yang mama tak pernah ajar tapi kakak tau sendiri..



























Rasanya ada lagi ni, tp mama tak ingat at the moment...bila mama ingat nanti mama update ye kakak!

Saturday, October 8, 2011

Tips Elak Dirompak Di Rumah Sendiri...

INFO NI MAMA DAPAT KAT FB..JUST NAK SHARE, MOGA BERGUNA.....

ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI.

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).



kredit: http://www.NurulAmir.com/

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #1: Tandem Nursing Berganda2

Mama pun nak wat jugalah wordless wednesday...

Picture di klinik mama....



Kalau masuk contest Ibu Mithali buleh menang kot?

Sunday, October 2, 2011

Hadiah kerana menyusukan anak?

Jumaat, 30hb September, tempat keje mama buat majlis hari raya..
(haha...syawal dah habis pun sibuk beraya lagi?)
Sambil2 tu buat majlis penyampaian hadiah kepada mereka yang akan bersara, yg akan naik haji, yang baru kawen, dan last but not least, buat ibu2 yang berjaya menyusukan anak secara exclusive..

Dah tentulah mama orang pertama dipanggil ambik hadiah...
Hadiahnya tidaklah sebesar mana...tapi penghargaan itu di'terharu' kan sungguh oleh mama....
Mama susukan adik bukan kerana penghargaan...
Tapi kerana tanggungjawab...dan kasih sayang...

Benarlah rezeki setiap anak itu berbeza...
Untuk Kakak...exclusive breastfeeding selama 2 bulan, pastu campur formula...
Tapi sampai sekarang masih lagi mahu menyusu...(cuma mama yg dah tak kasi sejak ramadhan lalu sbb mcm tak cukup utuk adik)
Untuk Adik...mama berjaya susukan adik secara ekslusif sehingga sekarang umurnya sudah 1 tahun..alhamdulillah...
Cumanya sekarang ini stok susu utk adik semakin hampir habis...
Mama pulak macam dah semakin malas nak bangun perah malam2 buat stok ni...
Kat tempat keje, dapat perah 2 kali saja, dulu 3 atau 4 kali..sbb tu stok semakin habis...
Hurmm...
Mungkin minggu depan dah kena start formula juga...Sedih.. :(


Ini jer lah hadiahnya...