Friday, August 26, 2011

Update mata adik...

Salam..sebelum mama lupa tentang entry ini, biarlah mama update sekarang..(2 entry tau malam ni)..
Semalam 24hb, pegi jumpa dokte pakar mata adik....
Hasil check semalam:::
Power mata adik lebih kurang 200...
Adik ada short-sighted, means adik ada rabun jauh....
Macam mama, mcm papa..

Tapi buat masa ni adik tak perlu nak pakai spek lagi...umurnya pun baru sethn, camne nak pakai spek kan...
Nak dipakaikan contact lens pun susah, kebersihan mesti kena jaga betul...
Dan alhamdulillah retina matanya ok saja...{Itu yang paling penting}
[ALHAMDULILLAH]
Takperlah dik, rabun jauh pun....pakai spek saja....
Orang lain lagi teruk ujiannya....
Mama pun dari umur 13 tahun dah pakai spek...
Adik mungkin pakai lebih awal la...dan mama harap sangat power adik tak naik byk sangat next check up...
Next follow up adalah 8 bulan lagi...



Muka budak yang boring kat spital....tgk kaki tuuu....

Cian sangat budak ni...kecik2 dah rabun...

Doakan kami , ya!

Salam semua...

Esok pagi2 insyaAllah kami dah nak bertolak balik ke negeri tumpah darah mama...negeri jelapang padi....
Tak sabar rasanya, tapi sehingga entry ini ditulis pada jam 1240am, mama lum packing barang satu hapa pun...
Takper..pelan2 kayuh....
Alhamdulillah juga adik dah tak demam. tapi ganti dgn kakak la pulak...merengek jer kakak...sian dia...moga esok dah tak demam la kakak....
Ok lah...mama nak gi siap2...
Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat yer...insyaAllah...amin....


Tuesday, August 23, 2011

Persiapan nak raya, ala kadar jer.......


Persiapan raya kami....
Tidaklah sehebat orang lain..
Tidak beria2
Tiada sofa baru
Tiada langsir baru
Tiada kereta baru
Tiada kasut baru (kecuali adik)

Untuk Kakak
2 helai baju kurung
Sehelai gaun kembang
2 tshirt
3 seluar panjang

Untuk Adik
Sepasang kasut comel
3 pasang kasual
Sehelai baju melayu hijau yang sah2 memang tak boleh pakai
Sebab besar gedabak utk adik yang comel
(takpe..simpan utk tahun depan, insyaAllah )

Untuk papa
2 pasang baju melayu hijau
2 helai tshirt cap buaya

Untuk mama
2 pasang kurung hijau,
2 pasang kurung moden purple
1 pasang kurung moden biru
2 helai tudung

Hehe..nampaknya untuk mereka yang bergelar perempuan (mama dan kakak la tu)...attire nya terlebih suda....
Untuk sang lelaki (papa dan Adik)..sederhana2 saja ya! Jgn marah....

**psttt....mama punya baju raya cuma 2 pasang actually...yang lain2 tu baju yang Mr Papa beli masa birthday mama haritu...lum pakai lagi...kita baju baru gak la kan..hihi....**
 
Oh yer..kuih raya ...bila nak gi beli nih.....mama beli kuih siap, tunjuk2 jer....takdenya nak membako2 bagai.... (yang sebenarnya idak pandey....heheh)

Duit raya...pun jangan dilupa....balik kg nanti byk yang menadah tgn confirm dah.....



Jasadku tertinggal di sini....


Lagi 7 hari saja dah nak raya.....
Tak sabarnya nak balik kampung....insyaAllah...
Pegi keje hati dah tinggal separuh....
Jasad saja di sini...roh dah entah ke mana2....
Dah terbayang2 seronoknya berkereta selama 12 jam...
Only us....Mama, Papa, Qaisara n Qaid.....
Dah terbayang2  ketupat mak di kampung....
Dah terimagine macam mana rupa rumah baru kat kampung....
Dah buat satu list panjang barang nak dibawa pulang...
Takut2 sangat terlupa barang penting, boleh spoil mood dibuatnya...
Tapi sebelum balik...banyak lagi kerje...
Esok Selasa...kena ngadap org2 JKN dulu...hadoi....buhsan...
Pastu Rabu bawak adik Qaid jumpa dokte mata kat HSA...
Kuih raya lom pegi borong lagi nih..
Nak pegi tadi adik lak demam....cian anak mama ni...
Please jgn demam lagi sayang..kita nak balik kampung ni...
Barang satu hapa pun tak pack lagi nih...

"Balik kampung...hohoho..balik kampung..."
Qaisara pun dah start nyanyi2 lagu Sudirman tuh...

Kampung Lebai Saman...tunggu kepulangan kami, insyaAllah...


Sunday, August 21, 2011

Bila kakak dah pandai pakai baju...





Umur Qaisara: 2 thn 6 bulan

Mr Papa cakap Qaisara anak yang pandai..
Sebab umur gini dah pandai pakai baju sendiri...
Bulan2 sebelum ni dia belajar buka seluar jer...pastu buka baju...kadang2 tgk2 dah togel...
Dengan pampers sekali dia buka melenggeng jer depan tv..huhu...
Last 2 week dia dah pandai pakai baju sendiri....
Apa lagi, 10 minit sekali dia tukar baju...
Kdg2 sebab baju dah kotor...(sengaja dikotorkan )
Kadang2 takde alasan...
Saje nak punggah gobok baju, cari mana baju yang berkenan, terus pakai....
Mama yang ponat nak oii.....asik kena kutip baju....basuh baju , lipat baju...
Ni mama tengah tunggu bila agaknya kakak nak pandai basuh uuuk sendiri, dan buat susu sendiri.....




Tgh punggah gobok...maaana nak ambik ni....




Saturday, August 20, 2011

Ramadhan and my breastfeeding journey

Salam semua..
Hari ini dah masuk ke 20 hari kita berpuasa..tak sangka how time flies...so fast, dalam sekelip mata ramadhan will leave us...
Sebelum masuknya ramadhan lalu mama agak susah hati, takut2 susu mama berkurangan dan stock adik akan kehabisan. Stok susu beku sebenarnya takde lah banyak sangat, takde sampai berpeti2 macam ibu menyusu yang lain. Untuk adik, mama simpan stoknya di dalam bekas dadih kecil muat2 utk 4 oz. So sebelum masuk ramadhan dulu jumlah stok yang ada adalah sebanyak 56 bekas kalau tak silap.

Sebelum masuk  bulan puasa, setiap hari hasil perahan mama adalah lebih kurang 12-15 oz, bergantung kepada kekerapan dan peluang mengepam di klinik. (Masa awal2 dulu, iaitu usia adik 5-6 bulan, boleh dapat sampai 18-20 oz).
Dan alhamdulillah hasil tersebut tak banyak bezanya dengan sekarang, pada hari ke 20 ramadhan. Kadang2 boleh dapat sama 12 oz, dan kadang2 cuma 8 oz...dan alhamdulillah stok adik masik ada, insyaAllah mencukupi sehingga penghujung ramadhan.

Alhamdulillah, murah rezeki adik utk menyusu sepenuhnya dengan mama tanpa bantuan susu formula. (Jimat banyak Mr Papa tu !)....  InsyaAllah jika keadaan ini berterusan, mama berharap boleh menyusukan adik sepenuhnya sehingga 2 tahun. (Oh yer...lagi beberapa hari ni nak raya, means umur adik bakal mencecah 1 tahun!!) ---Syukur sangat2 , anak premature yang lahir pada umur 6 bulan itu, yang diberitakan cuma punya peluang less than 50% itu sewaktu dilahirkan 2 hari sebelum raya tahun lalu itu , semakin sihat sekarang...Terima kasih Allah!

Oh yer...selain fully breastfeed, adik juga dah makan solid foods...Dan kerana mama yang tak suka memberi anak2 sebarang makanan segera seprti bijirin cereal dan nestum dan sebagainya di pasaran tu, adik cuma mama berikan bubur nasi yang mama masak setiap pagi.

Dari dulu lagi, iaitu sejak anak pertama lagi, iaitu sejak kakak mula makan bubur, cara mama adalah memasak nasi bubur setiap hari,. Dalam nasi tu mama letak kentang, carrot, ayam, kdg2 ikan bilis dan kdg2 brokoli, bergantung kepada availability pada masa tersebut. Apa yang lecehnya adalah selepas memasak bubur tersebut, mama perlu blendkan semua sekali agar menjadi bubur halus yang mudah ditelan adik.

So setiap pagi ada periuk kotor dan blender kotor yang perlu dicuci. Selalunya pagi2 tu memang tak sempat nak cuci, dah balik keje nanti baru semua tu dibersihkan.

Namun sejak minggu lepas, mama cuba praktikkan cara lain dalam penyediaan bubur baby, mendapat inspirasi dari blog seorang ibu ini....hehehe...terima kasih ibucergas. Sekarang masa menyediakan makanan adik menjadi mudah dan cepat. Nanti kalau ada masa mama update kat sini caranya, ataupun klik jer kat ibucergas tu, sbb dia dah ajar juga caranya.

Oklah..sekian dulu..daa...






Thursday, August 18, 2011

Pakai tudung itu mestilah di dalam rumah juga!

Salam semua..
Iyer kawan2, bukan kat luar rumah jer kita kena pakai tudung...tapi mesti pakai tudung (read as menutup aurat), walaupun di dalam rumah sendiri jika di dalam rumah tersebut terdapat lelaki bukan muhrim cthnya abang atau adik ipar. 
Ada sesetengah orang, kat luar pakai tudung tapi bila dalam rumah sendiri, rasa selesa dan tidak menutup aurat walaupun dengan kehadiran abg iparnya. Walhal abg ipar bukankah lelaki ajnabi @ bukan muhrim, so manalah boleh nak dibuka tudung depan mereka, dan bersalaman atau bertepuk tampar dengan mereka.

Korang tengok tak last week ada cerekarama , tajuknya kalau tak silap "Perempuan di hujung Ramadhan", lakonan Elly Mazlin dan Zarina AF.
Ceritanya berkisar tentang sorang adik yang mula2 menumpang duduk di rumah kakaknya, akhirnya berzina dengan abg iparnya dan akhirnya kawen dengan abg iparnya itu selepas diceraikan kakaknya.

Nampak kan keburukannya jika ipar duai tinggal serumah, sebab tu Nabi SAW meminta agar kita berhati2 dengan ipar duai. 
Aurat seorang wanita muslim dengan iparnya adalah sama  seperti auratnya dengan lelaki lain, sebab sampai bila2 pun, walau bagaimana rapat dan baiknya sesama mereka, abang ipar adalah tetap ajnabi/bukan mahram bagi seseorang wanita.

Kat sini mama copy pastekan soal jawab susunan Darul Nu'man , boleh juga refer page ini untuk maklumat lanjut.


1. Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar
Soalan:
Istilah 'mahram sementara'. Bagaimanakah hubungan diantara suami dengan adik/kakak ipar perempuan dan isteri dengan adik/abang ipar lelaki dari segi aurat?
Man Sulong, KL
Jawapan:
Maksud muhrim adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun untuk sementara waktu sahaja. Wanita yang haram dikahwini secara garis besar dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua, wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Haram dikahwini secara abadi ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat 23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.
Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara iaitu, wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain. (lebih jelas sila rujuk Perkahwinan & Kekeluargaan Dalam Islam - Abdul Ghani Azmi Hj Idris terbitan Dinie Publishers) Mengenai hubungan dengan ipar, maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW  sendiri menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)



2. Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar
Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?
Hashimah, KL
Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian  masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa  hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.


10. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya
Soalan:
Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
a. Kakak, adik ipar saya?
b. Biras saya?
c. Isteri pak cik saya?
Halim, Kota Tinggi
Jawapan:
Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.
Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.
Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.


So kawan- kawan, renung renungkan, dan selamat beramal.....

Monday, August 15, 2011

Pneumococcal Kedua dan Ketiga dan macam2 cerita...

Hari Sabtu lepas bawa adik and kakak ke Penawar Hospital, jumpa paediatrician dekat sana...

Untuk adik, at age of 11 months (corrected age 8 months):-
  • Doc tak puas hati dengan berat badannya, masih tak catch up, baru 5.8kg= still bawah 3rd centile of the graph!, ...(Bulan lepas byk kali demam, sbb tu tak catch up),
  • Doc suruh kasi makan lagi banyak dan kerap...okeh doc, no problem!
  • Cuma mama ni takut ni nak kasi makan byk sebab seminggu ni adik asyik constipated, bagi betik pun sama jugak...huhu...cian adik......
  • Solution: Doc suruh bagi Lactulose for his constipation....ok, dah ambik tadi kat klinik....
  • Perkembangan : boleh menjulur ke depan (move forward with his chest), recognize people, respond to name, pandai ambik barang masuk mulut, pandai duduk with support, stranger anxiety. 
  • Last2 lepas check2, zappp!!! adik dapat injection....meraung sekejap....
  • Injection kali ni adalah untuk Pneumoccocal 2nd dose...harga RM335...
Untuk kakak, at age of 2 year and 6 months:-
  • Berat kakak 12.5kg (eh turun ke bulan2 posa nih?)
  • Perkembangan: Boleh naik basikal roda 3, boleh scribbles, boleh recognize all the alphabets, boleh count up to 19, boleh hafal semua benda dalam buku dan flash cardnya, boleh baca fatihah, boleh ikut zikir2 kat Astro Oasis, boleh communicate well, and talk with long sentence, and last but not least, boleh hafal lagu Rossa- Ku Menunggu dan Ayat2 Cinta!!
  • Kakak pun suka je doctor tu check dia, tetiba zappp..pun dapat gak satu injection kat peha...meraung jugak la...sape tak nanges kena cucuk kan...(tp lepas balik tu dgn bangga syik dok ceta kakak kena cucuk..sakit..)
  • Injection kakak adalah Pneumococcal dose ketiga @ booster dose, yang sepatutnya diberi sewaktu usianya 1 tahun lebih, tp delayed sebab mama malas nak bawak gi jumpa paeds...(huhu..teruk kan mama ni)....harga pun sama RM 335..
Dah habis semua tu, time gi bayar mama pakai kad kredit jer...dicharge RM 874.30...terus jer sign....
Dah balik rumah, baru tergerak nak tengok bil..eh patutnya Rm 694 jer....mak aii..lebh kurang rm 200 terlebih bayar la pulok....huhu...kena la gi Penawar lagi, wat komplen....byk tu terlebih, kalau rm2 jer okey la kan...dah la nak raya ni.....

Balik rumah, rest/tido, then ke Giant, then terus ke rumah MIL untuk berbuka....sampai sana dah ngam2 nak berbuka jer..bazaar pun dah takde makanan sangat...huhu...


Malam: Kat rumah: adik menanges meraung2 berguling...sakit perut...dah berapa hari constipate ni..kesian sangat, perutnya keras sangat..last2 mama masukkan Ravin enema, and last2 adik poopoo tp keluarnya sikit jer...2 ketul kecik2...huhu...cian anak mama nih...
Lepas berjaya 'membuang' tu, adik dapat tido, tp kejap2 jaga meraung2..sampailah pagi mcm tu...Pagi esoknya baru perutnya lembut balik..dan barulah nak senyum balik...
Aduh....





     


Sunday, August 7, 2011

Perginya seorang buyut....


Gambar-gambar ini diambil sekitar Feb 2010, sewaktu umur Qaisara baru mencecah setahun...
Beza umur dua generasi ini adalah satu abad..
Buyut berusia lebih kurang 109 tahun (atau lebih)....sebab org dolu2 lambat buat IC...
Buyut ni actually nenek kepada papa Qaisara...kira moyang qaisara la ni...


Setelah lebih 100 tahun diberi kesempatan beribadat kepadaNYA,
4 hari lepas, iaitu tanggal 3 Ramadhan, buyut akhirnya pergi menemui Ilahi....
Moga roh buyut dicucuri rahmat..amin....
Al-fatihah untuk arwah Asiah bt Sahri.....








Monday, August 1, 2011

1st Day Ramadhan


Hari ni 1st August = 1st Ramadhan...
Johor bagi cuti sehari...takut pekerja dia lemah nak gi keje kot...
Masa dok Perak, Kedah dulu takde pun cuti hari pertama puasa ni...
Lain2 negeri yang cuti hari ni adalah.....??? ....(poor general knowledge) ..
Yang best sebab cuti lama.....sabtu ahad isnin...
Tapi sayang ini bukan waktu sesuai untuk bercuti....
Ini Ramadhan ok!

So melepak kat rumah...
Basuh baju, Lipat baju, Gosok baju...
Shopping2 dalam masa sejam....
Romantik2 tengok movie berdua dengan Mr Papa...
(Berdua sebab anak2 semua tido).....tp takleh wat "mende" lain sebab pose..hihi....
Nur Kasih....nasib baik takdelah sedih sangat...so nanges pun sikit2 jer....
Nasib baik tak beria gi tengok kat panggung...

Teringin nak gi bazaar Ramadhan

Macam2 kuih ada , pilih dan bayar jer...
Tapi yang bosannya, pusing punya pusing satu bazaar,
Last2 balik nanti mesti beli karipap juga...huhu