Wednesday, June 29, 2011

Talk untuk misi dan dokte sedunia..

Semalam (28hb) mama diminta bagi talk untuk kursus breatfeeding 20 jam..
Anjuran PKDJB, tp pesertanya termasuk misi2 dan dokte dari hospital HSA dan HSI...
Fuh..berpeluh gak memula tu...
Dah la nervous, kena parking jauh lak tu, lagi la jantung jadi laju sbb jalan jauh...huh

Ada banyak tajuk dalam modul tu...mama kena bagi tajuk ke 5...
"Birth Practices and BF"...
Ala... byk ceta pengalaman sendiri bersalin jer pun...

Dalam tajuk ni..apa yang penting adalah ::: To initiate BF as early as possible (within half an hour) after delivery..
Caranya adalah to provide "Skin-to-Skin contact" immediately selepas bersalin...

KORANG DULU LEPAS BERSALIN ADA TAK BABY DILETAKKAN ATAS DADA KORANG ?
Mesti letak at least 10 min (kat Mesia) , lagi bagus kalau dapat lama (1 jam)..
Kulit mak dan baby mesti bersentuhan .....

Mama dulu.....
1st baby, (QAISARA) : letak kejap jer, itupun takde skin to skin contact sbb baby diselimutkan, dan mama pakai baju...
2nd baby, (QAID) : dah 3 bulan baru dapat pegang, cuddle and hold with my hands...
..sebelumnya mama cuma dapat pegang tangannya melalui tingkap incubator...Kesian Qaid kan..
So takdenye skin to skin contact atas dada after birth...
Tapi dengan ilmu yang cukup, dan rezki yang ALLAH bagi, alhamdulillah Qaid masih exclusive BF + weaning sampai hari ni...
(No formula milk ha DrSinga)...heheh....

 Yang penting NIAT sedari awal untuk menyusukan bayi tu, INSYAALLAH ALLAH akan tolong, walau apa kesukaran dihadapi nanti, insyaAllah boleh diatasi...ingat tu Dr Najwa...

p/s : Mama ni tgh struggle buat stock EBM utk adik Qaid....bulan pose dah dekat, takut plak production merudum nanti...
















Tuesday, June 28, 2011

Bila dikau tersenyum, seluruh dunia juga senyum...

Alhamdulillah...semalam senyumannya kembali....
Happy sangat mama, papa dan kakak...
Itu tandanya Qaid dah sembuh, walau masih ada sedikit batuk...

Cuma satu lagi..dia punya geli belum balik lagi...
Sebelum ni bila digeletek, dia mesti jerit ketawa suka2...sbb geli...
Ni mama tgh tunggu bila nak geli  balik ni...
Geli pun boleh hilang bila sakit , eh?...
.
.
.
.
Mama plak yang sakit ni.....
Bernafas, hembus nafas, batuk....
Adoii sakit tak terkata mama punya  right ribs ni....
Ni tgh sakit, tapi tahan,
Bernafas pun slow2....

Kalau terbatuk, macam nak nangis sakitnya...
Dah seminggu batuk yang teruk, tapi dah makin baik..


Tetiba semalam ribs plak sakit...
Tulang rusuk pun boleh terseliuh kan...
Ke spontaneous pneumothorax???
Hishhh selisih.....nauzubillah..


Tadi gi keje, check org...
Diri sendiri sakit....
Tapi sebab kiter ni dokte..takde sape peduli,
Takde sape nak bagi mc..

Kalau patient dah sah2 kena komplen kalau tak kasi mc if sakit gini.....





Monday, June 27, 2011

Mahalnya senyumanmu....



Sudah seminggu lebih mama tidak melihat senyumannya...
Sudah seminggu lebih juga tiada tawa rianya...
Pandangan matanya kosong, lesu...
Benar2 keletihan dek batuk dan kesukaran dia bernafas...
Benar2 tiada mood dia untuk bersuara...membebel serta bercerita seperti selalu...

Walau dipanggil namanya, tetap juga dia hanya merenung mama...
Mungkin menunggu datangnya kekuatan seperti sediakala..
Kekuatan untuk meniarap, berguling2 dan menerkam seperti biasa...

Hari ini, dalam tidurnya, dia ketawa...
Mungkin ada mimpi indah di sana..
Mungkin gembira penyakitnya semakin pulih...
Mungkin ada syukur di hatinya bila kesakitan itu hilang..
Walau masih ada tinggal bakinya...

Hari ini, mama melihat dia tersenyum,
Sangat indah di pandangan,
Walau hanya dalam tidurnya...
Betapa mama sangat rindukan senyuman itu...
Tidak sedar mata menitiskan airnya...
Gembira.....




sungguh gila mama rindukan senyuman riang ini....









Sunday, June 26, 2011

Qaid Discharged..

Setelah 3 hari 2 malam berumah di hospital alhamdulillah akhirnya ptg td (Sabtu) Qaid dibenarkan keluar.
Actually keadaannya masih batuk2 yang teruk, hingga kelihatan seperti susah bernafas bila batuknya melanda, tapi disebabkan demamnya dah takde, the doctor decided to discharge him. By right esok ada lagi satu sessi lung physiotherapy, tapi nampaknya mama terpaksa wat physio sendiri kat rumah. 

Apapun alhamdulillah akhirnya dia dah boleh balik, susah juga mama di hospital tu actually, kakak lagi...papa lak shift malam jer manjang nih...

Cuma Qaid masih tidak feeding dgn bagus dan normal seperti biasa...minum tak sampai 2 min, dah stop, dipaksa2 pun ditolak kepalanya jauh dari mama....

Lagi satu Qaid sangat moody sejak sakit ni...dah beberapa hari mama tak lihat senyuman pada wajahnya.
Biasanya bila dipanggil namanya, Qaid cepat menoleh atau tersenyum, tp sehari dua ni, masam jer mukanya, langsung taknak senyum padahal sebelum ni senyuman sangat murah di bibirnya....

Digeletek2 juga dia wat derk jer...langsung tak menampakkan kegelian...langsung tak ketawa seperti kebiasaan bila mama geletek dia.
(Mesti dalam hati dia marah mama gini:: org sakit digeletek2, saper nak ketawa..huh)

Oklah, Mama pun dah takde idea nak tulis apa malam ni, just to thank you buat mereka yang sudi mendoakan kesembuhan Qaid..moga tiada lagi kesakitan hingga memerlukan admission selepas ini...









Saturday, June 25, 2011

Warded Again!

Sejak ahad lalu Qaid dah start demam , batuk dan blocked nose, tp mama bertahan di rumah...Nak cuti susah nak cari ganti...
Akhirnya hari khamis (23/6/2011), mama amik emergency leave, utk jaga Qaid di rumah. 
Petang rabu sebelum tu, waktu amik dari rumah BS, Qaid nampak lemah sangat, rupanya seharian dia cuma minum 3 oz!!

Kesian sgt anak mama ni..
Petang tu jugak, nampak dia macam dah tak boleh bernafas, terus bawak ke klinik..Mula2 nak gi Hospital Penawar, tp mcm tak sempat, so singgah klinik swasta dekat dgn rumah.
Doctor tu sedut lendir dan kahak dia yg banyak kat dada, baru nampak dia ok dan boleh bernafas...

Hari khamis, bawak dia jumpa Paediatrician di Hospital Penawar, terus kena masuk ward...
Seperti biasa, bagi antibiotik, bagi nebulizer 4 jam sekali.
Actually the doctor did try to insert branula untuk masukkan IV antibiotics, tp selepas beberapa kali cubaan mencucuk, nampaknya doctor terpaksa mengalah. Susah plak nak dapat line Qaid kali ni, mungkin sbb dah banyak sgt parut...

Qaid...please stay healthy after this..sangat susah untuk cucuk kamu dan masukkan wayar2 itu!!! 
Menjerit2 Qaid kesakitan setiap kali dicucuk, tp nak buat macam mana, memang susah. Last2 doctor bagi oral antibiotik jer...

Hari ni hari ketiga kami di sini...Malam pertama tu kakak qaisara pun terpaksa tido kat spital, sbb papa keje malam..
Susah jugak nak handle 2 org budak ni...terutama si kakak..suka nangis kuat2....esp waktu minta nenen! Ingatkan dah lupa, sbb dah 3 hari tak minta, tp rupanya dia pantang mama baring sebelah dia, terus teringat nak nenen.
Adik lak rilex jer tido sorang2 kat katil dia...takde kepoh2 pun..huhu....

Esok pagi2 jumaat tu, papa balik keje terus ambik kakak bawak balik rumah. 

Harap2 hari ni qaid boleh balik...tp susah nak cakap, sbb setiap kali batuk, qaid nampak sangat susah bernafas..kdg2 sampai nak biru dibuatnya...

Oh! mama sendiri pun batuk dan selsema hampir seminggu jugak...sama macam Qaid dan kakak juga.. (actually kakak yg mula2 kena tp skrg dah baik sikit..)

To all...please doakan kesihatan Qaid Mukhlis yer...thank you...





kakak tido ngan mama, adik tido sorg...






layu jer mata, senyum pun taknak....sian anak mama!

nebulization

Monday, June 20, 2011

Mama ada baby lagi?

Heheh....disebabkan Qaid dah sibuk2 hisap ibu jari kaki, kita kasi la adik kat dia sorang eh....
Leh la wat kawan....skrg kawan ngan kakak jer..nak geng boboy gak kot....

Hohoho.....
Ni cerita tentang baby baru MamaLin (Babysitter yang lama ) la...
Kan Qaisara dan Qaid kena tukar BS sbb mamaLin nak bersalin...
So last 2 weeks, mamaLin dah selamat bersalin, baby boy, leh la jadi geng Qaid...

Petang weekend lepas sempat gi tgk baby baru...sukanya Qaisara, bukan sbb tgk baby baru, tp sebab dapat jumpa abg shahmi dan kak syasya yang dirindunya....

berlatih pegang baby sebelum pegi ziarah baby mamaLIN

ala kiut la sangat tu....

with kak syasya..peace...

abg syahmi yang ensem dan rajin melayan qaisara

nilah baby baru mamaLIN...

Sunday, June 19, 2011

Belangkas Mahkota!

Salam semua..
Kami baru balik jalan-jalan cari makan at Kota Tinggi...
Sampai KT tadi dah tgh hari, lapor, teringat plak nak makan belangkas yang glamer kat sana..
Kecik dan sederhana jer kedainya, takde hiasan bagai..tapi orang tak putus-putus....
Dek penangan belangkas punya pasal, khabarnya Kembara Mahkota Johor pun pernah singgah sini...
Sebab tu namanya Belangkas Mahkota kot?,,(tul ke info nih).

ni la warungnya, dekat jalan apa eh (lupa nak dapaatkan info tadi), tapi rasanya kat main road Kota Tinggi

Nilah rupa belangkas yang dah siap dimasak..yg dimakan adalah telurnya tu....isinya plak ala rasa ketam gitu...

tamat sesi menjamah belangkas yg pedas..fuh..berjejer air mata....

muka budak baru bgn tido dan tak puas hati takleh makan belangkas...(sbb pedas)..lauk lain pun sume pedas..so berlapar la kejap kakak....



ni lagi satu muka tak puas hati, mama khusyuk mkn belangkas sampai tak ingat nak kasi adik makan...haha...

Monday, June 13, 2011

Papa dah jadi petani la pulok!

Mr Papa dengan kawan2 dia tgh semangat sekarang ni nak berkebun...
Siap sewa tanah utk berkebun...

Mama harap sangat2 tak jadi hangit2 tahi ayam .....
Moga ada hassilnya nanti..tak rugi berbudi kepada tanah..
Pertanian adalah perniagaan...
Dan perniagaan adalah cabang rezeki yang terbanyak....

Layan picture yang mama sempat snap di kebun papa...

kawan baru papa.....
Add caption

himpunan burung bayan...(ke burung kakak tua eh?)

ayam sesat

qaisara sempat posing lagi...

aduh, kena semua gatal la pulak!

cantik sungguh ciptaan Allah

burung2 berkicauan

nampak tak kepala tupai atas tu?

Sunday, June 12, 2011

Makhluk pelik dalam rumah kami

Haha..sehari dua ni kita apdet ceta tentang creatures jer yer....

Actually makhluk ni dah beberapa kali mama nampak, mula2 bulan 4 hari tu, pastu bulan 5 baru ni..
Tak sure binatang yang sama atau yang lain, sbb rupanya seiras...rasanya binatang yg sama la kot....
Mama cam dia sbb dia cacat , biasa ada 8 kaki, tapi dia cuma ada 4.....sebelah badannya takde kaki, tapi larinya laju....

Spider OKU..cian dia...






Saturday, June 11, 2011

Makhluk mengerikan dalam rumah kami

Kalau korang, korang ngeri tak if binatang ni masuk dalam rumah kita, pastu wat cam rumah sendiri...?
ni pic dr google, bukan jenis ni yg masuk tu...hope tak masuk lagi la...walau apa jenis pun..

Mula2 malam tu qaisara minta barang mainan dia dalam stor, mama bukakan pintu dan suruh dia amik sendiri, pastu dia tutup sendiri pintu stor tu...

Malam tu kul 230 am,mama buka stor utk simpan mainan dia semula, tgk2 ada si 'tali pinggang hitam' tu, dia nampak mama terus dia lari masuk dlm stor, sembunyi celah barang2...
Terus call papa balik dr tempat kejenya, tp papa pun tak berjaya halau wp benda tu dah depan mata...

Esok paginya balik keje papa selongkar stor tp tak jumpa..so malam esoknya mama bawak anak2 naik atas, lepak atas sampai papa balik, baru berani turun....baru makan nasi...

Malam tu waktu semua dah tido, dalam sunyi sepi tu lah, papa yang masih berjaga di luar bilik nampak ekor nya terkial2 nak keluar dari stor....terus pukul dgn buluh yg memang dah cari petang tu....

Alhamdulillah...dah hilang kejap takut mama, tp masih taruma walaupun benda tu kecik jer.....kalau nak ikutkan ini dah kali ke4 si binatang ini tumpang lalu dalam rumah ni..camne nak buat eh?


Syukur sangat bukan qaisara yg nampak...ntah2 memang dah ada dari awal lagi kat situ...
Haish....ngeri tul bila fikir...
Ya Allah jauhkan anak-anakku dari segala bahaya...


Habit baru Qaid

2 hari lepas (8/6/2011) genap umur Qaid 9 bulan, corrected age 6 bulan. 
Balik dari rumah Babysitter malam tu, Qaid akhirnya  berjaya memusingkan badannya agar terlentang semula dari posisi tiarap. Alhamdulillah, satu lagi perkembangan yang memberangsangkan.

Malam tu juga mama perasan Qaid dah dapat dua  habit baru:
1) sembur air liur
2) hisap ibu jari kaki...huhu....kata papa nak dapat adik lagi...nonsense tau itu papa .....qaid baru belajar meniarap, takkan nak tambah adik..oh no..no...no....

Sungguh tak logik kan ..ader ker isap ibu jari kaki nak dapat adik...isap ibu jari kaki tu rasanya semua baby akan buat bila sampai waktunya, means dah sampai dia punya development milestone utk isap jari kaki.

Qaisara dulu seawal 6 bulan pun hisap gak ibu jari kaki, tapi umur dia setahun 2 bulan baru mama pregnant lagi, dan setahun 5 bulan baru dia dapat adik...

Oh yer..lagi satu adik dah belajar tonggeng2, nak bawak dada ke depan (menjulur dada)...tak lama lagi habis la satu rumah di explorenya..alhamdulillah....


Okey lah..update ringkas untuk hari ini....next entry nanti mama akan ceta tentang makhluk mengerikan di dalam rumah....
































Wednesday, June 8, 2011

Happy Birthday Sayangku dan Ibuku!

Semalam, 7/6/2011 adalah birthday En Suami....serentak pula dgn birthday my mom...
Didoakan agar keduanya :-
- sentiasa dalam rahmat Allah
- panjang umur dalam ketaatan,
- murah rezeki yang halal lagi berkat, 
- serta bahagia selalu, 
dan khas buat En Suamiku, moga bahagia kita berpanjangan dan kekal hingga ke syurga...Amin...

Tak sangka cepat tul masa berlalu, masa kenal En Suami dulu umur dia baru "28", tup2, dah 40...
Eh..no.no..no..your life shouldn't begin at fourty ok!
I know it's started earlier than 40..that's why i'm here....
(Hanya En Suami yg boleh faham statement ini...hehe)

By the way, mama bertuah dikurniakan papa...
Terima kasih Tuhan, kerana menciptakan dan mengirimkan lelaki ini untukku....
Panjangkan jodoh kami hingga hujung nyawa ya Allah...
Dan panjangkan umurnya dan umurku agar dia bisa menjadi tua bersamaku di villa ini...

Oh ya, 
En Suami and I are both Gemini...that's why we have chemistry kot?

Dan utk my mom pula, tanpa mu mak, siapalah anakanda ini...moga mak dan ayah terus diberi kebahagiaan berpanjangan....amin..


p/s En Suami....Sila tuntut hadiah anda 2 hari dari sekarang ok, lum sempat balut....heheh....