Friday, March 18, 2011

Memandang keagunganMU...(prematurity complications)

      Bayi pramatang atau premature adalah mereka yang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan.
Kenapa boleh berlaku pramatang: 
-->Banyak sebab cthnya seperti ibu merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.
-->Boleh juga disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit semasa dalam kandungan, bleeding ,umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan juga pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.(about 50% kes pramatang tidak diketahui sebabnya)

            **  Okey...untuk Qaid Mukhlis yang dilahirkan 16 minggu lebih awal dari sepatutnya, he was extremely premature...mama had a bleeding prior to his delivery. So mungkin itu penyebabnya..takper..rezeki nak tengok dunia lebih awal...nak sambut raya sama2..**

Bayi pramatang biasanya mengalami pelbagai komplikasi disebabkan struktur tubuh badan yang belum sempurna kejadiannya.
Antara komplikasi tersebut adalah:

1. Masalah Sistem Pernafasan
- masalah paling biasa ditemui adalah Respiratory Distress Syndrom (RDS), yg disebabkan oleh ketiadaan surfactant dalam peparunya (surfactant hanya akan dihasilkan bila kandungan berusia 37 minggu ke atas.) Tiada surfactant, maksudnya bayi akan mengalami kesukaran bernafas, kerana alveolar di dalam peparu sukar mengembang untuk menerima udara dan mengeluarkan karbon dioksida. RDS sangat biasa berlaku dan biasanya bayi pramatang memerlukan bantuan oksigen atau mesin ventilator bagi membantu mereka bernafas. Surfactant pula boleh diberikan kepada bayi yang disyaki tidak mempunyai cukup surfactant di dalam peparunya.
 *** QAID MUKHLIS ada  MILD RDS sewaktu awal kelahirannya dulu. Walaubagaimanapun dia tidak memerlukan Surfactant, kerana sewaktu mama tengah sakit2 sebelum bersalin tu, the O&G doctor sempat bagi mama 2 jabs of dexamethasone at 12 hours apart. Dan Alhamdulillah juga RDS nya adalah mild, so dia tidak memerlukan bantuan ventilator ketika itu.
(Actually doktor di hospital swasta tempat mama bersalin ada masukkan tiub utk sambungkan dia kepada mesin ventilator tu, tp bila sampai hospital kerajaan, tiub itu tercabut sendiri, dan doktor di sana dapati dia sebenarnya tidak memerlukan tiub dan mesin ventilator itu pun...Kuasa ALLAH yang lebih Mengetahui yang mencabut tiub itu, kan?)***

2. Apnea of Prematurity (AOP)
-berlaku bila bayi berhenti bernafas, menyebabkan nadinya menurun dan oksigen level turut drop. Komplikasi ini lebih jarang berlaku bagi bayi pramatang yang lebih tua. Ada 2 jenis AOP, iaitu Jenis 1) Central Apnea -baby lupa untuk bernafas sendiri disebabkan sistem sarafnya belum matang.  Jenis ke 2 ) Obstructive Apnea - iaitu bayi cuba bernafas, tetapi saluran pernafasannya collapse. Biasanya preemie mengalami kedua2 jenis apnea dan biasanya sembuh ketika umurnya mencapai 40-44 minggu (termasuk minggu kehamilan)
***Okey, Qaid alami ini dulu...bilamana dia sering lupa untuk bernafas, so doktor letakkan sedikit oksigen pada hidungnya (sangat sedikit, iaitu oksigen bubling, sekadar ada hembusan angin supaya Qaid tak lupa bernafas)***

3. Masalah Otak
Masalah otak yang paling ditakuti adalah IVH (Intraventricular Haemorrhage). IVH melibatkan pendarahan di sekitar kaviti otak. Yang utama, saluran darah di salam otak bayi premature adalah sangat 'fragile', mudah pecah, terutama bila tekanan darah atau level oksigen berubah. IVH digredkan dari 1 hingga 4. Gred 1 paling kurang serius, gred 4 paling serius. Gred 3 dan 4 adalah berisiko mendapat hydrocephalus (air berlebihan dalam kepala) dan juga Cerebral palsy.
*** ALHAMDULILLAH syukur sangat2 Qaid Mukhlis tiada komplikasi ini. Syukur padaMU ya Allah...Terima kasih Tuhan.***

4. Masalah Jantung
Bagi premature infant, masalah jantung yang sering berlaku adalah sesuatu yang dipanggil PDA (Patent Ductus Arteriosus). Sebelum lahir, Ductus Arterious akan menyambungkan Arteri pulmonari terus kepada Aorta . Bila seseorang bayi lahir, hubungan ini sepatutnya tertutup, untuk menjadikan dua arteri utama ini terpisah. Walaubagaimanapun, bagi bayi pramatang, ia kekal terbuka (patent), dan menyebabkan banyak darah akan dipam melalui peparu sewaktu hari2 awal kelahirannya. Cecair yang berlebihan boleh berkumpul di dalam peparunya, menyebabkan apa yang disebut heart failure (lemah / kegagalan jantung).
***Sekali lagi syukur, kerana Qaid tidak mengalami PDA ini***

5. Jaundice
Atau dikenali juga sebagai penyakit kuning, ianya disebabkan hati bayi yang belum matang untuk memproses darah dalam badannya sebaik saja dia lahir. Bayi biasa/term juga mengalami ini.
Bagi bayi pramatang  jaundis adalah lebih common. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit.
*** Syukur sekali lagi, Qaid tidak mengalami ini***

6.  Retinopathy of Prematurity (ROP)
Bayi pramatang boleh mengalami ROP, iaitu sejenis penyakit pada mata yang sedang berkembang. Preemie adalah berisiko mendapat ini kerana retina mata mereka (lapisan paling dalam di dalam mata) adalah hanya mempunyai sebahagian saluran darah yang belum sempurna sepenuhnya, terutama bagi bayi yang sangat2 awal pramatangnya. Ditambah pula kesan pemberian oksigen kepada preemie, menyebabkan salur darah yang 'separuh siap' itu mengalami kerosakan, iaitu boleh pecah, berdarah, dan meninggalkan parut2 pada retina, seterusnya boleh menyebabkan retinal detachment dan kebutaan. (retinal detachment= lapisan retina tertarik keluar dari dindingnya). Ada 5 stage bagi penyakit ini :
  • Stage 1 is a faint demarcation line.
  • Stage 2 is an elevated ridge.
  • Stage 3 is extraretinal fibrovascular tissue.
  • Stage 4 is sub-total retinal detachment.
  • Stage 5 is total retinal detachment.
ROP biasanya berlaku kepada bayi pramatang yang mempunyai berat kurang dari 1250gram atau dilahirkan sebelum 31 minggu kehamilan. Lagi kecil seseorang bayi itu, lagi besar risiko mendapat ROP.

*** Untuk Qaid, oleh kerana dia sangat extremely prem, (remember dia lahir at 24 weeks dan hanya seberat 720gm), maka dia mengalami ini di stage 3. Dan untuk itu dia menjalani rawatan laser argon agar penyakitnya tidak terus progress hingga menyebabkan retinal detachment. Cerita tentang ini pernah mama tulis  di sini , di sini juga, dan tentang laser treatmentnya di sini .

Alhamdulillah selepas menjalani laser, penyakit mata Qaid tidak terus progress, dan mama harap tiada lagi komplikasi pada matanya selepas ini. Buat masa ini, Qaid memang sudah pandai melihat, dan mama tau dia nampak (ada fix and follow) . Selepas discharge dari hospital, sudah 3 kali Qaid mendapat lawatan susulan di klinik mata, di mana setiap kali itu, matanya dititis dengan sejenis ubat bagi membuka anak matanya, agar doktor dapat melihat terus ke dalam retinanya. Dan alhamdulillah setakat ini, ketiga3 pemeriksaan menunjukkan Qaid baik2 saja.. Syukur Ya Allah.*** 

Pemeriksaan lanjutan dan susulan terhadap matanya adalah perlu untuk sepanjang hidupnya, kerana risiko retinal detachment masih ada at whole life, selain risiko strabismus  (juling) dan juga short-sighted (rabun dan perlu bercermin mata)

7. Necrotising Enterocolitis (NEC)
-iaitu keadaan yang selalu terjadi pada preterm babies, bila ususnya mengalami necrosis (kematian tisu). Risiko berlakunya ini adalah begantung kepada umur bayi sewaktu lahir, iaitu lebih awal dia lahir, lebih tinggi risiko ini. Kematian tisu pada usus akhirnya boleh membawa kepada kebocoran usus tersebut (intestinal perforation), peritonitis (radang pada selaput peritoneum di dalam abdomen), dan seterusnya hypotension (tekanan darah menjadi rendah) yang akhirnya boleh membawa kematian. 

Bagi mengatasi masalah ini, early small feeding adalah perlu untuk mematangkan usus yang belum matang itu agar lebih bersedia menerima jumlah feeding yang lebih besar. Dalam hal feeding ini, SUSU IBU adalah yang terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!. (Di barat, mereka mencari penderma susu ibu bagi menampung keperluan bayi premature ini, jika ibu bayi tidak mempunyai susu yang cukup. )

***Bagi Qaid Mukhlis yang sedari awal telah mama providekan dengan susu ibu, Alhamdulillah komplikasi ini tidak terjadi kepadanya..Syukur sekali lagi Ya Allah...***
 


QAID MUKHLIS sayangku, mama menulis ini, agar satu hari, bila membaca ini, kamu sedar betapa bertuahnya kamu, betapa kamu punya berjuta sebab untuk terus mensyukuri nikmat ILAHI, menjadi hamba yang taat dan patuh padaNYA, dan menjadi hamba yang tau berterima kasih serta tidak derhaka pada Tuhanmu, serta menjadi anak soleh yang selalu mendengar kata.

      Dan hari ini, setiap kali memandang kamu, melihat wajah comel kamu, menyentuh mulusnya kulitmu, membelai halusnya rambutmu, menatap jernihnya sinar matamu, mendengar ria tawa kamu, melihat manisnya senyumanmu, pasti menitis air mata mama ini, kerna mama tahu, mama sedang memandang KEAGUNGAN TUHAN dan satu lagi keajaiban ciptaanNYA....

SUBHANALLAH......Terima Kasih Allah....


4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Subhanallah..Maha Besar Allah!Sebak sungguh rasa di dada.
Menitis airmata ibu membaca entry nih.Betapa beruntungnya Qaid walaupun xtreme premature tapi dia banyak terhindar dari komplikasi tuh.Terima kasih atas info yang sangat berguna ini mama.
Aisya mengalami hampir kesemua yang mama catatkan iaitu no.1,2,4 dan 5 malah ada beberapa lagi masalah lainnya.Tapi ibu tetap bersyukur kerana dia masih ada bersama ibu hingga ke hari ini :)
Semoga Qaid membesar dengan bijak dan sihat ye sayang.

Mama3Q said...

Ibu aisya, yer,mama sgt bersyukur utk semua itu..moga dia membesar dengan sihat dan bijak..
Mama juga doakan aisya akan menunjukkan perkembangan yang baik walaupun dengan pelbagai komplikasi dialaminya. Apapun, dia anugerah teristimewaa buat keluarga kalian, kan! Ada hikmahnya, dan ada pahala besar yang menungggu di sana...insyaAllah...

Pensil Magik said...

mama2Q,
bagus info ni.. berguna untuk ibu2-ibu yang melahirkan anak2 preemie. mula-mula dulu susah hati juga kerana baby Bree ada beberapa komplikasi tapi selepas buat research di internet, rupanya ramai preemie yang ada masalah sama. Kita aje yang kena cekal berusaha dan jadi setabah mungkin.. semoga mereka pun akan jadi sekuat kita ya mam2Q.

hug and kisses for your lovely kids.. * hug

K said...

Salam...mintak izin nak copy info ni bole? Anak saya juga preemie 24weeks. Just now had laser operation sbb kompilasi rop. Selain itu ade masalah paru2 sebab lahir jer ada kuman. Alhamdullilah so far anak saya ok xde masalah lain lagi. Tima kasih sharing this info. Sy rs lebih kuat dan semangat bila ramai yg share their journey in raising preemies baby.