Wednesday, September 28, 2011

WANITA, Suami, dan HEPATITIS B

Seorang wanita, terpelajar, baru berkawen dan kini hamil anak pertama....
Datang klinik untuk first check up...
Susah hati sebab sang suami yang baru dikahwini menghidap Hepatitis B..

Wanita terpelajar ini pun tahu...Hepatitis B hanya ada beberapa cara saja untuk menjangkiti seseorang; iaitu:

1) Dari ibu kepada anak yang dikandungnya...
2) Melalui cecair badan seperti darah, air mani, dan ini boleh berlaku jika seseorang itu :---
  • berkongsi jarum suntikan dengan mereka yg telah dijangkiti Hepatitis (cth macam penagih dadah )
  • terkena jarum atau menggunakan alatan yang telah digunakan pada pesakit Hepatitis seperti berus gigi, pencukur, gunting, alat tatto dsb
  • Menjalani pemindahan darah (bukan menderma darah, tp terima darah org yang tercemar dengan Hepatitis)
Dan cara lain ialah
3) Melakukan hubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti Hepatitis B

HEPATITIS B TIDAK merebak dengan
  • bersalam dengan mereka yang dijangkiti
  • berpeluk dengan mereka yang dijangkiti
  • duduk bersebelahan dengan mereka yang dijangkiti
Kata wanita ini,
  • Suaminya bukan penagih dadah dan tidak pernah terkena suntikan dari jarum yang tercemar serta tidak pernah mendapat pemindahan darah...
  • Seluruh ahli keluarga sang suami termasuk ibu serta adik beradiknya adalah bebas dari Hepatitis...
So...cuma tinggal cara ketiga..iaitu melalui SEKS....masalahnya sang isteri juga bebas dari Hepatitis...makanya dari siapakah sang suami mendapatkan Hepatitisnya??

Kata wanita ini lagi...dia mendapat tahu penyakit suaminya sejurus sebelum mereka berkahwin...kad jemputan sudah diedar...manakan lagi mahu dibatalkan....lagi pula cinta hati punya pasal.....cuma sekarang lepas kawen baru susah hati, takut diri sendiri pula terkena jangkitan, dan takut pula anak dikandung juga terkena....dan lepas kawen baru terfikir, dengan siapakah suaminya pernah ehem2 sebelum mereka berkahwen....

Cumanya wanita terpelajar ini bijak...cepat2 pula dia mendapatkan vaksinasi agar diri terpelihara ...

Pesanan bagi mereka yang nak kahwen...tak cukup setakat check status HIV pasangan anda, tapi check juga dia punya:
  1. VDRL (utk siflis)
  2. Hepatitis C
  3. Hepatitis B
  4. Gonorhea 
  5. Penyakit lain seperti thalassemia, asthma, mental, dan macam2 lagi lah....
(Sebelum kawen dulu mama check status bakal suami....Mr Papa dah lulus check ni semua baru leh kawen dgn mama)...harap2nya terus negative la ye...


p/s  Hepatitis A tak risau sangat sebab ia bukan kronik dan cara jangkitannya boleh melalui makanan cthnya kerang tercemar...tp utk hepatitis B dan C...status dan cara jangkitannya macam HIV juga...so pesanan buat mereka yang punya pasangan terjangkit dgn Hepatitis B/C ni sila pakai kondom....protect yourself....!




11 comments:

~najwa~ said...

tak pernah pulak cek status husband, huhu. just cek HIV status je sblm kahwin.


~dah byk kes mcm ni jumpa kat KK (malay guy especially).......tup,tup kantoi!!! hehehe.

AI said...

- kesian kan isteri...suami tu x ngaku ke...

Mama2Q said...

Najwa...pegi la suruh husband check..buat yg kat lab (BP Lab atau apa2 lab tu senang, cepat je dpt semua result...)
Husband dulu sbb tiap2 tahun mesti company dia akan check , tu yg boleh tau status dia tu...

Mama2Q said...

Ai..sure la tak ngaku..lelaki kan....:)

mamaqaireen said...

alahai..takutnye..dilla sendiri pun tak tahu..inikan pula suami ku....nak kena check ni!!

Mama2Q said...

mamaqaireen..sila2...pegi check cepat...;;;)

Anonymous said...

keluarga cik terpelajar tu semuanya dah buat ujian darah ke?? yakin je cakap yang diaorang semua tu tak ada hepatetis B. kebanyakan pengidap hepatetis B ni tak rasa sakit pun... bila dah teruk baru sedar. tak semestinya hubungan seks je boleh menyebarkan virus hepatetis B. berkongsi kepit kuku pun boleh dapat virus ni. jangan cetek sangat pengetahuan pasal penyakit ni. nak tau lebih lanjut jumpa doktor pakar. jangan kerana hal yang boleh diselesaikan ni rumahtangga yang dibina hancur. kadang2 orang yang bercakap hal ni pun boleh salah fakta. tanya la pada yang pakar. jangan cepat menghukum. fikir-fikirkan, dan renung-renungkanlah.

Mama2Q said...

Puan anonymous...yer betul;;;;
Fakta bahawa ketip kuku boleh juga menyebarkan hepatitis telah saya tulis dalam ayat ini --->
*** Terkena jarum atau menggunakan alatan yang telah digunakan pada pesakit Hepatitis seperti berus gigi, pencukur, gunting, alat tatto dsb...
Dan yang ahli keluarganya tu memang semua telah pergi check sebaik sahaja dapat tau si suami itu ada Hep B..dan ternyata mereka semua memang negative...
Bukan menghukum, tapi si suami atau sesiapa sahaja tak perlu takut jika benar dia tak buat perkara terlarang...:)

Fyzal Faiz said...

suruh si isteri ambki vaksin hepatitis b,,supaya ia tak dijangkiti,,tnya yg pakar,,sy adelah positif hepatitis b,,isteri sy dah ader vaksin hepatitis b,,so kita org bersama selapas tu,,cek balik,,alhamdulillah isteri sy tak kena jangkitan hepatitis b..

Fyzal Faiz said...

mintak isteri ambik vaksin hepatitis b..insaallah tak berjangkit,,,sy juga positif hepatitis b...doktor yg syorkan isteri sy ambik vaksin tu,,,selepas bersama,kami cek darah kembali ,,alhamdulillah isteri sy tak dijangkiti,,kerana sudah ader vaksin,,tak salah sy vaksin tu bertahan selama 5 thn..senang citer setiap 6 bulan pegilah cek darah,,boleh tau tahap antibodi tu...sy percaya setiap org dlm malaysia nie pasti ader,,cuma tak cek darah jerr,,,bnyak faktor adelah penyebapnyerr

Mama2Q said...

En Fyzal Faiz...
Thank you for sharing...
Betul tu, isteri atau pasangan yang belum dijangkiti sepatutnya pegi dapatkan vaksin tu (3 doses), utk dapatkan kekebalan atau imuniti terhadap penyakit ni, insyaAllah tak akan dijangkiti walaupun ada hubungan...kecuali Allah menginginkan yang lain...:)

Tapi fakta tentang org kat malaysia ni semua ada hep B tu kurang tepat...tp kalau yg ada dari kecik, penyebabnya kebanyakan adalah dari ibu kepada anak (vertical transmision)..terutama mereka yang berasal atau ada susur galur dari sblh myanmar, siam dan vietnam....

kalau dah dewasa baru dapat jangkitan hep b ni, kena check lah kat mana dia dapat, mungkin dari sebab2 yang disebut kat atas tu...

TQ