Wednesday, September 14, 2011

Ketupat Kedah Mai!

Since masih dalam mood raya dan rumah terbuka, sajer jer nak tunjuk pic ni...
Ketupat kami orang kedah/utara...
Dari kecik mak tak pernah miss buat ni...
Ketupat utara ni sedap..bukan macam selatan punya ketupat, macam nasi biasa jer rasanya...
Dah tu tiap2 hari boleh beli nasi impit tu kat mana2..tp ketupat kedah time raya jer leh dapat...itu yg spesel..
(hahaha...jgn marah org johor yer, gurau jerk)




Ni lah rupa daun palas utk wat ketupat...sure ada yg tak penah tgk kan?

Daun palas perlu dibuka , biasanya sehari atau malam sebelum ketupat dibalut
First step, pulut yg telah dimasak dgn santan akan dimasukkan ke dalam daun palas yg dibentuk segitiga seperti ini..
Pas tu dibalut lah ketupat ini...proses membalut ni perlu skill, sbb kalau salah balut, ketupat ni akan jadi ketupat betina (hahaha..ketupat ni ada jantan dan ada betina tau)
Ini lah rupa ketupat yg siap dibalut..lepas ni ketupat ni akan direbus selama beberapa lama (sampai air kering)..mungkin dalam lebih kurang sejam...


Ketupat ni boleh dimakan sama ada dengan rendang, daging masak gulai/kari, atau serunding....
Ketupat ni actually kat sebelah Pantai Timur pun ada, cumanya kalau kat Kelantan tu  rasanya agak manis sikit ...tak berapa gemor plak nak makannya....

Makanan spesel apa lagi time raya ni yer..U all?




5 comments:

Cheq Sue said...

memang berbeza. nanti tgk ketupat kelantan pulak ya...

AI said...

- mama2q pandai ke buat ketupat tu?

Mama2Q said...

hehe..Ai, pandai la jugak nak balutnya, cuma pulutnya lum pandai masak (actually senang jer, cuma tak penah belajar buat)

Bicara hati ibu aisya said...

Kak, kat kg saya trgnu pun famous gak ketupat daun palas nih.Malah dah jadi macam makanan harian.hihihik

Mama2Q said...

hihi...makanan harian ? rajinnya buat tiap2 hari?