Thursday, March 3, 2011

Maafkan mama, kakak...

Sehari dua ni mama tekun melayari web dan blog berkaitan exclusive breastfeeding, dan ini buat semangat mama sangat berkobar2 untuk terus menyusukan baby Qaid sepenuhnya biarpun akan mula bekerja minggu hadapan.

Dan entry kali ini sebenarnya tentang perasaan mama, yang sehingga kini masih kesal dengan kegagalan mama ketika penyusuan kakak qaisara dulu.
Kakak menyusu sepenuhnya sewaktu dalam pantang, tapi sewaktu mama mula bekerja, sedikit demi sedikit, susu kakak terpaksa ditambah dengan formula. Masih mama ingat waktu tu, mama belum punya fridge (yang ada adalah fridge satu pintu, yang freezernya kecil, dan pintu freezernya telah tiada (huhu...nak kata sengkek tak juga, tapi entah kenapa tidak terbeli waktu itu fridge yang lebih baik).

Oleh sebab itu, sewaktu dalam pantang, mama langsung tidak membuat stock susu sebagai bekalan ketika bekerja, walaupun ketika itu susu mama mencurah2 banyaknya. Breast bengkak, tapi mama tak pernah mengepam, sedangkan proses pengepaman itu akan membanyakkan lagi susu ibu. (cetek ilmu pengetahuan pun yer juga, biarpun bekerja di bidang ini sepatutnya mama lebih tahu.)

Sehari dua sebelum naik bekerja, barulah mama ke farmasi (masa ni dah habis pantang, so boleh berjalan2 di farmasi). Oleh kerana farmasi bukanlah pusat sehenti utk penyusuan, yang ada di situ hanya pam yang agak murah dan dioperate secara manual dan memerlukan bateri. Mama pernah tunjukkan di sini.

Ketika itu juga mama belum punyai laptop untuk melayari internet mencari maklumat tentang penyusuan, tentang pam yang bagus, tentang pam yang boleh dibeli secara online..Aduh serba kekurangan waktu itu, kakak. Kekurangan ilmu, kekurangan modal, biarpun  niat asal mama ketika mengandungkan kamu adalah mama mahu kamu menyusu hingga umurmu 2 tahun. MAAFKAN MAMA, SAYANG, atas kegagalan itu.

Yer, betul, memang kakak masih menyusu hingga umurmu 2 tahun, tapi alangkah indahnya kalau mama tak pernah memberi kamu susu formula. Alangkah lebih indah jika mama berjaya susukan kamu secara eksklusif.

Selepas mama kembali bekerja waktu itu, mama akan mengepam susu buat bekalan kakak esok harinya (ibarat kais pagi, makan pagi), tiada langsung stock susu di rumah. Kakak terpaksa diberi formula sebagai tambahan kepada susu perahan yang sedikit itu. Bila mama balik dari kerja barulah kakak akan terus direct breastfeeding sampai ke malam. Tiada susu formula di rumah. Kira2 susu formula 50%, susu mama 50%. Alhamdulillah.

Namun, mama bersyukur kerana masih mampu mengepam waktu itu. Hinggalah waktu umurmu 6 bulan, datangnya somebody berpindah ke tempat kerja mama, yang berpangkat lebih tinggi dari mama, maka bermulalah saat2 di mana mama tidak lagi berjaya mengepam walau sekalipun di tempat kerja. Dan natijahnya, susu mama terus merudum, dan kakak terus bergantung kepada susu formula 80-90%, manakala susu mama hanya 10-15%.

Ya, masih bersyukur, kerana walaupun hanya 10-15%, kakak masih mahu terus melekap dengan mama, especially waktu mahu tidur. Even sudah kenya sebotol susu formula, kakak akan cari mama untuk "melekap' dan lena dengan nyenyak.

Hinggalah umur kakak 1 tahun 2 bulan, mama dapati mama mengandungkan adikmu Qaid, kakak masih terus melekap dengan mama. Juga mama bersyukur kerana itu. Kerana apa ,nanti mama ceritakan.

Sepanjang mengandung, mama masih seperti biasa benarkan kakak terus menyusu, walaupun ketika itu sebenarnya susu sudah tinggal beberapa titik, kasihan kakak.

Dan ketika umur kakak setahun 7 bulan , lahirlah adik Qaid yang keluarnya tersangat2 awal (mama sangkakan dia akan keluar ketika kakak genap 2 tahun nanti, rupanya perancangan Allah itu lebih hebat).

Qaid hanya 24 minggu = 6 bulan di dalam rahim mama, very-very extremely premature. Dan mama belum jumpa pesakit di klinik mama yang melahirkan premature seawal itu.
(Jika dikira secara saintifik dalam kiraan minggu, 24 minggu=6 bulan dengan anggaran satu bulan=4 minggu, tapi jika orang2 lama kira secara bulan, Qaid hanya 5 bulan di dalam perut mama!! (mama mengandungkan dia April, Mei, Jun, Julai, Ogos), dan 8 september dia telah pun keluar!! MasyaAllah. Subhanallah!! (cerita Qaid lahir awal di sini kisah-kelahiran-saya-by-qaid-mukhlis..)

Di hospital (ketika sedang menunggu proses discharge mama), kakak mula merengek meminta susu mama. Mungkin rindu, sudah 2 malam mama tidak tidur bersama kakak. Ya Allah sedihnya mama waktu itu, hendak mama berikan kakak susu, mama mahu simpan kolostrum awalan itu untuk adikmu yang waktu itu telah dihantar ke HSAJB. Menangis2 kakak waktu itu, hingga mama sendiri turut menangis, terlalu sedih, syahdu dan kasihan dengan kakak.

Balik rumah, mama sapukan asam jawa agar kakak menolak susu mama, aduh kasihan kakak waktu terkena seperti itu. Seminggu yang pertama itu, mama langsung tak benarkan kakak menyusu (dengan bantuan asam jawa :) ) , dan kolostrum yang ada,mama perahkan sebagai bekalan adik Qaid di hospital. Alhamdulillah Qaid berjaya mendapat khasiat itu.

Masuk minggu seterusnya, susu mama mulai bengkak, akibat tak mampu kerap mengepam seperti kekerapan bayi menyusu. Akhirnya mama putuskan kakak akan menyusu semula, lagipun umur kakak baru 1 tahun 7 bulan, dan mama masih ingat niat asal mama buat kamu. Dan alhamdulillah, keputusan itu mama rasakan tepat, kerana bila kakak menyusu, bekalan susu untuk adik Qaid pun tidak putus, kerana kekerapan kakak menghisap itu sebenarnya yang merangsang penghasilan susu.

Dan bila kakak menyusu semula, kakak begitu happy (sebab kakak dapati susu mama lebih banyak dari sebelum adik lahir), hingga suatu saat, kakak tidak lagi mahu menyentuh susu formula. Jika dibancuh juga, pasti terbuang begitu saja. (sangat sedap susu mama, manakan nak cari susu formula lagi, kan? Dulu kakak minum formula sebab terpaksa jer,mama).

Mama biarkan saja, dan mama benarkan kakak menyusu, kerana waktu itu, selain menjadi perangsang penghasilan susu buat adik, kakak juga membantu mama agar breast tidak bengkak dan sakit, terutama ketika perjalanan setiap hari ke hospital, (takde kemudahan memerah susu di dalam kereta), so kakaklah jadi pembantu mama. :). Terima kasih kakak.

Tiba saat adik Qaid balik, kakak masih menyusu, (malah waktu itu 100% susu mama sahaja), maka mama terpaksa memujuk kakak supaya terima formula semula supaya adik tidak kekurangan susu. Tidak berjaya. Pelbagai jenis susu mama cuba, akhirnya mama beli perisa coklat dan kakak mula terima sedikit demi sedikit.
Itupun pada peringkat awal adik balik ke rumah, kakak masih banyak memonopoli, tapi nasib baik ok, sebab adik minum sangat sedikit, sesuai dengan badannya hanya 1.720gm ketika balik ke rumah. 

Sampai saat mama tulis cerita ini untuk tatapan kakak satu hari nanti, kakak masih minta susu dengan mama sekali atau 2x kali sehari.. Bila tak dapat, kadang2 kakak marah, kadang2 menangis sekuat hati, kadang2 menjerit, dan kadang2 kakak minta dengan perlahan, lembut dan gaya memujuk : "mama, mama, nak nenen" sambil wat muka cumel..alahai kesian anak mama, mama berikan juga. Untuk budak cute yang pandai ambil hati mama itu, mama biarkan kakak lena dalam kepuasan....


No comments: