Wednesday, March 21, 2012

WWF- Kera di hutan mama susukan??

Salam.
Pernah dengar pasal WWF kan? ala, yang Maya Karin jadi dutanya tu...
WWF- iaitu World Wide Fund For Nature. Dulunya dikenali sbg (World Wildlife Fund).
WWF ni mengambil berat tentang isu2 hidupan liar dan juga alam sekitar. Sebab tu nama dia sekarang dah bertukar.

Macam-macam aktiviti WWF ni untuk menyelamatkan alam sekitar dan hidupan, contohnya::
  • Earth Day
  • Help save tigers
  • Save our Seas
  • Dan mcm-macam lagi (boleh pergi ke website tersebut utk further info)
Hari jumaat lepas masa hantar adik mama (yg qaisara panggil achik) ke airport Senai untuk balik ke Penang, mama ditahan oleh seorang gadis kecil molek yang sangat petah bercakap, yang bercakap dengan sangat laju dan dalam masa tak sampai 3 minit dia berjaya dapatkan semua bioadata serta alamat mama dan nombor kad kredit mama.

 
Mula2 dia datang tu minta kita sign utk tandatangan beramai2 pada satu board sebagai tanda support kepada WWF..
Pastu dia tanya samada kita support tak WWF ni....Tengok pada aktiviti dia yg mementingkan alam sekitar, mestilah kita cakap kita support.  Takkan tak support.....

 
Pastu dia tanya boleh ker derma seringgit kepada WWF. Mama baru jer nak keluarkan duit RM1, dia cakap owh hari ni saya taknak duit seringgit puan, tapi boleh tak puan bagi derma berterusan kepada kita (kepada WWf ) melalui potongan kad kredit.

 
Masa tu mama memang kesuntukan masa tapi dengan kepandaian dia bercakap (yang separuh memaksa dalam lembut, yg buat kita rasa malu if tak support WWF ni), dia akhirnya berjaya dapatkan no kad kredit mama. Pastu dia tanya puan nak derma rm58 sebulan ke nak rm38 sebulan. Pastu tanya lagi nak bayar setiap bulan or nak bayar 4 bulan sekaligus.

 
Pastu dia isi borang cepat2 sambil berdiri tengah jalan tu...maka terperangkaplah mama :)

 
Percaya tak semua tu berlaku dalam masa hanya beberapa minit...dan dia bercakap dengan sangat laju....
Memang bagus tul cara dia ditrained...

Sepanjang jalan balik tu papa asyik perli mama jer..."kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan...", sebab mama sanggup masukkan sejumlah duit tabung setiap bulan bagi memberi sokongan kepada panda, koala bear, beruang  dan sebagainya...

Balik rumah mama tengok borang yang mama sign tu tertulis "Borang ini BUKAN untuk sekali derma sahaja"...means dia expect kita continuously bagi support kepada WWF ni...
Apa yang dia beri kita ::
- Majalah tahunan WWF.
- Nanti nama akan tertulis dalam magazine WWF sebagai penyumbang WWF,
- Sumbangan ini boleh dikira utk potongan cukai nanti.....


Bila tengok tu, mama fikir biarlah mama buat sumbangan ni sampai genap setahun nanti, (atau lebih insyaAllah) (Niat asal adalah nak stop selepas sebulan, sbb sign borang tu sbb malu jer mulanya)...Tapi bila fikir balik apa lagi sumbangan kita kepada alam sekitar utk anak cucu kita warisi jika kita yang berduit sikit ni tidak menyumbang??
Biarlah papa nak kata mama susukan kera di hutan pun!


3 comments:

sue zainun said...

sebenarnya kita mmg kurang dapat support dr org ramai berkenaan alam sekitar ni berbanding benda2 lain..sedangkan benda nilah penting..tanpa lam sekitar yg selamat camne kita nak hidup sihat kan..:)

sue zainun said...

sebenarnya kita mmg kurang dapat support dr org ramai berkenaan alam sekitar ni berbanding benda2 lain..sedangkan benda nilah penting..tanpa lam sekitar yg selamat camne kita nak hidup sihat kan..:)

sue zainun said...

sebenarnya kita mmg kurang dapat support dr org ramai berkenaan alam sekitar ni berbanding benda2 lain..sedangkan benda nilah penting..tanpa lam sekitar yg selamat camne kita nak hidup sihat kan..:)