Saturday, March 3, 2012

Thank You Mama Norma!

Assalam.
Entry kali ni mama nak dedikasikan buat babysitter 2Q, iaitu Puan Normah yang dipanggil MAMA NOMA oleh qaisara dan qaid.
Seperti yg mama pernah ceritakan dulu, Mama Noma menjadi pengganti kepada BS yang lama setelah BS lama iatu mama Lin bersalin.
Memang susah nak dapat BS yang baik dan sayangkan anak kita serta jaga anak kita seperti anaknya sendiri. tapi mama bersyukur sangat2, BS-BS yang mama jumpa adalah yang terbaik.
Dulu mamaLin pun baik, dan sayang sgt dengan kakak. Tapi bila adik datang , mamaLin cuma sempat jaga selama sebulan sebelum dia sendiri bersalinkan  anak ketiganya.
Makanya terpaksalah mama mencari BS yang lain.

Mula-mula memang la rasa ralat sangat sebab terpaksa tukar BS baru. Rasa sedih juga pisahkan qaisara dari mamaLin nya.
Benarlah, setiap sesuatu itu pastinya ada hikmah di sebaliknya.

Dengan mamaNoma, kakak mudah sekali menyesuaikan dirinya walaupun pada pertemuan pertama. Alhamdulillah sangat2  di situ...sebab mulanya mama sangkakan kakak akan menangis bila bertukar BS baru, tp dengan kebijaksanaan mamaNoma ini, dengan mudah hati kakak ditawannya.

Mama Noma bukan setakat menjaga anak-anak asuhannya, tapi dia juga mendidik. Alhamdulillah, di usia kakak genap 3 tahun , kakak sudah bisa menghafal semua bacaan di dalam solat.
Dari takbiratulihram, bacaan doa iftitah, alfatihah, 3 Qul, bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, alhamdulillah semuanya kakak dah hafal dengan fasih.
Dan yang terkini hari ini, mama dengar kakak baca ayat pertama dalam tahiyyat.ayat yang seterunsya masih di dalam proses. Dan yg terakhir akan diajar adalah doa qunut. Setelah itu maka lengkaplah semua bacaan dalam solat.
Syukur sangat2.
Moga dengan ini , anak-anak mama akan menjadi hamba Allah yang sentiasa menjaga solatnya. InsyaAllah.

Mama juga harap nanti kakak akan cepat pandai mebaca al-quran dengan fasih juga. Nak harapkan mama yang ajar semua tu, balik malam biasanya dah penat, dan mama pun cepat je mengantuk, makanya kesempatan utk mengajar itu terlalu sedikit. Bukan takde pengajaran di rumah, cuma kuantiti masa itu amat pendek.

Mama doakan Mama Noma akan terus sihat walafiat serta diberi kesempatan untuk terus menjaga kakak dan adik qaid tanpa perlu bertukar pengasuh lagi sampai diaorang besar, dan kalau boleh mungkin juga jaga adik2 diaorang lagi nanti (kalau ler ada adik lagi..hihi)...
Aminkan doa itu ya...:)

Oh yer..ahad ni insyaAllah nak gi umah MamaLin , BS lama tu lah..tetiba rindu pulak dengan dia...:)







6 comments:

~najwa~ said...

bagusnya..itulah bezanya antara 'menjaga' dengan yang 'mendidik'. kadang kita tak sempat nak latih sendiri anak kita macam tu kan. beruntung qaisara...

Mama2Q said...

najwa..
alhamdulillah, qaisara memang beruntung...:)...dia ada banyak mama sampai skrg...

FarahNur said...

tunggu mama ni g next week.. leh topup2 mana yg tertinggal.. hehe

Mama2Q said...

yehhaa....lagi sorng mama....ke mamam? kekeke...

gadisBunga said...

untung sebab dah jumpa seorang yg boleh dipercayai utk jaga dan didik anak kita macam anak sendiri.

zaman sekarang ni ramai tak bernasib baik bab ni.

FarahNur said...

2 2 pun boley.. hahhaa