Sunday, June 26, 2011

Qaid Discharged..

Setelah 3 hari 2 malam berumah di hospital alhamdulillah akhirnya ptg td (Sabtu) Qaid dibenarkan keluar.
Actually keadaannya masih batuk2 yang teruk, hingga kelihatan seperti susah bernafas bila batuknya melanda, tapi disebabkan demamnya dah takde, the doctor decided to discharge him. By right esok ada lagi satu sessi lung physiotherapy, tapi nampaknya mama terpaksa wat physio sendiri kat rumah. 

Apapun alhamdulillah akhirnya dia dah boleh balik, susah juga mama di hospital tu actually, kakak lagi...papa lak shift malam jer manjang nih...

Cuma Qaid masih tidak feeding dgn bagus dan normal seperti biasa...minum tak sampai 2 min, dah stop, dipaksa2 pun ditolak kepalanya jauh dari mama....

Lagi satu Qaid sangat moody sejak sakit ni...dah beberapa hari mama tak lihat senyuman pada wajahnya.
Biasanya bila dipanggil namanya, Qaid cepat menoleh atau tersenyum, tp sehari dua ni, masam jer mukanya, langsung taknak senyum padahal sebelum ni senyuman sangat murah di bibirnya....

Digeletek2 juga dia wat derk jer...langsung tak menampakkan kegelian...langsung tak ketawa seperti kebiasaan bila mama geletek dia.
(Mesti dalam hati dia marah mama gini:: org sakit digeletek2, saper nak ketawa..huh)

Oklah, Mama pun dah takde idea nak tulis apa malam ni, just to thank you buat mereka yang sudi mendoakan kesembuhan Qaid..moga tiada lagi kesakitan hingga memerlukan admission selepas ini...









3 comments:

MyRule said...

Semoga baby qaid cpt seMbuh ye

AI said...

- moga mama2q tabah hadapi situasi begini...

Mama3Q said...

Thank you Ai dan MyRule...mama hargai doa kalian