Berbalik pada cerita qaisara, sampai sekarang mama masih heran, kat mana dia dengar perkataan cinta.. yg jelas, masa cerita 'Chenta' sedang ditayang di TV, bila tiba je pukul 6.30pm, dia akan cakap "ta" (cinta).. masa mula2 dengar, mama terkejut dan tak sangka dia nak sebut, sbb rasa2nya mama tak pernah sebut sgt pasal perkataan cinta tu depan dia...tp mungkin dari iklan dia terdengar?
Lagi satu perkataan yg mama macam pelik sbb mama jarang sebut dan bagitau dia, tp dia boleh tau adalah KFC. Bila jalan2, dia ternampak lambang restoran KFC or McD, dia akan ckp "FC". Sama gak bila dia tgk iklan dalam paper, ada hidangan set ayam, dia akan ckp "FC".. Hurm...anak mama memang observant agaknya....Iklan kat Tv suka ditirunya..cthnya dia akan goyangkan jarinya waktu iklan "tak mau dah syampoo lain"..
Ataupun iklan "Lat ta li lat tam pom old town!" tetiba je dia gerakkan tgn wat cam 'lat tali lat' tuh..
At this age juga semakin banyak perbendaharaan kata yang dikuasainya...dia punya ayat pertama yg lebih dari satu perkataan adalah "mama susu adik Ed" (dia nak cakap yg mama tgh susukan adik qaid sbb tgk picture mama pegang adik qaid macam gaya menyusukan)..
Setakat ni itu jer ayat panjang yg disebutnya..selebihnya dia belum lagi minta air atau nasi dgn ayat spt "mama, nak air"..kalau nak something dia cuma cakap nak atau kdg2 nik..dan ditunjuknya benda yang dia nak tu.
Qaisara cuma belajar bercakap perkataan selain mama dan papa pada usia setahun 6 bulan...agak lambat sikit, tp bila dia dah start, dia semakin laju...(say mama dan papa pada usia 11 bulan)
Pada usia setahun 7 bulan yg lepas ie start bulan Ogos 2010, qaisara juga mula punyai satu fobia, iaitu takut kepada anak2 kecil yg sebayanya atau yang baru belajar berjalan/merangkak.. Ini disebabkan dia pernah mcm nak ditumbuk oleh seorang sepupu angkatnya yg sebaya dgnnya...sejak tu dia takut sgt dgn budak2 kecik..Tp kalau budak 4 tahun ke atas dia suka plak sbb kakak dan abangnya (anak2 babysitter) berumur 6thn dan 8 thn amat dia sayang.. sejak dok umah selama 3 bulan ni dia jarang2 dapat jumpa kakak dan abang tu...selalu jugaknya disebut2 nama kakak dan abang (kakak syasya dan abang ami/syahmi). Kesian juga mama tengok dia , mungkin rindukan anak2 babysitter tu...
Qaisara juga dah pandai nak minta ditukarkan pampers time nak tido malam, disuruh mama tukarkan pampers dia dgn alasan 'basah" ..(haha...mama tgk tak la basah pun, tp mmg agak penuh la)..
Satu yg mama suka adalah qaisara suka sgt dgn buku, and she loves reading very much..pantang nampak sebarang tulisan kat mana2, dia akan sebut huruf yg dia nampak. Semalam mama buatkan flash card baru utk dia, sgt excited anak mama nih.. Harap2 anak mama ni akan membaca cepat..
Buat masa ni juga dia dah boleh sebut dan recognise the body parts in both language...rambut-hair...hidung=nose, eye=mata, gigi=teeth, lidah=tongue, telinga =ear.
Macam2 cerita pasal qaisara kalau nak diceritakan..mama very sure all moms kat luar sana yang punya anak yg tgh membesar mcm qaisara mmg seronok melayan kerenah anak masing2 kan.
Doa mama agar anak2 kita akan mebesar menjadi insan soleh dan solehah serta berguna buat agama dan dunia akhirat,..amin..
Thank you for the love, sayang |
TENTANG QAID HARI INi
Alhamdulillah, selepas seminggu menggunakan bantuan oksigen CPAP, hari ni Qaid berjaya diletakkan dgn comfortable di bawah room air. Mama bersyukur sgt2. Stridor pun dah takde,begitu juga costal recession.
Qaid juga semakin besar sekarang, geram mama tgk pipinya yang semakin montel. Alhamdulillah syukur sgt2...Moga lepas ni tiada lagi masalah kesihatan yg lain pada diri Qaid...moga dia cepat membesar dan boleh mama bawa pulang...
2 comments:
Alhamdulillah Semoga Baby Qaid beroleh kesihatan yang baik..Bila besar jadi anak cerdik yg soleh yer
InsyaAllah..thank u MamaIna :)
Post a Comment