Saturday, December 25, 2010

Kerana kita tidak punya siapa-siapa di sini....

Daerah ini...
Memangnya sangat asing buat mama...
Adanya mama di sini..
Hanya berbekalkan segumpal cinta dan sepotong janji seorang lelaki...
Lelaki yang bernama papamu..
Cerca dan nista pernah mama lalui..
Demi cinta itu..

Mama bahagia bertemankan dia..
Mama bahagia dengan kedatangan kalian...
Namun, pesan mama cuma satu...
Jika suatu hari mama tiada lagi..
Pulanglah ke daerah mama..
Kerana di sana mama sangat pasti..
Ada banyak cinta dan kasih buat kalian berdua...
Pulanglah ...
Kerana di sini kita tidak punya siapa-siapa....

No comments: