Hari ni genap 99 hari kelahiran Qaid Mukhlis.Hari inilah pertama kali Qaid dapat direct breastfeeding dengan mama. Alhamdulillah.
Mula2 sampai ke HSA, mama dan papa seperti biasa ke A4, tapi rupanya Qaid dah dipindahkan ke A3 (tingkat bawah). Nak masuk ke A3 ni susah sikit, tak sama macam A4 yang leh masuk anytime. Kat A3 ni kena ambik pass bernombor, pastu yang terbaru kena tinggalkan IC atau lesen memandu. Yang paling tak tahan tu, ada ke guard kat situ kasi masuk 10 minit jer. Dia ingat 10 minit cukup ke nak kasi minum baby.
Takperlah,tinggalkan ketidakpuasan hati mama di situ.
Yang penting dah leh masuk dalam tu, mula-mula tercari2 juga kat mana Qaid ditempatkan. Tengok nurse tengah bedungkan dia. Kebetulan dia belum diberi minum, so nurse tu offer mama utk breastfeedingkan dia. Mama bawa dia ke bilik penyusuan, dan try to stimulate dia utk minum. Tapi nampaknya mula2 tu dia macam nak tak nak jer, macam still kenyang lagi. Selalunya kalau lapar tu dia akan melalak sekuat hati, tapi hari ni dia tidur jer. Tapi nampak dia dah pandai menghisap, cuma as a first timer, mungkin dia belum biasa lagi. InsyaAllah esok mama cuba lagi.
Cerita pasal bilik penyusuan, actually bilik tu cuma untuk all mommies jer, kaum papa are not allowed, tapi since takde mama lain kat situ, mama ajak papa masuk sekali. We all sempat bergambar lagi kat dalam tu. Gambar first time breastfeeding (pictures takleh la upload kat sini kan...sowi).
Keadaan Qaid hari ni nampaknya bertambah baik, alhamdulillah. Beratnya semakin meningkat, iaitu 1.695kg. Mama hope sangat2 berat dia cepat naik, dan takde masalah lain. Mama dah tak sabar nak bawak Qaid balik rumah.
InsyaAllah juga hari jumaat ni mama nak start stay in the hospital, mama nak jaga Qaid sendiri. Harap2 mama tak perlu stay lama kat hospital, harap2 cepatlah Qaid balik..Tak best tau dok lama2 kat spital...
Blog ni pun takleh update la nampaknya. (ke nak bawak lappy ni?)( Leh ker bawak ek?)
Nampaknya juga kakaknya, Qaisara dah kena stop breasfeeding la, kasi chance kat adik lak yer kakak. Kakak kan dah besar, dah leh makan macam2. Tapi mama still sedih sebenarnya nak stopkan kakak from breastfeeding. Kalau time mama buat2 macam taknak kasi breasfeeding kat dia, kakak punya tangisan tu cukup meruntun hati mama. Kakak dah pandai memujuk mama, dah pandai memilih sebelah mana yang dia suka. Ah, kakak memang pandai.. Dia selalu cakap nak nenen masyam...
Haha..actually dia dapat istilah ni sebab masa awal2 Qaid dilahirkan dulu, mama try to stop her from breastfeeding. Mama letakkan asam jawa, sbb tu jadinya nenen asyem/masyam. Tapi asyam2 pun itulah yang dia suka. Kalau tak silap mama ni dah berapa minggu dia langsung tak sentuh susu botolnya. Selalunya susunya hanya akan terbuang jika dibancuh. Dia sanggup berlapar tunggu mama balik jika mama ke mana2 tanpa dia. Kalau bawa dia lak, tengah mama driving pun dia boleh melompat ke riba mama kalau dah datang angin nak menyusunya tu. Macam mana lah agaknya dia nanti bila mama tinggalkan dia utk ke hospital.
Huhu..mama yang sedih....
Huhu..mama yang sedih....
No comments:
Post a Comment