Thursday, April 24, 2014

Alhamdulillah, kami kini berLIMA!

Assalam....

Betapa lamanya mama tak ceta apa2 di sini...banyak perkara terlepas dari diari ni....huhu
Hujung2 pregnancy, mama memang dah tak larat nak berblogging...dah pas bersalin plak takde masa....plus malas..heheh

Tapi untuk kenangan anak2 mama, mama coretkan juga di sini,moga2 kenangan tu tak hilang terus bila masa berlalu...

Nak cerita pasal our new bundle of joy...QAWEEM MUAZ AL FATEH...hari ni genap 50 hari....

2 minggu sebelum due date mama, mama dah booking cuti...cuti mama pun berlambak2 lagi tak habis....so why not mama rehat saja di rumah kan....
So 2-3hb Mac...pagi2 hantar Sara gi school , hantar Qaid gi baby sitter, dan mama balik bersenang2 di rumah...pun tak buat apa2...heaven....:)

4 dan 5 hb Mac, tetiba rasa cam nak gi keje...macam rugi la pulak nak cuti sampai 14 Mac tu.....so mama merajinkan diri gi keje....boleh camtu kan.sesuka hati jer nak cuti nak kansel....dah namanya boss kan...kekeke..

Sebelum balik mama remember ada sorang kawan yang bertanya, esok mama ada kat klinik tak...mama ckp kalau tak beranak, ada la, insyaAllah.....

Malam tu...mama rasa mcm contraction, tp tak sakit....camno tuh....memang confuse....aku ni nak bersalin ke tidak ker....sebabnya dari awal lagi mama memang selalu jer rasa regular contraction, even hari selasa tu pun minta nurse checkkan jalan, belum terbuka lagi..... So malam tu pun mama just ignore rasa tu dan tidor..Mr papa memang takde malam tu.....

Dari 2.30 am mama mula asyik terjaga2 sebab contraction, tp tak sakit...Lastly call papa at 4 am, papa ckp iyerlah tu agaknya...Terus papa balik, hantar 2Q ke rumah baby sitter pepagi buta tuh....dan akhirnya mama sampai ke hospital dalam kul 5 pagi...

Kat hospital tu barulah rasa macam sakit2....tp still boleh jalan lagi,....Doctor yang oncall kat AnE terus call pakar O&G yang mama dah booking awal2....(yang mana rupanya lepas pakar tu datang, baru dia ceta yang dia tak sedar pun dari tido waktu doktor A&E tu telefon dia, kiranya dia bercakap tru phone tu dalam keadaan tak sedar...).....hahaha

Terus mama di hantar ke labour room, bidan datang check , katanya dah open 3cm.
Ok, perut mama dipasang CTG , dan sambil2 tu sempat lagi mama and papa berposing2 kat dalam labor room tu....kikiki......

Pukul 6.00am lebih kurang, pakar O&G tu datang, (entah macam mana dia boleh ada instinct nak datang pepagi buta tu walhal dia tak tau pun mama dah admit, dan mama plak malas nak call dia directly by henset time sebelum gi spital tu)...tapi Alhamdulillah dia dtg....dan surprisingly bila dia check, jalan dah terbuka 6 cm....

Sambil check, sambil mulut dia kecoh bercerita, dan mama pun alhamdulillah time tu boleh jer borak2, kiranya memang tak sakit sangat la kot...kalau sakit sure mama takleh nak layan dia borak kan....Sempat lagi dia tunjuk pic scan baby dia, yang dia sendiri baru tau dia pregnant hanya selepas 2 bulan.....wakaka....Kiranya masa tgh check mama tu la dia announce kat staff dia yang dia pregnant....

Ok , berbalik kepada mama, lepas dia check 6 cm tu, doktor tu menyempatkan diri gi tukar baju, dan papa plak lari gi solat subuh...
Datang semula tak lama kemudian, terus dia wat ARM (artificial rupture of membrane--or pecahkan air ketuban).....dan dengan sekelip mata jalan terbuka jadi 8cm....dan by 730 macam tu dah 10 cm....

Apa lagi mama dipaksa meneran sekuat hati...which is mama memang tak pandai...walaupun sendiri pandai ajar orang, tp bila in real life dan diri sendiri, mama failed!

Lastly doktor keluarkan vakum...(huhu vacuum lagi, sama macam Qaisara)....tp honestly mama memang lega bila dia keluarkan vacuum tu, walaupun actually tak suka dengan complication yang boleh terjadi dengan penggunaan vacuum..)...tapi nak wat camne,rasanya tak mampu kot nak keluarkan baby dengan sendiri...

Setelah berhempas pulas (sakit woo time ni, sape cakap beranak tak sakit...mcm sakit nak mati kot...), akhirnya jam 7.42 am lahirlah yang ditunggu2 selama 10 bulan ni....alhamdulillah......
Mr Papa siap amik full video waktu kelahiran baby ni....dulu masa Qaisara cuma ambik video time sara dah selamat keluar dan menangis, tapi kali ni dari awal sampai akhir videonya....ngeri pulak tgk video tu....

Kata doktor tu, patutlah lambat baby nak keluar....sebab besar! 3.43 kg tu besar la bagi mama yang kecik comel lotte ni...even Qaisara 2.8kg pun dah vacuum, apatah lagi besar gini....Paling mudah keluar of course la si Qaid Mukhlis 725 gram....tak rasa apa2, tak payah meneran...alih2 keluar baby sebesar tapak tangan...huhu....

Alhamdulillah, menatap wajah comel si kecil, serta merta rasa sakit tu hilang!!Thank you ALLAH untuk kurniaan ini....Alhamdulillah juga apa yang mama takutkan iaitu prematurity delivery seperti abgny Qaid Mukhlis tidak berlaku....Si kecil Qaweem lahir pada hari khamis, 6.3.14, genap 39 minggu dalam kandungan...

Walaupun sebenarnya mama menaruh harapan dia lahir pada 14.3.14 iaitu sama dengan anniversary mama dan papa, tapi janji Allah itu pasti...mana mungkin suatu kelahiran dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat....Apapun, alhamdulillah syukur tak terhingga....

Panjang cerita mama ni......lain kali mama cerita lagi kisah2 selepas bersalin .....
now enjoy the picca ...

Selimut turun temurun kakak Qaisara




Pas ni mama bukan lagi mama 2Q tapi mama3Q...alhamdulillah!
p/s: Mr Papa suruh update cover pic/header kat atas tu dengan penambahan ahli baru ni. tpi mama lum sempat buat....nanti yer papa

Friday, March 14, 2014

Presented... QMAF on our 6th anniversary

Bismillahirrahmanirrahim.
ALHAMDULILLAH.

14 March..its our anniversary, blessed with our new bundle of joy..

THANK YOU ALLAH!




posted from Bloggeroid

Sunday, February 23, 2014

Late Potty Training

Assalam

 Sebelum mama lupa, mama nak catatkan satu lagi perkembangan kakak yang agak penting di sini...

Sebelum umur kakak 3 tahun, Mama mulakan dengan training ke toilet.
Memang ambik masa. Banyak juga air mata kakak yang tumpah waktu tu kena marah dengan mama. Siap ada video kena marah lagi...,haha...
Penat mama usah cerita.Mop sana sini bila kakak ter PU dalam seluar, kat sofa dan merata2 lagi.....
Tapi alhamdulillah, akhirnya kakak berjaya untuk pass urine (PU ) di toilet menjelang umur kakak 3 tahun.

Tapi.....
Itu cuma untuk PU, di siang hari sahaja kakak free diapers.
Untuk malam, kakak masih mama pakaikan pampers every nite, hinggalah lah baru2 ni....bermula November 2013, kakak mula dapat menahan diri dari PU di waktu malam. Beberapa kali juga mama kena berjaga untuk kejutkan kakak.

Dan....lagi satu yang mama masih belum berjaya, adalah bila kakak nak buang air besar (BO), kakak pasti akan minta pampers.
Mama belikan penutup toilet yang kecik, kakak taknak.
Papa belikan potty yang bermuzik, pun kakak taknak....
Hinggalah akhirnya minggu lepas, iaitu selepas birthday kakak  yang kelima, akhirnya kakak dengan sendiri berjaya BO di toilet.
Alhamdulillah....

Finally, walaupun agak terlewat, kakak now is diaper's free!!!

I love u sayang....!

Sejak hari tu kakak asyik tanya mama, mama suka tak kakak dah pandai BO kat toilet?
Hahaha.....tiap2 hari soalan yang sama. Dan hari pertama kakak BO kat toilet tu, mama belikan kakak hadiah..... sebagai perangsang...hahaha

Next training untuk adik pulak ni....kena tunggu mama cuti panjang nanti baru mama start train adik pulak......insyaAllah.


Tuesday, February 11, 2014

Peristiwa di 34 minggu

Salam.
Benda ni dah lepas seminggu yang lalu, tapi mama nak coretkan di sini sebagai kenangan.

Last thursday (30 January 2014 = birthday Qaisara = mama at 34 weeks of pregnancy.)
Alhamdulillah syukur sangat2 dah sampai ke tahap ini. Berbanding Qaid Mukhlis yang lahirnya pada 24 weeks, pada mama ini pencapaian yang saangat mama syukuri.

So hari tu, 30hb, mama ada appointment dengan pakar O&G mama. Pilihan mama sudah semestinya perempuan. Dan mama dah jumpa doktor ni sejak minggu ke 8 kalau tak silap. Sangat peramah dan menyenangkan.

Sebenarnya sehari sebelum tu, perut mama asyik mengeras setiap 5 minit, tapi mama tahankan, nak pergi check takut plak...(Ader ker,.....hahaha)....
Sebenarnya mama takut doktor tahan kat ward kalau jalan dah buka, sedangkan mama belum siapkan barang dan bag .
Balik malam tu, pukul 3.30 pagi mama bangun siapkan beg...selepas 2Q dah tidor....

So berbalik pada hari 30hb esoknya tu, waktu doktor nak check samada sudah terbuka jalan atau tak, tiba2 hujung couch yang mama duduk tu boleh jatuh ke bawah!!! Dan jatuh sekali dengan mama!!!!!!!!!!!!!!

Gedebuk ke bawah ......Arghhh!!!! Nasib mama baik mama jatuh atas couch yang jatuh bersama tu...so takde la terhempas punggung. Setakat sengal2 sikit jer... (Hujung couch tu actually boleh ditanggalkan, ada skru yang memisahkan daripada bahagian atas tempat baring tu)

Tapi doktor tu off course la rasa bersalah, dan berdebar2 serta terkujat...Lagi terkujat dari mama sendiri kot.
So pemeriksaan diproceed dengan ujian CTG, untuk mengesan keadaan jantung baby, sebab doktor takut berlaku pendarahan akibat jatuh tadi....

Hurm...mama rasa kalau benda yang sama berlaku di klinik atau hospital kerajaan , sure orang dah heboh2 seantero malaya, ntah2 siap nak sue kot.....

Alhamdulillah takde apa2 yang serius berlaku pada mama...dan insyaAllah begitu juga baby....so mama pun takde nak panjangkan cerita...
Tapi bayor tetap kena bayar tuuuu.....

Dan oh ya....doktor cakap jalan dah terbuka, dan kepala baby dah hampir semua masuk ke jalan! Means dah tak lama lagi kot....
Doa mama, kalau nak keluar pun, biarlah cukup term wahai anak....Tapi kalau Allah kata keluar awal itu lebih baik bagi kamu, mama redha jer.... insyaAllah mama tahu kamu kuat.....seperti kuatnya abangmu Qaid Mukhlis...



Hujung (yang terjungkit ke bawah) tu lah yang tercabut dan jatuh bersama mama) Pic from google




Saturday, February 8, 2014

Model membaca Little Caliphs yang sakit....

Assalamualaikum..
Hajat hati mama nak upload picture birthday kakak, tp itu kemudian lah yer...asyik bertanggguh sampai lah jadi benda lain.

Hari Rabu petang, waktu balik sekolah, sara start sakit perut. Mama ingat sakit perut biasa. Tapi malam tu dia start muntah2.

Khamis, teacher nak wat recording kakak membaca, tp disebabkan asyik muntah dan buang air (BO), kakak terpaksa pontengkan diri.

Plan teacher, nak bawa Sara ke Parenting Course & Reading Technique Little Caliphs pada hari Sabtu 8hb Feb.

Hari khamis, kakak terbaring jer kat rumah. Mama ingatkan papa bawak ke klinik, rupanya tidak.
Jumaat, conditon kakak masih sama. Makin lemah sebab setiap air atau foods yang masuk mesti dimuntahkan kembali.
Kesian sara. Jumaat tu baru ke klinik.

Dalam pada dok sakit2 tu kakak sempat juga berlatih membaca buku Jawi 7 dan buku Read Easy Intermediate 2 seperti arahan teacher. 

Bangun pagi Sabtu, kakak masih muntah2 dan BO. Dah tak larat sangat nak bangun untuk ke Parenting Course tu...
Terpaksalah mama bagitau teacher ketidakhadiran kakak. Harap2 teacher masih ada standby murid lain sebagai model membaca pada hari ni.

Sebenarnya  dari awal papa macam kurang bersetuju Sara dijadikan model murid yang boleh membaca, sebab bagi papa, Sara dieksploitasi untuk perniagaan diaorang. Sebab Sara actually dah start membaca dan mengenal suku kata sebelum masuk sekolah lagi.

Tapi bagi mama, ini bukan eksploitasi, sebab Sara bukan pergi buat demo untuk orang awam atau untuk lariskan perniagaan. Even kalau Sara tak pergi pun buat demo tu, parents kat situ memang dah register pun.
Sara cuma nak dijadikan contoh bahawa membaca seawal usia tidaklah mustahil dengan teknik yang betul...
Lagipun Jawi dan english memang teacher yang ajar, bukan mama.

Dan apa yang bagusnya, yang mama nampak, Sara semakin berani di pentas, dan semakin tinggi keyakinan diri bila selalu terpilih mewakili kawan2.  Sebab tu mama kalau boleh nak Sara hadir jadi model membaca tu.
Tapi tu lah, perancangan manusia lain, perancangan Allah pula lain... Dan perancangan Allah lah yang terbaik....

Pagi2 sabtu, akhirnya mama bawa kakak ke klinik mama, untuk rawatan IV drip. Terpaksa masukkan air, sebab kakak dah makin lemah. Setitik air pun masuk,setitik  itulah juga yang keluar.
Kesian sangat anak mama ni.....Dah cengkung dah . Senyum pun tak larat.

Dehydrated. Muka lesu


Muka sedih. Cubaan pertama nak masukkan cannula tak berjaya di tangan kiri..nurse yang buat.

Mama call MA/ Pembantu perubatan yang lebih terror...Alhamdulillah sekali insert jer dia berjaya.....Sara say TQ to uncle Felani ya....







Penat sangat, sampai tertido waktu tunggu completed rehydration ...Kesian sangat anak mama ni...


Dah complete...Masih muka penat, lesu dan sedih.....Sedih sebab sepanjang masa ni papa dia takde...  



Untuk anakku, sakit itu adalah ujian... Allah lebih tahu apa yang terbaik...dan sebagai menguji kasih sayang antara kita.... menguji tahap keprihatinan.....tahap kasih sayang ......

Maka itu bersyukurlah....
Satu hari bila kakak dah larat, dah sihat, pasti kakak akan ketawa sendiri tengok gambar2 kakak yang lesu ni.....dan pasti kakak akan bercerita pot pet2 macam biasa tentang apa yang berlaku hari ni.......:)







Friday, January 31, 2014

40 minggu Nan Indah

Asalamualaikum anak mama Qaisara..
Mama minta maaf sangat2 kali ni mama lambat postkan ucapan di sini. 
Sepatutnya semalam, tapi kekangan waktu dan kesempatan,  mama terlambat sehari...
Untuk mengucapkan Happy Birthday Anakandaku Tersayang....
Qaisara Nur Damia

Tanggal 30 January 2009
Bermula perjalanan hidupmu sebagai little caliphs di dunia
dan perjalanan hidup mama sebagai mama

Sesungguhnya mama sangat bangga dan bahagia memiliki kamu
Pada umur kamu 4 tahun kamu lancar membaca bahasa Melayu, english, Jawi, Iqra' dan Al quran
Dan pada umurmu 5 tahun ini, kamu semakin lancar , dan berani ke depan, berbanding awal menjejakkan kaki ke sekolah dulu....
semakin berani bercakap di khalayak
dan semakin tinggi keyakinan dirimu
ALHAMDULILLAH
Setinggi rasa syukur mama panjatkan ke hadrat Ilahi kerna mengurniakan kecerdasan akal buat kamu
Doa mama, moga2 kamu juga akan dikurniakan dengan kecerdasan emosi, dan kecerdasan Iman yang tinggi
Yang membuat kamu menjadi insan Solehah
Yang menjadi bekal buat mama dan papa di sana nanti...

Oleh kerana sekarang kakak menjadi peminat paling setia diari mama ini, 
kakak buka saja catatan mama yang dulu-dulu
Yang pernah mama coretkan 
Tentang

**Kalau kakak nak tengok video waktu kakak dilahirkan tu...klik jer kat situ ya sayang...
Dan kalau kakak nak baca tentang apa yang berlaku sewaktu kamu masih dalam perut mama, kakak klik jer kat bawah ni:-

Mama selalu berharap agar blog ini kekal sampai kamu dewasa, untuk kamu baca semua catatan mama ini......
Dan mama nak kamu ingat, bahawa sesunggguhnya mama menyintai kamu tanpa had
tanpa syarat
dan tanpa kata yang dapat menggambarkan....

Moga mama dan papa berpeluang melihat kamu membesar dan berjaya menjadi insan berguna di dunia dan akhirat......
Amin...




Monday, January 27, 2014

Bengkung oh Bengkung

Assalamualaikum...

Dah beberapa lama mama dok mencari, masih tak ketemu yang sesuai...
Dulu masa Qaisara, mama beli kat toko jamu je, main sambar sambil jalan2....tak fikir pun....masa tu amik bengkung zigzag tu...siap ada minyak panas....
Hasilnya, perut memang tak buncit, dan memang kembali ke bentuk asal.....
Pecah2pasa perut atau striae memang takde...alhamdulillah.....kira2 macam orang lum penah beranak la.....hehe....

Second baby.....masa mama lebih banyak dihabiskan dengan berulang alik ke hospital menjenguk si kecil Qaid Mukhlis....masa berbengkung sangat terhad...malas pun ada. ..sebab tak rasa macam baru lepas bersalin pun.....sebab tak de luka, perut pun tak sempat besar, ye lah 24 weeks jer kan......so takde juga perut buncit tuh......alhamdulillah....

Dan kali ni....mama rasa macam teringin nak berpantang macam orang lain, nak berbengkung, nak bertungku.....rindu nak buat semua tu, sebab masa bersalinkan Qaid memang tak buat sangat...tau2 jer dah habis pantang....

Masalahnya sekarang mama tak tau nak beli bengkung camana....
Ada sesape nak bagi idea atau review tentang bengkung yang best tak?



Sunday, January 12, 2014

Hati, kenapa kurang bersyukur?

Assalamualaikum.


Manusia....
Selalu  lupa.
Lupa pada ketika2 susah.
Lupa pada tanggungjawab
Lupa pada janji
Lupa pada kasih sayang.
Lupa untuk bersyukur.

Terlalu banyak nikmat yang diterima...
Nikmat Iman, Islam
Nikmat rezeki melimpah ruah
Nikmat wang yang tidak putus
Nikmat tempat tinggal yang selesa
Nikmat kenderaan yang selesa
Nikmat punya anak, punya pasangan
Nikmat punya kesihatan yang baik
Nikmat punya segalanya

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan??
Mengapa masih kurang rasa syukurmu?
Mengapa kurang rasa terima kasihmu
Terima kasih pada Tuhan,
Terima kasih pada mereka di sekelilingmu,
Yang selalu berkompromi
Yang selalu bertolak ansur
 Yang selalu menyayangi
Yang selalu tidak berkira


Kita tidak pernah tahu masa depan
Maka jangan sombong, jangan angkuh dengan apa yang kamu ada.....
Seolah semuanya milik kekal kamu...
Jangan sampai satu ketika semuanya ditarik kembali, baru kamu menyesal tanpa kata......


Hati, jika kamu selalu ingat Allah
Jika  benar kamu selalu ingat pada Tuhanmu,
Tak pernah akan ada ruang di hatimu untuk berbuat maksiat.....
Memulakannya pun tidak akan pernah terlintas dalam hatimu.....





Wednesday, December 25, 2013

Ia Sangat Menyakitkan, ok!!!

Assalamualaikum...

Ini bukan tentang sakit hati.
bukan juga tentang sakit liver. hepar atau sewaktu dengannya...hihi.....

Ini tentang dexamethasone.

Siapa pernah lahirkan baby premature? Means baby yang lahir sebelum 36 minggu di dalam kandungan.
For the next pregnancy, for those yang ada history of spontaneous premature delivery , definitely they will  be given 1 type of injection (steroid injection, called Dexamethasone), intramuscularly. Fungsinya adalaha untuk mematangkan paru-paru baby, in case the next pregnancy also gonna be premature.

Selama ni bagi setiap pesakit yang ada sejarah premature , memang mama akan order agar diberikan suntikan dexa, biasanya at 28 weeks pregnancy. Sedap jer ngko order kan....hahha...

Dan kali ini, disebabkan mama sendiri ada history of prem (severe prematurity at 24 weeks), makanya mama sendiri terpaksa order diri sendiri untuk diberikan injection tersebut...huhu

Dan baru tahu betapa sakitnya injection ni..bukan seperti injection yang lain....
Dah la kena ambik 2 jab, tuhan saja yang tahu sakitnya.
Kali pertama dapat, mama menangis tau dak. Sebab sakitnya sampai ke kaki, dan tak boleh bangun buat beberapa minit (hampir 20 minit jugak kena berbaring dan rehat),

12 jam kemudian, amik lagi satu dose of IM dexa ni. dan kali ini , mungkin kerana mama lebih mentally prepared, atau mungkin sebab nurse yang cucuk tu lebih pandai, makanya sakit tu tidak sampai buatkan mama menangis la...Tapi still kena rest about 20 minutes sebelum pergi buat keja macam biasa.


ni la ubatnya...Dexamethasone


Huhu...wahai anak , ini pengorbanan mama untuk kamu. Demi anak, mama tahankan pelbagai dugaan.
Kena cucuk ambik darah tu biasa, almost every month...Kalau tak sanggup jangan mengandung....kan.

Symptoms that bothering mama so far:
1) Back pain- since early pregnancy, sama macam time pregnanct Qaisara juga.
2) Right Hypochondriac pain- sakit di  perut di bawah tulang rusuk kanan- which is sharp pain, aggravated by taking oily or fatty foods. So untuk seminggu dua ni mama cuma makan roti, yg mana sebelum pregnant, memang mama tak pernah skip nasi lemak, makan nasi tgh hari dan makan nasi for dinner.
Tapi untuk kesakitan ini, since makanan berlemak akan buat mama sangat sakit, makanya roti terpaksa jadi pilihan.
** Masa ngandungkan Qaisara pun sama dulu, sakit bawah rusuk kanan ni, tp masa tu tak tahu tak boleh makan oily foods , makanya sakit tu mama tanggung sampai selamat bersalin.( kali ini pun secara tak sengaja terperasan sebab satu hari tak sempat beli nasi lemak, maka ganti dengan roti....tengok2 eh eh tak sakit la bila makan roti)
3.) Anemia- ini memang tak boleh buat apa....dah kata ada thalassemia kan....


Morning sickness semua tu alhamdulillah la takde langsung....Dan untuk pregnancy kali ni, since mama dah kenal supplement Shaklee, alhamdulillah walaupun ada anemia, tp penat tu tak seteruk pregnancy dulu.....Kira berkesan gak la  kot ESP Shaklee dan vitamin2 Shaklee ni....sedap pun sedap ESP tuh...

Mama selalu beli kat link bawah ni , nak gi cawangan Shaklee malas sikit sebab jauh...order kat FB jer, terus sampai umah esoknya...

Sape2 nak order leh tgk facebook ni kot...hihi...promote sikit adik mama punya page ni.....

 https://www.facebook.com/AIRA.Beautyhealth






Wednesday, December 11, 2013

Magic pada 11.12.13

Assalam.
Tengok kawan-kawan buat entry special date hari ni.....
Nak jugak abadikan tarikh special ni, yang tak akan berulang lagi...

Mama just nak tepekkan picture "magic" kakak sara....

Kata kakak ia magic sebab binaan ni tak jatuh selepas ditarik salah satu kakinya oleh kakak...apa lagi beria dia lari ke dapur bagitau mama betapa magicnya ia....hahaha....