Saturday, January 26, 2013

Kisah seorang pakcik tua lagi...

As-salam...

Ni kisah seorang pakcik tua, yang sangat tua, yang jalannya terketar2 bertongkat..
Yang datangnya dengan sebuah teksi ke klinik...berseorangan.

Dia mengidap kencing manis, darah tinggi.....
Dan pemeriksaan tahunan untuk buah pinggangnya kami dapati buah pinggangnya sudah rosak.
Kakinya sudah bengkak, akibat air dalam badan yang terkumpul (oedema).
Sudah ke hospital berjumpa pakar selepas kami refer..

Ada lagi penyiasatan (blood investigastions) yang perlu doktor buat, dan review semula dalam waktu terdekat...

Masalahnya dia tak boleh datang.

Ditanya kenapa, susah transport...
Dan paling utama, susah untuk meninggalkan isteri yang sudah tua di rumah keseorangan....
Isteri yang mengalami Stroke....
Dan dialah tulang belakang  yang menjaga si isteri selama ini.....

Anak?? Paling dekat ada di Perling.
Yang lain jauh2....semuanya dah bertahun tak balik beraya....

Ironinya....salah seorang anaknya seorang pegawai farmasi berpangkat tinggi di Putrajaya... !!!!



p/s: Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik buat kedua orang tuaku.....Dan lorongkan lah aku untuk terus berbakti kepada orang tua ku.....Amin....


6 comments:

zoul dahan™ said...

Panggil aje wartawan Metro.
Boleh jadi cerita front page.

Dr Singa said...

kesiannya..
moga dibukakan mata dan hati anak-anaknya sebelum mata pakcik dan makcik tertutup

Unknown said...

Moga anak pakcik itu cepat sedar dan berbakti kepada bapanya...

Mama3Q said...

Dr Zoul...bagus gak idea tu kan, nak2 tgh panas nak pilihanraya ni, sure ada org politik nak gi melawat rumah dia kan....

Mama3Q said...

Drsinga, dan fadilah..tu lah, harap sgt anak2nya akan balik....kesian sgt tgk dia

..:::CAHAYAPETUNJUK::.. said...

Mcm cita kat tvkan....