Tuesday, January 15, 2013

Jangan Menghina Orang wahai anak....

Sharing...Dr Tengku Asmadi's facebook status update....
 

Jangan bercakap kalau tidak tahu. Jangan mengutuk meski pun hati tidak suka. - Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Beberapa tahun dahulu saya mendengar kaset ceramah Hj. Samsuri, ketika itu beliau mengupas satu hadis yang menjelaskan bagaimana kita tidak akan mati selagi tidak berlaku atas kita, keluarga kita, anak cucu kita apa yang kita kata, kutuk atau hina orang lain.

Kebetulan, banyak berlaku depan mata saya sendiri, isteri yang begitu menentang poligami, hari ini dia dimadukan. Dia minta suaminya ceraikan, lalu diceraikan. Akhirnya menjadi isteri ke-3 kepada orang lain.

Ada pula kes, suami begitu menentang lelaki yang berpoligami, ketika itu usianya 30an. Hari ini usianya 40an, oh! rupanya sudah pasang satu lagi. Dia lupa kata-katanya. Tetapi saya tidak lupa.

Ada seorang ibu berkata pada seorang isteri muda yang suaminya berbeza usia. Katanya, ruginya usia muda kamu dapat suami berbeza usia. Terguris hati isteri muda itu. Hari ini, baru diketahui, rupanya anaknya berkahwin dengan lelaki yang lagi berusia.

Oleh itu, lebih baik diam dari berkata-kata yang menyakitkan hati manusia lain. Kita semua ada anak, ada suami dan isteri. Apa yang berlaku pada orang jangan anggap tidak akan tertimpa pada kita.



Nota mama2Q:
Pun pernah jumpa kes2 yang sama seperti contoh di atas,buat saya sedar langit tidak selalu tinggi, lantai tidak selalu rendah, dan mendung tidak semestinya hujan....:) 

Jangan pernah menghina orang wahai anak...boleh jadi orang yang kamu cerca dan hinakan itu pernah mendoakan kamu, dan pernah atau mungkin akan membantu kamu suatu hari, walaupun mungkin dengan cara yang tidak kamu sedari.......... 

4 comments:

ANAK MAMA SAYANG said...

Bagusnyer n3 ni.....lepas ni nak selalu beringat..tak nak marah2 suami bila sentuh pasal poligami ni...kadang2 saya yg terover merajuk padahal topik pasal org lain berpoligami....ya Allah insaf sgt....nak share dlm n3 saya boleh tak?

Fadilah Aziz said...

what goes around comes around..

Mama2Q said...

mama sofia, dipersilakan share..saya pun sharing dr Dr Tengku Asmadi puna fb jer...:)

ANAK MAMA SAYANG said...

Tq