Saturday, December 29, 2012

Pasal tadika pun mama nak kerek??

As-salam....

Dalam entry lepas mama ada tersebut harga registration unutk tadika kakak...
Betul, memang agak mahal...
Sebenarnya harga tersebut termasuk registration fee untuk bulan January sekaligus...dan total harga tersebut sebenarnya taklah jauh berbeza dengan 2 lagi tadika yang mama survey hari tu....pendek kata utk segala kelebihan yang dia ada, harga tersebut agak berpatutan pada mama.

Kalau ikut hati mama, actually tadika Kemas pun dah cukup bagus, murah pun murah...
Mama dulu pun tadika Kemas saja, pedalaman lak tu, tapi alhamdulillah berjaya jugak.... setakat nak ajar anak membaca dan mengira, mana2 tadika pun ok kot....
Tapi itulah masalahnya ......tadika Kemas nan hado kat area sini....(ke mama yang tak tau kat mana?)

Dan seperti mama cakap dulu, perkara paling penting dalam consideration mama dalam pemilihan tadika ini adalah kerana mudah  bagi mama ...mudah nak hantar, mudah nak ambik....since tadika ni ada menyediakan day care juga selepas habis kelas. So takde lah mama terkocoh-kocoh nak jemput kakak pukul 11 pagi selepas habis kelas. Mana la ada masa nak keluar pun...nak minum air masak seteguk atau nak gi toilet pun selalu terlupa bila dah ramai2 patient tu....huhu....

Untuk menggunakan transportation seperti van dan bas sekolah memang tidak terfikir sama sekali...Dalam zaman yang ramai org tak boleh dipercayai ni, kalau terpaksa menggunakan transport sekalipun, mama akan cari pemandu wanita...tapi bukan mudah juga nak cari tu...Tapi selagi boleh, memang mama taknak guna transport...biarlah mama bersusah payah sedikit. Bab keselamatan seperti ini, yes, memang mama fussy...keselamatan anak itu paling utama....

Nak harapkan papa yang mengambil dan menghantar pun susah juga disebabkan kerja shift papa tu, nanti sape nak antar kalau kul 830 pagi pun papa lum sampai balik dr tempat keje...?

Ada satu lagi tadika lain yang mama survey hari tu pun ada menyediakan daycare juga, tp condition tempat tu nampak seperti tidak meyakinkan, ditambah dengan jalan yang jammed untuk menuju ke situ...dan mama taknak stress di pagi hari mengharungi jalan yang jam....

Dan...itu lah ceritanya...mengapa tadika ini menjadi pilihan mama....nama tadika terpaksa dirahsiakan...disebabkan itu satu-satunya cawangan tadika tu kat Johor ni...nanti senang lak org nak trace...huhu.......


Kenapa mama jelaskan semua ni? 
Supaya takde orang ingat mama kerek atau berlagak sombong menghantar anak ke tadika yang mahal, maklum lah yang membaca blog ni boleh jadi sesiapa sahaja...
Kadang-kadang apa kita tulis dengan niat lain, mudah sekali diputarbelitkan dan dijadikan modal untuk mencaci maki....
Mama bukan lah orang yang perfect, dan bukan semua juga boleh menyayangi mama atau menyukai mama....especially yang kenal dari jauh atau secara luaran.
Takpe lah...bak kata Prof Dr Muhaya...bukan apa orang kata yang penting, tp apa yang Tuhan kata...:)


3 comments:

Fadilah Aziz said...

Setuju sgt... soal keselamatan anak paling penting, mcm saya pun hantar mikael di tadika yg dekat dgn tempat keja hubby, hubby hantar dan ambil...plus pilih tadika tu sebab english medium.

Alin Marlini said...

mama tak kerekla..heheheh

ANAK MAMA SAYANG said...

Rasanya kalau hantar tadika dlm lingkungan harga 1.5k kebawah mcm dah biasa kot..skarang serba mahal...saya pun hantar ank tadika biasa je dah rm800... Peduli la apa org nak kata..yg penting pendidikan utk ank2 kita kan....