Thursday, August 18, 2011

Pakai tudung itu mestilah di dalam rumah juga!

Salam semua..
Iyer kawan2, bukan kat luar rumah jer kita kena pakai tudung...tapi mesti pakai tudung (read as menutup aurat), walaupun di dalam rumah sendiri jika di dalam rumah tersebut terdapat lelaki bukan muhrim cthnya abang atau adik ipar. 
Ada sesetengah orang, kat luar pakai tudung tapi bila dalam rumah sendiri, rasa selesa dan tidak menutup aurat walaupun dengan kehadiran abg iparnya. Walhal abg ipar bukankah lelaki ajnabi @ bukan muhrim, so manalah boleh nak dibuka tudung depan mereka, dan bersalaman atau bertepuk tampar dengan mereka.

Korang tengok tak last week ada cerekarama , tajuknya kalau tak silap "Perempuan di hujung Ramadhan", lakonan Elly Mazlin dan Zarina AF.
Ceritanya berkisar tentang sorang adik yang mula2 menumpang duduk di rumah kakaknya, akhirnya berzina dengan abg iparnya dan akhirnya kawen dengan abg iparnya itu selepas diceraikan kakaknya.

Nampak kan keburukannya jika ipar duai tinggal serumah, sebab tu Nabi SAW meminta agar kita berhati2 dengan ipar duai. 
Aurat seorang wanita muslim dengan iparnya adalah sama  seperti auratnya dengan lelaki lain, sebab sampai bila2 pun, walau bagaimana rapat dan baiknya sesama mereka, abang ipar adalah tetap ajnabi/bukan mahram bagi seseorang wanita.

Kat sini mama copy pastekan soal jawab susunan Darul Nu'man , boleh juga refer page ini untuk maklumat lanjut.


1. Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar
Soalan:
Istilah 'mahram sementara'. Bagaimanakah hubungan diantara suami dengan adik/kakak ipar perempuan dan isteri dengan adik/abang ipar lelaki dari segi aurat?
Man Sulong, KL
Jawapan:
Maksud muhrim adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun untuk sementara waktu sahaja. Wanita yang haram dikahwini secara garis besar dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua, wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Haram dikahwini secara abadi ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat 23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.
Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara iaitu, wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain. (lebih jelas sila rujuk Perkahwinan & Kekeluargaan Dalam Islam - Abdul Ghani Azmi Hj Idris terbitan Dinie Publishers) Mengenai hubungan dengan ipar, maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW  sendiri menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)



2. Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar
Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?
Hashimah, KL
Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian  masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa  hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.


10. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya
Soalan:
Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
a. Kakak, adik ipar saya?
b. Biras saya?
c. Isteri pak cik saya?
Halim, Kota Tinggi
Jawapan:
Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.
Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.
Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.


So kawan- kawan, renung renungkan, dan selamat beramal.....

4 comments:

AI said...

- ya betul tu...sbb tu mak dulu x galakkan anak pompuan dia tumpang umah kakak yg da kawin...

mawar merah said...

saling ingat mengingatkan..kadang2 kita amik mudah benda yg cam ni kan. Nk mulakan bertudung dpn ipar ni mmg susah sikit tp bila kita ingat hukum..insyaallah

Mama2Q said...

ye Ai...sbb mak tu faham hukum kan.

Mama2Q said...

mawar merah..adik beradik saya ramai pompuan, bila semua balik pakat2 kena pakai tudung..nak buka cuma di dalam bilik memasing saja..