Saturday, February 9, 2013

Penawar Sihir Cinta dan tentang bomoh, tangkal dan azimat.

As-salam

Ni mama just nak share apa yang didengar dalam rancangan Semanis Kurma malam jumaat baru2 ni.
Panelnya malam tu adalah Ustaz Fauzi Mustafa (pengacara rancangan Al Kuliyyah) yang juga merupakan pengamal perubatan Islam.

Sihir cinta yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah apabila sesuatu pihak mengenakan sihir dengan tujuan yang pelbagai, contohnya samada untuk menundukkan suami, atau supaya seseorang jatuh cinta kepadanya.

Bagi mereka yang mengamalkan ilmu guna-guna ada pelbagai kaedah contohnya menggunakan nasi kangkang, (lagi kotor jika diguna pula darah haid...uwekkk)....dan ada yang gunakan tangkal atau azimat...tujuannya supaya suami semakin sayang atau digunakan untuk menundukkan suami supaya suami takut dan gerun dengan si isteri so that suami tak kawin lagi contohnya....

{atau ada juga kot yang baca jampi serapah waktu tengah nak ..ehem ehem..--ni ustaz tak sebut semalam tapi pernah dengar kat tempat lain, dan ini kelakar, ok!)}


Berbalik kepada amalan-amalan yang boleh digunakan untuk menawarkan bisa sihir ini:-

1) Ayat pendinding dari ilmu sihir - Surah an-Nisa', ayat 84 dan surah Yusuf ayat 64
- digunakan sebagai pendinding -bagi yang  belum kena sihir

2) Ayat penunduk sihir-  Surah Al- A'raf ayat 118-122, dan surah Toha ayat 69.
- dibaca jika kita rasa kemungkinan kita akan disihir contohnya telah diugut akan disihir dsb.

3) Ayat pembatal sihir- Surah Yunus ayat 81 dan 82
- jika kita telah disihir 

***********************************************************************************

Tertarik juga dengan satu soalan samada manusia dapat melihat jin dan syaitan...

Kata Ustaz Fauzi, dalam Quran dah disebut bahawa manusia tidak dapat melihat jin atau syaitan tetapi sebaliknya jin dan syaitan dapat melihat manusia.
So jika ada orang yang mengaku dapat melihat jin atau syaitan, kemungkinan besar dia berdusta ataupun diri dia sendiri didampingi oleh jin atau syaitan yang membisikkan di telinganya tentang jin dan syaitan lain yang dilihatnya.
Ini kerana hanya nabi-nabi sahaja diberikan keistimewaan melihat jin.

Mama korek dan gali lagi maklumat tentang ini...dan terjumpa ini: 

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapa JIN( ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).
Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut- pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

http://muallij-syifa.blogspot.com/2011/04/bolehkah-manusia-melihat-jin.html

************************************************************************************
Dan juga ini :

Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
 
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.
 
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
 
Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
 

***********************************************************************************
Dan lihat pula ini:


-hukum-berkhadam-kepada-jin

"Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke mari, membawanya ke padang Arafah, menerbangkannya ke suatu tempat atau sebagainya. Kesemuanya ini adalah suatu tipu daya jin belaka dan hajinya itu tidak dikira haji Syarie." -

dipetik dari artikel di atas (Hukum Berkhadam kepada Jin)

************************************************************************************
Ingatlah, mereka yang mengamalkan sihir atau guna-guna ini, hukumnya adalah HARAM.

Fatwa Kebangsaan :

Tarikh Keputusan: 
5 Jul, 2011
 
Keputusan: 
(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;
 
(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja;
 
(c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam;
 
(d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri;
 
(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa;
 
(f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;
 
(g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh;
 
(h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
19 Jan, 2012
Nombor Rujukan: 
JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002



Moga sama-sama berolah hidayah Allah....Amin
Wallahu a'lam....

8 comments:

Marya Yusof said...

As salam Nurin,

Menarik! Marya ada byk kisah ttg jin, hantu, jelmaan ni semua... Tapi sgt benar mereka ni mmg suka memporak-perandakan hugungan sesama manusia & menyesatkan... Sedih bila ada dikalangan ahli keluarga sendiri yg percaya & terlibat dlm hal ni... kami pernah menjadi mangsa! Walaupun bukan mangsa sihir tapi ia sgt2 melukakan hati kami suami isteri... Kami doa mereka insaf & bertaubat! Kerana yg terlibat tu bkn kurang didikan agamanya :(

Just luahan hati...

Mama2Q said...

Salam Marya...
Susah kan bila orang yang punya pendidikan agama tapi terseleweng mcm ni...kita doakan saja moga yang terlibat itu insaf dan kembali bertaubat....
Moga2 juga kita terhindar dari segala ilmu yang menyesatkan ini, dan terhindar pula dari perbuatan org2 seumpama itu....

~najwa~ said...

Ada juga dikalangan ahli keluarga saya yg dikenali sbg bomoh.....aduii....susah tahu! Kami ahli keluarga lain memang dok anti kat dia, tapi ramai je yg pergi berbomoh kat dia.

Mama2Q said...

najwa...just wondering mana dia belajar kan?

Fadilah Aziz said...

Minta jauhla dari org yg percaya perkara gini kan..seriau

Wak Gelas™ said...

wak pon tetibe teringat ada ustaz wak dulu yg hafiz quran pon terkena saka jugakkk., uHuuuuu

Wak Gelas™ said...

salam kak doc, psl Laguna Seri Alam yg wak tunjuk tu sbnrnye berada betul2 depan Unikl yee, memey xnmpk dr tepi jalan, kena panjat tebing tinggi sikit.. oke gudluckk yee

gadisBunga™ said...

kadang tu kite pun tak tau kan...amik langkah berjaga-jaga ajelah kan?