Tuesday, November 22, 2011

Ibu segala emas...Dramatik sungguh!

Mama ni bukanlah kaki bola... Papa pun tak..
Tapi malam ni terdorong untuk sama2 menjerit GOAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau sape tengok tadi, memang 120 minit yang sangat mendebarkan...
Bayangkan seawal minit2 terawal Indonesia dah jaringkan gol...
Dan lama selepas itu barulah Malaysia berpeluang samakan gol. Dan seri itu berlanjutan sehingga ke masa tambahan...
Dah bagi masa tambahan yang pertama, pun masih terikat lagi...
Bagi lagi sekali masa tambahan , pun masih sama2 kuat...
Akhirnya penentuan pingat emas perlu dilakukan dengan sepakan penalty...
Sesuatu yang sangat mendebarkan.


Hasil Sepakan Penalti :-

1. Indon 1:: Mal 1
2. Indon 0:: Mal 1
3. Indon 1:: Mal 0
4. Indon 1: Mal 1
5. Indon 0:: Mal 1

Korang boleh tak bayangkan debarnya sewaktu sepakan ke 5 yang jadi penentuan tu..mula2 Indon sepak tak masuk...then Malaysia mengambil giliran (disepak oleh ketua pasukan Badrul Hisham )..masa nilah paling berdebar...dia sepak, dapat ditampan oleh penjaga gol Indon, tp kuasa Allah , bole yang telah ditampan tu meleret masuk ke dalam gol pulak..... hanya mampu dipandang sepi oleh penjaga golnya.....
Dan selepas itu suasana di dalam stadium yang terdapat beratus ribu penonton terus menjadi senyap....sedih....malu dan kecewa sekali pasukan Indon sebab tak berjaya ganyang Malaysia.....tewas di depan penyokong sendiri itu yang paling mengecewakan mereka...

Dan Malaysia....walaupun dengan sedikit sahaja penyokongnya....akhirnya dapat bergembira sakan...ALHAMDULILLAH...Malaysia berjaya mempertahankan ibu segala pingat emas yang di menangi 2 tahun lalu....





2 comments:

Unknown said...

Seronokkan...bangga sangat!

Mama3Q said...

haha..habis tak suara semalam?