Saturday, November 12, 2011

Anak Kecil Kehilangan Ibu

Siang tadi, Jumaat 11/11/11, time lunch hour mama sempat berjimba2 seorang diri di Jusco Tebrau....alang2 dah dekat sangat, sbb paginya ada meeting di KKSI.
So ronda lah sorang2, pegi cuci2 mata kat bahagian yg selalunya tak dapat belek2 kalau ada Mr Papa...hehe
>
>
Masa mama baru sampai tu, ada terperasan sorang kanak2 pompuan sekitar usia 8-9 thn, bertshirt dan seluar panjang serta bertudung, tgh menelefon somebody...
Dalam hati mama, canggih budak ni, baru besar ni dah ada henfon (yerlah budak zaman sekarang).....
>
>
Okey...pastu mama jalan2 , merayau2 tak tentu hala arah tujuan, sekadar cuci2 mata tengok barang Corelle la, tgk cadar la, tgk frame gambar la,tgk baju baby la, dan macam2 lagi...
Dah sampai naik lenguh kaki berjalan, last2 gi bayar utk 2 barang--album gambar dan sebiji periuk...
>
>
Okey...itu bukan ceta utama yer..
>
Masa on the way nak balik tu, mama lalu tempat mula2 sampai tadi,
dan ternampaklah kanak-kanak yg tadinya tgh menelefon tu, nampaknya seperti sedang menangis seorang diri, merah matanya dalam senyap, di celah2 barang.
Berdiri seorang diri tanpa berani bergerak ke mana2..
>
>
Mama hampiri dia
>
*Kenapa nangis ni dik
-Dia geleng2..
*Nape ni...adik sorang ke...datang dengan saper
-Datang dengan ibu, sekarang tak tau ibu kat mana
*Ayah mana?
-Ayah keje
*Ibu pegi mana
-Ibu tadi nak bayar bill, dia terus pegi je tak cakap apa2
*Yang tadi adik telefon tu siapa?
-Telefon Ibu, tapi ibu tak angkat2

Pelik kan, anak dia dah hilang dalam lebih kurang 15-20 minit, tapi ibu dia tak cari dia pun...dan dia tak angkat call anak dia...
So mama bawak kanak-kanak tu ke kaunter, meminta bantuan petugas di situ utk buat announcement tentang kehilangan anak ini...
Oleh kerana mama dah lambat dan terpaksa pulang segera, mama tinggalkan adik itu dengan petugas Jusco tu...
Sesampai mama di tingkat bawah kedengaran pengumuman di buat, : "Ibu bapa kepada adik Nur Raudhatul Jannah sila datang ke kaunter segera"
Sedap namanya Cahaya Taman2 Syurga..

Mama harap adik tu dapat berjumpa semula dengan ibunya, dan sangat2 berharap itu bukan lah kes buang anak..huhu...



4 comments:

mamaqaireen said...

alaaaa..apalah cerita budak tu doc??
minta2lah dia dilindungi dariNya.

sesak nafas baca entry ni..

~najwa~ said...

pernah kehilangan irfan kat tesco... Nasib baik jumpa balik. nak menangis dah mencari anak tak jumpa..

Mama2Q said...

@MamaQaireen: saya rasa insyaAllah budak tu selamat, jika Jusco tak jumpa ibunya, dia akan diserahkan pada pihak Polis tentunya kan..Yang penting, kita yg jumpa dia, bukan org jahat....

Mama2Q said...

@Najwa...hehe..irfan tu lasak dan berani kot...so logik la hilang dan ibu dia cari tak jumpa....Tapi budak ni diam2 jer duduk kat situ tak pergi mana, cuma ibu dia jer takde dtg ctu...ntahla apa yg berlaku sebenarnya..wallahua'lam...mungkin ibu dia cari kat tpt lain...