Wednesday, January 25, 2012

Jom main makcik-makcik beli sayur

                Entry ini ditulis pada hari selasa (auto published)

Mama: Nak ke mana tu makcik?
Sara: Makcik nak pegi kedai..
Mama: Makcik nak gi kedai beli apa?
Sara: Makcik nak gi beli sayur..
Mama: Makcik nak beli sayur apa?
Sara: Nak beli brokoli dengan karet (carrot)
Mama: ok,makcik ada duit ke nak gi kedai tu?
Sara: ada la....ni dalam beg duit makcik ni...

bawak beg biru (bakul sayur), henfon merah, dan beg duit manik2...sebijik mcm makcik2 kat kampung...huhu..

Nota: Kesian anak mama ni, takde kawan nak ajak main masak2 dan main makcik2...abih2 pun ajak mama jer main...tu pun nasib baik mama ada masa layan..takper tunggu adik besor sikit, main gomol2 dan tumbuk2 ngan adik plak yer...hehe




Tuesday, January 24, 2012

RM14?


Semalam dulu ke pasar basah..
Beli ini:








Yer..betul, harganya RM14 untuk 10 ekor ini!!!

Teringat zaman kanak-kanak dulu, mak selalu beli ikan kembung (saya panggil ikan temenung), waktu itu harganya cuma sekitar RM1.50 hingga RM2 sekilogram. Kalau lebih dari itu, mak akan cakap harga ikan mahal la hari ni...(walaupun biasanya tak pernah lebih dari RM3.)

Dan sejak 10 tahun yang lepas, sejak saya pandai ke pasar sendiri, harga ikan ini tidak pernah turun lagi....tp disebabkan ikan ini ikan feveret dan hanya ikan ini saja saya pandai beli (read : ikan ini saja saya pandai masak), maka ikan ini tetap menjadi pojaan hatikuu......walaupun harganya kini mencecah RM 10 sekilo, terpaksa beli jugaklah...harap2 lepas CNY ni turun sikit harganya....

Zaman dulu, bawak RM50 dah cukup untuk beli pelbagai lauk, mewah. Zaman sekarang, RM50 tu lekat celah gigi saja...

Hurm..termenung sekejap, apa agaknya nak makan lagi bila ikan temenung terus naik harga?








Sunday, January 22, 2012

Cuti Raya Cina

Raya cina 4 hari...kami tak plan ke mana-mana cuti ni...
Mama diserang virus selsema dan demam...kesian anak2 terabai bila mamanya demam...
Mr Papa keluar mencari rezeki....
Kalau ada kan best... leh manja2, leh minta tolong massage macam selalu....
Moga apa yang Mr Papa buat kali ni dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kami sekeluarga...amin....

Wednesday, January 18, 2012

Great Grandmultiparity


                                                                          KES 1:
 Wanita Melayu, umur 38 tahun, suri rumah...suami keja biasa2 saja...
Tarikh kahwin 17/7/1990. Sejak itu tak menoleh ke belakang lagi....
Sekarang mengandung kali ke-13. 
Nampaknya lepas ni Kementerian Kesihatan kena sediakan lebih banyak ruang..10 ruang tak cukup ...
Alhamdulillah murah rezeki dia...tak ramai orang boleh buat macam ni....
Anda bagaimana? Sanggup?

KES 2:
Wanita Sabahan, Umur 48 tahun. Masih produktif.
Saya tak ingat gravida berapa.
Mengandung kali ini darah tinggi dah 3 kali masuk ward sebab hypertensive crisis.
Semalam datang lagi, darah mencanak naik lagi....
Bila ditanya, sebabnya tak cukup tido kena jaga cucu yang baru lahir!!!
(Anak perempuannya umur 20 tahun baru bersalin juga beberapa hari lepas)
Anda ? Sanggup?

Wednesday, January 11, 2012

Nasi kuali

Salam..
Saper pernah makan nasi dalam kuali?
Haha....mama pun tak pernah....
Tapi tadi ada sorang kawan order nasi goreng, dihidangnya sekali dengan kuali...hehe...canggih sungguh cara org nak tarik pelanggan...
Dulu glamer makan dalam pasu tanah liat (claypot)
Sekarang dalam kuali pun ada rupanya.........nasib baik kuali kecik jer, sebesar pinggan kecil..kalau dalam kuali beso..ha amekaw!...kikiki....
Rasa nasi goreng tu?? Terlupa lak nak tanya Dr Maryem tadi sodap ka tak sodap....tapi rasanya mcm biasa2 jer kot...sbb tak habis licin sangat pun....

Ni la rupa nasik kuali or wok tu...



Aphthous ulcers

Salam.
Pernah dengar tentang aphthous ulcer?
Ala..yang orang panggil perigi buta tu....yang ulcer kat dalam mulut tu....yang kaler putih-putih kuning tu...
Sangat sakit, ok!.
Especially bila jadi kat tepi2 lips...kalau dalam mulut or pipi tu leh tahan lagi....
Mama kalau kena kat lips ni memang sedikit seksa, makan tak terasa sedapnya, sebab kena elakkan makanan kena kat situ...kadang2 bercakap pun susah.
Dan nak senyum pun takde mood tau bila kena ni....so my patient, if dokter anda muka masam dan kurang bercakap jer tu, sila tau bahawa dia sudah kena ulcer, ok!

Tapi yang paling2 sakit adalah dekat lidah...wohoooo....itu nak bercakap pun susah....pernah kena dulu sampai baca fatihah pun dalam hati jer....tak boleh bercakap langsung!!!That was more than 10 years back..masa belum masuk medical school pun.

Sekarang ada 3 ulcers tgh bersukaria di mulut mama...dua kat dalam tu tak kisah sgt..tp yg tepi lips ni aduh....biasanya 2 minggu baru nak sembuh la my ulcers ni...


(google)


Saturday, January 7, 2012

Bila ujian kesakitan datang

2,3 hari lepas baby Auni yang stay sama2 qaid kat umah babysitter tu kena selsema...
Mama dah start risau.
Esoknya mama nampak ibu si Auni yang juga selsema tgh pegang2 dan dokong2 qaid lak...Aduh..mcm mana nak cakap eh...sila tolong jangan pegang baby qaid jika anda selsema...kasihani lah qaid...dia sangat fragile....

Seperti diduga, kesokannya qaid pun start selsema dan demam...sedih tul mama....
Dan malam yang sama iaitu mlm semalam kakak plak bangun muntah di pukul 3 pagi...disertai demam selepas itu...
Kasihan anak2 ku.....dugaan betul.
Hari ni pun kakak asyik muntah jer...malam ni pun tadi dia muntah waktu tgh tido...makan pun dah refuse...susu pun refuse juga, takut muntah katanya...awal kakak tido malam ni..penat katanya lagi...

Untuk adik, walaupun demam sikit dan selsema...alhamdulillah dia masih sgt aktif...mama suruh tido awal sama kakak, dia nak main2 juga sampai kul 12 baru sibuk ngantuk....Bukan main apa pun, cuma giat berlatih berdiri...Suka tul dia bila dapat berdiri lama2....Alhamdulillah di situ....
Cuma bila tido dengan hidung tersumbat tu sedikit kasihan pada dia..
Harap2 sangat virus selsema tak melarat ke peparu lagi...

Kalau ikutkan adik sihat sepanjang bulan Okt, Nov dan Dec...lama juga tak kena selsema tu sampai lah january ni kena balik...
Dia sangat mudah terkena virus ni..so sesapa ada anak yang selsema sila jangan jumpa qaid, sila jangan pegang qaid dan sila jangan cium qaid, ok!

Memang la ALLAH yang bagi penyakit ni, melalui auni sbg perantara awalnya...cuma kalau boleh dielakkan, mama cuba nak elakkan.

Cuma susah sikit orang kita ni untuk ditegur...mcm mama sendiri, tak tau camne nak bagitau supaya jgn pegang qaid , tp nak kena jaga hati tu yg susah...sepatutnya sendiri faham, dah selsema tu jgn la pegang baby. orang...awak tu dewasa, kena selsema sikit2 takde masalah...kalau baby premature cam qaid ni kan susah kalau kena jangkitan...
...kalau orang puteh, dah lama jer dia sound if orang tak berkenaan pegang2 or cuit2 baby diaorang...

Apapun since dah kena ni, kena la berubat....harap2 kakak dan adik cepat sihat....Amin....

Thursday, January 5, 2012

Kami pun nak berOMBAK RINDU jugak lah...

Salam.
Asyik tengok semua org dok review pasal OMBAK RINDU, teringin juga nak tgk. Tapi sape nak jaga baby kalau nak gi pawagam?
Yang sebenarnya novel dia tu dah berpuluh kali mama baca....memang la best, sbb tu leh ulang baca....
Tapi utk filem, takde la nak expect too much, sbb pembacaan dan tontonan filem lain emosi yang akan dirasai...

Dipendekkan cerita, setelah filem habis ditayangkan di panggung, barulah mama berpeluang nonton itu filem...

Hurm...lagi romantik rupanya tengok kat rumah, berdua-duaan dengan sang suami...

Orang kata filem ni sedih giler...tp sampai sudah mama dok tunggu part mana yang semua org nanges sampai basah tisu tu, tp tak jumpa2. Mungkin sebab time last2 tu byk kena kacau dengan papa, so tak sampai feeling tu kat dada mama ni....hahaha....


Masa tengok episode last Tentang Dhia hari tu lagi feeling kot, sampai pink hidung mama....tu pun tak habis2 kena ejek ngan papa...huhu....

Cuma Ombak rindu ni mcm senang jer pengakhiran kisah dia, bila salah sorang isteri berundur diri, tu yang mcm tak puas tengok tu.....rasanya ada lagi sambungan OMBAK RINDU versi novel tu, panjang lagi ceritanya lepas tu...mungkin versi filem pun patut disambung part 2 and 3 juga.....

Tuesday, January 3, 2012

Sara pun nak nenenkan baby la!

Salam.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Bagaimana kain putih dicorakkan, begitulah warna nya.
Bagaimana kain batik dilukis, begitulah coraknya..

Haha..peribahasa takleh pakai yer anak-anak murid. Just nak tunjuk few pic of my dear qaisara...tengah menyusukan babynya....so kepada ibu-ibu di luar sana, come on, u can breastfeed! kalau qaisara boleh buat, why not you?

Bersungguh2 tau!
Hahaha..apa la mama ni, amik gambar kakak plak!
Adik tunggu jap yer...kakak nak kasi baby nenen jap....
tengok muka qaid confuse dgn mata terbeliak...tgh tenung betul ke kakak ada susu....hahaha

Sunday, January 1, 2012

Tahun baru, milestone baru!

Salam.
Hari ni 1/1/2012.

Di hari pertama tahun baru ini, adik qaid menunjukkan peningkatan yang menggembirakan.
Alhamdulillah sangat2...developmentnya seiring usianya...tidak terlalu lambat....walaupun tidaklah secepat kakaknya qaisara yang berjalan di usia 11 bulan....

Alhamdulillah walaupun lahirnya severe premature, yang sewaktu sebelum lahirnya tiada denyut jantung dapat dikesan oleh doktor menggunakan daptone dan CTG, dan diberitakan hanya 50-50 sejurus selepas dilahirkan....kuasa ALLAH tiada siapa menduga...


Hari ni adik qaid boleh bangun sendiri, dan berdiri sendiri...
Walaupun tegaknya hanya beberapa saat, namun itu sudah cukup sebagai petanda adik bakal berjalan tak lama lagi, insyaAllah.


Cuma mulutnya sedikit berat...belum ada mama atau papa, cuma teqa, atetete...dan pelbagai lagi bahasa yang belum difahami...
Tak apa sayang, mama tidak mengharap segalanya drastik dan advanced...
Mama cuma mau bila dikau mula melangkah dan bercakap kelak, insyaallah segalanya akan seiring kanak-kanak lain seusiamu.

ALHAMDULILLAH RABBAL A'LAMIN..............syukur pada Tuhan seru sekelian alam....


Walau cuma beberapa saat, sempat lagi snap tu